Thursday, December 31, 2009

Produk sejarah - 3


Kedudukan Mekah sendiri secara geografinya adalah dikelilingi oleh tamadun-tamadun besar dalam sejarah insan seperti Mesopotamia iaitu terdiri daripada Sumeria, Akkad, Babylonia, Persian iaitu Medes dan Achaemenid disebelah utara-timur, Kaum Aad dengan kota Iramnya disebelah timur selatan, kaum Tsamud, Saba, Abysinia disebelah selatan-barat, Eygpt disebelah Barat, Kanaan (Phoenician), Empayer Sulaiman, Yunani, Rom dan lain-lain disebelah barat-utara.

Salah-satu antara tamadun lama yang dianggap sebagai yang pertama memiliki bahan penulisan lengkap adalah Sumeria. Sumeria yang merupakan tamadun awal didaerah Mesopotamia dianggarkan bermula seawal 6000 tahun sebelum masehi. Mendirikan tamadun mereka diantara Sungai Tigris dan Furat. (Hari ini dinamakan Iraq)

Dari Tamadun Sumeria ini kemudiannya dalam lebih kurang 4000 SM, lahir seperti Empayer Akkad, dan selepas itu Empayer Babylon dimana Nabi Ibrahim adalah berasal dari situ dan ketika itu Babylon adalah dibawah pemerintahan Raja Namrud bin Kanaan (hidup sekitar 2275SM – 1943 SM)

Raja Namrud yang terkenal kerana membuka banyaknya bandar-bandar baru semasa pemerintahannya dan membina suatu bangunan indah dan hebat yang tercatit dalam catatan sejarah biarpun bangunan tersebut kini telah musnah,bernama Menara Babel (taman tergantung) berserta kompleks istananya yang begitu hebat.(Ada yang menyatakan taman tergantung ini dibuat selepas zamannya iaitu zaman Nebuchadnezzar, namun ada catatan `Tablet`mereka yang menyatakan sejak zaman Namrud lagi ia telah wujud)

Nabi Ibrahim telah diutus untuk mengajak masyarakat disitu untuk menyembah Pencipta alam yang sebenar dan menjalani kehidupan yang diredhai oleh Pencipta. Nabi Ibrahim melakukan usaha dakwahnya tidak henti-henti biarpun dakwahnya ditolak.

Suatu hari, ketika masyarakat disitu keluar dari kota untuk berpesta, Nabi ibrahim mengambil kesempatan ini untuk menghancurkan segala berhala disitu, hanya satu berhala yang terbesar ditinggalkan dengan kapak yang digunakan untuk memecah berhala yang lain dikalung pada berhala tersebut.

Terperanjat masyarakat disitu, melihat patung-patung, berhala-berhala yang mereka sembah, hancur berantakan dan bertaburan diatas lantai sewaktu kembalinya mereka dari tempat pesta. Mereka berkata: "Siapakah yang begitu berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji terhadap tuhan-tuhan kita?"

Salah seorang diantara mereka berkata dengan nada pasti:"Sudah tentu Ibrahim yang selalu membangkang sembahan-sembahan kita ini yang menghancurkannya." Lalu mereka menangkap Nabi Ibrahim dan membawanya kehadapan Raja Namrud. Raja Namrud bertanya kepada Nabi Ibrahim:"Apakah engkau yang menghancurkan berhala-berhala dan merosakkan Tuhan-Tuhan kami?"

Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak dilehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung tersebut, siapakah yang menghancurkannya."

Raja Namrud terdiam sejenak lalu berkata:" Engkaukan tahu bahawa patung tersebut tidak dapat berkata-kata, mengapa engkau meminta kami bertanya kepadanya?"

Kesempatan inilah yang dinanti-nanti, lalu Nabi Ibrahim menjawab: "Jika demikian, mengapa kamu sekelian menyembah patung-patung tersebut, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri dari kehancuran dan kebinasaan? Tidakkah kamu sekelian dapat berfikir dengan akal yang sihat bahawa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang dipesongkan oleh syaitan. Mengapa kamu sekelian tidak menyembah Tuhan sebenar yang menciptakan segalanya dan memberi kamu sekelian di atas bumi ini dengan segala isi dan kekayaan."

Biarpun benar lagi logik kata-kata Nabi Ibrahim, mereka tetap menolak akan kebenaran. Raja Namrud kemudiannya memerintahkan agar Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup dengan melontarnya kedalam api namun bila dilontar kedalam api, Nabi Ibrahim masih selamat, bahkan tiada sedikitpun tubuh badannya terbakar dan ini amat memeranjatkan Raja Namrud serta masyarakat disitu.

Namun atas kesesatan mereka, mereka tetap berpaling dari kebenaran, hanya-sanya selepas melihat mukjizat nabi Ibrahim, tidaklah berani mereka melakukan apa-apa lagi kepada Nabi Ibrahim sehinggalah Nabi Ibrahim mengambil keputusan mengembara keluar dari situ. Raja Namrud juga akhirnya menjadi seorang yang tertekan jiwanya malah hendak berperang dengan Tuhan, sehinggalah diberitakan mati dalam keadaan yang hina lagi menyeksakannya.

Berbalik pada Ketamadunan Sumeria, merekalah yang dikatakan pertama menggunakan roda, membahagikan detik saat pada masa, bahasa yang bertata-tertib dan tercatat sebagai tulisan, pedagang yang hebat, pembina empangan juga terusan-terusan untuk tanam-tanaman mereka yang begitu modern disamping juga kreatif dalam kesenian.



Bersambung...

Tuesday, December 29, 2009

Produk sejarah - 2


Disebelah pantai Timur semenanjung Arab hari ini menyaksikan banyaknya bandar-bandar baru dibina dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan seakan tiada henti kepesatan tamadun-tamadun disitu, dari Dubai, Doha, Muscat dan seterusnya yang mana berdekatan dengan daerah ini, pernah wujud suatu ketika dahulu, tamadun insan yang begitu maju dengan lembah yang subur.

Kaum Aad yang dinyatakan didalam Al Quran akan keadaan mereka iaitu kaum yang membina kota Iram, kota bangunan bersama tiang sari yang sebegitu besar dan tidak pernah ada seperti kota-kota sebegini selepasnya. Ibukota bagi kaum Aad dipercayai bernama Ubar yang terletak didaerah Oman (Al Ahqaf antara Hadramaut dan Oman).

Berbahasa Arab-Arabiah juga terkenal dengan tubuh fizikal mereka yang sangat besar dan kuat disamping kemahiran serta kepintaran yang mereka ada. Setelah sekian lama generasi berlalu selepas ditinggalkan oleh Nabi Nuh dan mereka selepasnya , kaum Aad kemudiannya menjadi penyembah berhala-berhala bernama Shamud, Shada dan Al Haba.

Kaum Aad yang diketahui adanya seorang utusan Allah bernama Nabi Hud yang diutus pada kaum tersebut untuk kembali kejalan kebenaran sebelum mereka dibinasakan. Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar antara mereka dengan zaman ini dan juga kemuncak ketamadun mereka, hanya diketahui Nabi Hud yang diutus kepada mereka adalah dari keturunan Sam iaitu anak Nabi Nuh. (Hud ibn Shalik ibn Arfakhshand ibn Sam ibn Nuh - riwayat Ibn Jarir, kisah Anbiya Ibn Kathir)

Dengan kepesatan kota yang diduduki dan begitu melimpahnya kemewahan, Kaum Aad akhirnya menjadi kaum yang sombong lagi angkuh diatas kehebatan mereka serta menjadi sebegitu rendah moral mereka. Kedatangan Nabi Hud adalah untuk membimbing mereka kembali kepada kebenaran dan mengkhabarkan akan kemusnahan kepada mereka sekiranya mereka berdegil mengikut jalan yang salah.

Nabi Hud berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintangnya, bumi dengan gunung-ganangnya, sungai, tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia.

Dan (Tuhan) membuat kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya. Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu, tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri tingkah-lakumu, mengetahui isi-hatimu, denyut jantungmu dan jalan fikiranmu.

Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada KeEsaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang pasif tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodoh dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa."

Adapun, kaum Aad tetap tidak mahu mendengar dakwah-dakwah Nabi Hud lalu Allah menghantar angin yang begitu dahsyat yang memusnahkan mereka. Tahap pertama adalah bermulanya dengan kekeringan yang mana memusnahkan segala tanaman mereka, dalam mana Nabi Hud tetap menasihatkan mereka agar bertaubat namun mereka tetap membangkang dakwah Nabi Hud.

Kemudian datang awan tebal yang pada mulanya kaum Aad menyangka bahawa itu adalah hujan rahmat tetapi sebaliknya yang datang adalah azab yang menghancurkan kaum Aad yang durhaka. Angin taufan yang kencang bersusuli bunyi gemuruh telah memusnahkan segala yang ada berserta kaum Aad yang durhaka selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa henti.

Timbul pertanyaan, apakah insan sesejak awal sentiasa bersaiz kecil fizikalnya kemudian dengan peredaran zaman mengalami evolusi menjadi fizikal yang lebih besar dan stabil atau sebaliknya mahupun ada yang sedari awalnya bersaiz besar?

Sila lihat video ini sehingga tamat: Giants real or fake Part - 1


Giants real or fake Part - 2


Bersambung…

Monday, December 28, 2009

Produk sejarah - 1


Apakah insan suatu waktu dahulu dipermulaannya adalah berada dalam tahap primitif iaitu tidak tahu apa-apa malah menyembah benda yang mati seperti batu-batu, pokok-pokok mahupun patung-patung lalu kemudiannya menjadi berpemikiran yang tinggi atau insan itu sendiri sebenarnya adalah suatu mahluk yang sentiasa berpemikiran tinggi malah mengenal Penciptanya, namun kemudian insan itu sendiri merendahkan pemikirannya atas sesuatu faktor serta menghancurkan apa yang dibina dahulunya?

Sekiranya dilihat akan tamadun-tamadun lepas, insan dari suatu kurun kesuatu kurun sentiasa berjaya mendirikan tamadun mereka namun kemudian atas sesuatu kesilapan seperti pemujaan kepada selain dari Pencipta alam yang esa, keruntuhan moral atau akhlak kerana melanggar fitrah insaniah yang wajar patuh kepada Penciptanya, lalu mereka dimusnahkan atau mereka sendiri memusnahkan segala yang dibina.

Contohnya, Teotihuacan (dianggarkan pada 300 S.M), salah satu tamadun ulung dibenua Amerika dan menjadi pengaruh kepada tamadun lain disekitarnya seperti Zapotek dan Maya dengan pembinaan piramid bulan dan matahari dalam mana rakyatnya hidup dikota tersebut dalam keadaan harmoni, pembinaan kota-kota yang sistematik, serta kreatif sebagaimana yang didapati dari ukiran-ukiran mereka. Sedang penduduk atau pembina bandar Teotihuacan sendiri tidak dikenali serta tidak diketahui apa bahasa mereka malah nama Teotihuacan juga diberikan nama oleh kaum Aztec.

Sehingga hari ini berbagai-bagai teori yang ada namun segalanya tidak pasti kerana tamadun ini tidak meninggalkan sebarang tinggalan sejarahnya seperti sesuatu yang bertulis, malah kubur raja-rajanya pun tidak ditemui. Yang pasti adalah mereka telah membina suatu struktur kehidupan bermasyarakat yang begitu hebat dengan suatu kebudayaan yang ulung sehinggalah kepada kejatuhannya.

Ada teori menyebut masyarakat disitu kemudiannya mula mengamalkan kepercayaan karut-marut yang mana ada penduduknya dikorbankan, adalah penyebab akan kejatuhannya. Atau juga terdapat sekelompok penduduknya menyembah berhala lalu mereka dihukum bersama penemuan bekas-bekas berhala yang dihancurkan dan dibakar. Apa pun, bandar yang sebegitu besar dan unik, akhirnya ditinggal kekosongan dan penuh tanda-tanya kerana tiada kesan apa dijumpai, hanya tulang serta berhala yang dihancurkan ditemui.

Ini adalah lumrah dimana-mana, setelah waktu berlalu, generasi kemudiannya terkeluar dari arus yang benar mahupun mereka merubah-rubah segala yang asli hatta banyak sejarah menunjukkan, sepeninggalan insan-insan dikalangan mereka yang dahulunya menunjukkan jalan kebenaran kepada mereka, akhirnya setelah waktu berlalu, insan tersebut pula dianggap sebagai Tuhan dan mereka menyembahnya atau mereka menyembah lain dari yang diajar.

Sebagaimana contohnya Zarathustra (Persia) yang mengajar akan Tuhan yang satu namun generasi kemudiannya menyembah api, Laozi (Lao Tzu, China), yang menyatakan Tuhan adalah terlalu agung sehingga tak dapat dibayangkan, namun kemudian sepeninggalannya, beliau pula disembah sebagai Tuhan, mahupun Nabi Isa, memperkatakan akan keesaan Pencipta alam, mengajar akan kalimah yang satu, dianggap pula sebagai anak Tuhan oleh generasi kemudiannya dan kalimah mereka menjadi tiga.


Bersambung…



Part - 2
Part - 3
Part - 4
Part - 5

Friday, December 25, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 14


Pada tahap-tahap penglihatan, pengertian, pengamatan dan seterusnya mencipta pengetahuan atau pengalaman kepada insan, lazimnya segala yang diketahui terjadi didunia ini adalah kerana adanya penyebab-penyebab atau asbab-asbab.

Dan ini adalah kenyataan yang mana dalam kehidupan ini, segalanya dilihat terikat pada asbab-asbab seperti adanya sinaran dipagi hari adalah kerana matahari terbit atau gelapnya hari kerana matahari tengelam.

Kenyataan inilah seterusnya menyokong pada kendalinya akal insan, yang mana fungsi untuk tahap-tahap akal atau juga disebut logik akal. Namun dalam pada itu, tahap hanya menggunakan logik akal adalah sebenarnya berbentuk tentatif bukan definitif. Sebagaimana kita telah melihat banyaknya teori-teori yang pada mulanya dipercayai itulah kebenaran mutlak tetapi kemudian dapat disangkal oleh penemuan teori-teori yang baru yang mana merubah keputusan dari teori yang lama.

Tentatif adalah suatu yang bukan muktamat atau ketetapan terakhir sebagaimana contohnya suatu perjumpaan dibuat pada tarikh tentatif yang dipilih pada sekian-sekian hari yang mana tarikh tersebut mungkin ditukar sekiranya ahli-ahlinya tidak bersetuju. Tarikh tentatif digunakan kerana kemungkinan ada perubahan dan bukan ketetapan. Manakala definitif pula adalah suatu ketetapan yang mana tidak lagi ditukar-tukar atau berubah-ubah.

Logik akal adalah berkisar pada pengertian, pemahaman mahupun pengetahuan insan namun ia mungkin sahaja bukan suatu kemestian. Contohnya suatu waktu dahulu, pada logik insan bumi adalah berbentuk latar kerana dimana-mana mereka bergerak, bumi tetap latar baginya lalu melalui asbab itu, dipercayai bumi ini latar, namun kemudian akalnya menemui logik yang lain bila dia berjalan jauh iaitu, titik penghujung yang dilihat pada diawal permulaan perjalanannya tidak disitu, malah semakin luas lagi pandangan disebalik titik penghujung tersebut yang membuktikan bahawa bumi ini bulat.

Atau pada suatu tahap, insan pada logiknya melihat bahawa matahari yang mengelilingi bumi kerana dilihat bagaimana putaran matahari terbit sehingga matahari tengelam, yang mana pada logiknya, dia tidak bergerak tetapi matahari yang bergerak, tetapi kemudiannya bila penemuan-penemuan baru akan bagaimana berputarnya planet-planet pada suatu garisan yang mengelilingi matahari, yang mana tempat bumi yang dipijaknya yang berputar mengelilingi matahari, maka teori lama sekali-gus berubah dan malah diketawakan.

Sebegitu juga pada logik akal, bila insan bangkit mencipta tamadunnya, mempunyai kota-kota besar, pengetahuan-pengetahuan yang tinggi, hidup penuh keselesaan, budaya-budaya yang ulung maka rakyat disitu adalah mereka yang hebat peradabannya dan diduga akan itulah contoh-contohnya insan yang wajar diikuti seratus persen oleh mereka yang tinggal didaerah lain yang ketinggalan, (sebagaimana lazimnya penduduk desa memandang tinggi pada penghuni kota)namun hakikatnya pula ramai penghuni-penghuni kota tersebut mengalami keruntuhan moral atau bermasaalah jiwa dari tekanan-tekanan hidup seperti stress harian dan seterusnya dalam memenuhi keperluan hidupnya.

Disinilah kenyataannya, segala yang menjadi asbab-asbab sesuatu terjadi didunia ini pada hakikatnya bukan kemestian keputusannya sebagaimana yang diduga logik akal oleh insan tetapi sebaliknya ada suatu kuasa yang maha besar yang mengolah serta membuat keputusan muktamat, kerana asas atau permulaan sesuatu asbab tersebut didunia ini bukanlah terletak pada deria atau akal insan tetapi terletak pada Pencipta alam.

Difinitif kehadiran insan dimuka bumi ini adalah adanya kelahiran dan adanya kematian dan antara kedua itu adalah bagaimana dia berikhtiar mencapai pengertian sebenar akan maksud kejadiannya dialam ini dan cuba mengenal secara definitif akan Penciptanya yang sebenar sebelum berakhir hayatnya dialam ini. Dalam mana diatas kerahmatan Pencipta alam ini, sentiasa Pencipta alam ini menghantar para-para utusanNya sehinggalah pada utusan terakhir iaitu Nabi Muhamad untuk membimbing insan kearah kebenaran tersebut.

Dan seterusnya disambung usaha dalam pengenalan akan erti sebenar kehidupan ini oleh para-para ulamak seperti al-mujaddid Imam Abu Hamid Al-Ghazali rah yang beraliran Sunni Mahzab Syafii dari Khurasan, Persia (1058-1111).

Thursday, December 24, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 13


Secara amnya diseluruh dunia, terdapat persamaan-persamaan tentang tahap-tahap yang dilalui dalam usia-usia insan. Yang mana juga dari tahap-tahap ini atau apa yang dicenderungkan pada sesuatu tahap, maka ia mencipta suasana sekelilingnya seperti bagaimana teman-teman atau kenalan-kenalan dipersekitarannya tidak kira didunia realiti mahupun didunia komunikasi internet yang mana kenalan-kenalannya adalah tanpa batas sempadan serta juga terdapat kenalan-kenalan yang tidak pernah ditemui dialam nyata.

Pada usia-usia muda seperti kanak-kanak, lumrahnya tema yang digemari untuk diikuti adalah berkenaan permainan. Dari permainan kejar-mengejar, permainan sembunyi-sembunyi, layang-layang, bola, takraw dan seterusnya kepada permainan modern hari ini iaitu video game, game boy dan seterusnya.

Seterusnya bila usia meningkat remaja maka arus budaya yang berlaku disekitar adalah tema yang lumrahnya diminati seperti band-band musik, cerita-cerita filem, berkenaan perasaan jatuh cinta atau mencari pasangan hidup, pakaian-pakaian fesyen semasa, sukan-sukan, jentera tungangan seperti motosikal atau kereta, buku-buku dan seterusnya.

Manakala diusia pertengahan adalah suatu langkah perubahan yang mana suatu alam yang lebih menggunakan otak-fikiran dan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk pengajian atau pengetahuan tetapi lebih menjurus tentang bagaimana menggunakan pemikiran untuk mengkaji sesuatu tema dalam kehidupannya dengan lebih mendalam dan tema-tema itu pula bergantung kepada apa yang mempengaruhi dirinya seperti contohnya tentang pegangan atau falsafah hidupnya.

Pada usia ini, insan mula menggunakan fikirannya pada perkara-perkara yang berat dan juga lebih serius diambilnya seperti tentang sesuatu topik hala tuju sebenar dirinya atau insan, arus kehidupan yang membawa kejayaan atau kegagalan, pengertian terhadap sesuatu tema yang lebih mendalam ingin diketahui, tentang perjalanan dunia seperti berita-berita semasa dan apakah kesannya dan seterusnya. Midlife crisis iaitu krisis diusia pertengahan biasa sahaja terjadi kerana peningkatan kepada pemikiran tentang keadaan hidupnya.

Namun dalam pada itu, ramai yang telah berada ditahap pertengahan usia namun mindanya masih minda semalam, iaitu minda kanak-kanak atau para remaja. Temanya masih tentang tema semalam seperti tema remaja-remaja mahupun sehingga apa yang dihasilkan juga adalah setahap para remaja tanpa menginginkan atau suatu usaha peningkatan yang seterusnya dalam erti kata menuju kematangan.

Dan sekiranya pada usia pertengahan ini, dilalaikan dengan tahap-tahap dirinya semalam, iaitu tahap-tahap zaman remajanya yang lepa maka bila meningkat kesuatu tahap seterusnya usianya iaitu bila melebihi 40 tahun, maka sesuatu tahap tersebut wajar sahaja menjadi tabiat yang sebati dalam dirinya dan semakin sukar baginya untuk dihakis dari dirinya.

Insan itu sendiri tidak kira apa kedudukan, pangkat, pengetahuan, pengalaman, minat, rupa fizikal, jantina dan seterusnya adalah sama iaitu menuju kealam kematangan sebelum usia menjangkau tua dan sebelum berakhir usianya. Kerana itu, bukan hanya mereka yang berkedudukan tinggi atau berpengetahuan tinggi berhak untuk berfikir tetapi setiap insan mempunyai hak untuk itu kerana hidup didunia ini hanyalah sekali, masa yang dilalui tidak akan berulang sedang masa itulah kesaksian akan pencapaian kematangan dirinya.

Lantas dari itu, apakah erti tahap-tahap kematangan dan dari mana ia diukur? Tahap kematangan bukanlah bermakna seseorang tersebut tidak boleh bergurau, berhikmah dalam berkata-kata seperti membicarakan tentang layang-layang pada seorang kanak-kanak, bersukan, berkarya dalam bentuk ringan, melakukan kesilapan dan seterusnya, tetapi tahap kematangan adalah bila ia menginginkan kebenaran dengan menggunakan kelebihan akal-fikirannya untuk kearah kebenaran, bukan hanya mengikut emosinya dalam mana pertimbangan-pertimbangan untuk sesuatu adalah dilakukan dengan lebih berhati-hati.

Dalam pada itu, didapati ada remaja-remaja yang lebih matang dari sesetengah mereka yang ditahap usia pertengahan mahupun usia lanjut kerana adanya sesuatu arus kebenaran yang diikuti. Sesuatu arus seperti pada jalan budaya hidup yang cenderung kepada kebaikan, kepada jalan kebenaran mahu pun juga serius dalam pencarian apakah erti sebenar kehidupan didunia ini.

Bersambung…

Wednesday, December 23, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 12


Terdapat tahap-tahap kehidupan yang lazimnya sama untuk setiap insan mahupun untuk sekelian mahluk atau kehidupan dialam ini. Contohnya tahap-tahap sesuatu suhu, iaitu adanya suhu yang sesuai untuk kehidupan, manakala bila suhu tersebut meningkat ekstrem, maka pupuslah kehidupan tersebut atau sebaliknya, bila suhu tersebut turun dengan ekstrem juga menyebabkan kepupusan.

Meski pun terdapat juga kehidupan yang mempunyai kelebihan dalam penyesuaian atau adaptasi pada suhu-suhu yang ekstrem berbanding pada tahap suhu yang biasa seperti unta untuk suhu yang begitu panas atau pinguin untuk suhu yang begitu sejuk (mahupun sejenis bakteria yang ditemui hidup sekian lama didalam ais dibawah paras -35C), namun tetap ada tahap maksimum yang mana tidak mampu ditanggung.

Pada alam yang diduduki ini, terdapat suatu ekosistem yang membantu akan kekekalan tahap-tahap suhu untuk kehidupan mahluk diatasnya. Ekosistem ini yang berlangsung sekian lama dengan suatu system tersendiri yang begitu teratur dan tanpanya, maka suhu-suhu akan berubah sehingga menjadi sebegitu ekstrem disamping keadaan-keadaan samping lantaran ketidak-stabilan cuaca, mampu sahaja memusnahkan kehidupan diatas alam ini.

Ekosistem berasal dari dua perkataan iaitu ekologi (bahasa Yunani – oikos, rumahtangga atau tempat tinggal dan logos – ilmu) dan sistem (suatu percantuman diantara unsur-unsur yang saling berkait, bergantung dan beroperasi secara teratur), yang bermaksud semua organisma hidup iaitu segala haiwanat, insan serta juga tumbuh-tumbuhan dan yang bukan hidup seperti tasik, lautan, angin dan seterusnya saling berinteraksi dialam sekitar dalam suatu sistem seperti kitaran atau aliran tenaga.

Dalam pada itu, insanlah salah satu yang memainkan pengaruh kuat keatas perubahan dalam ekosistem kerana ia berkemampuan menambah atau mengurangkan spesies atau komponen dalam sesuatu ekosistem. Samaada secara yang dirancang atau juga secara tidak sengaja, namun kesan buruk darinya seperti ketidak-seimbangan ekosistem menyebabkan segala kehidupan lain berserta insan itu sendiri mendapat akibat petaka buruk.

Dan terlebih dari itu, samaada sengaja atau tidak diatas kerosakan yang dilakukan oleh insan, lazimnya ia adalah dari kehidupan insan yang sentiasa mahu merubah tahap-tahap dalam kehidupannya, seperti dari tahap kehidupan sederhana berubah menjadi suatu kehidupan yang pantas dalam mana sebegitu banyak keperluan-keperluan yang melebihi dari apa yang diperlukan untuk hidup, dilonggokan untuk menjalani kehidupan sehariannya.

Dari alat pengangkutan sehingga pada alat-alat mewah didalam rumahnya, saban hari insan seakan tidak pernah merasa kepuasan atau mencukupi dan sentiasa mahukan lebih dari yang ada. Pada diri insan sendiri, adanya tahap-tahap yang dirasa selesa seperti pada sesuatu suhu lalu direka alat pendingin dinegara bercuaca panas atau alat pemanas dinegara bercuaca sejuk, namun yang dikejar bukan sahaja itu malah seluruh kehidupannya mahu diletakan dalam keadaan selesa sedang kehidupan lain tertindas diatas keselesaan insan.

Ditambah dengan perkembangan ekonomi yang berlaku secara drastik yang tidak dapat dikawal atau ditahan-tahan lagi diseluruh dunia, seperti contohnya suatu syarikat peti sejuk yang mempunyai 20 orang pekerja yang mana mengeluarkan 100 peti sejuk seminggu, yang mana harus digandakan produktivitinya atau paling kurang angka yang sama mesti dikeluarkan setiap minggu untuk mengelakkan kerugian serta pekerjanya kehilangan kerja. Manakala dalam pada itu, berpuluh ribu lagi syarikat peti sejuk yang lain dibuka diseluruh dunia yang meningkatkan lagi persaingan, jadi bayangkan apakah seterusnya terjadi?

Sebegitu juga, makanan-makanan untuk menampung kehidupannya, segala yang dilakukan dalam berskala besar lazimnya adalah diatas mengaut keuntungan semata-mata sedang kehidupan lain seperti haiwanat teraniaya diatas sikap insan. Terutama dinegara-negara maju yang begitu banyak lebihan-lebihan makanan terbuang manakala dinegara mundur lain, rakyatnya kebuluran.

Apakah insan hari ini ada suatu kehidupan alternatif untuk kembali mengimbangi ekosistem yang ada agar tahap suhu kehidupan kekal pada paras yang sama atau paling kurang, mengelakkan dari datangnya petaka yang lebih buruk?

Bersambung…

Tuesday, December 22, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 11


Perbezaan seorang insan yang berada ditahap tertutup minda serta perasaannya dengan seorang insan yang terbuka minda serta hatinya adalah seperti seorang yang duduk mengadap tembok dan dimensi pandangannya adalah hanya tembok tersebut berbanding dengan seorang lain yang duduk diatas bukit memerhatikan akan keindahan alam semesta dari setiap sudut.

Tahap-tahap seseorang tersebut menjadi tertutupnya minda serta perasaan (mati hati) adalah mungkin dari pengalamannya yang cetek, keangkuhan yang mana merasa diri adalah terbaik (tanpa mahu mendengar pandangan pihak lain biarpun ia suatu kebenaran), perasaan rasis keterlaluan, perasaan hasad menguasai dirinya, mementingkan diri sendiri, perasan akan kehebatan diri, ketidak-matangan, memandang rendah akan pihak lain, prajudis dan seterusnya.

Mahupun yang mengalami suatu frasa dalam hidup yang membuatnya sebegitu seperti tekanan yang keterlaluan yang dialaminya oleh sesuatu pihak (misalnya generasi Islam yang duduk dinegara Komunis yang mana mereka diharamkan melaksanakan ajaran agamanya sewaktu dahulu, lalu lahir generasi yang gelisah serta tertutup pandangan mereka), pergolakan-pergolakan seperti dari suatu peperangan yang membuat mereka hanya memikirkan bagaimana untuk memenangi peperangan tersebut kerana ditindas dan dirampas haknya, persekitaran kehidupan yang penuh dengan kesempitan seperti anak-anak yang dilahirkan dilorong-lorong gelap kota dan seterusnya.

Untuk faktor-faktor yang membuatnya berada ditahap tertutup mindanya tanpa dapat dielakkan, seperti dari peperangan yang tidak henti-henti dipersekitarannya dalam mana dia telah melihat begitu ramai insan yang tidak bersalah terkorban termasuk ahli keluarganya sendiri, itu mungkin suatu pengecualian kerana kehidupan sekitarnya yang penuh cabaran, memaksanya bertindak sebegitu serta itu bukan pilihannya.

Berlainan dengan faktor yang dari sesuatu dalaman diri seorang insan itu sendiri seperti merasa angkuh keterlaluan, perasaan rasis keterlaluan dan seterusnya, ditambah tiada usaha memperbaiki dirinya, itu adalah suatu petaka besar buat dirinya.

Kerana tahap seseorang insan yang tertutup mindanya mahupun sebagaimana juga yang dikatakan mati perasaanya, mindanya adalah seperti terperangkap dalam sebuah kotak gelap, berligar-ligar saban waktu tanpa natijah kebaikan atau tanpa ketemu cahaya, tidak kira berpengetahuan tinggi atau sebaliknya, berada atau miskin, dikota atau didesa dan seterusnya.

Dalam peribahasa Melayu yang menyatakan katak bawah tempurung yang mana bukanlah bermakna seseorang atau sesuatu kaum yang tinggal dalam arus yang ketinggalan zaman (seperti orang asli didalam hutan), tetapi bermakna seseorang yang jumud atau beku fikirannya dan tidak mahu melihat atau mempelajari dari dunia selain dari dirinya dan ini adalah kerana mindanya tertutup.

Berbeza dengan peribahasa yang menyatakan, jauh perjalanan luas pandangan, yang bermakna bukan seseorang itu kerjanya hanya berjalan atau mengembara tetapi lebih dari itu ia membawa maksud akan memerhatikan alam sekitar, mendengar serta menilai pandangan pihak lain, berusaha melakukan suatu gerakan dalam hidupnya untuk menimba kebaikan, melakukan suatu pengorbanan malah menempuh susah-payah untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dan seterusnya. (jauh perjalanan bermakna bersedia menghadapi berbagai rintangan dalam perjalanannya yang jauh)

Seseorang yang terbuka mindanya juga bukanlah bermaksud seseorang yang mengambil apa sahaja biarpun ia suatu keburukan atau memudaratkan seperti mengambil budaya songsang kedalam hidupnya tetapi bererti seseorang yang bersedia menilai, memerhati, mendengar, mempelajari, mendalami sesuatu yang luar dari dirinya serta berusaha memperbaiki dirinya.

Hari ini, kebanyakkan mereka-mereka yang tertutup mindanya bukanlah datang dari pendalaman atau ceruk-ceruk desa tetapi adalah dari kota-kota besar. Apakah faktor menjadikannya sebegitu sedangkan dikota-kota besar ramai yang berpengetahuan tinggi, berkemampuan dalam hidup dari berbagai sudut, hidup dalam serba modern dan seterusnya?

Bersambung…

Monday, December 21, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 10


Salah satu faktor terbesar yang berupaya merubah tahap-tahap kehidupan insan adalah ideanya. Idea atau juga pandangan adalah suatu yang dihasilkan oleh insan bila dia berfikir dan merupakan produk dari sudut mentalnya.

Iaitu bila dia melontarkan sesuatu pandangan dari subjek-subjek yang ditelaahi, dikaji atau diperhati, seperti berkenaan kehidupan sehariannya, berkenaan masa depan, penyelesaian keatas sesuatu masaalah, untuk merumuskan sesuatu keputusan, pencarian kepada sesuatu pembaharuan, penghasilan keatas karya-karya seni dan seterusnya yang mana dapat dizahirkan dalam bentuk kata-kata, tulisan-tulisan, lakaran-lakaran dan seterusnya.

Idea-idea berbentuk berbagai-bagai mengikut apa yang difikirkan atau dinilaikan dari mana-mana sumber yang diambil untuk menghasilkan idea-ideanya samaada dari pengalaman, pengetahuan keatas sesuatu ilmu, kefahaman, krisis-krisis yang berlaku, penyesuaian dengan keadaan, pengaruh sekitar, validnya sesuatu tersebut, inspirasi-inspirasi semasa dan seterusnya.

Sesuatu idea yang dilontarkan itu kadang-kadang mampu sahaja merubah kehidupan seseorang, sesuatu masyarakat bahkan keseluruhan alam. Dan idea-idea juga mampu meningkatkan sesuatu tahap dalam kehidupan insan atau juga sebaliknya.

Seperti sesuatu ideologi yang terhasil dari idea-idea insan yang dikongsi bersama-sama dalam suatu kelompok atau masyarakat untuk suatu penyelesaian bagaimana menjalankan suatu sistem dalam kehidupan mereka sehingga kepada kehidupan untuk sesuatu negara dan mahupun seterusnya disebarkan keseluruh alam.

Dalam pada itu, Ideasionaliti, kefahaman pandangan yang merangkumi semua fungsi makfirat (yang muafakat pada hak, serta dalil), ingatan, daya imaginasi, daya berhujah, pengamatan dan seterusnya merupakan suatu alat ilmu atau suatu kelebihan ulung yang ada pada insan. Dan darinya, insan dapat memahami apa erti kehidupannya dan malah cuba mengerti akan kebesaran Penciptanya.

Seseorang insan bila memerhatikan akan betapa luasnya alam ini, lalu cuba memahami apakah alam ini berbentuk infiniti atau ada penghujungnya, maka didapatinya akan suatu keputusan yang tidak dapat ditembusi oleh tahap pemikiran insan yang hanya berlandaskan cara logik materialnya.

Serta juga akan bagaimana agungnya Pencipta alam ini, yang tak tercapai akan pancaderianya, kerana sekiranya Penciptanya seperti dirinya, atau seperti kejadian-kejadian mahluk lain dialam ini, mustahil Penciptanya berkemampuan sebegitu agung mencipta segala-galanya hatta mencipta masa atau waktu buat kehidupan dialam ini. Seperti sekiranya Pencipta alam bertangan, mendengar, melihat, berkata, melahirkan zuriat dan seterusnya seperti keadaan segala sifat mahluk didunia ini, maka amat terhadlah keupayaan Penciptanya.

Dari itu, ulama Aqidah aliran Mahzab Syafii yang terkenal, Abu al-Hassan al-Asyari (lahir diBasra, 873-935) menghuraikan serta meletakkan tahap mana yang sewajarnya untuk insan bila cuba memahami akan Penciptanya. Penghuraian yang berdalil pada kebenaran disamping penjelasan yang membentuk akan apakah erti dalam bentuk logik tentang ketidak-upayaan seorang insan dibandingkan kepada Pencipta semesta alam yang maha agung. Sifat 20 dalam menerangkan akan keagungan Pencipta alam yang dihuraikan bukanlah mengeliru bahkan membimbing ketahap tertinggi pemikiran insaniah akan kebesaran Penciptanya.

Seperti penghuraian bahawa Allah itu ada dan berlawanan dengan sifat tiada, Allah itu sedia ada dan berlawanan dengan sifat segala yang baru, Allah itu kekal dan tidak binasa, yang mana insan bila sampai sesuatu tahap pencariannya, akan mencari dimana penghulu dan dimana penghujungnya alam semesta ini serta segala dimensi yang ada seperti dimensi waktu atau ruang serta bagaimanakah Pencipta alam ini. Sampaikan ahli-ahli sains terkemuka yang idea-idea mereka telah merubah tahap kehidupan insan didunia kini menjadi berteknologi tinggi, terkeliru dalam membicarakan apakah erti infiniti (hatta sehingga ada yang membunuh diri), sedang pada seorang yang beritiqadkan pada sifat-sifat Allah seperti mempercayai Allah itu sedia ada, iaitu tiada yang ada sebelum Allah mahupun tiada yang kekal selain Allah, memahami bahawa segala didunia ini tiada yang kekal atau infiniti melainkan Pencipta alam semata-mata dan ini membuat fikirannya terkawal dilandasan kebenaran.

Bersambung...

Sunday, December 20, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 9


Tahap-tahap yang difahami oleh insan adalah bergantung juga kepada perkara-perkara yang memanipulasi atau mempengaruhi mindanya. Samaada membawa keputusan yang baik atau sebaliknya, saban waktu terutama didalam dunia ini yang penuh persaingan, dunia yang pantas, dunia yang penuh maklumat, dunia yang penuh komercial, dunia yang penuh glamour dan seterusnya, syarikat-syarikat besar cuba menguasai para-para pengguna.

Melalui media-media misalnya melalui papan-papan tanda, akhbar-akhbar, ikhlan-ikhlan elektronik seperti ditelevision, internet dan seterusnya, saban waktu, pengguna yang disogok dengan berbagai-bagai ikhlan serta propaganda dari berbagai-bagai jenama mahupun dari berbagai-bagai anasir yang cuba menguasai mindanya.

Tidak dinafikan ada juga juga kebaikan yang boleh didapati sekiranya ada kejujuran mahupun perasaan tanggung-jawab, seperti para pengguna dapat mengenali sesuatu produk yang dicari, sesuatu produk yang berkualiti, produk yang murah dan seterusnya, namun lazimnya ia disalah-gunakan untuk kepentingan pihak tertentu dan dilakukan secara drastik dengan penuh tipu-daya dalam mengekalkan pengawalannya kepada minda mereka yang menuruti media-media tersebut.

Seperti sesebuah kuasa besar dunia yang mahu kuasanya kekal disanjungi dan diikuti biarpun terselit sejuta kesalahan yang dilakukan, namun dilakukan secara drastik bersama tuduhan-tuduhan palsu sehinggalah yang benar kelihatan salah dan yang salah kelihatan benar.

Dan dari situ, para-para penguna atau yang menuruti media-media serta propaganda tersebut, dimanipulasikan pemikiran mereka, lantas akhirnya mereka menetapkan apakah tahap-tahap yang wajar dicapai berpandukan kepada mindanya yang dikawal (Mind-control - taktik psykologi mengawal minda, kelakuan, perasaan serta keputusan yang dibuat oleh seseorang).

Contohnya, ada yang menetapkan bahawa kehidupan yang penuh bahagia atau dipanggil sebagai kehidupan yang berjaya adalah dengan memandu kereta-kereta mewah berjenama besar. Bagi yang berada yang memang kereta sebegitu adalah dibawah kemampuannya, ia tidaklah bermasaalah, tetapi lazimnya, rata-rata yang tidak berkemampuan yang terpedaya dan meletakkan bahawa itulah tahap yang harus dicapai, sehingga terbelenggu hidupnya dipenuhi hutang-hutang dalam mengejar impiannya.

Hatta ia menjadi faktor dirinya bermegah-megah biarpun kehidupannya tersepit dikejar pemberi hutang seperti bank atau ah long (lintah darat yang mengambil faedah-faedah dari hutang yang diberi). Dan selalu juga, wang-wang yang diberi pinjaman oleh sesuatu badan-badan bantuan (seperti wang bantuan Mara untuk Bumiputra) buat membantu rakyat untuk mendirikan perniagaan, habis digunakan untuk memiliki barangan mewahnya.

Atau juga bagaimana ramainya anak muda-mudi, dimanipulasikan fikiran-fikiran mereka lalu meletakkan apakah tahap-tahap yang dikejarnya, seperti menjadi bintang pujaan ramai yang glamour, lalu habis kegiatan seni dirosakkan atas nama popularity atau selebriti. Mahupun seperti pengarah-pengarah filem yang dikawal mindanya oleh pengaruh negatif lalu meletakkan sesuatu tahap untuk sesuatu filem seperti sekiranya untuk sesuatu rakaman filem, wajar ada adegan cumbu atau mendedahkah tubuh-badan dan tanpa itu dirasakan suatu kekosongan dalam filemnya, sedangkan itu adalah suatu kejahilan.

Bersambung...

Saturday, December 19, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 8


Penghijrahan dari suatu suasana kesuatu suasana, suatu tempoh kesuatu tempoh, suatu tempat kesuatu tempat, suatu pemikiran kesatu pemikiran dan seterusnya merupakan salah satu suatu punca utama akan perubahan tahap-tahap dalam kehidupan insan mahupun mahluk lain dialam ini.

Penghijrahan berlaku samaada kerana suatu keperluan kehidupan (sudut ekonomi atau politik), suatu hajat, suatu pencarian, suatu pengharapan, suatu penyelesaian keatas sesuatu perkara, suatu pembelajaran dan seterusnya serta juga mungkin dari tabiat tabii insan sendiri telah berlansung sekian lama sesejak adanya kehidupan dialam ini. Penghijrahan insan juga membuat populasinya bertebaran disekian alam dan hatta sehingga kehari ini, penghijrahan berlaku tanpa henti dalam skala yang besar samaada disedari atau tidak disetiap pelusuk alam.

Penghijrahan lazimnya membuahkan sesuatu yang berbeza dari tahap sebelum penghijrahan dan juga meninggalkan kesan serta membawa suatu pembaharuan kepada tahap-tahap seterusnya. Dunia yang wujud hari ini pun, samada disudut pengetahuan yang dimiliki sehinggalah kepelbagai budaya yang ada, adalah terhasil dari penghijrahan yang dilakukan oleh insan diseluruh alam sesejak dahulu.

Mungkin ada juga kesan sampingan yang membawa keburukan dan itu tidak dinafikan namun rata-ratanya, ia membawa suatu keputusan yang lebih baik tambahan adanya suatu dorongan untuk kedepan setelah bersusah-payah dalam menempuh alam penghijrahannya, serta mana juga bergantung dari sudut mana niatnya penghijrahan tersebut serta juga apakah matlamat seterusnya.

Dan bila dikatakan akan penghijrahan dari sudut mental atau dalaman insan seperti perasaan, pemikiran atau minda, fahaman, kepercayaan, pegangan hidup dan seterusnya, ia membawa penyataan yang lebih mendalam dan lebih luas untuk dihuraikan.

Penghijrahan dari sudut mental atau dalaman insan, ia wajar sahaja berhijrah dari yang semalam kepada suatu yang lain dihari ini dan esoknya pula mungkin bertukar lagi. Ada yang telah mencapai suatu tahap yang boleh dikatakan stabil iaitu sama sahaja saban waktu, manakala ramainya mengikut mood, suasana atau keadaan sekitar, keadaan fizikalnya, keadaan tekanan hidup dan seterusnya.

Sedang bila dikatakan akan diri sebenar dalaman insan itu sendiri iaitu jiwanya (al-nafs), maka proses perubahan dari suatu tahap kesuatu tahap memerlukan suatu jangka tempoh yang tertentu, malah kekadang mengambil tempoh yang lama dan bukanlah sesingkat sehari-dua. Tahap-tahap nafs insan itu adalah penyata sebenarnya diri insan itu atau identiti sebenar dirinya dalam mana juga dia berkemampuan mengubah tahap-tahapnya dari tahap yang rendah meningkat ketahap yang tinggi mahupun sebaliknya.

Tahap terendah akan jiwa insan itu adalah yang dipanggil nafsu amarah, nafs yang mengajak kepada kekejian, yang mementingkan diri sendiri dan segala sifat keji seperti khianat, tamak, sombong atau takebur, bakhil, dengki, dendam dan seterusnya yang mana segala yang dilakukan adalah pertama-tamanya bagaimana mendapat kepuasan diri biarpun membawa kesan yang buruk pada yang lain.

Dan ini akan meningkat ketahap nafs lawwama, yang mana boleh dipanggil tahap adanya kesedaran diri atau konsius (Self-consciousness) dan seterusnya ketahap yang lebih tinggi iaitu tahap nafs mutmainah, iaitu nafs yang tenang dan dalam kebaikan. Nafs atau jiwa yang merasa tenteram dalam melakukan amalan solehan serta amalan kebajikan yang lain dan mencapai tahap insaniah yang tinggi kerana insan itu fitrahnya juga sebegitu (hanif – cenderung kepada kebaikan), ditambah lagi dipenuhi sifat-sifat mulia seperti siddiq, ikhlas, tawaduk (merendah diri), suka menolong insan lain, bertimbang-rasa, ikhram iaitu adanya rahmat dihati untuk sekelian mahluk dan seterusnya.

Bersambung....

Friday, December 18, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 7


Tahap-tahap dalam sesuatu kehidupan itu dimengertikan bergantung kepada kayu pengukur yang digunakan diwaktunya samaada untuk mencapai tahap seterusnya, untuk mengekalkan tahap yang ada atau untuk rujuk ketahap sebelumnya. Dalam pada itu apakah segala tahap sesuatu perkara tersebut ada penghujungnya atau berbentuk infiniti? (Infiniti adalah bermakna tiada penghujung atau tiada titik muktamadnya)

Berbalik pada kayu pengukur yang direka sendiri oleh insan untuk mengukur sesuatu tersebut, keputusannya selalu juga membuat kayu pengukur tersebut sendiri berubah-ubah. Misalnya suatu waktu dahulu, insan hanya mengetahui apa yang dapat dilihat oleh mata-kasarnya dan bila disebut zarah, insan sendiri tidak memahaminya namun kemudian setelah waktu berlalu, setelah penemuan akan adanya benda-benda atau kehidupan yang terlalu halus tidak dilihat dengan mata-kasar tetapi dengan meggunakan sesuatu alat pembantu ia dapat dilihat, perkataan zarah ini menjadi suatu perkara yang biasa difahami.

Dan sekian hari, apa yang diukur terhadap benda-benda yang begitu halus membuat perubahan kepada apa yang diukur kerana semakin hari, semakin banyak yang ditemui seperti dari bakteria ketahap yang lebih halus iaitu virus dan dengan jumlah jenis masing-masing yang tidak terkata banyaknya.

Sebagaimana dari keluasan alam atau bilangan-bilangan number yang digunakan untuk mengira, yang mana contohnya pada tahap awal, insan seakan dapat mengira jumlah jarinya atau apa yang ada disekeliling rumahnya, namun setelah waktu berlalu, timbul permintaan-permintaan untuknya mengukur lebih dari itu, lalu diusahakan untuk mendapat kayu pengukur yang baru. Persoalannya, apakah ada titik noktah dalam kayu pengukur yang digunakan untuk mengira bagaimana besarnya alam ini atau angka-angka yang digunakan untuk mengira jumlah-jumlah besar seterusnya atau apakah itu suatu yang berbentuk infiniti?

Dalam mengkaji akan erti infiniti atau apakah tahap yang tiada muktamad seperti apakah tiada penghujung akan number-number yang digunakan untuk mengira, bagaimanakah bentuk kayu pengukur untuk digunakan mengukur seterusnya, ada kalangan ilmuan besar Barat berakhir menjadi gila mahupun sampai ketahap membunuh diri seperti George Cantor (Pakar mathematik dari German, 1845-1918), Ludwig Boltzmann (pakar teori atom dizaman permulaan penemuan teori atom dari Austria, 1844-1906).

Mahupun mereka yang cuba melebihi tahap-tahap pemikiran yang ada seperti Kurt Gödel (pakar logika mathematik seperti ilmu computer atau logika falsafah dari Austria, 1906-1978), Alan Turing (pengasas computer dari England, 1912-1954) juga berakhir dengan membunuh diri atas tekanan-tekanan jiwa mereka. Mungkin ia adalah suatu yang pelik kedengarannya, namun begitulah pemikiran insan yang sentiasa cuba mencapai tahap-tahap yang lebih tinggi saban waktu bersama kayu-kayu pengukurnya, namun realitinya, sentiasa ada had-had yang menyekat.

Yang pasti, kayu pengukur yang digunakan adalah kian berubah-ubah dalam putaran waktu, sebagaimana ada kalangan kaum yang mengukur dengan ramainya anak maka beruntunglah keluarga tersebut namun kini terutamanya dibandar-bandar besar, dengan ramainya anak bermakna semakin susah kehidupan yang dilalui lalu ramai yang mempunyai bilangan anak seorang atau tiada langsung dan digantikan dengan binatang-binatang peliharaan seperti anjing atau kucing.

Atau juga sebagaimana, suatu waktu dahulu, seseorang yang meninggalkan kemewahan dunia, hidup dalam penuh tawaduk, cuba membaiki akhlaknya, cuba mendekati dirinya pada Penciptanya, cuba mengajak insan menuju kesuatu tahap insaniah yang lebih tinggi, lazimnya dihormati kerana pihak sebegini tidak menyusahkan mahupun menganggu pihak lain, hanya hidup dalam dunia zuhud mereka, sebagaimana dilihat dimana-mana budaya atau kepercayaan, namun kini ramai yang mencemuhnya kerana pihak yang mencemuh menggunakan kayu pengukur pemikiran materialistik, pemikiran kebendaan, biarpun ia tidak mengugat sebarang kepentingan mereka yang mencemuh samaada dari sudut pangkat-kedudukan mahupun harta-benda.

Bersambung...

Thursday, December 17, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 6


Dalam menempuh dari satu tahap kesatu tahap buat kehidupan insan, ilusi memainkan juga sebagai salah suatu pemangkin. Ilusi boleh dikatakan berbeza dari halusinasi, yang mana ilusi adalah suatu gambaran yang diubah atau diolah bentuknya oleh fikiran dari unsur deria-deria tentang sesuatu objek, perkara, pengetahuan, pengalaman, maklumat, pemandangan, sesuatu fahaman dan seterusnya manakala halusinasi adalah datang dari sesuatu yang tidak nyata mahupun khayalan semata-mata.

Ilusi yang memainkan peranan dalam perubahan sesuatu tahap seseorang individu mahupun masyarakat adalah seperti membayangkan sesuatu yang lain dari tahap yang wujud dan berusaha untuk mencapai tahap tersebut misalnya bagaimana seseorang tersebut membayangkan untuk terbang dilangit biru seperti seekor burung, lalu dikerahkan segala tenaga, fikiran mahupun sudut kewangan, hatta sampai nyawanya sekali dipertaruhkan sebagai risiko dan dari itu, kini kapalterbang adalah sesuatu alat pengangkutan yang begitu lumrah dimana-mana.

Ilusi berkemampuan menukar suatu yang tidak realiti menjadi realiti, sesuatu yang tidak logik menjadi logik. Misalnya sebatang kayu yang ditengelamkan setengah darinya kedalam air, maka kelihatan kayu tersebut bengkok dipandangan umum sedangkan realitinya kayu tersebut tetap lurus atau juga misalnya insan berilusi untuk menyelam dan bergerak didalam air berjam-jam lamanya sedangkan ia adalah tidak logik, tetapi dengan usaha-usaha merealistikkan ilusi tersebut dengan pembinaan alat-alat penyelam, maka ia menjadi suatu yang logik.

Sebegitu juga misalnya, suatu waktu dahulu, tidak logik untuk seseorang itu berhubung dengan saudaranya yang jauh beribu kilometer, tetapi kini ia menjadi suatu perkara yang logik dengan adanya alat perhubungan telefon, internet dan lain-lain. Malah kini bila seseorang itu menafikan bahawa dia mendengar suara yang keluar dari corong telefon itu suara saudaranya yang berada jauh beribu kilometer, dia dikatakan tinggal didalam suatu fikiran yang ketinggalan.

Dalam pada itu, ilusi insan juga berkemampuan membawa keburukan bahkan sehingga keperingkat kehancuran insan itu sendiri mahupun alam yang dipenghunikan. Ini terjadi kerana realiti ditahap yang ada adalah benar sedang yang diilusikan adalah sesuatu yang tidak benar.

Misalnya, insan berilusi akan adanya dunia yang bebas seratus peratus, mungkin padanya adalah suatu kebaikan tetapi realiti yang akan berlaku adalah seperti kerosakan moral akan terjadi dalam keadaan yang lebih drastik. Atau insan berilusi untuk tinggal dalam kehidupan yang jauh lebih maju sehinggakan kereta kegunaan harian boleh terbang tetapi apakah kesannya pada alam sedangkan tahap ini pun, telah begitu banyak kemusnahan alam yang dilakukan.

Atau juga ilusi-ilusi insan yang terbentuk dari tahap primitif insaniah yang membawa kepada keburukan iaitu kepercayaan-kepercayaan khurafat, kepercayaan adanya kuasa-kuasa ghaib dari benda-benda mati seperti batu atau patung-patung, tilik-menilik, karut-marut, was-was, syak wasangka dan seterusnya yang mana realitinya yang memilikinya ilusi sebegini adalah dalam jumlah yang begitu besar skalanya didalam dunia ini biarpun dinafikan.

Seperti suatu negara yang mengaku ia adalah negara termaju, bersama peralatan-peralatan tercanggih diciptanya, mengamalkan ilusi-ilusi primitif ini, iaitu ilusi dari syak wasangkanya, sehinggakan menyebabkan pertumpahan darah yang tidak putus-putus bersama begitu ramai korban-korban yang tidak bersalah.


Bersambung…

Wednesday, December 16, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 5


Dalam melalui tahap-tahap sesuatu kehidupan, adanya proses adaptasi kepada suasana, kepada alam sekitar, kepada keadaan-keadaan persekitaran seperti pergaulan, budaya yang ada dan seterusnya.Lazimnya sesuatu proses adaptasi itu memainkan syarat yang penting untuk hidup disesuatu tahap mahupun untuk meningkat ketahap yang dilain samada disedari atau tidak kerana proses adaptasi ini adalah suatu proses permudah atau penyesuaian seseorang itu dalam melalui sesuatu tahap-tahap kehidupan.

Contoh-contoh adaptasi adalah seperti seseorang yang dari negara berhawa panas, kemudian berhijrah kenegara berhawa sejuk lalu belajar bagaimana berpakaian yang dapat melindunginya dari suhu yang begitu sejuk, belajar bahasa penduduk tempatan, mengenal budaya setempat seperti adab-adab mereka, cara pemakanan mereka (terutama untuk mengetahu apa yang halal dan apa yang haram) dan seterusnya.

Manakala contoh lain adalah seperti seseorang yang berhijrah kekota besar yang mana kehidupan disitu bukan lagi berbentuk shanti (aman) sebagaimana kampung halamannya, tetapi penuh dengan keadaan stress, hiruk-piruk siang-malam, ramai penghuni disekitar kurang beradab, ramai penghuninya tertekan jiwa, masing-masing mementingkan diri dan seterusnya, yang mana terpaksa mengadaptasikan dirinya kepada keadaan sebegitu untuknya terus hidup dikota tersebut.

Adaptasi adalah proses membantu diri atau juga boleh jadi proses ini meracun diri seperti contohnya seseorang yang hidup dalam dunia persekitaran berteknologi tinggi, dengan kehidupan seharian dipenuhi alat-alat elektronik, maka dengan mengadaptasikan dirinya dalam keadaan sebegitu, dapatlah ia meningkatkan pengetahuan diri seperti mendapat bahan-bahan bacaan (E-book dll)yang bermanfaat disamping percuma namun dalam pada itu, tidak dinafikan risiko-risiko lain yang mendatang seperti dirinya terbelenggu saban waktu pada mainan-mainan elektronik yang membuang masa atau malah lebih teruk dari itu, dirinya terjebak dalam pengaruh-pengaruh liar yang merosakkan moral.

Mahupun seperti ramai yang terbelenggu menghabiskan masa tanpa mengambil apa-apa faedah yang baik diruangan-ruangan chat, facebook, blog-blog dan seterusnya atau menghabiskan masa dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, namun inilah contoh kenyataan realiti kehidupan hari ini sekiranya tersilap dalam mengadaptasikan diri pada suasana.

Sebenarnya proses adaptasi ini telah berlaku sedari kecil lagi seseorang insan tersebut dalam melalui tahap-tahap kehidupannya, sebagaimana anak kecil mengadaptasikan diri kepada suasana keluarganya, bahasa sekitarnya, pemakanan, pemikiran, kepercayaan dan seterusnya. Tanpa proses ini, maka tertinggallah ia atau terasing dirinya dari persekitarannya malah kemungkinan dilihat sebagai seorang yang tidak sihat mentalnya.

Sebaiknya suasana atau keadaan yang diadaptasi adalah membawa kepada kebaikan namun tiada siapa dapat memastikan atau menjamin akan sesuatu seperti kehidupan atau suasana yang membawa kepada kebaikan yang didapatinya. Dalam hal anak kecil misalnya, apalah daya sianak kecil untuk memilih mendapat suasana keluarga yang bahagia, suasana keluarga yang beradab, suasana keluarga yang benar pegangan mereka dan seterusnya. Kerana apa yang ditakdir, itulah yang berlaku, sekiranya siayah dan siibunya penjenayah, maka sianak terpaksalah mengadaptasikan dirinya kepada suasana kehidupan orang tuanya.

Namun, dalam suasana bermasyarakat, wajarnya mereka sentiasa berpesan antara satu sama lain untuk membantu membina suatu suasana sihat atau baik agar generasi seterusnya dapat mengadaptasikan diri mereka pada perkara-perkara yang baik dan meningkat kepada ketahap-tahap kehidupan seterusnya yang lebih baik.

Bersambung…….

Tuesday, December 15, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 4


Kehidupan insan didunia ini telah mencapai suatu tahap-tahap yang tidak pernah terbayang, dari kebangkitan tamadun-tamadun diseluruh pelusuk, pengetahuan-pengetahuan yang terkumpul dan dikaji seterusnya, hasil-hasil daya kreativiti, peralatan-peralatan yang digunakan seharian, bahan-bahan yang diperlukan untuk kehidupan seperti bahan-bahan makanan atau bahan bakar hinggalah kepada bahan-bahan buangan yang dihasilkan seharian.

Dan jumlah-jumlah ini kian bertambah untuk setiap detik sesejak zaman industri bermula. Diawal abad ke10, dianggarkan hanya 300 juta, tetapi sesejak zaman indusri berkembang jumlahnya dari lebih 1 billion diawal abad ke 19 meningkat kepada lebih dari 6 billion diawal abad ke21.

Mungkin ia hanya dikatakan suatu angka, tetapi hakikatnya pada setiap angka terdapat suatu kehidupan didalamnya dan masing-masing hidup dalam tahap-tahap samaada tahap kehidupan yang meningkat baik atau sebaliknya. Disamping kesan-kesan dari setiap kehidupan tersebut seperti sebanyak manakah haiwan yang dikorbankan setiap detik untuk menampung kehidupan insan, kemusnahan alam yang dilakukan dan seterusnya.

Dan masing-masing cuba mencapai tahap-tahap yang diimpikan atau dihajati seperti tahap kehidupan yang selesa, kehidupan yang aman, kehidupan yang bahagia, kehidupan yang dikatakan berjaya dan seterusnya dalam lingkungan pengertian masing-masing dan samaada yang memperolehinya dengan secara baik atau juga yang berusaha memperolehinya dengan jalan yang salah seperti merampas hak pihak lain atau menindas pihak lain dalam memenuhi tahap impiannya.

Pengertian apakah suatu tahap-tahap yang lebih tinggi yang diimpikan adalah terletak dari pengertian-pengertian yang diperolehi samaada dari pegangan hidup, pengetahuan-pengetahuan yang dipelajari, pengalaman-pengalaman, permintaan-permintaan yang lahir dari kehidupan seharian, kebudayaan-kebudayaan yang dihidupkan , maklumat-maklumat samaada dari yang terbatas bentuknya mahupun yang melepasi sempadan-sempadan dunia seperti media-media atau internet, tekanan-tekanan kehidupan yang dihadapi, cara-cara kehidupan yang dilalui dan seterusnya.

Namun dari itu, apakah ada persamaan dikalangan setiap insan sedari zaman permulaan sehingga kekini, akan suatu tahap yang lebih tinggi yang diimpikan. Pertanyaan ini mungkin berbalik kepada fitrah asal yang ada pada setiap insan. Seperti fitrah atau naluri setiap insan bertahap kehambaan, samaada disedari atau tidak. Tahap yang mana bermakna ada keterbatasan padanya dan walaupun dicuba, tetap sesuatu tahap itu membatasi kemampuannya.

Contohnya tahap keterbatasan waktu, hatta seseorang yang dapat menguasai dunia diwaktunya mahupun seorang yang mempercayai dia adalah Tuhan, akan menyedari kebatasan umurnya. (seperti Firaun yang bersedia membina piramid-piramid untuk melindungi dirinya bila sampai waktu ajalnya)

Atau kini, insan telah mencapai tahapnya sebegitu maju dibidang peralatan sehingga dapat terbang atau menghantar alatannya keluar melepasi langit-langit, namun dari itu apa yang ditemui adalah sesuatu yang terlalu jauh lebih luas untuk dijangkau dan ia tetap terbatas keupayaannya. Akalnya akan mengkaumi apa yang dilihat dan menyedari keluasan langit berserta suatu sistem yang terjaga seperti putaran planet-planet diorbit-orbit sehinggalah kepada komet-komet yang berputar dalam lorongnya tersendiri.

Bersambung….

Monday, December 14, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 3


Pengalaman adalah suatu asas membantu insan dalam melalui tahap-tahap dirinya kerana tanpa pengalaman, tidaklah dikenali apakah seterusnya dari sesuatu tersebut. Namun ia bukanlah kemestian untuk keseluruhannya kerana arus kehidupan insan sendiri adalah juga suatu yang misteri dan penuh teka-teki. Hanya dalam realiti, dalam dunia yang nyata, adanya asas-asas utama untuk peningkatan tahap-tahap dalam kehidupan insan seperti dari pengalaman.

Seseorang tersebut belajar dalam peningkatan tahapnya melalui pengalaman sesejak zaman bayinya lagi. Dari pengalaman bagaimana untuk mendapatkan susu dengan merenggek, bagaimana dapat mengerakkan dan mengawal setiap anggota badannya, bagaimana mengenal fungsi-fungsi derianya, bagaimana mengenal mereka yang disekitarnya dan seterusnya kepada peringkat-peringkat yang lain. Pengalaman boleh dikatakan suatu asas atau fundament untuk insan melalui tahap-tahap kehidupannya dalam keadaan stabil sebagaimana boleh dikatakan, tanpa berpengalaman cara berdiri bagaimana mungkin seseorang tersebut mampu berlari?

Dalam pada itu, terdapat suatu pandangan seperti pandangan yang digelar Empirisisme (Emperisicm), dari tamadun Yunani yang mana menyatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi atau berasaskan dari pengalaman. Sebagaimana juga, Ibn Sina dari Persian atau dalam latin, beliau digelar sebagai Avicinna membawa pandangan yang sama dalam teori Tabula Rasa, menyatakan bahawa semua insan adalah dilahirkan sebagai kain putih-bersih, kemudian persekitarannyalah yang kemudian mewarnakannya, yang mana pengalaman dari persekitaranlah yang mencorakkan seterusnya keadaan seseorang insan tersebut. Dan ini dinyatakan juga dalam kajian oleh Ibn Tufail, seorang ilmuan dari Andalusia.

Pandangan emperisisme adalah juga bercanggah dengan pandangan golongan ekstrem rationalisme yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan dan segala-galanya dalam mana menafikan pengalaman pancaindera juga sebagai sumber pengetahuan. Pandangan rasionalisme adalah kaedah ilmu logik berkonsepkan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Tetapi apakah akal adalah segala-galanya?

Apakah akal dapat membicarakan seseorang yang yang sedari kecil hidup bergelumbang dengan kejahilan tiba-tiba mendapat hidayat untuk menjadi seorang insan yang tinggi tahap keinsaniahnya atau sebaliknya iaitu keadaan seseorang yang fizikalnya kelihatan begitu baik, tinggi pengetahuanya tetapi rendah tahap insaniahnya kerana mengalami kerosakan moral? Apakah akal dapat membicarakan akan seseorang yang tiada bertuhan atau mempercayai bahawa batu-batu mahupun patung-patung memberinya makanan, tiba-tiba mendapat hidayat dan mati dalam keadaan Rabbnya Allah? (Dalam mana Mungkar dan Nakir akan bertanya, Man Rubbuka, siapakah tuhan kamu, dan jawapannya, Allah)

Dan tentu sekali hanya berpandukan kepada akal, seseorang tersebut tidak akan sampai ketahap tertinggi dalam mengenal Penciptanya kerana kemampuan akal adalah terbatas sebagaimana fizikal insan itu sendiri, bahkan dikhuatiri hanya berpandukan akal, insan itu langsung tidak mengenal Penciptanya. Kerana tahap akal, hanyalah dari sudut yang diperhati, dari dimensi yang dimengerti sedangkan semua yang dimiliki oleh insan adalah amat terhad.

Akal hanyalah suatu alat atau deria pembantu, bukan segala-galanya. Seseorang yang ditahap dipanggil belum berakal, iaitu belum baligh, tidak dapat dipertanggung-jawabkan sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan. Kerana itu, apa yang utama adalah bagaimana dapat mewujudkan suasana sekitar yang dapat membantu kanak-kanak tersebut hidup dengan pengalaman yang dapat membantunya kearah kebaikan.


Bersambung.........

Sunday, December 13, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 2


Sesuatu tahap dalam kehidupan insan wajar sahaja berulang seperti dari tahap permulaan kemudian kembali lagi ketahap permulaannya misal seorang bayi kecil yang tidak mampu mengangkat dirinya malah memerlukan bantuan sepenuhnya kemudian membesar dan sampai waktunya menjadi seorang yang begitu berusia yang mana tahap dirinya menjadi begitu lemah seakan tahap bayinya atau misal sesebuah tamadun yang berjaya dibina tinggi berdiri megah seperti tamadun-tamadun silam, kemudian kembali rebah atau musnah tamadunnya menjadi seperti diperingkat permulaan.

Pada tahap fizikal atau luaran, ianya adalah suatu proses lumrah alamiah seperti faktor dimamah usia, yang mana litaran kejadian kehidupan dialam maya terikat kepada setiap yang baru akan menjadi lama juga tetapi pada tahap-tahap mental atau dalaman insaniah, ianya adalah dari suatu dimensi yang berbeza.

Sesebuah masyarakat yang telah sekian lama gigih berusaha membangunkan kota-kota tamadunnya, membangunkan kebudayaan yang cemerlang, membangunkan peribadi yang mulia, membangunkan pengetahuan-pengetahuan yang ulung bersama segala data-data simpananan untuk membantu generasi seterusnya menyambung tamadun tersebut namun akhirnya tersungkur atau musnah segalanya menjadi seperti dipermulaan pembinaannya, apakah faktornya penyebabnya?

Sekiranya faktor dimamah usia, tentu sahaja jawapannya bahawa generasi seterusnya, wajarnya memiliki peralatan yang lebih canggih untuk membaiki atau membina kota yang lebih utuh. Sekiranya dikatakan bahawa bahawa generasi seterusnya kekeringan idea-idea untuk menyambung kebudayaan ulung yang didirikan, jawapannya ini sesuatu yang mustahil kerana selama insan itu hidup, ia akan sentiasa berkreatif atau mencuba kerana daya imiginasi yang ada padanya terutama bila adanya asas-asas atau imitasi, peniruan yang diambil dari sesuatu yang lepas.

Sekiranya dikatakan akan kemusnahan tamadun yang dibina kerana generasi seterusnya tidak lagi berpengetahuan seperti generasi sebelumnya, jawapannya juga ini adalah sesuatu yang mustahil kerana setelah insan mula menulis, ia dapat merakamkan apa yang diketahui yang mana pengetahuan adalah suatu aset yang dapat dijaga, disampaikan dan dipertingkatkan. Apatah lagi dizaman yang mana keseluruhan data-data pengetahuan dapat disimpan dan diakses sebegitu mudah. Jadi apakah faktor yang menyebabkan suatu masyarakat yang berada ditahap ulung tamadunnya kemudian menjadi musnah atau runtuh segalanya dan kembali semula seperti ditahap dipermulaan?

Ini adalah kerana faktor perasaan dan pemikiran insan itu sendiri yang dapat meninggikan tahap-tahap insaniah serta juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang berada ditahap rendahnya perasaan serta pemikirannya seperti tiada berperi-kemanusiaan, penuh kezaliman, penderhakaan, penipuan, rasuah, dengki antara satu sama lain, bakhil, tiada perasaan bertolak-ansur, sentiasa cuba menjatuhkan satu sama lain, dendam, tamak kuasa dan seterusnya adalah faktor yang menyebabkan kemusnahannya. Malah atas kerendahan tahap insaniah mereka juga, menjadi penyebab akan kemusnahan kepada pihak yang lain.

Insan itu sendiri adalah suatu kehidupan yang amat berbeza dengan haiwanat yang mana haiwanat, tahap litarannya berputar sepenuhnya mengikut proses alamiah sebagaimana juga keadaan fizikal atau luaran seseorang insan sedangkan untuk diri insan itu sendiri, tahap-tahapnya adalah bergantung pada dalaman dirinya iaitu bergantung pada perasaan dan pemikirannya.

Seorang yang dilahirkan dikota besar, berpakaian jenama mahal, hidup dengan penuh kemewahan, sentiasa dapat memenuhi segala kehendak nafsunya, apakah dia telah mencapai tahap insaniah yang tinggi. Apakah dia telah mencapai tahap kebahagian yang sebenarnya dalam dirinya tanpa dibelenggu oleh tahap-tahap perasaan risau-gunah sedangkan statitik menunjukkan begitu tinggi kes-kes masaalah tekanan jiwa sehingga peringkat membunuh diri adalah dikota-kota besar.

Bersambung…….

Saturday, December 12, 2009

Tahap-tahap kehidupan - 1


Didalam alam maya ini, terdapatnya sesuatu tahap-tahap ketika melalui putaran waktu seperti tahap awal, pertengahan sehingga tahap penghujungnya, tahap pengenalan ketahap pengetahuan, tahap mencuba-cuba sehingga ketahap telah sebati pada diri, tahap mundur ketahap maju, tahap lemah ketahap kuat atau sebaliknya dan seterusnya.

Hanya-sanya dalam sesuatu tahap tersebut, pertanyaan akan adanya penghujung muktamat pada tahap perasaan dan pemikiran adalah suatu perkara atau topik yang wajar membawa kesan amat besar pada setiap individu.

Mungkin pertanyaan bagaimana tahap perasaan atau pemikiran sebelum kewujudan seseorang insan (sebagaimana dialam roh), pada keadaan dirinya dalam bentuk janin atau bayi didalam perut ibu atau sejurus sahaja lahir didunia, tidak membawa kesan yang ketara pada setiap individu tetapi samaada adanya penghujung atau tidak untuk tahap perasaan dan pemikiran insan adalah suatu yang amat dalam pengiraan samaada disedari atau tidak.

Insan adalah suatu objek yang merangkumi fizikal mahupun mental, yang mana dari sudut fizikal, ia adalah amat jelas dan boleh sahaja dirangkakan mengikut alam nyata, alam mata-kasar (termasuk juga sesuatu yang begitu halus seperti contohnya sel-sel ditubuh badan yang dapat dilihat dengan bantuan sesuatu alat) dan pengiraan tahap-tahapnya adalah statik sesejak kurun awal kedatangan insan dimuka bumi ini sehingga kehari ini.

Tahap fizikal seperti dari bentuk tubuh badan bayi, kepada kanak-kanak kecil, meningkat remaja dan seterusnya keusia tua adalah lebih berbentuk senada disekian zaman mahupun disetiap penjuru alam. Mungkin faktor-faktor keturunan, pemakanan, cuaca tempat tinggal, perkembangan sesuatu budaya mahupun cara hidup yang dilalui seperti bersukan dan lain-lain, dapat memainkan peranan yang mempengaruhi tahap-tahap fizikal.

Tahap-tahap perubahan keatas fizikal untuk setiap kehidupan yang ada adalah amat jelas kerangka-kerangka tahap pertumbuhan fizikalnya terutama bila bidang pengajian terperinci dilakukan keatas sesuatu species didalami (seperti kajian keatas DNA dll)yang mana setiap species ada kerangka pertumbuhannya tersendiri sedari awal dan ini seterusnya menyanggah segala teori evolusi Darwin yang menyatakan insan adalah dari kerangka bentuk monyet sebelum berubah tahap menjadi kerangka insan hari ini.

Sedang tahap-tahap perubahan evolusi pada perasaan dan pemikiran adalah sering berubah-rubah kerangka-kerangkanya sekian zaman mengikut rentak atau corak persekitaran kehidupan yang dilalui, pengetahuan atau pengalaman, ideologi, suatu perubahan budaya dan seterusnya serta juga dari suatu perhitungan yang luar dari suatu kebiasaan tahap insan didunia(seperti kedatangan dahulu para anbiya bersama kitab yang diutus dengannya mengajak insan kepada kebenaran).


Bersambung…..

Friday, December 11, 2009

Join Blog-Blog Bicara Sempoi

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Blog yang sempoi untuk membaca nukilan-nukilan para-para blogger...

Atas targhib Azhar313 dan ziarah76 kepada blog bicara sempoi, maka saya pun tumpang sekaki sama, tujuan nak follow up blog bicara sempoi untuk membaca blog-blog dalam tulisan Melayu disamping bertaaruf, bertukar-tukar pandangan, bermasyuarah (boleh ke masyuara dalam blog...nanti saya tanya Azhar313) mendapat maklumat, tashkil (eemm...ini kena tanya Ben Krenmaut)....apa-apa pun, yang utama dapat juga baca berita-berita atau tulisan-tulisan disamping kreatifiti dari Tanah Melayu.

Tentang up-date blog saya, saya ni slow-train sikit, sebulan sekali kot, itu pun lepas pekena kopi dulu sambil rewang-rewang disesawang.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga