Sunday, October 19, 2014

Zaman Gangsa diMalaysia

Sebelum zaman besi, zaman gangsa adalah petanda ketamadunan sesebuah wilayah. Zaman Gangsa atau Zaman Perunggu ialah zaman prasejarah dimana penggunaan logam gangsa telah membantu manusia lebih produktiviti dalam kehidupan seharian dan ini membuktikan adanya kewujudan sesebuah tamadun.

Wilayah Jericho iaitu tamadun awal diPalestin telah merekodkan penggunaan gangsa seawal 8000 tahun dahulu, 6000 tahun sebelum masihi digunakan diwilayah Mesopotamia, abad ke-4 sebelum masihi digunakan di Mesir kuno serta Lembah Indus dan seterusnya direkodkan penggunaannya di merata dunia seperti diEropa abad ke-2 SM, China dll. Manakala diMalaysia, sehingga kini, ditemui seawal 4000 tahun (abad ke-2 SM) telah wujud penggunaan gangsa oleh rakyat tempatan. 

Pertemuan terpenting Zaman Gangsa di Malaysia terdiri daripada beberapa artifak gendang dan loceng gangsa, selain mangkuk dan mata kapak gangsa. Artifak gendang gangsa adalah daripada jenis Heger 1, yang ditemui di Johor, Pahang, Selangor dan Terengganu, dan tersebar di rantau Asia Tenggara. Gendang ini dipercayai telah didagangkan dari Vietnam berdasarkan motif hiasan pada permukaan gendang dan loceng tersebut. Walau bagaimanapun, penemuan bahan acuan membuat kapak gangsa di tapak arkeologi Gua Harimau, Perak, jelas membuktikan bahawa artifak gangsa juga dihasilkan oleh masyarakat tempatan kira-kira 4,000 tahun silam.


Artifak gendang gangsa amat menarik kerana mempunyai motif hiasan yang sama dengan gendang gangsa yang ditemui di Dongson, Vietnam. Motif ini terdiri daripada matahari atau bintang yang letaknya di tengah-tengah, dan dikelilingi hiasan burung bangau yang sedang terbang serta motif geometri di sekelilingnya. Justeru, gendang dan loceng ini dikenali juga sebagai gendang dan loceng Dongson. Hiasan pada loceng pula berbentuk geometri dengan hiasan mata gergaji atau pucuk rebung pada pangkalnya. Artifak loceng yang sama pernah dijumpai di Batambang, Kemboja. Loceng gangsa yang ditemui di Muar, Johor, mempunyai tarikh awal Masihi, manakala gendang di Banting, Selangor, yang ditemui dalam konteks arkeologi mempunyai tarikh 500 sebelum Masihi.

Biasanya artifak gendang gangsa dijumpai berpasangan dan kegunaannya tidak begitu jelas. Ramai pengkaji beranggapan gendang gangsa ini adalah lambang keketuaan. Penemuan di Banting, Selangor, jelas menunjukkan ia ditanam dengan permukaannya diletakkan di atas sekeping papan perahu dan disertakan dengan tembikar dan manik.

Artifak gangsa di Sabah terdiri daripada gendang 'moko' yang ditemui di Tapadong dan juga di Gua Madai. Gendang 'moko' ini juga digunakan secara meluas di kepulauan Indonesia. Selain itu, beliung gangsa serta beberapa serpihan artifak gangsa juga ditemui. Di Sarawak, artifak gangsa ditemui di Gua Niah. Beberapa artifak gangsa turut ditemui secara tersendiri di beberapa tapak di Semenanjung Malaysia seperti di Sungai Jenera, Ulu Kelantan, Chuping di Perlis dan Tanjung Malim di Perak.

Monday, October 13, 2014

Besi dalam dunia Melayu

Besi mendapat tempat yang khusus dalam kitab suci Al-Quran. Secara khusus, surah ke-57 mengambil nama Al-Hadid yang bermaksud besi. Kata Al-Hadid diambil dari ayat 25 surat tersebut. Dalam ayat itu, Al-Quran secara jelas mendedahkan bahawa besi mempunyai kekuatan dan sangat bermanfaat bagi manusia.

'' Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.'' (QS Al-Hadid: ayat 25).

Selain itu, Al-Quran juga menggambarkan proses pengolahan besi. Dalam surat Al-Khafi (gua) ayat 96 Allah SWT berfirman,'' Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain, 'Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api ', dia pun berkata,' Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu '.''
Teknologi pengolahan besi nampaknya telah dikuasai manusia sejak zaman Nabi Daud AS. Hal itu dapat dilihat di dalam surah Al-Anbiyaa '(Nabi-nabi) ayat 80. Dalam surat itu Allah SWT berfirman,'' Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperangan. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).''

Fakta lain yang menyebutkan pemprosesan besi yang telah berkembang di zaman Nabi Daud AS juga dengan diungkapkan dalam surat Saba '(Kaum Saba) ayat 10. '' Dan sesungguhnya telah Kami berikan ke pada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami. (Kami berfirman), Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya.''
Dalam surat Saba 'ayat 11, Al-Quran juga memerintahkan dan menjelaskan cara membuat baju besi. "Buatlah baju-baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan.''

Zaman Logam (Metal Age) telah wujud diPerak seawal 5 abad sebelum masihi lagi sebelum sungai Batu dilembah Bujang menjadi pusat pengeluar terbesar dirantai Nusantara pada abad ke-2 selepas masihi. Tempat-tempat seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Tarikh kemasukan zaman logam kedaerah Nusantara ini adalah selepas zaman Nabi Daud yang dikatakan sebagai pemula zaman logam buat sejarah umat manusia. Nabi Daud hidup pada tarikh 1040–970 sebelum masihi.

Dari fakta ini juga dapat dijejaki bahawa tarikh zaman Zulkarnian yang disebut didalam Al Quran menguasai Timur dan barat adalah selepas tarikh zaman Nabi Daud kerana kepakaran menggunakan logam yang dilakukan oleh Zulkarnian buat membina perisai tembok menutup kaum Yaqjud-Maqjud. Kepakaran menghasilkan tembok tersebut adalah dengan menghasilkan logam kacukan yang lebih tahan dari besi iaitu antara tembaga dan besi agar tidak berkarat atau rosak dimakan zaman.
Dalam surat Al-Khafi (gua) ayat 96,'' .... berkatalah Dzulkarnain, 'Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api ', dia pun berkata,' Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu '.''

Penemuan tapak arkeologi di Sungai Batu diatas kajian dan penyelidikan  membawa kepada beberapa penemuan baru seperti antaranya tapak ritual yang terbenam pada kedalaman 1.5 meter, serpihan tembikar, industri peleburan besi besar-besaran buat eksport dan perdagangan akan mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara.

Sungai Batu terletak dalam tamadun Lembah Bujang yang juga dikenali sebagai Kedah Tua. Kedah Tua dikenali dengan pelbagai nama seperti Kataha, Kataram, Kalah, Chieh-Cha, Quedah dan banyak lagi. Bukti tentang Kedah Tua ditemui melalui tulisan atau dokumen seperti dalam rekod pelayaran dan perdagangan serta melalui kajian arkeologi. 

Kajian pada tahun 2008 bermula dengan jumpaan permukaan berupa bata di dalam ladang kelapa sawit. Sebanyak 10 tapak telah dikaji pada 2009, 6 tapak (2010), dan pada 2011 sedang mengkaji 4 tapak. Daripada 20 tapak yang dikaji, 4 mendedahkan bengkel peleburan besi, 8 bukti senibina jeti tepi sungai, 1 jelas senibina bangunan upacara dengan dikelilingi oleh 4 senibina berbentuk dewan dan 3 yang terbaru mendedahkan bangunan pentadbiran.

Ditemui juga bahawa lembah ini dahulunya merupakan pusat industri peleburan besi terbesar dan terawal. Bukti yang didapati ialah sisa besi, bahan mentah (hematit dan magnetit), ketulan besi merupai jongkong, juga ditemui 'tuyere', pecahan atau tinggalan relau, abu dan arang pembakaran. Sampel arang telah dihantar ke Makmal Radiokabon untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu).

Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang tinggal hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung Gading, Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu. Arang dan sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari abad ke-4 Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada jarak 40 km antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlansung industri peleburan besi pada masa yang agak sama. Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih 1000 km persegi.

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga