Showing posts with label Sejarah mengubah/terubah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah mengubah/terubah. Show all posts

Friday, September 03, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 5


Insan melakar sejarah dan sejarah juga berperanan melakar kehidupan insan. Namun dalam menjejak sesuatu sejarah, terdapat berbagai kesimpulan yang wujud darinya iaitu berbentuk kebenaran dengan penyata yang jelas samaada dari sudut tarikh, tempat, suasana, tumpuan dari individu, masyarakat mahupun sesuatu kehidupan atau sesuatu sejarah yang masih dalam kategori teori, berbentuk mitos, fiksyen dan lain-lain yang masih belum jelas penyataan akan sebenarnya mahupun hanya kedustaan semata-mata.

Ini kerana dari sumber mana sejarah tersebut digali, seperti samaada dari sumber yang benar atau sebaliknya, dari hanya satu sumber atau dari berbagai-bagai sumber dan seterusnya, dalam mana sumber berbentuk catitan-catitan akan sesuatu sejarah adalah suatu sumber yang paling mudah untuk dijejaki mahupun disimpan untuk disampaikan kepada generasi kemudiannya dibandingkan sejarah yang disampaikan hanya melalui perkataan (dari mulut kemulut) yang mana membuat fakta sebenarnya mudah terubah setelah berlalunya waktu.

Sejarah berbentuk catitan-catitan bergantung kepada samaada ia dicatit ditarikh sejarah itu berlaku atau dicatit dikemudian tarikhnya serta juga dengan pencatit itu sendiri samaada mencatit sebagaimana sejarah sebenarnya atau mencampurkan catitannya dengan keadaan yang menguasai penulis seperti tekanan atau kehendak dari pihak lain, dari keadaan emosi yang menguasai dirinya, terlalu bersastera bahasa catitan sehingga penyataannya bercampur antara yang fakta dengan mitos dan sebagainya.

Mungkin untuk sejarah tentang individu atau lain-lain yang tidak banyak berkaitan dengan sesuatu yang penting, disampaikan secara tidak benar atau tidak lengkap, ia tidak membawa kesan apa-apa kepada generasi kemudian tetapi untuk sejarah penting yang berkaitan dengan sesuatu masyarakat atau bangsa seperti tentang asal-usulnya mahupun contohnya tentang sejarah individu-individu terdahulu yang besar kesan pengaruhnya kerana berkaitan dengan kepercayaan (seperti para-para Nabi dan lain-lain) akan meninggalkan suatu kesan yang amat besar untuk generasi kemudiannya berpandukan dari apa yang disampaikan.

Contohnya, sehingga kehari ini, terdapat insan-insan yang dianggap bertaraf Tuhan oleh sesetengah kepercayaan kesan dari sejarah yang dimanipulasikan oleh sesuatu perkara atau sesuatu kepentingan. Masakan insan yang sebegitu lemah dan dhaif bila contohnya dibandingkan dengan luasnya alam menjangkau segala cakrawala boleh diberi taraf sebegitu, namun atas kesan dari kesilapan sesuatu sejarah atau kesan dari sejarah yang diubah-ubah oleh sesuatu pihak, ia menjadi suatu kepercayaan yang dianuti oleh berbillion-billion insan diseluruh dunia.

Kesilapan penyampaian sejarah tentang kehadiran insan-insan (seperti para Nabi) yang sejarah aslinya mereka ini berusaha merubah kepercayaan insan sekelian untuk mengenal Pencipta alam yang sebenar agar berada dilandasan kebenaran, terubah kepada sejarah dusta yang memperkatakan bahawa insan-insan itu sendiri (seperti para Nabi) adalah bertaraf Tuhan ini membawa kepada kerugian sebenar-benarnya didunia dan diakhirat buat insan-insan yang mempercayainya. Dan seterusnya, ini amatlah malang untuk ditanggung oleh generasi-generasi kemudian akibat kesilapan ini.

Saturday, August 28, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 4



Perkataan sejarah adalah berasal dari perkataan Arab (sajaratun yang bermakna pohon) yang boleh dikatakan dalam suatu pengertian akan asal tumbuh sesuatu kehidupan dan sejarah amat terikat dengan tarikh sebagaimana didalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebut sebagai tarikh.

Contohnya, asal tumbuh atau kewujudan Malaysia sebenarnya bukan pada tahun 1957, tahun itu hanyalah tarikh ia merdeka dari penjajahan Inggris dan digelar sebagai Malaysia, tetapi asal usul kewujudan Malaysia adalah jauh lebih awal iaitu dari Kekerajaan Melayu Srivijaya yang menguasai Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan dan berkembang meliputi Kemboja, Siam, kepulauan Jawa sehingga keSulawesi.

Tarikh asal kewujudan Kekerajaan Srivijaya, iaitu kekerajaan Melayu, mungkin masih dipertikaikan, tetapi yang pasti, seorang pendita dari Dinasti Tang, I-tsing (Yi Jing; 635-713), yang mengunjungi Srivijaya pada tahun 671 dan menetap selama 6 bulan disitu, iaitu abad ke7, telah mencatitkan akan kewujudan serta penguasaan Kerajaan Srivijaya dirantau Nusantara.

Namun kemudian, diwaktu kekuasaan Srivijaya ini semakin merosot yang mana menyebabkan banyak kawasan dibawah taklukannya ditawan oleh pihak lain sehinggalah Parameswara menghidupkan kembali kegemilangan Kekerajaan Melayu ini bila-mana beliau memindahkan pusat pentakbirannya dari Palembang keMelaka pada tahun 1400 kerana adanya penentangan dari Kerajaan Majapahit.

Sejarah lazimnya menyatakan bahawa Melaka bermula dari tarikh 1400, tetapi perlu diketahui bahawa Melaka dan seluruh semenanjung Tanah Melayu adalah sebahagian dari Kekerajaan Melayu Srivijaya sebagaimana juga Sumatera suatu waktu dahulu adalah sebahagian dari Kekerajaan Melayu Srivijaya, namun ia terpisah diwaktu kemorosotan Kekerajaan Melayu Srivijaya. Kerana itu, Melaka sendiri mungkin telah wujud sedari dahulu, hanya diperkembangkan sebagai pusat kesinambungan Kekerajaan Melayu.

Terdapat catitan bahawa Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 telah keMelaka dan Laksamana Cheng Ho dalam pelayaran pertamanya pada tahun 1405 telah singgah dipelabuhan Melaka. Pada pelayaran kemudiannya, juru-bahasa Laksamana Cheng Ho yang juga beragama Islam, Ma Huan, telah mencatitkan bahawa Melaka ditarikh 1416 telah berada dibawah pengaruh agama Islam. Malah diwaktu mereka singgah disitu, telah ada penempatan Cina Muslim diMelaka yang mana Ma Huan mengelar mereka sebagai Tangren. Dilapurkan juga bahawa Cina Muslim ini mempunyai masjid mereka sendiri dan mereka membantu penyebaran agama Islam.

Sedang sebagaimana yang diketahui dari sejarah, masa yang diambil selama 3 atau 5 tahun (dari 1400 sehingga 1405, iaitu tahun kedatangan pertama kalinya armada Laksamana Cheng Ho keMelaka) adalah mustahil untuk membina sebuah Kekerajaan yang berdaulat bersama pelabuhan utama yang dijangkau oleh kapal-kapal dari pelusuk Arab, India mahupun China, terutamanya bila diambil kira akan keadaan dizaman dahulu.

Kerana lazimnya, untuk membina sesebuah Kekerajaan yang berdaulat iaitu dari tarikh permulaannya sehinggalah ia berkembang menjadi sebuah Kekerajaan yang berdaulat, ia mengambil masa berpuluh tahun malah berabad tahun, dalam mana tempuh ini diperlukan untuk menghimpun kekuatan mahupun akan perkembangan kehidupan rakyatnya sehinggalah digelar sebuah Kekerajaan yang berdaulat.

Ini jelas menunjukkan bahawa Melaka adalah kesinambungan dari Kekerajaan Melayu Srivijaya dan inilah asas sejarah kewujudan Malaysia dibawah Kedaulatan Sultan-Sultannya sehinggalah kehari ini. Dalam mana, rakyat dibawahnya tidak kira dari mana asal keturunannya wajarlah sentiasa meletakan taat-setia mereka, apatah lagi untuk rakyat yang asalnya dari tanah lain yang mana mereka ini bebas mengamalkan kepercayaan mereka disamping bebas mengekalkan budaya serta bahasa ibunda mereka.

Sejarah sikap bertolak-ansur dari Kekerajaan Melayu ini telah tercatit sejak dahulu-kala sebagaimana bangsa asing bebas hidup diMelaka tanpa diganggu untuk mereka mengamalkan kepercayaan atau budaya mereka. Lantas dari itu juga, untuk mengekalkan keharmonian, wajarlah mereka bersikap bertolak-ansur dan menghormati Kekerajaan Melayu yang menaugi mereka untuk hidup aman damai selama ini.

Bersambung...

Thursday, August 26, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 3



Dalam melihat kedalam sesuatu sejarah, lazimnya ia terungkai antara fakta atau teori, antara yang berpijak dialam nyata atau hanya mitos, antara kisah yang benar ditampilkan atau sebaliknya iaitu kisah yang benar terkubur atas sesuatu sebab sedang kisah dusta yang mengantikannya, antara yang masih dapat dikesan atau yang lenyap ditelan zaman dan antara yang membawa kesan penting untuk hari kemudian atau sebagai pengajaran agar dapat dihindarkan untuk hari kemudian dari berlakunya kembali sesuatu perkara yang buruk.

Contoh sejarah agung yang terkubur atas sesuatu sebab sedang ianya adalah suatu sejarah yang penting dan telah membawa kesan perubahan yang besar dalam lipatan kehidupan insan adalah sejarah Laksamana Cheng Ho atau Zheng He (Haji Mahmud Shams/Ma He; 1371-1435) yang mana beliau dengan armadanya iaitu seramai 28,000 orang dan dianggarkan dengan 300 kapal telah mengembara dari Tanah Besar Cina kealam Nusantara, benua India, Tanah Parsi, Tanah Arab, benua Afrika hatta terdapat teori yang menyatakan bahawa beliau telah sampai kebenua Amerika sebelum Christoper Columbus mahupun Ferdinand Magellan. (Gavin Menzies)

Cheng Ho, Laksamana dari Dinasti Ming yang beragama Islam melayari kapal induk yang besarnya dianggarkan sekitar panjang 126 meter dan lebar 51 meter, iaitu sebesar saiz stadium bola dan lebih 7 kali lebih besar dari kapal Christoper Columbus, mampu mengangkut berat sebanyak 1500 tan dan ini dipenuhi dengan barang-barang berupa hadiah untuk hubungan diplomasi serta perniagaan buat Tanah Besar Cina dengan dunia luar.

Pelayaran ini adalah sesuatu yang benar-benar mencabar sejarah dalam liputan kehidupan insan terutama dizaman dahulu yang mana lazimnya yang kuat berkuasa sedangkan biarpun armada yang amat besar ini mempunyai keupayaan untuk menjajah dan menguasai kebanyakan kawasan yang dilewati, namun tiada suatu pun peperangan untuk menjajah yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya kerana misinya adalah lebih untuk keamanan dan ini amat berbeza dengan pihak barat yang menjajah atau cuba mengaut keuntungan yang maksimum disetiap daerah yang diterokai.

Tidak dinafikan juga bahawa salah satu kesan dari pelayaran Laksamana Cheng Ho, ia membantu pembangunan Melaka seperti adanya perniagaan dan hubungan diplomasi antara Melaka dengan Tanah Besar Cina, serta disamping armada Cheng Ho juga telah menghapuskan ancaman-ancaman dipersekitaran perairan seperti dari lanun-lanun, yang mana membuka peluang untuk Melaka membangun seterusnya sebagai sebuah pelabuhan yang amat pesat dan utama dirantau Nusantara sehinggalah tercatat dalam sejarah dunia sebelum Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

- Matteo Ricci's 1602 world map reveals Chinese surveyed world before Columbus -

Bersambung...

Saturday, July 17, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 2


Tahun 750 – 1250 M adalah juga digelar zaman Kegemilangan Islam (Islamic Golden Age) kerana dizaman ini, penerokaan didalam segala bidang pengetahuan dimulai samaada dari para-para ulama, para-para ahli fikir, ahli sains, jurutera-jurutera, jurubina-jurubina, para-para seniman atau sastrawan dan lain-lain yang mana kesannya membawa perubahan seterusnya kepada seluruh alam diwaktu itu mahupun sehingga kehari ini.

Walaupun dizaman ini, terjadi juga beberapa siri peperangan seperti peperangan dengan pengikut Syiah dan juga peperangan dengan pengikut Nasrani seperti peperangan Salib yang pertama (1095-1099 M), kedua (1147-1149 M), ketiga (1189-1192 M), keempat (1202-1204) dan seterusnya, namun begitu, dizaman ini lebih ditumpukan kepada pengetahuan dan penerokaan didalam setiap bidang atau perkara-perkara yang baru. Hatta diwaktu peperangan Salib, banyaknya ilmu-ilmu dalam bidang tertentu dari daerah Islam dibawa masuk keEropa.

Contohnya dalam bidang astronomi, al-Fazari seorang astronom Islam yang pertama menyusun astrolobe, al-Farghani (diEropa dikenali sebagai Al-Faragnus), menulis ringkasan ilmu astronomi yang kemudiannya diterjemah kedalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona dan Johannes. Dalam bidang optikal, Abu Ali al-Hassan ibn al-Haitsami (diEropa dikenali sebagai Alhazen), didalam bidang kimia, Jabir ibn Hayyan, didalam bidang matematik, Muhamad ibn Musa al-khawarizmi (yang mencipta ilmu algebra), didalam bidang sejarah dan geografi, al-Masudi yang menghasilkan karya Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir.

Didalam bidang kedoktoran, nama ar-Razi dan Ibnu Sina (dikenali Eropa sebagai Avicenna) adalah cukup terkenal. Ar-Razi adalah tokoh pertama yang membezakan antara penyakit cacar dengan measles dan merupakan mereka yang pertama menyusun buku mengenai kedoktoran. Sesudahnya, Ibn Sina yang juga seorang ahli falsafah, berhasil menemukan sistem peredaran darah pada manusia. Diantara karyanya adalah al-Qoonuun fi al-Thibb yang merupakan ensiklopedi kedoktoran paling besar dalam sejarah.

Zaman ini juga, pengawalan keatas pencemaran alam telah dimulai seperti apa yang didapati tulisan-tulisan al-Kindi, al-Razi, Ibn al-Jazzar, al-Tamimi, Ibn Sina, Ali ibn Ridwan, Abdul Latif dan Ibn al-Nafis yang mana mereka memperkatakan tentang pencemaran air, pencemaran udara, tanah, sistem pembuangan atau perkumuhan sampah-sarap dan seterusnya. Ini kerana terutamanya diwaktu itu, telah terbina kota-kota raya lalu diperlukan suatu sistem seperti sistem pengaliran air dan serta perkumuhannya.

Sebegitu juga dengan senibina-senibina berbentuk ciri Islamik berkembang dengan pesat terutama kerana pembangunan-pembangunan kota-kota raya samaada yang dibawah kerajaan Abbasiyah mahupun diAndalusia. Yang mana pembinaan kotanya bukan sahaja disudut pembinaan bangunan-bangunan tetapi diatur secara sistematik dengan jalan-jalan raya, lampu-lampu yang menerangi kota dimalam hari, sistem pengaliran, pusat-pusat aktiviti ekonomi berserta dengan segala kemudahan-kemudahan awam termasuk masjid-masjid dan hospital-hospital.

Dalam zaman Kekerajaan Abbasiyah jugalah yang merubah sejarah kepada penguasaan bangsa Islam yang bukan berasal dari bangsa Arab berkembang contohnya bangsa Turki membina Kekerajaan Seljuk dan seterusnya kepada Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923) yang mana merupakan salah suatu kuasa terbesar sebelum dikalahkan dalam perang dunia pertama.

Zaman Kerajaan Abbasiyah juga merupakan zaman peningkatan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi dan kota Basrah merupakan pelabuhan utama antara Timur dan Barat. Kemuncak Kerajaan Abbasiyah adalah dizaman Khalifah Harun ar-Rasyid rah. (786-809 M) dan puteranya Khalifah al-Maimun (813-833 M). Kekayaan yang didapati, dimanfaatkan oleh Khalifah Harun al-Rasyid untuk sekelian rakyat seperti untuk keperluan sosial, pendidikan samaada dalam bidang agama dan juga duniawi, mendirikan hospital-hospital, mempertinggikan kebudayaan serta kesusasteraan dan seterusnya.

Bersambung...

Saturday, July 10, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 1


Sejarah memainkan peranan penting dalam mengenal akan sebab-sebab kehadiran sesuatu, perubahan kepada apa yang berlaku suatu waktu dahulu, hari ini mahupun kesan dihari muka samaada untuk geografi alam, keadaan sesuatu masyarakat mahupun kepada setiap individu, penawar-penawar untuk sesuatu permasaalahan yang timbul, penghuraian akan jalur jalan hidup atau pegangan yang diikuti dan seterusnya.

Tanpa menoleh kepada sejarah adalah seperti pokok yang tumbuh tidak berakar iaitu biarpun setinggi mana pokok tersebut tumbuh, namun hakikatnya ia mudah tumbang hatta dengan hembusan angin yang lembut. Atau juga seperti rumah yang dibina tanpa tiang, sebegitu mudah runtuh.

Mungkin ada yang berpendapat, sejarah hanyalah kisah-kisah untuk mengubat kekosongan atau kebosanan hidup mahupun hanyalah merupakan mata-pelajaran yang wajib dihafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi sebenarnya jauh dari itu, kepentingan sejarah adalah dimana darinya insan mengenal jati-dirinya, mengenal apa yang dapat membantunya, mengenal faktor-faktor akan keruntuhan yang menimpa pada diri mahupun pada masyarakat am dan seterusnya.

Perubahan-perubahan hidup sekelian insan dan alam bila hendak dikaji dari mana dan mengapa ia sebegitu adalah dari lipatan sejarah. Dan untuk mencari penawar untuk sekian-sekian soalan yang mana bukan hanya untuk soalan dikertas peperiksaan tetapi soalan buat kehidupan sebenar adalah wajar juga ditoleh akan apakah sebab asalnya atau kesan dari sesuatu.

Pertanyaannya, apakah sesuatu sejarah itu sememangnya sebagaimana yang disampaikan mahupun difaktakan atau berubah kerana sesuatu sebab? Atau apakah disebalik sebenarnya akan hakikat terjadinya sesuatu sejarah? Apakah kesan diatas sejarah merubah atau terubah? Yang pastinya, sejarah memberi jawapan dan sejarah juga memberi soalan.

Contohnya, ramai insan yang percaya Genghis Khan dengan bala-benteranya menyerbu kota Baghdad dan memusnahkan segala yang ada, melakukan masakar besar-besaran, menghapuskan segala kitab-kitab yang terselit sejuta ilmu dari pengkaji-pengkaji Islam diwaktu itu. (dalam mana ada yang menuduh penyerangan itu adalah kerana umat Islam diwaktu itu bertindak tidak adil kepada kaum lain yang dibawah taklukan mereka dan juga dengan tuduhan-tuduhan yang lain)

Sedangkan sebenarnya, yang menyerang kota Baghdad bukanlah Genghis Khan tetapi adalah cucunya iaitu Haluga Khan. Dan cerita-cerita akan ketidak-adilan yang dilakukan umat Islam adalah propaganda sahaja kerana setiap kaum yang dibawah taklukan Kerajaan Abbasiyah adalah diberi hak untuk mengamalkan kebudayaan mereka, hatta Kerajaan Abbasiyahlah yang mengembalikan kedudukan bangsa selain bangsa Arab contohnya bangsa Parsi yang mana dizaman sebelumnya iaitu zaman Hajaj Bin Yusuf, bangsa Parsi hanyalah merupakan bangsa kelas kedua.

Dan bila dikaji lebih mendalam kisah disebalik penghancuran kota Bagdad, pertamanya haruslah disedari, ibu serta isteri kepada Haluga Khan yang menghancurkan kota Baghdad, membunuh jutaan nyawa orang Islam yang tidak berdosa, menguasai dengan penuh kekejaman serta kezaliman dikawasan Islam yang ditakluk, adalah merupakan penganut agama Nasrani exstrem dan komplot yang dilakukan untuk menghancurkan kota Bagdad adalah telah dirancang sedari awal kerana dari kota ini, tamadun Islam mahupun agama Islam itu sendiri tersebar secara meluasnya. Ramai kalangan mereka yang bukan Islam datang kekota Baghdad, membawa kembali bukan sahaja ilmu yang dipelajari tetapi juga kepercayaan kepada agama Islam yang baru dianuti.

Mungkin benar, sebab-sebab lain adalah kerana umat Islam disitu sendiri tersilap arah jalan lantaran terlalu banyaknya ilmu sedang kurangnya amalan terutama amalan berpesan-pesan buat kebaikan antara mereka, kerana tanpa amalan yang sebenar, ilmu hanyalah sebagai maklumat seperti kelahiran fikiran Mutazilah dan lain-lain, namun tidak dilupai juga, dizaman itu, lahirnya sebegitu banyaknya alim-ulamak hak yang membawa umat seterusnya dijalan kebenaran. Contohnya Imam Mahzab iaitu Imam Hanafi rah., Imam Maliki rah., Imam Syafii rah. dan Imam Hambali rah., serta sebegitu juga dengan para muhadith seperti Imam Bukhari rah., Imam Muslim rah., Imam Tirmizi rah., Imam Nasai rah. dan seterusnya, semuanya adalah berada dibawah zaman Kekerajaan Abbasiyah.

Bersambung...
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga