Thursday, August 26, 2010
Sejarah merubah atau terubah - 3
Dalam melihat kedalam sesuatu sejarah, lazimnya ia terungkai antara fakta atau teori, antara yang berpijak dialam nyata atau hanya mitos, antara kisah yang benar ditampilkan atau sebaliknya iaitu kisah yang benar terkubur atas sesuatu sebab sedang kisah dusta yang mengantikannya, antara yang masih dapat dikesan atau yang lenyap ditelan zaman dan antara yang membawa kesan penting untuk hari kemudian atau sebagai pengajaran agar dapat dihindarkan untuk hari kemudian dari berlakunya kembali sesuatu perkara yang buruk.
Contoh sejarah agung yang terkubur atas sesuatu sebab sedang ianya adalah suatu sejarah yang penting dan telah membawa kesan perubahan yang besar dalam lipatan kehidupan insan adalah sejarah Laksamana Cheng Ho atau Zheng He (Haji Mahmud Shams/Ma He; 1371-1435) yang mana beliau dengan armadanya iaitu seramai 28,000 orang dan dianggarkan dengan 300 kapal telah mengembara dari Tanah Besar Cina kealam Nusantara, benua India, Tanah Parsi, Tanah Arab, benua Afrika hatta terdapat teori yang menyatakan bahawa beliau telah sampai kebenua Amerika sebelum Christoper Columbus mahupun Ferdinand Magellan. (Gavin Menzies)
Cheng Ho, Laksamana dari Dinasti Ming yang beragama Islam melayari kapal induk yang besarnya dianggarkan sekitar panjang 126 meter dan lebar 51 meter, iaitu sebesar saiz stadium bola dan lebih 7 kali lebih besar dari kapal Christoper Columbus, mampu mengangkut berat sebanyak 1500 tan dan ini dipenuhi dengan barang-barang berupa hadiah untuk hubungan diplomasi serta perniagaan buat Tanah Besar Cina dengan dunia luar.
Pelayaran ini adalah sesuatu yang benar-benar mencabar sejarah dalam liputan kehidupan insan terutama dizaman dahulu yang mana lazimnya yang kuat berkuasa sedangkan biarpun armada yang amat besar ini mempunyai keupayaan untuk menjajah dan menguasai kebanyakan kawasan yang dilewati, namun tiada suatu pun peperangan untuk menjajah yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya kerana misinya adalah lebih untuk keamanan dan ini amat berbeza dengan pihak barat yang menjajah atau cuba mengaut keuntungan yang maksimum disetiap daerah yang diterokai.
Tidak dinafikan juga bahawa salah satu kesan dari pelayaran Laksamana Cheng Ho, ia membantu pembangunan Melaka seperti adanya perniagaan dan hubungan diplomasi antara Melaka dengan Tanah Besar Cina, serta disamping armada Cheng Ho juga telah menghapuskan ancaman-ancaman dipersekitaran perairan seperti dari lanun-lanun, yang mana membuka peluang untuk Melaka membangun seterusnya sebagai sebuah pelabuhan yang amat pesat dan utama dirantau Nusantara sehinggalah tercatat dalam sejarah dunia sebelum Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
- Matteo Ricci's 1602 world map reveals Chinese surveyed world before Columbus -
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
4 comments:
kitapun kena bergerak dengan armada kita, dari kpg ke kpg, dari negeri ke negeri dan dari negara ke negara..
selamat memburu lailatulqadar, tuan yg mulia
ramai yg mengatakan sejarah tidak menipu.
tetapi apa yg berlaku sebenarnya ialah sejarah boleh diselewengkan oleh orang yg menulis sejarah.
banyak faktor, salah satunya ialah sejarah ditulis oleh orang yg menang dan berkuasa.
Misalnya, di Msia, sejarah yg ditafsir oleh golongan anti-establishment mungkin berbeza berbanding sejarah yg disediakan dalam buku sejarah waktu ini.
Begitu juga dlm perang dunia, golongan yg kalah, diketepikan dan sejarah hanya melihat mereka golongan yg gagal, buruk, jahat.
Yg menang ialah baik, penyelamat dan sebagainya.
Singapura melihat sejarahnya berkaitan dgn Johor, Riau, Palembang mungkin berbeza dgn Indonesia atau Malaysia sendiri melihat peristiwa tertentu berkaitan Singapura.
(Tafsiran terhadap peristiwa tertentu dlm sejarah juga menyebabkan Pulau Batu Putih terlepas kpd Singapura). Dan byk contoh lain dlm dunia yg fana ini.
--Wallahualam--
- Insyaallah Ismadiyusuf, semoga kita sentiasa berpeluang dalam armada usaha yang membawa keamanan, kedamaian dan kesejahteraan buat diri dan seluruh penjuru alam.
- Benar Z76, sejarah wajar sahaja berubah atau terubah kesan dari persekitaran dan atas kepentingan sesuatu pihak. Sebagaimana sejarah Zheng He yang beragama Islam, cuba dipadam dan telah terkubur sekian lama, mujur masih dapat dikesan terutama diatas catitan-catitan juru-bahasanya Ma Huan. Namun pelayaran beliau yang terakhir yang meliputi jarak yang begitu jauh yang berkemungkinan besar telah sampai kebenua Amerika, iaitu 70 tahun lebih awal dari Columbus, telah hilang. Ianya cuba dikesan terutama dari bukti peta dunia yang wujud yang digunakan seperti oleh Columbus, Ferdinand mahupun Vasco da Gama pada waktu itu sedangkan pihak mereka belum sampai lagi kebenua Amerika mahupun kehujung Cape Town.
Wallahualam.
Post a Comment