Saturday, April 18, 2015

Pertembungan pendapat tentang usia manusia dimuka bumi - 2

Terdapat pertembungan pendapat yang amat ketara antara ahli Kitab dengan hasil kajian sains hari ini tentang usia manusia mahupun keseluruhan dunia amnya. Para Ahli Kitab iaitu orang Yahudi dan Nasrani mempercayai bahawa dunia ini hanya dalam lingkungan 6000 tahun usianya. Dalam kitab tentang Kejadian, pasal 5 dan 11 memberitahukan umur Adam dan umur keturunannya melahirkan generasi-generasi berikutnya secara berurutan mulai dari Adam sampai Abraham (Nabi Ibrahim a.s). Dengan menentukan dimana secara kronologis Abraham berada dalam sejarah, serta menambahkan umur-umur yang disebut dalam Kejadian 5 dan 11, maka Ahli kitab mereka menyatakan umur manusia dan bumi adalah hanya dalam 6000 tahun lebih.

Para ahli kitab ini bukan sahaja menyatakan usia manusia hanya sekitar 6000 tahun sahaja malah keseluruhan usia bumi ini dan dengan ini, mereka bertembung pendapat dengan kalangan mereka yang mempercayai teori evolusi iaitu kalangan mereka yang tidak beragama (athies). Sedang terdapat kalangan orang-orang Islam yang mempercayai umur manusia dimuka bumi hanya dalam 6000 tahun dalam mana mereka mempercayai juga bahawa bumi ini telah lama wujud sebelum keturunan Nabi Adam didatangkan kemuka bumi. Dimana, pendapat ini tidak bercanggah dengan pendapat kajian sains bahawa bumi ini telah beratus juta wujudnya, hanya yang bercanggah adalah berkenaan usia kewujudan manusia dimuka bumi ini.

Mereka yang mempercayai usia kewujudan manusia dimuka bumi ini hanya sekitar 6000 tahun berpegang pada suatu hadith nabi:

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda.” Umur Adam adalah 1000 tahun”. Kemudian ia berkata: Antara Adam dan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun. [HR. Hakim]

Jadi bila dihitung pada umur Nabi Adam a.s sehingga kini maka didapati adalah sekitar 6000 tahun sahaja. 

Namun ini adalah kiraan dari sudut literal sahaja sedang banyak hadits mahupun ayat-ayat Al Quran yang menyatakan tentang adanya perbezaan buat sesuatu tempoh kiraan tarikh seperti contohnya riwayat tentang Dajjal yang hadir selama 40 hari namun keseluruhan tempoh hari-hari selama 40 hari tersebut bukanlah seperti tempoh hari-hari yang semua sedia maklum.

Sahaba bertanya; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

Dalam kitab “Sahih Muslim”, tercatit bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama dahulu hatta masa zaman Rasulullah s.a.w. Dajjal dirantai disebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Hadits ini menjelaskan bahawa Dajjal telah lama lahir dan hanya menunggu masa buat dirinya keluar dan berkuasa.

Riwayat lain tentang adanya perbezaan tempoh sesuatu masa tersebut dari masa yang sedia dimaklumi adalah seperti dari suatu riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Jarak waktu antara dua tiupan itu adalah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah 40 hari? Abu Hurairah menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: 40 tahun? Ia (kembali) menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tubuh (bangkit) seperti tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bahagian tubuh manusia kecuali semua telah hancur selain satu tulang, iaitu tulang ekornya dan dari tulang itulah jasad manusia akan disusun kembali pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Muslim, Nasai Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik)
Dalam suatu riwayat hadits shahih dari Saad bin Abi Waqash, menyampaikan bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda: Hari dimana manusia akan berdiri menghadap Tuhan semesta alam adalah selama setengah hari (Beliau menerangkan Al-Qur’an surah ke-83 Al Muthaffifin). Manakala dalam suatu riwayat hadits lain dinyatakan bahawa setengah hari akhirat adalah bersamaan 500 tahun; “Kaum fakir miskin akan memasuki surga sebelum orang-orang kaya selama setengah hari iaitu selama 500 tahun." (Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi riwayat-riwayat akan pernyataan tentang sesuatu tempoh sebenarnya hanyalah milik Allah yang menguasai ruang masa dan tempat. Allah tidak memerlukan ruang masa dan tempat dan Allah berkuasa mengadakan atau tidak mengadakan sesuatu ruang masa dan tempat.

Dari sini juga jelas, Islam adalah agama yang benar dan sesuatu yang jelas benar akan sentiasa selari dengan pegangan Islam. Dari itu, untuk merumuskan sesuatu tersebut (bukan dari sudut aqidah, feqah dll subjek yang telah jelas) memerlukan kajian serta pemahaman dari berbagai aspek. Sebagaimana merumuskan bahawa bumi bukan pusat semesta alam (ada setengah pendapat menyatakan bahawa bumi adalah pusat semesta alam dan matahari memutar mengelilingi bumi), dimana bumi adalah hanya suatu planet yang berligar dipusat matahari dalam galaksinya diatas bukti serta keterangan yang nyata.

Menyatakan bahawa kehadiran manusia dimuka-bumi hanya 6000 tahun lebih sahaja atau seperti ahli kitab yang bukan sahaja menyatakan kehadiran manusia dimuka bumi hanya 6000 tahun, malah kewujudan alam semesta ini hanya 6000 tahun adalah dilihat suatu pendapat yang tidak tepat dan amat bertentangan dengan kebenaran yang dikaji dimana terlalu banyak bukti bahawa alam semesta ini telah wujud beratus juta tahun dahulu serta kehadiran manusia adalah jauh lebih lama daripada tempoh 6000 tahun. 

- Wallahuallam.

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga