Sunday, May 10, 2015

Pertembungan pendapat tentang usia manusia dimuka bumi - 3



Masalah besar dalam menjejaki usia manusia adalah menjejaki usia tamadun terawal kerana dengan adanya sesebuah penempatan tamadun kuno, maka dapat dijumpai hasil kesan kerja-tangan manusia seperti artifak dan lain-lain yang membuktinya kewujudan manusia. Masalah dalam menjejaki usia terawal tamadun manusia adalah payah kerana lazimnya segala hasil kerja-tangan manusia mudah lupus dan pupus ditelan cuaca, keadaan muka-bumi, bahan-bahan yang digunakan tidak bertahan lama dan seterusnya. Lantaran itu, dunia hari ini hanya mengetahui usia tamadun manusia adalah seawal tamadun Mesopotamia atau Mesir iaitu dalam anggaran 6000 tahun yang silam.

Tetapi jauh dari tarikh tamadun Mesopotamia, telah wujud tamadun-tamadun lain seperti Gobekli Tepel (dalam negara Turki  modern hari ini) yang berusia sekitar 12,000 tahun silam atau mahupun penemuan bandar kuno dalam anggaran 32,000 tahun dahulu dipelantar yang suatu masa dahulu merupakan sebahagian daripada benua India tetapi tenggelam semasa zaman ais berakhir.


Gobekli Tepe adalah suatu kawasan purba yang dibangunkan oleh manusia, termasuk batuan raksasa yang diukir, dalam sekitar 12,000 tahun yang lalu sedangkan peradaban hari ini menyatakan zaman Gobekli Tepe ini dikatakan manusia belum mengenal alat logam atau bahkan belum diketahui akan adanya tamadun manusia. 

Gobekli Tepe terletak sekitar 18 km sebelah timur laut dari kota Sanliurfa dalam modern Turki hari ini, dekat perbatasan dengan Syria, dibangunkan seperti Stonehenge diEngland, tetapi jauh lebih awal tarikhnya dan pembinaannya jauh lebih rapi dengan blok batu dipotong secara kasar dengan pilar batu kapur halus terpahat ukiran haiwan seperti kijang, ular, rubah, kala-jengking dan lain-lain.

Kompleks Gobekli Tepe ini yang tujuh ribu tahun lebih awal daripada Piramida Giza diMesir, merupakan contoh yang arkektur monumental tertua dan dikatakan pada sekitar 8000 SM, ianya ditinggalkan secara sengaja, iaitu secara sukarela atau kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui, dengan cara dikuburkan atau ditutup dengan tanah seluruh kawasannya oleh manusia. Sehingga kini, walaupun hanya kurang dari sepersepuluh darinya telah digali, namun ianya telah cukup untuk memberi kekaguman tentang gambaran tentang akan tamadun manusia silam.

Saturday, April 18, 2015

Pertembungan pendapat tentang usia manusia dimuka bumi - 2

Terdapat pertembungan pendapat yang amat ketara antara ahli Kitab dengan hasil kajian sains hari ini tentang usia manusia mahupun keseluruhan dunia amnya. Para Ahli Kitab iaitu orang Yahudi dan Nasrani mempercayai bahawa dunia ini hanya dalam lingkungan 6000 tahun usianya. Dalam kitab tentang Kejadian, pasal 5 dan 11 memberitahukan umur Adam dan umur keturunannya melahirkan generasi-generasi berikutnya secara berurutan mulai dari Adam sampai Abraham (Nabi Ibrahim a.s). Dengan menentukan dimana secara kronologis Abraham berada dalam sejarah, serta menambahkan umur-umur yang disebut dalam Kejadian 5 dan 11, maka Ahli kitab mereka menyatakan umur manusia dan bumi adalah hanya dalam 6000 tahun lebih.

Para ahli kitab ini bukan sahaja menyatakan usia manusia hanya sekitar 6000 tahun sahaja malah keseluruhan usia bumi ini dan dengan ini, mereka bertembung pendapat dengan kalangan mereka yang mempercayai teori evolusi iaitu kalangan mereka yang tidak beragama (athies). Sedang terdapat kalangan orang-orang Islam yang mempercayai umur manusia dimuka bumi hanya dalam 6000 tahun dalam mana mereka mempercayai juga bahawa bumi ini telah lama wujud sebelum keturunan Nabi Adam didatangkan kemuka bumi. Dimana, pendapat ini tidak bercanggah dengan pendapat kajian sains bahawa bumi ini telah beratus juta wujudnya, hanya yang bercanggah adalah berkenaan usia kewujudan manusia dimuka bumi ini.

Mereka yang mempercayai usia kewujudan manusia dimuka bumi ini hanya sekitar 6000 tahun berpegang pada suatu hadith nabi:

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda.” Umur Adam adalah 1000 tahun”. Kemudian ia berkata: Antara Adam dan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun. [HR. Hakim]

Jadi bila dihitung pada umur Nabi Adam a.s sehingga kini maka didapati adalah sekitar 6000 tahun sahaja. 

Namun ini adalah kiraan dari sudut literal sahaja sedang banyak hadits mahupun ayat-ayat Al Quran yang menyatakan tentang adanya perbezaan buat sesuatu tempoh kiraan tarikh seperti contohnya riwayat tentang Dajjal yang hadir selama 40 hari namun keseluruhan tempoh hari-hari selama 40 hari tersebut bukanlah seperti tempoh hari-hari yang semua sedia maklum.

Sahaba bertanya; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

Dalam kitab “Sahih Muslim”, tercatit bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama dahulu hatta masa zaman Rasulullah s.a.w. Dajjal dirantai disebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Hadits ini menjelaskan bahawa Dajjal telah lama lahir dan hanya menunggu masa buat dirinya keluar dan berkuasa.

Riwayat lain tentang adanya perbezaan tempoh sesuatu masa tersebut dari masa yang sedia dimaklumi adalah seperti dari suatu riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Jarak waktu antara dua tiupan itu adalah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah 40 hari? Abu Hurairah menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: 40 tahun? Ia (kembali) menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tubuh (bangkit) seperti tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bahagian tubuh manusia kecuali semua telah hancur selain satu tulang, iaitu tulang ekornya dan dari tulang itulah jasad manusia akan disusun kembali pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Muslim, Nasai Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik)
Dalam suatu riwayat hadits shahih dari Saad bin Abi Waqash, menyampaikan bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda: Hari dimana manusia akan berdiri menghadap Tuhan semesta alam adalah selama setengah hari (Beliau menerangkan Al-Qur’an surah ke-83 Al Muthaffifin). Manakala dalam suatu riwayat hadits lain dinyatakan bahawa setengah hari akhirat adalah bersamaan 500 tahun; “Kaum fakir miskin akan memasuki surga sebelum orang-orang kaya selama setengah hari iaitu selama 500 tahun." (Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi riwayat-riwayat akan pernyataan tentang sesuatu tempoh sebenarnya hanyalah milik Allah yang menguasai ruang masa dan tempat. Allah tidak memerlukan ruang masa dan tempat dan Allah berkuasa mengadakan atau tidak mengadakan sesuatu ruang masa dan tempat.

Dari sini juga jelas, Islam adalah agama yang benar dan sesuatu yang jelas benar akan sentiasa selari dengan pegangan Islam. Dari itu, untuk merumuskan sesuatu tersebut (bukan dari sudut aqidah, feqah dll subjek yang telah jelas) memerlukan kajian serta pemahaman dari berbagai aspek. Sebagaimana merumuskan bahawa bumi bukan pusat semesta alam (ada setengah pendapat menyatakan bahawa bumi adalah pusat semesta alam dan matahari memutar mengelilingi bumi), dimana bumi adalah hanya suatu planet yang berligar dipusat matahari dalam galaksinya diatas bukti serta keterangan yang nyata.

Menyatakan bahawa kehadiran manusia dimuka-bumi hanya 6000 tahun lebih sahaja atau seperti ahli kitab yang bukan sahaja menyatakan kehadiran manusia dimuka bumi hanya 6000 tahun, malah kewujudan alam semesta ini hanya 6000 tahun adalah dilihat suatu pendapat yang tidak tepat dan amat bertentangan dengan kebenaran yang dikaji dimana terlalu banyak bukti bahawa alam semesta ini telah wujud beratus juta tahun dahulu serta kehadiran manusia adalah jauh lebih lama daripada tempoh 6000 tahun. 

- Wallahuallam.

Pertembungan pendapat tentang usia manusia dimuka-bumi - 1

Telapak kaki manusia, berukuran panjang sekitar 4 kaki (121,92 cm), yang berada diMpaluzi (Afrika Selatan) yang berusia lebih-kurang 200 juta tahun dahulu sehingga kini masih menjadi tanda-tanya. Apakah ianya merupakan tapak kaki generasi-generasi zaman Nabi Adam atau mahluk lain yang menghuni dimuka bumi sebelum kedatangan manusia?

Berdasarkan ilmu geologi, 200 juta tahun yang lalu adalah era yang disebut Mesozoikum (65 juta – 251 juta tahun lalu). Era Mesozoikum ditandai dengan aktivitas tektonik serta perubahan iklim dimana benua-benua secara perlahan mengalami pergeseran dari saling menyatu satu sama lain sehingga terbentuk rupa bumi hari ini.

Dalam zaman pergeseran ini juga, hadirnya kehidupan-kehidupan serta berbagai perkembangan perubahan penting lainnya. Iklim hangat serta berbagai perubahan cuaca yang terjadi sepanjang periode ini juga memegang peranan penting bagi kehadiran kehidupan-kehidupan dimuka-bumi. Pada akhir era Mesozoikum ini juga, dikatakan bumi mulai dihuni makhluk-makhluk mamalia.

Buat para atheis, mereka setentunya menyatakan akan tentang proses evolusi buat kehadiran manusia dimuka-bumi sedangkan segala hujah mereka adalah dangkal serta jahil. Kenyataannya adalah jelas, spesis manusia adalah amat berbeza dengan segala yang ada dimuka bumi dan tiada satu pun fakta tentang adanya kaitan teori evolusi dengan kewujudan manusia.

Persoalannya adalah, berapa sebenarnya usia manusia dimuka-bumi? Apakah hanya 6000 tahun atau lebih lama dari itu?


Tuesday, March 17, 2015

Antara dua persimpangan





Berdiri antara dua menara, menara dunia dan akhirat, masing-masing bersaing dalam pergelutan ghaib, menarik-narik bak putaran siang-malam, bersama gerakan aktiviti pusingan asing antaranya, satu kealur kesempurnaan hanya lahiriah yang menyesak jiwa, sedang satu kealur kesempurnaan batiniah yang jiwa dilegakan, dengan hakikat jutaan kebillionan insan yang jiwanya dalam pertembungan siur ini, menanti setiap detum waktu pada suatu panggilan, untuk dirinya melangkah tuju, dimana beruntunglah besarlah mereka, yang memahami perbezaan maksud hidup dengan keperluan hidup, dan lalu mengatur pusingan putaran masa wujudnya, pada arah kiblat sebenar buat kehadiranya didunia fana ini... Zarch 2015 feb..

Thursday, February 26, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 7


Kekayaan gabungan seluruh penduduk dunia adalah adalah dikatakan dalam 241 trilion Dolar AS. Sekiranya digambarkan sebagai wang note 100 Dolar AS disusun untuk jumlah 241 trilion dolar AS ini, maka panjangnya adalah 262,000 km iaitu bersamaan 68% jarak perjalanan kebulan. Manakala jika mengambil segala emas yang pernah dilombong didunia ini untuk dijadikan sandaran, ianya tidak mencukupi kerana sekiranya segala emas dicairkan dan dijadikan sebuah kiub, ia akan mempunyai sisi 20.7 meter (bernilai 8.6 trilion Dolar AS) iaitu hanya satu daripada 28 bahagian jumlahnya daripada 241 trillion Dolar AS. Dimana memerlukan dalam 28 buah kuib emas untuk menampung segala kekayaan gabungan seluruh penduduk dunia dan sekiranya emas daripada 28 buah kuib ini dibahagi sama rata buat setiap penduduk bumi ini, setiap seorang akan mendapat emas sebesar bola golf iaitu dalam nilai 51,600 Dolar AS. Tetapi hakikatnya, kekayaan didalam dunia ini tidak pernah sama rata, iaitu 46% daripada seluruh kekayaan milik hanya 1% daripada populasi insan manakala 56% untuk selebihnya iaitu 99% daripada populasi insan.

Bagaimana pun, 241 trillion Dolar AS tersebut bukanlah wang fizikal kerana dalam definisi wang terdapat apa yang dipanggil M0, M1, M2 dan M3. M0 adalah jumlah wang fizikal atau tunai yang hanya membentuk kurang 4% bekalan wang secara keseluruhannya, manakala M1 adalah ukuran bekalan wang yang merangkumi semua wang fizikal, seperti syiling dan nota, permintaan deposit, akaun giro dan akaun Negotiable Order of Withdrawal (NOW). Dalam perkataan lain, M1 mengukur komponen paling cair bekalan wang. Ia mengandungi wang dan aset yang cepat boleh ditukar kepada wang tunai. M1 semata-mata memberi tumpuan kepada peranan wang sebagai medium pertukaran. Kemunculan ATM dan kad debit bermakna bahawa bank menyemak akaun kini boleh dianggap sebagai M1 kerana ia mudah untuk menarik keluar spendable, mata wang cecair. M1 adalah digunakan untuk menentukan jumlah wang dalam edaran. M1 tidak termasuk "wang terdekat".

M2 adalah ukuran bekalan wang yang merangkumi semua unsur-unsur M0, M2 dan juga "wang terdekat". "Wang terdekat" merujuk kepada deposit simpanan dan instrumen pasaran wang lain seperti deposit tetap yang kurang cecair. Mereka boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah tetapi tidak begitu sesuai sebagai medium pertukaran kerana sifat kurang cair mereka. M2 adalah yang lebih luas klasifikasi wang dari M1. Seorang pengguna atau perniagaan tidak membayar, atau menerima deposit simpanan dalam pertukaran barangan dan perkhidmatan, tetapi boleh menukar komponen M2 untuk tunai dalam masa yang singkat. M2 adalah penting kerana ekonomi moden menggunakan pemindahan wang tunai antara jenis akaun. Sebagai contoh, sebuah syarikat boleh memindahkan $ 10,000 daripada akaun pasaran wang ke akaun giro. M1 dan M2 yang saling berkaitan kerana pemindahan tunai boleh berlaku antara akaun (M2), dan pemindahan ini boleh ditunaikan oleh penerima dalam bentuk cecair (M1). 

Dan M3 (wang Broad) adalah ukuran bekalan wang yang merangkumi semua unsur-unsur M0, M1, M2 dan juga masa deposit yang besar, dana pasaran wang institusi, dan lain-lain aset cair yang lebih besar. Sehingga Mac 2006, Fed berhenti menjejaki saham wang M3 sebagai penunjuk ekonomi kerana ia merasakan ia tidak menambah apa-apa maklumat mengenai aktiviti ekonomi yang sudah sedia ada daripada M2 [sumber: Federal Reserve, Bank Rizab Persekutuan New York].

M0 iaitu wang fizikal, bil kertas dan duit syiling logam yang membentuk mata wang dimana angka ini hanya sekitar 5 trilion Dolar AS. M1 merangkumi semua wang fizikal, ditambah dengan cepat diakses wang seperti didalam akaun adalah sekitar 25 trilion Dolar AS. M2 adalah jumlah dari M0 dan M1, tetapi juga menarik dalam hal-hal seperti akaun simpanan dalam sekitar 60 trilion Dolar AS dan angka terakhir M3 adalah sekitar 75 trilion Dolar AS. Sedang buat seluruh kekayaan termasuk apa sahaja harta-benda, tanah, bunglo, jet-jet mewah dan lain-lain adalah dikatakan dalam 241 trilion Dolar AS ($241,000,000,000,000 - https://publications.credit-suisse.com/tasks/render/file/…).

Wednesday, February 25, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 6


Rizab pertukaran asing (Foreign exchange reserves atau Forex reserves) ialah istilah yang digunakan bagi pertukaran matawang asing dan emas, hak pengeluaran istimewa (SDR) dan kedudukan rizab IMF. Sedang rizab antarabangsa rasmi atau rizab antarabangsa ialah simpanan matawang asing dan bon yang disimpan oleh bank pusat dan pihak berkuasa kewangan. Aset-aset bank pusat ini dipegang dalam pelbagai matawang kebanyakannya dalam dolar AS, Euro, Paun UK dan Yen Jepun, dan matawang ini digunakan untuk menjamin liabiliti iaitu pengeluaran matawang tempatan dan deposit rizab bank-bank lain dengan bank pusat, oleh kerajaan atau institusi kewangan. Pada mulanya hanya terdiri daripada emas dan perak namun di bawah sistem Bretton Woods, dolar AS menjadi matawang rizab dan matawang ini juga menjadi sebahagian daripada aset rizab antarabangsa rasmi sesebuah negara. Dari tahun 1944-1968, dolar AS boleh ditukarkan kepada emas melalui Sistem Rizab Persekutuan AS, tetapi selepas tahun 1968 hanya bank pusat boleh menukarkan dolar kepada emas daripada rizab emas rasmi. Selepas wang fiat mengambil alih nilai emas dan perak, tiada lagi institusi atau individu boleh menukarkan dolar AS atau matawang utama kepada emas daripada rizab emas rasmi.

Kerana ianya tidak hanya terdiri daripada emas dan perak, maka risiko sesebuah negara kerugian berbilion-bilion dolar AS adalah besar lantaran nilainya mudah turun-naik. Contohnya, pada pertengahan April 1993 sahaja, Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran asing. Menteri Kewangan ketika itu, tidak memahami sepenuhnya konsep Ringgit luar pesisir dengan berpendapat istilah “Ringgit luar pesisir” merujuk kepada kewujudan fizikal wang itu diluar negara, terutama di Singapura. Maka segala usaha dilakukan oleh kerajaan agar wang tunai tidak mengalir keluar daripada Malaysia, Sebenarnya, perbezaan diantara ringgit luar pesisir dengan Ringgit dalam negeri bukanlah bergantung kepada keadaan samada ringgit itu memang wujud dan berada di Malaysia atau pun tidak kerana selain daripada sejumlah kecil Ringgit yang dimiliki pemegang wang atau bank luar negara, wang itu sebenarnya masih berada dalam negara.

Apabila ringgit dijual atau berlakunya jual-beli dan sebagainya, apa yang berlaku ialah pemilikan Ringgit itu berpindah daripada akaun penjual kepada akaun pembeli berkenaan didalam bank tempatan mahupun bank asing, dimana tiada tunai yang bertukar tangan secara fizikal, tetapi hanya nilainya yang berubah didalam buku bank diantaranya. Sebegitu juga, apabila seorang peniaga matawang meminjam Ringgit, perkara yang sama berlaku dimana pihak yang memberi pinjaman, biasanya bank antarabangsa asing, hanya memindahkan pemilikan Ringgit itu kepada peminjam kedalam buku akaunnya dan buku akaun bank Malaysia yang memegang Ringgit itu. Selepas itu, peniaga berkenaan boleh membuat jualan singkat terhadap Ringgit dengan menyerahkannya hanya setelah nilainya diturunkan dan ini sekali lagi boleh dibuat dengan memindahkan kedalam buku akaun pembeli seterusnya.

Pada tahun 1998, perkara ini berlaku kembali dengan permainan speculator matawang. Dengan keupayaan membuat laveraj (laverage) sehingga 20 kali ganda daripada modal para speculator, dana lindung nilai mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ini bermakna, mereka boleh menggunakan kedudukan gearan (gearing) itu untuk menentang bank pusat yang hanya boleh menggunakan posisi tunai mereka sahaja. Selain dengan dana lindung nilai, mereka juga mempunyai kecenderungan untuk bertindak secara berkelompok, menjual dan membeli sesama sendiri dan seterusnya sehingga mampu mempengaruhi naik dan turun nilai matawang bagi memaksimumkan keuntungan. Mereka tidak membeli ringgit atau mana-mana matawang untuk membayar perkhidmatan dan barangan kerana mereka sebenarnya tidak memerlukan pun wang tersebut selain untuk memanipulasi dan spekulasi terhadapnya. Bagi mereka, wang ialah satu komoditi, sama sahaja dengan komoditi lain yang diniagakan dibursa komoditi, dimana dalam pasaran hadapan komoditi, kewujudan fizikal wang itu tidak mustahak.

Bukti disebabkan permainan spekulator mata wang adalah dengan pengaliran keluar kira-kira 115 bilion Dolar AS dari lima negara utama yang mengalami krisis ketika itu iaitu Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia, sejak bermula krisis sehingga September 1998. Cara aktiviti spekulasi ini menyebabkan kejatuhan matawang sesebuah negara adalah sekiranya nilai matawang sesebuah negara diramalkan akan turun, para spekulator akan bertindak menjual matawang tersebut dikedua-dua pasaran semerta dan pasaran hadapan. Apabila nilai matawang tersebut benar-benar-turun, maka matawang tersebut akan dibeli kembali pada kadar yang murah. Perbezaan antara jualan dengan belian adalah keuntungan yang akan diperoleh oleh spekulator. Begitu juga sekiranya sesuatu matawang akan dinaikkan nilainya, spekulator akan membeli matawang tersebut dipasaran semerta dan pasaran kehadapan. Apabila nilai matawang tersebut betul-betul meningkat, spekulator akan menjual dengan memperoleh keuntungan daripada urusniaga tersebut.

Selain daripada faktor permainan spekulator, faktor lain adalah krisis keyakinan pada ekonomi dan politik sesebuah negara adalah penting, lantaran itulah sifat asal wang fiat yang diciptakan dari atas angin atau tanpa sandaran, hanya keyakinan. Dari itu, jumlah risab simpanan sesebuah negara memainkan peranan melindungi ekonominya kerana faktor keyakinan oleh pihak pedagang mata wang dan pelabur terhadap sesuatu mata wang yang diniagakan ini selalunya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara yang mata wangnya terlibat. Sekiranya keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara itu kurang meyakinkan, para pelabur, pedagang ataupun spekulator akan menjual mata wang negara tersebut di pasaran. Ini adalah realiti apa yang telah berlaku ke atas negara-negara di Asia baru-baru ini. Disebabkan dasar-dasar ekonomi dan politik yang tidak disenangi atau kurang diyakini mempengaruhi perdagangan pasaran terutamanya kepada pedagang, pelabur dan spekulator terhadap aliran kadar pertukaran sesuatu mata wang. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia Tenggara telah diikuti oleh pertumbuhan pesat kredit sektor swasta dan inflasi harga aset, termasuk di pasaran hartanah dan pasaran saham, ini meningkatkan kebimbangan bahawa kadar tukaran para pelabur ini tidak dapat dipertahankan. Beberapa petunjuk ekonomi makro ini mendedahkan bibit masalah sejak beberapa tahun sebelum krisis lagi terutama di Thailand, Indonesia dan Korea.

Apabila berlaku masalah di Thailand, para pelabur terutama pelabur asing melihatnya sebagai suatu risiko, lebih-lebih lagi apabila mereka melihat rantau ini sebagai satu gagasan bersama (sebagaimana gagasan Europa), dimana mereka menganggap Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina ini berada dalam satu kumpulan ekonomi dan mempunyai ciri-ciri dan struktur ekonomi yang sama. Jika sekiranya terdapat kelemahan struktur di Thailand dan Filipina umpamanya, mereka menganggap kelemahan itu juga wujud dalam ekonomi Malaysia, sedangkan tanggapan itu tidak benar. Jadi berdasarkan itu, mereka menarik keluar pelaburan mereka dari negara-negara Asia dan disebabkan pelabur asing menarik keluar modal mereka, pengaruh mereka ini menular kepada pelabur tempatan yang menyebabkan mereka turut menarik keluar modal kerana terpengaruh dan tidak mahu mengalami kerugian.

Dalam pada itu, rizab antarabangsa atau rizab pertukaran asing sesebuah negara-negara yang terbabit memiliki peranan mempengaruhi faktor keyakinan ini. Negara yang ekonomi mereka boleh bertahan ialah yang mempunyai tinggi nilai rizab pertukaran asing seperti Jepun, Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura. Dari segi pengurusan ekonomi, tidak semestinya banyak perbezaan tetapi kerana negara-negara yang memiliki banyak rizab pertukaran asingnya, membuatkan pihak yang hendak melakukan permainan spekulator akan berfikir beberapa kali sebelum bertindak. Sebaliknya berbeza untuk menjatuhkan baht Thailand, buat para spekulator ianya amat mudah kerana simpanan Thailand hanya cukup untuk membeli bagi tempoh empat bulan sahaja.

Perkara yang sama telah berlaku pada Mexico pada hujung tahun 1994, dimana sebelumnya ekonomi Mexico telah meningkat pesat sejak 1982, namun Bank pusatnya yang mempunyai kira-kira $ 28 bilion rizab pertukaran asing yang membantu Peso agar tetap stabil, mula menukar hutang jangka pendek dalam mata wang peso, menjadikan bon dalam mata wang dolar. Penukaran tersebut mengakibatkan penurunan rizab pertukaran asing dan peningkatan hutang. Apabila kerajaan akhirnya memutuskan untuk menurunkan nilai mata wangnya pada bulan Disember 1994, kerajaan telah membuat kesalahan besar kerana biarpun pada awalnya nilai mata wangnya turun dengan sedikit tetapi ini menyebabkan pelabur asing menarik diri manakala permainan spekulator mula menggalakkan nilai tukar Peso jatuh rendah dengan drastik untuk mengaut keuntungan yang akhirnya melingkupkan ekonomi Mexico dan Mexico terpaksa berhutang dengan IMF.

Tuesday, February 24, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 5


Walaupun wang kertas fiat telah lumrah digunakan seharian dengan adanya fatwa membenarkan penggunaannya namun tidak dapat disangkal bahawa kewujudan wang fiat adalah dari unsur riba dan sistem kewangan yang berasaskan riba telah dikenalpasti sebagai punca utama wujudnya permasalahan sosio-ekonomi masa kini seperti peningkatan kadar inflasi yang menjejaskan golongan bawahan, jurang pengagihan pendapatan yang luas antara yang kaya dan miskin dan mahupun kepada kehilangan kuasa politik sesebuah negara Islam dan bertukar tangan kepada bukan Islam yang menguasai ekonomi.

Contohnya adalah bagaimana salah satu sebab tumbangnya Khalifah Uthmaniyah adalah kerana hutang berserta faedahnya. Pada tahun 1875, hutang negara Turki dibawah Khalifah Uthmaniyyah adalah £200,000,000, dengan faedah dan bayaran tahunan sebanyak £12,000,000, melebihi separuh daripada pendapatan negara. Negara Turki waktu itu yang cuba mengikut arus kemajuan modern Eropa terjebak dalam hutang-hutang yang dikenakan tinggi faedah (riba) keatasnya. 

Sepanjang kurun ke-19, proses teknologi perindustrian dan elektonik yang rancak berlaku diEropa memberi kesan pada negara luar Eropa termasuk Turki. Dalam pada itu, kemajuan teknoloji ini juga membawa protokol atau prosedurnya iaitu bon-bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrument kewangan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit. Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi. Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Semuanya berlaku atas nama memodenkan empayar Turki.

Undang-undang Islam keatas status ahlu Zhimmah juga dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker Yahudi keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker-banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank-bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada sistem kuasa berada ditangan pemiliknya banker-banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul. Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur dan bank Yahudi semakin kukuh bertapak. Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang dimana pada tahun tersebut juga, undang-undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867, orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna, Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank-bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon-bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon-bon tersebut dan pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. 

Lantaran itu, walaupun adanya fatwa wang fiat boleh digunakan, namun penggunaan wang fiat sebenarnya hanyalah berlandaskan ‘hajiat tunnazzal manzilat ad-dharurat' (suatu keperluan yang tinggi menghampiri keadaan darurat) kerana telah jelas bahawa wang fiat lahir dengan cara riba iaitu wujudnya kadar faedah yang berlipat ganda (compounding interest) serta tidak bersandar kepada emas dan perak.

Wang “fiat” dihasilkan begitu sahaja dan diedarkan ke dalam sistem ekonomi dalam bentuk hutang dengan faedah berganda (compounded). Faedah berganda ini meningkat dan menggandakan hutang dari seorang individu sehingga kepada sesebuah negara sehingga keperingkat keseluruhan ekonomi gagal menanggung beban hutang. Keadaan ini akan mengakibatkan kejatuhan ekonomi akibat pinjaman-pinjaman tidak terbayar, pemindahan besar hak milik harta benda kepada bank serta seterusnya keperingkat tergadainya negara dalam bentuk penjajahan ekonomi.

Monday, February 23, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 4


Data Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa jumlah wang Broad, M3, pada tahun 2011 adalah sebanyak RM1.24 trillion (wang broad adalah ukuran bekalan wang yang merangkumi lebih daripada sekadar fizikal wang seperti mata wang dan syiling). Dari jumlah ini RM53.49 billion adalah matawang didalam kitaran. Perbezaan sebanyak RM1.19 trillion ini dianggarkan adalah jumlah wang sekarang ini yang telah dicipta atas angin oleh bank-bank komersial, melalui perbankan pecahan simpanan. Pada tahun 1973, jumlah ini hanyalah RM6.6 billion, memberikan kadar nisbah penambahan wang yang dicipta oleh bank-bank komersial ini sebanyak 14.7% setahun. Isunya disini adalah siapakah penerima-penerima faedah kesemua jumlah besar wang yang telah dicipta oleh bank-bank komersial ini? Adakah jumlah tersebut secara adilnya telah terbahagi kepada semua kaum?

Penubuhan bank-bank persendirian pada awal 1860an, dan kemudiannya Board of Commissioners of Currency Malaya, dan kemudiannya Bank Negara Malaysia dengan perbankan komersial yang berasaskan pecahan-simpanan (fractional reserve), semuanya yang mana boleh mengeluarkan wang diatas angin (tanpa sandaran), telah memulakan proses yang mana merosakkan ekonomi orang-orang Melayu-Islam, penduduk pribumi dan juga pedagang-pedagang Muslim.

The Mercantile Bank, yang kemudiannya menjadi anak syarikat kepada Hong Kong Bank (sekarang ini HSBC), telah memulakan perniagaan diPulau Pinang pada tahun 1860an dan Chartered Bank (sekarang Standard Chartered) pada tahun 1875. Bank-bank persendirian ini telah mengeluarkan wang-wang kertas mereka sendiri. Pihak kerajaan masih belum lagi mempunyai wang-wang kertas rasmi. 


Hanya pada tahun 1897, apabila Board of Commisssioners of Currency telah ditubuhkan, kerajaan negeri-negeri Selat telah dibenarkan untuk mengeluarkan matawang-matawang kertas dalam mana wang-wang kertas keluaran dua bank persendirian iaitu Chartered Bank dan Hong Kong Bank juga berkitar bersama-sama matawang kertas keluaran kerajaan sebelum mawatang kertas yang dikeluarkan oleh bank-bank ini dimansuhkan pada tahun 1921. 

Pada tahun 1938, Board of Commissioners of Currency telah ditubuhkan dengan satu-satunya kuasa yang boleh mengeluarkan matawang bagi keseluruhan jajahan. Pada tahun 1952, badan tersebut menjadi Board of Commissioners of Malaya and British Borneo yang mana berterusan mengeluarkan matawang walaupun selepas Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Badan tersebut ditutup secara rasminya pada lewat tahun 1979. Sejak dari itu matawang hanya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, bagaimana pun, hakikatnya kesemua wang telah dicipta oleh bank-bank komersial melalui perbankan sistem pecahan simpanan (Fractional Reserve Banking). 

Pengenalan wang kertas fiat oleh bank-bank terawal dibawah sistem yang berdasarkan faedah ini sebenarnya tidak memihak kepada orang-orang Melayu-Islam ataupun pedagang-pedagang Muslim ketika itu. Ini adalah kerana memberi dan mengambil faedah adalah dilarang didalam agama Islam, dari itu (sebelum adanya fatwa menyamakan wang fiat sama dengan nilai wang emas), pada awalnya ramai khalayak para Muslim tidak mahu bekerja atau terbabit dengan bank-bank. Ini menyebabkan strukur perbankan itu lebih memihak kepada bukan Islam terutamanya orang-orang Cina yang terdiri dari komuniti ahli perniagaan yang besar.

Satu daripada prinsip wang fiat adalah bahawa seigniorage (perbezaan antara nilai wang dengan kos untuk mengeluar dan mengedarkannya) wang fiat memberikan faedah-faedah kepada pengguna pertama wang tersebut. Oleh kerana wang fiat tidak bersandarkan kepada emas, atau apa juga yang mempunyai nilai, ianya amat mudah untuk dihasilkan akan tetapi membawa bersamanya kuasa membeli yang dicipta diatas angin (tanpa sandaran dengan sesuatu yang bernilai). Apabila bank-bank mengeluarkan mata-wang mereka sendiri, mereka mendapat seigniorage dimana wang fiat yang dikeluarkan oleh mereka membawa bersamanya kuasa ekonomi dengan mencukai keseluruhan ekonomi melalui inflasi. Maka dengan itu, sedari awal, kaum Cinalah yang membabitkan diri dalam sistem pembankin ini mengaut keuntungan besar-besaran daripada pinjaman, simpanan, faedah, jual-beli, perniagaan forex dan lain-lain darinya.

Ini seterusnya telah meningkatkan kekayaan ekonomi dan tahap pendidikan orang-orang Cina sehingga jauh meninggalkan orang-orang Melayu-Islam dan kaum-kaum lain (hari ini pun, hampir semua billionair diMalaysia terdiri daripada kaum Cina). Dengan hanya penciptaan wang fiat ini oleh entiti diatas telah menyebabkan pengecilan secara sistematik serta penyisihan ekonomi orang-orang Melayu-Islam, penduduk pribumi dan juga pedagang-pedagang Muslim. Pinjaman yang berlandaskan faedah yang sememangnya ditolak oleh kaum Muslim lantaran riba didalamnya telah menyebabkan bertambahnya penyisihan ekonomi kaum Muslim. Inilah menyebabkan sekian lama peralihan kekayaan yang besar dari orang-orang Melayu-Islam (majoritinya hanyalah sebagai pembeli atau pengguna), kepada kaum Cina atau bangsa lain melalui inflasi dan juga kesempitan ekonomi mereka dan ia berlarutan sehinggalah kini.

Sunday, February 22, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 3


Wang fiat yang digunakan secara menyeluruh diserata dunia hari ini sebenarnya dibelakangi oleh sistem kapitalis Zionis dengan penuh diwarnai misteri, tipu daya dan helah. G Edward Griffin dalam bukunya The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya perancangan penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1913.

Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata kerana Federal Reserve Department adalah dianggotai oleh syarikat-syarikat persendirian Zionis. Kongres Amerika Syarikat yang meluluskannya secara sulit, memberi ruang FRD ini mentakbir segala urusan kewangan Amerika Syarikat dengan mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank.

Berikutan penubuhan FRD, kewangan AS dan dunia seterusnya mudah dicatur oleh para pembankin ini dan banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada 1919, Perang Dunia Pertama dan seterusnya kepada krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929 yang memaksa AS tunduk sepenuhnya pada FRD, Perang Dunia Kedua dan selepasnya pada tahun 1944, muncul perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas, dimana dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini tetapi pada Dolar Amerika. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pula ditubuhkan. Dan pada tahun 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah, melengkapkan agenda kapitalis Zionis.

Pada tahun 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir-hampir sahaja bankrap lantaran peperangan AS diVietnam dan dengan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan mennyebabkan tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Dunia tiada lagi keyakinan terhadap Dolar Amerika lalu bank pusat negara-negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Perancis pula yang menyimpan berjuta-juta tan emasnya diAS semasa menyembunyikannya dari dirampas pihak Nazi dalam perang dunia kedua, kini mengambil kembali semua rizab emasnya diAmerika Syarikat menyebabkan semakin runtuhnya nilai Dolar Amerika.

Atas itu, satu usaha dilakukan oleh FRD iaitu menghapuskan perjanjian Bretton Woods dengan mewujudkan wang Fiat dimana pada 15 ogos 1971 dan Dolar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada nilai emas. Sejak itu, nilai Dolar Amerika ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia kini berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar.

- Perlu diperhatikan dari urutan sejarah, apa-apa sahaja krisis ekonomi besar-besaran mahupun apa-apa juga krisis seperti peperangan yang timbul lazimnya pihak kapitalis Zionis ini yang cuba meraih keuntungan semaksimum darinya kerana dunia kapitalis ini dibelakangi oleh mereka tidak kira dari dunia sebelah barat atau timur. Samada dari penjualan senjata, perompakan hasil bumi seperti minyak, kewujudan kerajaan yang akur pada mereka, pinjaman dengan dikenakan bunga yang tinggi dan lain-lain hal keatas negara yang terbabit dalam krisis adalah dalam percaturan mereka.

Saturday, February 21, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 2


Dalam kehidupan ini, apa sahaja boleh terjadi tanpa diduga seperti emas, sekiranya tiba-tiba ditemui lembah atau gunung yang begitu besar yang dipenuhi ketulan-ketulan emas yang tidak terhingga banyaknya, sebanyak besi-besi biasa yang ada, tentulah harga emas menjunam sehingga sama dengan harga perak atau lebih rendah. 

Atau contohnya, bayangkan sekiranya Rasulullah s.a.w mendoakan agar gunung Uhud ditukarkan kepada emas, tentunya emas tidak lagi begitu berharga lantaran berbillion-billion tan banyaknya emas dikawasan gunung Uhud. Gunung Uhud adalah 7 kilometer panjangnya, lebarnya dalam 3 kilometer, tingginya adalah dalam 1077 meter. Itu belum lagi dikira kedalamannya, jadi bayangkan sekiranya gunung Uhud ditukar kepada emas, berapa banyak emas yang ada padanya.

Namun, Rasulullah s.a.w yang hidup dalam kesederhanaan tidak mengajar umatnya mengejar duniawi lantaran kehidupan sebenar adalah akhirat dimana disinilah hikmahnya iaitu selama mana insan hidup dalam kesederhanaan, semua disekitarnya bernilai. Hatta setiap suapan makanan yang ditelan, dirasai keenakannya berbanding mereka yang saban waktu kenyang perutnya dipenuhi makanan-makanan sehingga merasa jemu atau hilang rasa selera.

Lantaran itu, emas bukan sahaja suatu bahan logam yang unik, iaitu mudah dibentuk dan tahan lama tidak mudah rosak dimakan zaman tetapi ianya juga adalah suatu bahan yang sedari dahulu sukar didapati. Ibn Sina pernah berkata :-

من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيء

- Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang)..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya dengan tiada sebarang erti (nilai)... (Ibn Khaldun di dalam Al-Muqaddimah, hlm 482)

Lebih kurang 500 tahun sebelum Masihi, Raja Darius Agung (yang dikatakan Iskandar Agung kerana sifatnya selari) dibawah empayarnya yang luas adalah merupakan salah satu kerajaan besar yang pertama memperkenalkan wang sejagat dibawah nilai emas bernama Daric. Raja Darius seorang Raja yang pertama menghapuskan sistem hamba dizamannya dan memperkenalkan sistem gaji untuk setiap rakyat dibawah beliau, memiliki suatu sistem ekonomi dan bank yang kukuh bernilai dengan mengikat wangnya dengan nilai emas dan perak. 

Daric digunakan sebagai suatu sistem mata-wang antara wilayah untuk menyelia urusan jual-beli, pembayaran, pinjaman dan simpanan diseluruh empayar Darius. Ianya juga diiktiraf diluar sempadan empayar beliau seperti diCeltic Eropah Tengah dan Eropa Timur. Dari situ, kemudiannya sistem kewangan dan bank dari empayar parsi dibawah Raja Darius ini diguna-pakai oleh negara disebelah Eropah seperti kerajaan-kerajaan kemudiannya iaitu kerajaan Alexendra Agung, Rome dan lain-lain.



Thursday, February 19, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 1

Pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang lazimnya digunakan diseluruh dunia hari ini. Ianya adalah wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang berharga seperti emas dan perak, bermula apabila pihak kerajaan AS mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Duit kerts ini sebenarnya telah muncul sedari awal abad pemerintahan Dinasti-dinasti Cina kuno, namun untuk dunia modern hari ini, ianya dipopularkan oleh AS selepas penghapusan perjanjian Bretton Woods. 

Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandarkan atau diikat kepada nilai emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, dimana memudahkan segala urusan seperti jual-beli dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.

Manakala pengunaan wang fiat ini pula berkaitan dengan fractional reverse system iaitu sebuah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang wajib disimpan. DiMalaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, manakala bakinya boleh dipinjamkan dengan dikenakan riba-riba yang tertentu jumlahnya.

Fractional reserve requirement yang ditentukan oleh sesebuah kerajaan atau bank negara sesebuah negaralah yang memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran. Dari sesuatu jumlah seorang pendeposit yang menyimpan, contohnya dari simpanan 1000 rm, 4% iaitu 40 rm tidak boleh disentuh manakala selebihnya 960 rm boleh dipinjamkan kembali pada pihak lain dengan dikenakan bunga atau riba dan dari situ, pengandaan nilai wang bertambah. Dari 960 rm sekiranya dikenakan bunga 10% keatasnya untuk sepuluh tahun, maka selepas sepuluh tahun, nilainya menjadi 1056. (jumlah disini hanya sebagai contoh sedangkan jumlah sebenarnya adalah bernilai berbillion-billion mahupun kepada trillion USD)

Sebelum tahun 1971, iaitu tahun pemansuhan perjanjian Bretton Woods, wang kertas USD cetakan AS ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan AS kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh negara-negara lain. Sekiranya ini berlaku, kerajaan AS akan dilambakkan dengan wang-wang kertas yang tidak senilai dengan simpanan emas yang dimiliki.

Dalam hal ini juga, dimana berkaitan dengan pergerakan wang diseluruh dunia, fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dunia yang begitu cepat dimana kini, trillion-trillion wang telah dicetak diseluruh dunia selari dengan perkembangan pesat jual-beli apa sahaja diseluruh dunia. Lombong-lombong emas yang ada hari ini tidak mampu menghasilkan jumlah emas yang mencukupi selari dengan penciptaan wang diseluruh dunia. 

Perkataan ‘fiat' berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done', dimana fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh sesebuah kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air' atau dari angin sahaja. Ianya berdasarkan kepada kehendak, keyakinan dan kepercayaan masyarakat umum terhadap nilainya. Ianya juga mudah terdedah kepada kegiatan spekulasi atau penyangak wang.

Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai:

"Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith." 

Atas keyakinan masyarakat umum kepada sesebuah kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sedang sekiranya sesebuah kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali bukan merupakan suatu keuntungan, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Sebagaimana wang pisang Jepun sewaktu Jepun menawan Tanah Malaya, dimana dengan seguni wang pisang, hanya beberapa kilo beras sahaja boleh dibeli, itupun sekiranya wang tersebut masih mahu diambil oleh sepenjual atas keyakinannya bahawa wang tersebut masih ada nilainya walaupun terlalu rendah.

Atas cetakannya begitu drastik yang dilakukan atau atas lambakan wang yang terjadi atas tindakan sesuatu pihak yang melakukan spekulasi keatas wang tersebut sehingga kewujudan wang kertas melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam sesebuah negara, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Dan dari situ, harga-harga barang melambung tinggi, contohnya, sebelum inflasi berlaku, dengan satu rm boleh membeli satu kilo beras tetapi selepas inflasi berlaku, wang yang sama iaitu satu ringgit hanya boleh membeli setengah kilo beras.

Kesan seterusnya adalah dimana wang-wang tersebut hanya dipenuhi angka-angka tetapi tidak bernilai langsung sebagaimana terjadi kepada negara Zimbawi yang mencetak hatta wang kertas berangka satu ratus trillion dollar Zimbawi tetapi tiada bernilai.




Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga