Salji telah kembali,
membawa ribu mimpi,
dikala malam adalah hari,
dan dalam kegelapan berlari,
alam kelam kehilangan gegendang,
kerana sunyi dari kicauan siburung,
hatta siburung hantu telah membatu,
juga tiada lagi nyanyian siserangga,
yang lazimnya, kugiran balkoni,
juga tiada daun-daun hijau,
untuk diriuh ungkas senja,
hanya siikan bisu,
yang bertelor dilopak-lopak air beku,
bersama siitik gebu,
yang kebal kakinya tidak berbalut,
serta sipipit kecil,
yang ditakdirkan menempuh segala musim.
4 comments:
khabarnya sebelah sana sedang diserang salji? Sesekali bagus juga alami cuaca pelik macam tu.
Hujung-hujung tahun ni, macam ni le disini, cuaca tak menentu. Tapi alhamdulillah, suhu dia tak jatuh minus memanjang dan tak ada angin sejuk.
kami di sini sedang diserang "salji kuning" walaupun beriklim khatulistiwa...
zarch,
pasal Limbang ya, cuma kamek lamak kerja di Limbang sampey kahwin dgn org Limbang, asal kmk org sibu, cuma dah kerja di kl masa tuk "PJJ" jak, sebulan sekali blt Lbg, dah jumpa jemaah dak azhar ya ms blt sekejap, cuma ikhram sidak kek lapis jak..
"salji kuning"..he he..apa tu, tak pernah dengar akan saya. Tadi cuba tanya pak cik google, tapi tak da jawapan..
Ismadi ni macam ayah kamek yang asal Perak tetapi merantau ke sinun diSarawak, lalu kahwin dengan mak kamek yang berasal dari sinun.
Masyaallah, dapat juga Ismadi ketemu "sidak korban" Azhar yang keluar sinun. Doa untuk kamek... agar dapat jugak jadi "sidak korban".
Post a Comment