Tuesday, January 26, 2010

Produk sejarah - 11


Dalam Al Quran sendiri, kisah-kisah lepas atau sejarah lepas seperti sejarah kehancuran sesuatu kaum, kisah mereka yang durhaka (seperti Qarun, Abu Jahal dll), sejarah para-para anbiya (termasuk anbiya kalangan bani Israel), sejarah akan kehebatan mereka yang bukan anbiya tetapi kalangan hamba yang soleh-solehan (seperti Zulkarnain, Ahlul Kahf, Mariam dll), sejarah tentang pengajaran (seperti Lokman Al-Hakim) dan seterusnya adalah merupakan satu pertiga dari isi Al Quran.

Sebagimana juga sejarah Nabi Muhamad, merupakan hanya seorang insan didunia ini yang dirakamkan segala sejarah gerak-gerinya, perkataan mahupun tingkah-lakunya saban detik agar iainya dapat menjadi bimbingan untuk umat seterusnya.

Mungkin ada juga insan lain yang dirakam kata-katanya mahupun pun tingkah-laku, namun tiada yang selengkap Nabi Muhamad dan dari kisah kehidupan Nabi Muhamad, tiada apa yang disembunyikan kerana yang dibawanya adalah suatu contoh kenyataan sebenar akan keadaan kehidupan seorang insan dan gambaran untuk sekelian insan buat menuju kearah kebaikan mahupun kejayaan didunia dan akhirat.

Ini kerana, segala sejarah atau riwayat dari Nabi Muhamad seterusnya menjadi tunjak dalam agama Islam selepas Al Quran (Hatta penafsiran untuk Al Quran yang sebenar adalah dari Nabi Muhamad). Begitu penting sehingga ia menjadi suatu sumber Ilmu yang utama. Darinya juga, para fuqaha-fuqaha Islam seterusnya meleraikan hukum-hakam dalam kehidupan seharian umat Islam mengikut pengertian atau tafsiran keempat mahzab sunni yang berpijak dari riwayat Nabi Muhamad.

Hukum-hakam keatas sesuatu perkara atau perbuatan seperti wajib, haram, makruh, harus, sunat adalah dalil pada sesuatu tindakan atau amalan, manakala bidaah (sesuatu yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhamad) pula bukan hukum, tetapi sesuatu yang dikaji apakah perbuatan tersebut mahupun kesannya, maka dari situ diletak hukum apakah sesuatu tersebut, samaada bidaah hasanah (yang membawa kebaikan) atau bidaah dholalah (yang membawa kesesatan).

Nabi Muhamad sendiri tidak sewenang-wenang menyesatkan pengikutnya yang melakukan sesuatu yang tidak dilakukan beliau, sebagaimana contohnya salah seorang sahaba yang setiap-kali membaca surah Ikhlas setelah surah Fatihah dalam solatnya dan perkara ini tidak pernah Nabi Muhamad mengajarnya.

Lalu ditanya mengapakah dia membaca surah Al-Ikhlas setiap kali dalam solatnya. Kata sahaba tersebut, dia amat menyintai surah Al-Ikhlas, lalu Nabi Muhamad bersabda, sekiranya sebegitu, dia akan memasuki syurga kerana kecintaannya pada surah Al-Ikhlas.

- Anas ra, meriwayatkan seorang sahaba Anshar, ketika menjadi imam, senantiasa memulakan bacaannya dalam solat (selepas Fatihah) dengan surah Al-Ikhlash lalu mengikutinya dengan surah yang lain. Ketika ditanyakan kepadanya tentang hal tersebut, dia menjawab, "Karena aku mencintai surah ini". Maka Nabi pun bersabda,"Kecintaanmu kepada surah tersebut telah memasukkanmu kedalam surga" (riwayat Bukhari)

Mahupun sejarah Syaidina Umar melakukan solat tarawih 20 rakaat yang mana tidak dilakukan dizaman Nabi Muhamad, namun Syaidina Umar menyatakan ianya suatu bidaah hasanah kerana kesan kebaikan yang dihasilkan dari perbuatan tersebut. Atau Syaidina Usman yang memerintah untuk berazan lebih dari sekali pada waktu Jumaat, seperti azan dikawasan pasar mahupun kali keduanya, azan didalam masjid, sedangkan ia tidak dilakukan dizaman Nabi Muhamad dan perbuatan ini bukanlah bidaah dholalah.

Atau contohnya, seseorang yang istiqamah atau kata lain mewajibkan dirinya setiap malam membaca surah Yasin kerana fadhilatnya atau sebagai pendinding diri, itu tentunya bukanlah bidaah dholalah malah ia suatu kebaikan buat dirinya (dalam mana juga dia tidak meninggalkan apa yang prioriti seperti solat fardu dll serta tidak menyimpang dari apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad).

Namun tentu sekali tidak wajar dia menjatuhkan hukum wajib pada yang lain untuk membacanya setiap malam kerana tiada dalil hukum wajib tentang ini samaada dari Nabi Muhamad mahupun para ulamak terdahulu.

Berbalik pada akan kepentingan sejarah, yang mana sekiranya dikaji dan diteliti, kehidupan insan tersebut adalah seperti roda yang berputar-putar yang mana terlalu kerap perkara-perkara yang berlaku dizaman silam berulang kembali.

Misalnya anbiya-anbiya atau utusan Tuhan yang hadir untuk mengajak insan kembali kepada Allah, Tuhan yang satu, namun samada dakwahnya ditolak lalu diazabkan masyarakat disitu atau setelah zaman berlalu, setelah utusan tersebut meninggal dunia, masyarakat yang mengikut utusan tersebut mula terpesong atau terkeluar dari ajaran yang sebenar.

Dari situ juga dapat diambil pengajarannya yang mana, bila utusan tersebut meninggal, bermakna terputusnya dakwahnya dan bila masyarakat selepasnya tidak menyambung usaha dakwahnya, maka terpesong atau semakin jauhlah masyarakat tersebut dari kebenaran yang dibawanya.

Saturday, January 23, 2010

Produk sejarah - 10


Boleh dikatakan setiap yang terbina, yang hadir atau wujud hari ini adalah terhasil dari produk sejarah. Kerana kehidupan yang diikat pada lipatan waktu-tarikh, tempat serta ruang yang mana dari yang lalu memungkinkan apa yang berlaku hari ini.

Yang mana juga bermakna, sejarah yang lepas wajar sahaja menjadi asbab atau penyebab akan keputusan pada hari ini mahupun seterusnya samaada baik atau sebaliknya. Dalam mana samaada sejarah lepas mengajar menjadi lebih matang atau sejarah yang lepas, seperti kesilapan silam diulang kembali, lalu membawa kemudaratan atau kecelakaan.

Sejarah mungkin sahaja dikatakan sebagai maklumat, pengetahuan atau pengalaman, namun selebih dari itu, ia juga sebenarnya sebagai suatu sumber ilmu kerana menafikan sejarah atau peranan sejarah seperti menafikan pokok yang berbuah yang asalnya dulu hanyalah suatu benih, membiak, membesar dalam senario waktunya sebelum menghasilkan buah-buahannya.

Sejarah sewajarnya menjadi iktibar atau pengajaran dan juga menjadi pemangkin untuk hari kemudian kerana tanpa menoleh padanya, insan tersebut seperti berdiri bukan dialam nyata atau berulang-ulang melakukan kesilapan yang sama. Sebagaimana kata seorang tokoh pemikir, George Santayana; "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Insan atau sesebuah masyarakat bilamana membina kehidupannya mahupun juga ketamadunnya tanpa menoleh akan sejarah silam adalah mereka yang membina suatu kehancuran. Mahupun bilamana sesuatu sejarah itu diubah-ubah mengikut hawa nafsu atau kepentingan sesuatu kaum seperti kaum Yahudi mengubah ajaran anbiya, maka sentiasalah mereka disetiap kurun dihancurkan mahupun dinyah dimana-mana.

Contohnya, seperti kitab Zabur serta Taurat adalah untuk pedoman, tetapi diatas sifat hawa nafsu untuk mementingkan kaum Yahudi, maka diubah ajaran mereka sehingga adanya ayat yang menyatakan bahawa insan yang bukan berketurunan Yahudi (goy, gentile) adalah binatang yang mana dari situ, sentiasa kaum Yahudi membuat onar dengan menindas kaum lain sehingga telah beberapa kali dalam sejarah, kaum Yahudi cuba dihapuskan kerana peranan mereka terlebih dahulu menghancurkan kaum lain.

Sebagaimana dalam ajaran Talmud Jerusalem mereka tertulis:

"Yahudi adalah dipanggil insan, manakala goy (selain dari Yahudi) bukan insan. Meraka adalah binatang." (Baba mezia, 114b)

"Selain dari Yahudi adalah seperti anjing. Malah anjing adalah lebih mulia dari mereka yang bukan Yahudi" (Ereget Raschi Erod, 22 30)

"Wanita yang mengandung bukan dari kalangan kaum Yahudi lebih hina dari binatang" (Coschen hamischpat 405)

"Ruh kepada mereka yang bukan kaum Yahudi adalah tidak suci dan dipanggil babi" (Jalkut Rubeni gadol 12b)

"Sekiranya kamu makan bersama Gentile (selain dari Yahudi), seperti kamu makan dengan anjing" (Tosapoth, Jebamoth 94b)

Sehingga hari ini, kaum Yahudi tidak pernah belajar dari sejarah kehancuran mereka (mungkin hanya segolongan kecil dari mereka yang setia pada ajaran asalnya). Bila mereka berjaya dan dipuncak kekuasaan, mereka menindas kaum lain sebagaimana terjadi hari ini pada pihak Palestin yang ditindas oleh kaum Yahudi.

Sedangkan sesejak awal sejarah mereka diEropah, setelah mereka berkembang dan mula menguasai ekonomi disitu, mereka kemudiannya dibunuh, dihalau oleh pihak Nasrani sehingga mereka dilindungi dibawah kerajaan Andalusia. Zaman perang Salib yang pertama (1096) juga kedua (1147), kaum Yahudi telah dibunuh beramai-ramai diGerman dan Perancis. Tahun 1290 diharamkan Kaum Yahudi diEngland dan begitulah seterusnya sehingga zaman Hitler, yang mana sebelum Hitler berkuasa, kaum Yahudi ini hampir sahaja menguasai keseluruhan ekonomi Jerman mahupun Jerman itu sendiri.



Bersambung...

Saturday, January 16, 2010

Produk sejarah - 9


Kekerajaan Saba adalah dikatakan bermula 1700 SM terkenal dengan pembinaan empangan airnya yang telah menghijaukan daerah tersebut serta seterusnya memajukannya menjadi salah satu pusat pertanian serta perdagangan utama.

Kekerajaan Saba ini adalah terletak diselatan Semenanjung Arab (hari ini bergelar negara Yemen) dengan kota utamanya Maarib, yang terhasil dari suatu tamadun yang tinggi dari segi pembinaan serta kebudayaannya.

Kaum yang menguasai Kekerajaan Saba ini adalah dari rumpun Arab yang mana kemudiannya, Ratu Saba iaitu Ratu Balqis diberitakan telah bernikah dengan Nabi Sulaiman (1011 SM – 931 SM) dan dari situ, generasi kacukan ini seterusnya membina Empayer Abisinai yang merangkumi Yemen, Ethiopia, Eritrea mahupun Somalia.

Pada zaman permulaan Empayer Abisinai ini, mereka adalah terdiri daripada mereka yang menyembah Tuhan yang satu, dibawah ajaran Nabi Sulaiman, namun setelah mengecap zaman zenithnya, mereka mula melupai ajarannya dan mula melakukan kemungkaran.

Manakala dibahagian Ethiopia, tetap mereka dengan agama ahli kitab yang dibawa oleh Nabi Sulaiman (sehingga kini ada digelar Judah Ethiopia) dan juga yang kemudiannya menukar kepada agama Nasrani (Ortodok Kristian).

Berbalik kepada kisah Kaum Saba, setelah waktu berlalu, penduduk kota Maarib mula terpesong dari kebenaran dan berpaling dari menyembah Tuhan yang satu serta juga melakukan banyaknya kemungkaran yang mengundang kemusnahan kepada mereka.

Kisah kemusnahan yang menimpa mereka ada dinyatakan dalam Al Quran:

"Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan): Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir." (QS. Saba, 34:15-17)

Kesesatan serta kemungkaran terjadi pada mereka adalah lantaran kemakmuran dan kemewahan yang dikecapi menyebabkan mereka ditimpa mala-petaka. Seluruh kota dimusnahkan oleh banjir dahsyat bila tiba-tiba empangan besar mereka dikota Maarib pecah.

Lalu musnah segala perkebunan anggur, tamar serta kebun-kebun kaum Saba, termasuk juga kediaman-kediaman ditambah kematian dimana-mana. Azab yang menimpa kaum Saba dijelaskan dalam Al Qur’an dengan ungkapan, "Sailul ‘Arim," atau Banjir ‘Arim. Istilah Al Qur’an ini juga menerangkan bagaimana bencana ini terjadi iaitu perkataan "’Arim" berarti "empangan". Yang mana banjir berlaku bukan dari ribut hujan tetapi dari empangannya yang pecah.

Manakala Empayer Abisinai yang diteruskan disebelah Ethiopia pula terkenal akan Raja Negusnya yang menerima pelarian Islam yang ditindas diMekah diwaktu permulaan Islam. Asbab penghijrahan ini juga membuat Raja Negus kemudiannya memeluk Islam apabila melihat akan kebenaran agama Islam. Sehingga hari ini, lebih dari 40% penduduknya adalah beragama Islam.

Raja Negus cuba membawa rakyatnya juga pada agama Islam namun ditentang oleh paderi-paderi disitu dan apabila beliau meninggal dunia, anaknya yang beragama Nasrani kemudiannya mengambil-alih sebagai raja dan mengekalkan kembali agama Nasrani disitu. (jenazah Raja Negus disolatkan oleh Nabi Muhamad secara solat ghaib jenazah diatas penghormatan kepada beliau)



Bersambung...

Wednesday, January 13, 2010

Produk sejarah - 8


Kaum Tsamud adalah dari kalangan bangsa Arab iaitu mereka yang menghuni diSemenanjung Arab dan penempatan mereka adalah berhampiran sempadan Jordan, Tabuk. Dipercayai seawal tahun 2300 SM, mereka telah membina tamadun dikawasan Jabal Athlab dengan kota utamanya bernama Al-Hijr (Madian Sholeh).

Kaum Tsamud ini terkenal dalam memahat dibukit-bukit batu untuk dijadikan bangunan-bangunan yang hebat, pedagang-pedagang yang mahir disamping kesenian-kesenian yang tinggi nilainya dengan kota Al-Hijr menjadi pusat perdagangan dirantau tersebut.

Kekerajaan kaum Tsamud ini mengikut penelitian arkeologi dari sejumlah besar batu-batu yang bertulis dan bergambar hasilan kaum Tsamud ini, tidak hanya diJabal Athlab atau sekitar kota Al-Hijr (sehingga kehari ini masih dapat dilihat disitu sebahagian dari bekasan bangunan-bangunan yang dipahat ditebing-tebing bukit batu) tetapi menyeluruh ditengah Semenanjung Arab.

Sebagaimana yang dicatit oleh Empayer Assyrian akan Kekerajaan kaum Tsamud ini, iaitu pada tahun 715 SM, menyatakan kaum Tsamud ini adalah dari suatu kekerajaan yang merangkumi pantai barat serta bahagian tengah Semenanjung Arab.

Manakala dari pengaruh tamadun kaum Tsamud ini disambung seterusnya oleh kaum Nabasia yang juga dari kalangan bangsa Arab dan berkembang sehingga kesempadan Syria dengan membina tamadun Al Anbaat (Nabataeans) yang mana sehingga kehari ini dapat dilihat hasil pahatan mereka dibukit-bukit seperti diibu-kota mereka iaitu Al Khazneh, Petra (Jordan) sebelum mereka kemudiannya dijajah oleh Rom pada tahun 100 SM.

Nabi Sholeh diutus kepada kaumnya, kaum Tsamud ini untuk mengajak mereka kembali kepada jalan kebenaran setelah kaum Tsamud ini menjadi kaum yang sombong diatas tamadun yang dibina disamping juga mereka ini telah menjadi pemuja berhala-berhala.

Kaum Tsamud tidak mahu mendengar dakwah Nabi Soleh lantaran kesombongan mereka. Mereka menuntut bukti akan kebenaran kata-kata Nabi Soleh, maka Allah keluarkan dari batu bukit yang mati, batu bukit yang mereka pahat untuk dijadikan bangunan-bangunan, sesuatu yang hidup iaitu seekor unta dengan anaknya.

Nabi Sholeh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya, sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan dibumi Allah dan janganlah kamu menganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu diwaktu Tuhan menjadikan kamu penganti-penganti (yang berkuasa) sesudah kaum Aad dan memberikan tempat bagimu dibumi. Kamu dirikan istana-istana ditanah-tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela dimuka bumi membuat kerosakkan“. (Surah Al-Araf, ayat 73-74)

Bagaimana pun kaum Tsamud tetap mengingkari malah membunuh unta tersebut kemudiannya. Nabi Sholeh telah memberi mereka tempoh selama 3 hari untuk kembali bertaubat dan kembali kepada jalan kebenaran.

Namun tanpa gentar, kaum Tsamud memperolok-olokkan pula amaran Nabi Sholeh serta menuntut dipercepatkan azab yang dijanjikan. Mereka malah juga merancang untuk membunuh Nabi Sholeh dalam mana selepas tempoh 3 hari, sebagaimana yang diamarankan, datangnya petir yang maha dahsyat yang disertai bunyi yang amat keras sehingga memecahkan gegendang telinga, dan mereka seterusnya dimusnahkan.



Bersambung...

Sunday, January 10, 2010

Produk sejarah - 7


Susa adalah salah sebuah bandar lama yang dianggarkan 5000SM dan merupakan ibukota bagi Elamite iaitu tamadun terawal ditanah Parsi. Tarikh adanya penempatan berserta kebudayaan sebelum menjadi kota adalah mungkin lebih lama iaitu dianggarkan 7000SM.

Dari situ seterusnya terbina tamadun seperti Kassites, Median, Achaemenid, Sassanid sebelum ianya berada dibawah kekerajaan Islam pada kurun ke8. Keseluruhan Empayer Parsi ini meliputi dari Sungai Indus diTimur, Teluk Persi, Teluk Oman, Sungai Furat, Kaukasus, Lautan Kaspian dan Lautan Aral disebelah utara.

Rumpun asal-usul bangsa Aryan (Sanskrit – Arya) atau Indo-Aryan/Indo Eropa adalah suatu bangsa asal yang merangkumi Eropah, Iran serta utara India yang mana dikatakan antara tarikh 2500SM, mereka berhijrah kesitu secara besar-besaran lalu membina Tamadun-tamadun Median, Achemenid dan seterusnya sehinggalah kehari ini yang dikenali sebagai negara Iran. (Ada pendapat Aryan adalah dari Tanah Parsi terutama bahagian utara, kemudian berhijrah keluar sehingga kedaerah Eropah)

Empayer Sassanid (224-651) merupakan Empayer terakhir Parsi yang mana pernah merangkumi dari Mesir, semenanjung Arab (kecuali bahagian tengah yang mana terletak Mekah dan Madinah) dan seluruh Asia tengah ini sentiasa berperang dengan Rom dalam merebut kekuasaan dirantau tersebut.

Empayer Parsi ini kemudiannya jatuh ketangan Islam diwaktu Syaidina Umar. Selepas Syaidina Umar dan Syaidina Usman, jawatan Khalifah beralih kepada Syaidina Ali namun, berlaku pergolakan diantara umat Islam waktu itu. Diantara Khalifah Syaidina Ali dengan Muawiyah, terjadinya fitnah dikalangan umat Islam.

Selepas kematian Syaidina Ali, Syaidina Hassan dibunuh lantaran perebutan kuasa, dan kemudian adiknya pula iaitu Syaidina Hussien dibunuh. Syaidina Hussein dibunuh diKarbala atas arahan Yazid, Khalifah Umaiyah diwaktu itu. Kepala Syaidina Hussien dipancung untuk dibawa kepada Yazid dan bila sampai pada Yazid, dia telah memperolok-olokkannya. Yazid kemudiannya meninggal dunia tidak lama dari peristiwa itu dalam keadaan yang amat tersiksa, iaitu hanya 3 tahun setelah dia menjadi Khalifa.

Pihak pengikut dibahagian Syaidina Hussien terutama kalangan dari Parsi yang seolah berada disuatu ikatan kekeluargaan dengan Syaidina Hussien tetap berjuang untuk kebenaran. Dikatakan suatu ikatan kekeluargaan adalah kerana Syaidina Umar telah menikahkan Syaidina Hussein dengan Shahrbanu iaitu puteri kepada Mahajara Yazdegerd III yang merupakan Maharaja terakhir bagi Parsi.

Dari perkahwinan Syaidina Hussien dengan Shahrbanu, lahirlah Zainul Abidin (Ali bin Hussein) seorang yang terkenal waraknya dan terselamat dari kejadian massakar, pembunuhan keatas Syaidina Hussein, pengikut serta keluarganya diKarbala.

Suasana politik yang tidak menentu waktu itu, tambahan ramainya mereka yang baru memeluk Islam dan belum mengerti mendalam akan ajaran Islam seperti dari kalangan penduduk Parsi, memudahkan untuk musuh-musuh Islam memesongkan mereka.

Dalam mana, pihak musuh Islam secara perlahan berjaya menanam benih-benih perbezaan kalangan Islam iaitu fahaman Syiah yang bertentangan dengan fahaman Sunni. Terutama dalam keadaan tersebut yang mana emosi adalah lebih digunakan dari rasional. Ibn Saba iaitu Rahib Yahudi yang dikatakan berpura-pura memeluk Islam dizaman Syaidina Usman, adalah dipertanggung-jawabkan diatas terbentuknya fahaman Syiah.

Dari Tanah Parsi ini juga telah lahir ramainya alim-ulamak serta para cendekiawan Islam yang menjadi asbab akan dunia modern hari ini. Terutamanya bila dibawah kekerajaan Sunni Abbasid (750-1258) keturunan Abbas (pakcik kepada Nabi Muhamad) berpusat diBaghdad, sewaktu menguasai rantau Islam termasuk Tanah Parsi, iaitu selepas zaman Umaiyah.

Antara ulamak-ulamak kalangan Mahzab Syafii yang terkenal berasal dari Tanah Parsi adalah: Ibnu Majah (824-887, Qazvin/Iran, Sunan Ibn Majah), Imam Al Bayhaqi (994-1066, Bayhaq/Khurasan), Imam Tirmizi (824-892, Khurasan, Sunan al-Tirmizi), Imam Muslim (821-875-Nishapur, Sahih Muslim) dan Imam Ghazali (1058-1111, Tus/Khorasan).



Part - 2

Bersambung...

Thursday, January 07, 2010

Produk sejarah - 6


Jericho yang terletak dalam wilayah Palestin adalah dianggarkan pada 9000SM, telah ada penempatan disitu sebelum berubah menjadi kota. Kawasan Tebing Barat ini juga telah berada dibawah banyak kuasa-kuasa besar seperti Assyrians, Egypt, Babylon, Cyrus the Great, Kekerajaan Israel, Alexandra the Great mahupun Parsi.

Penduduk asalnya adalah orang Palestin sendiri biarpun fakta ini cuba diubah dan sejarah cuba ditukar oleh kaum Yahudi dengan menyatakan bahawa Palestine bukan berasal dari situ atas dasar-dasar politik monopoli dan penjajahan Kaum Yahudi.

Kedatangan kaum Yahudi hanyalah dalam lingkungan 1800SM iaitu ketika Nabi Ibrahim berhijrah kesitu dari Babylon sedangkan sebelum itu, wilayah ini telah lama diduduki dan malah penduduk asal disitu telah membina tamadun berserta kebudayaaannya sedari tempuh yang awal.

Sedangkan kaum Yahudi ini hanya mula membina kekerajaannya disitu adalah lewat kemudiannya dari keturunan Benyamin iaitu adik kepada Nabi Yusuf, yang mana keturunannya menjadi Raja yang pertama pada Bani Israel dan seterusnya disambung oleh Nabi Daud serta Nabi Sulaiman (Kekerajaan Israel: 1050-930SM).

Selepas Nabi Sulaiman, mereka berpecah sebelum dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar (Babylon) keseluruhan kekerajaan Israel sehinggalah dibangunkan kembali oleh Zionis pada awal abad ke20 dan menjadi negara Israel hari ini.

Yang jelasnya, sebelum kedatangan kaum Yahudi disitu, wilayah ini adalah daerah yang telah lama ada penduduknya berserta kebudayaan mereka dan diantara tamadun yang terkenal adalah Tamadun Canaan ataupun Phoenicia yang dikenali merupakan ahli laut yang hebat.

Mereka menguasai seluruh lautan Mediterrenian dan juga merupakan pedagang yang terkenal. Hatta mereka telah belayar jauh keAfrika lebih beribu tahun sebelum Vasco Da Gama dan mereka juga lebih awal lagi telah belayar keutara Eropa.

Zaman zenith Tamadun Canaan (zaman kemuncak) adalah waktu bila Empayernya telah menjangkau seluruh Afrika Utara mahupun selatan Eropa, yang mana menjadikan Tamadun Canaan ini meliputi berbagai-bagai kacukan dari berbilang bangsa mahupun kebudayaan (multi-culture). Kota Tyre yang hari ini terletak dalam negara Lebonan, adalah merupakan bandar terbesar serta pelabuhan utamanya.

Menggunakan bahasa Canaan iaitu dari rumpun bahasa-bahasa semitik. Bahasa-bahasa Semitik yang menjangkau lebih dari 300 juta insan yang menggunakannya hari ini terdiri dari bahasa Arab, Amaric/Tigrinya (Ethiopia), Ibrani (Hebrew-Yahudi).

Bahasa Semitik ini dipercayai adalah bahasa yang paling awal digunakan iaitu dari keturunan Nabi Nuh, Shem dan merupakan bahasa yang terawal dicatit dalam bentuk tulisan, iaitu penulisan Akkadia yang digunakan diMesopotamia.

Canaan juga telah memperkenalkan abjad-abjad yang digunakan kemudiannya oleh latin dan kini ia meluas digunakan diseluruh dunia seperti tulisan Inggris, Turki, Melayu dan seterusnya.

Kebudayaan Yarmukian iaitu dalam 6000SM yang terletak hari ini dilembah Jordan adalah salah satu budaya yang tertua sebagaimana ditemui objek-objek seni mereka di Shaar HaGolan. Manakala kebudayaan Ghassulian yang mengusul kemudiannya adalah yang membentuk seterusnya Tamadun Canaan.

Tebing Barat ini mula diperkenalkan pada Islam dizaman Syaidina Umar yang mana kisah terkenal tentang Syaidina Umar berjalan kaki dari Madinah keJerusalem untuk mengambil kunci kota tersebut.



- Results of a DNA study by geneticist Ariella Oppenheim appears to match historical accounts that Arab Israelis (Palestinian 1948) and Palestinians, together as the one same population, represent modern "descendants of a core population that lived in the area since prehistoric times", albeit religiously first Christianized then largely Islamized, and all eventually culturally Arabized."American Academy for the Advancement of Science."

Before the Hebrews first migrated there around 1800 B.C., the land of Canaan was occupied by Canaanites. Between 3000 and 1100 B.C., Canaanite civilization covered what is today Israel, the West Bank, Gaza, Lebanon and much of Syria and Jordan.


Bersambung...

Tuesday, January 05, 2010

Produk sejarah - 5


Tamadun Indus adalah salah satu tamadun yang terawal yang bermula sejak 7000SM dahulu diMehrgarh, dengan penempatan kaum petani yang bercucuk-tanam dan membina kediaman mereka dengan bata yang diperbuat dari tanah liat.

Tamadun Indus ini adalah terletak disepanjang sungai Indus dibenua India yang kedudukannya adalah dinegara yang dipanggil Pakistan hari ini. Antara tahun 3300-1300SM, terbinanya tamadun Harappa yang setanding dengan tamadun Mesopotamia juga Mesir dengan 2 kota terbesarnya iaitu kota Mohenjo-Daro dan Harappa. (Tamadun ini diambil namanya dari kota ini)

Pada tahun 1920, telah ditemui sejarah tamadun Indus ini yang mana dianggarkan dengan keluasannya adalah merangkumi Himalaya, utara India, Punjab, Gujarat sehingga keBalochistan. (Sehingga kehari ini ia masih menjadi perdebatan antara teori samaada Aryan yang pertama memulakan tamadun disitu atau tidak)

Dizaman tamadun Indus ini, telah ada tulisan, ilmu kira-kira (contohnya angka sifar; sebagaimana Al-Khwarizmi iaitu bapa mathematik dunia, mengaji dan memperbaiki penggunaan angka sifar ini, Kitab al-jam’wal tafriq bi hisab al-Hindi), sistem kota yang tersusun, undang-undang negara, peradaban kota yang pertama dengan pengetahuan sistem aliran serta sistem kumbahan seperti parit-parit dalam kotanya , kesenian yang tinggi dan seterusnya.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa Dravidian, iaitu dipercayai ibu kepada semua rumpun bahasa atau dialek yang digunakan diIndia hari ini seperti Telugu, Gondi, Tamil, Malayalam, Brahui dan seterusnya.

Lembah Indus ini juga menyaksikan kemasukan Islam kebenua India dibawah Muhammad bin Qassim (695-715) yang berasal dari Kota Thaif. Beliau telah menawan wilayah Sindh dan Punjab disepanjang sungai Indus yang mana sebelumnya disebelah barat telah berada dibawah Empayer Islam diwaktu Syaidina Umar. Waktu itu beliau hanya berumur 17 tahun.

Terdapat juga sejarah yang diriwayatkan oleh Haji Mohamed Kandahary dalam Kholasut-ul Hikayat yang menyatakan bahawa sekumpulan 7 buah kapal dari Selandeep (Sri Lanka) yang terdiri dari mereka yang telah memeluk Islam (termasuk kaum wanita), belayar untuk mengerjakan Haji namun dipertengahan jalan dipelabuhan lembah Indus, iaitu pelabuhan Debal, mereka ditawan oleh Raja Deebul. Ini menyebabkan peperangan keatas Raja Deebul dan seterusnya merupakan faktor kemasukan Islam kebenua India.

Dari lembah Indus ini juga, Islam tersebar seterusnya kepelabuhan Melaka apabila pendakwah dari Gujarat telah sampai keMelaka sebelum tahun 1409. Raja Melaka yang pertama, Parameswara, memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Yang mana dalam tempuh sebulan kemudiannya, seluruh penduduk bandar Melaka memeluk Islam dan dari situ Islam dikembangan jauh keNusantara.

Berbagai-bagai pendapat akan tarikh sebenarnya Raja Melaka yang pertama memeluk Islam serta bagaimana Islam sampai disitu seperti dari pedagang Arab mahupun kemungkinan atas pengaruh Zheng Ho, panglima dari Tanah Besar China yang beragama Islam yang kerap berulang belayar kesitu. (Bagaimana pun terdapat laporan semasa Zheng Ho sampai kesitu, iaitu tahun 1409, Melaka telah pun menjadi tanah Islam)

Yang pasti, Raja pertama Melaka bukanlah menganut Islam kerana perkahwinan, malah yang bernikah dengan puteri Pasai adalah Sultan Megat Iskandar Shah, iaitu anakanda kepada Raja pertama Melaka (Sultan Iskandar Shah), sebagaimana laporan dari penulis China, Ma Huan.




Bersambung...

Saturday, January 02, 2010

Produk sejarah - 4


Mesir (Egypt) dikenali bukan sahaja kerana ia merupakan antara tamadun terawal, malah lebih dari itu, banyak data-data tentangnya masih boleh didapati seperti kota mahupun piramid-piramidnya, tulisan atau ukiran-ukirannya, harta perhiasannya mahupun juga kalangan Firaunnya yang dapat dilihat sehingga kehari ini kerana dimumia.

Mesir adalah antara tamadun yang unik dan dibangunkan sepanjang sungai Nile yang merupakan sungai terpanjang didunia. Juga adalah yang terawal dalam sejarah insan menggunakan kertas, iaitu dibuat dari pohon papyrus yang tumbuh subur disepanjang sungai Nile. Batangnya dilembutkan dan ditekapkkan dalam keadaan dianyam dengan keadaan bersilang dan dikeringkan.

Proses pengunaan kertas inilah salah satu sebab yang telah merubah warna dunia dimana bahan tulisan kemudiannya mudah dihasilkan dimana-mana dibandingkan sebelumnya iaitu ditulis diatas batu, kulit dan lain-lain. Juga sesiapa sahaja mudah mendapat bahan tulisan dan mengajar kemudian pada yang lain kerana kertas adalah ringan, murah, mudah untuk menulis dan seterusnya.

Sejarah paling awal tamadun Mesir dianggarkan lebih kurang 5000 sebelum Masehi. Manakala seawal 8000SM telah dipercayai telah adanya penduduk dikawasan sempadan Mesir dengan Sudan yang suatu waktu dahulu adalah merupakan lembah yang subur sebelum bertukar menjadi sebahagian dari Sahara.

Firaun bukanlah nama seorang raja diMesir tetapi ia adalah gelaran raja pada semua pemerintah diMesir yang dianggarkan lebih dari 250 orang termasuk 3 Ratu mereka (dari Dinasti yang terawal sehingga kedinasti ke31, juga zaman dibawah jajahan Parsi 404SM dan seterusnya pada Dinasti jajahan Yunani 332SM, Dinasti Ptolemy 305) yang merupakan salah satu pemerintahan dalam sejarah dunia bertahan sebegitu lama sebelum dijajah sepenuhnya oleh Rom pada 30SM.

Diantara Firaun-Firaun tersebut, tercatit seorang Firaun yang amat berbeza dengan Firaun-Firaun lain bernama Amenhotep IV / Akhenaten (1352-1334). Beliau mempercayai akan Tuhan yang satu, bukan pada agama pagan kaum Mesir waktu itu iaitu menyembah patung-patung mahupun kalangan Firaun itu sendiri dianggap Tuhan. Beliau juga berusaha membawa kembali masyarakat Egypt untuk mempercayai akan Tuhan yang satu dan merubah kebudayaan Mesir waktu itu.

Namun sebegitu, dia mendapat tentangan-tentangan dari para-para sami Mesir yang berpegang teguh kepada kepercayaan Pagan lama mereka iaitu mempercayai banyaknya Tuhan serta kepercayaan karut-marut disertai dengan ilmu-ilmu sihir. Firaun Akhenaten adalah seorang yang cintakan kedamaian dan keamanan disamping mimpikan kehidupan yang harmoni dikalangan rakyatnya telah memindahkan istananya jauh kepadang pasir.

Firaun Akhenaten adalah salah seorang Firaun diabad dinasti ke18, yang mana merupakan zaman tamadun Mesir mencapai zenith (zaman kemuncaknya). Kemuncaknya tamadun Mesir adalah pada era Kekerajaan Baru (New Kingdom 1570-1070SM) adalah belum pernah dilihat sebelum itu dan juga Empayer Mesir telah berkembang besar. (Selepas Nabi Yusuf menjadi wazir kepada Firaun Mesir, tarikh Nabi Yusuf adalah kemungkinan dalam lingkungan 1600SM-1500SM, sebelum kedatangan Nabi Musa)

Waktu itu dunia keseluruhannya dibawah prinsip yang kuat berkuasa dan ini amat bercanggah dengan prinsip Firaun Akhenaten yang gemarkan kedamaian, yang mana beliau telah melakukan hubungan diplomasi dengan kuasa-kuasa jiran Mesir dan tidak menghantar bala-tenteranya keluar berperang membuat rakyat Mesir sendiri dibawahnya dapat hidup dalam aman damai.

Seterusnya kerajaan Mesir jatuh kepada generasi kemudian iaitu Tutankhamun (King Tut)yang mendurhaka akan adanya Tuhan yang satu dalam mana Tutankhamun (mumianya dapat dilihat sehingga hari ini) telah membawa kembali agama lama pagan Mesir iaitu mempercayai banyak tuhan, malah meletakkan Firaun sebegai Tuhan.

Selepas beberapa Firaun iaitu lebih kurang yang 6 orang Firaun dari waktu Firaun Akhenaten, kuasa diambil alih oleh Firaun Ramsses II (1279-1213SM) yang terkenal kerana waktunya itu, Nabi Musa diutus Allah untuk mengajak insan kembali menyembah Tuhan yang satu.

Mayat Firaun Ramsses II yang terapung dilautan Merah setelah dirinya serta segala bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah (sewaktu dia cuba mengejar Nabi Musa bersama umatnya menyeberangi Lautan Merah), juga sehingga kini dapat dilihat kerana dimumia dan disimpan.

Sehingga kini, Firaun Akhenaten menjadi tanda-tanya kerana dia adalah seorang Firaun yang amat berbeza dengan Firaun lain terutama kerana dia menyembah Tuhan yang satu yang memberi cahaya menerangi kegelapan (dan beliau bukan penyembah matahari). Tarikh Firaun Akhenaten adalah antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa. Kini setelah lebih 3000 tahun jaraknya, majoriti penduduk Mesir beragama Islam iaitu mempercayai Tuhan yang satu sebagaimana yang diusahakan dan diharapkan oleh Firaun Akhenaten.



Part - 2
Part - 3
Part - 4
Part - 5


Bersambung...

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga