Tuesday, January 05, 2010

Produk sejarah - 5


Tamadun Indus adalah salah satu tamadun yang terawal yang bermula sejak 7000SM dahulu diMehrgarh, dengan penempatan kaum petani yang bercucuk-tanam dan membina kediaman mereka dengan bata yang diperbuat dari tanah liat.

Tamadun Indus ini adalah terletak disepanjang sungai Indus dibenua India yang kedudukannya adalah dinegara yang dipanggil Pakistan hari ini. Antara tahun 3300-1300SM, terbinanya tamadun Harappa yang setanding dengan tamadun Mesopotamia juga Mesir dengan 2 kota terbesarnya iaitu kota Mohenjo-Daro dan Harappa. (Tamadun ini diambil namanya dari kota ini)

Pada tahun 1920, telah ditemui sejarah tamadun Indus ini yang mana dianggarkan dengan keluasannya adalah merangkumi Himalaya, utara India, Punjab, Gujarat sehingga keBalochistan. (Sehingga kehari ini ia masih menjadi perdebatan antara teori samaada Aryan yang pertama memulakan tamadun disitu atau tidak)

Dizaman tamadun Indus ini, telah ada tulisan, ilmu kira-kira (contohnya angka sifar; sebagaimana Al-Khwarizmi iaitu bapa mathematik dunia, mengaji dan memperbaiki penggunaan angka sifar ini, Kitab al-jam’wal tafriq bi hisab al-Hindi), sistem kota yang tersusun, undang-undang negara, peradaban kota yang pertama dengan pengetahuan sistem aliran serta sistem kumbahan seperti parit-parit dalam kotanya , kesenian yang tinggi dan seterusnya.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa Dravidian, iaitu dipercayai ibu kepada semua rumpun bahasa atau dialek yang digunakan diIndia hari ini seperti Telugu, Gondi, Tamil, Malayalam, Brahui dan seterusnya.

Lembah Indus ini juga menyaksikan kemasukan Islam kebenua India dibawah Muhammad bin Qassim (695-715) yang berasal dari Kota Thaif. Beliau telah menawan wilayah Sindh dan Punjab disepanjang sungai Indus yang mana sebelumnya disebelah barat telah berada dibawah Empayer Islam diwaktu Syaidina Umar. Waktu itu beliau hanya berumur 17 tahun.

Terdapat juga sejarah yang diriwayatkan oleh Haji Mohamed Kandahary dalam Kholasut-ul Hikayat yang menyatakan bahawa sekumpulan 7 buah kapal dari Selandeep (Sri Lanka) yang terdiri dari mereka yang telah memeluk Islam (termasuk kaum wanita), belayar untuk mengerjakan Haji namun dipertengahan jalan dipelabuhan lembah Indus, iaitu pelabuhan Debal, mereka ditawan oleh Raja Deebul. Ini menyebabkan peperangan keatas Raja Deebul dan seterusnya merupakan faktor kemasukan Islam kebenua India.

Dari lembah Indus ini juga, Islam tersebar seterusnya kepelabuhan Melaka apabila pendakwah dari Gujarat telah sampai keMelaka sebelum tahun 1409. Raja Melaka yang pertama, Parameswara, memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Yang mana dalam tempuh sebulan kemudiannya, seluruh penduduk bandar Melaka memeluk Islam dan dari situ Islam dikembangan jauh keNusantara.

Berbagai-bagai pendapat akan tarikh sebenarnya Raja Melaka yang pertama memeluk Islam serta bagaimana Islam sampai disitu seperti dari pedagang Arab mahupun kemungkinan atas pengaruh Zheng Ho, panglima dari Tanah Besar China yang beragama Islam yang kerap berulang belayar kesitu. (Bagaimana pun terdapat laporan semasa Zheng Ho sampai kesitu, iaitu tahun 1409, Melaka telah pun menjadi tanah Islam)

Yang pasti, Raja pertama Melaka bukanlah menganut Islam kerana perkahwinan, malah yang bernikah dengan puteri Pasai adalah Sultan Megat Iskandar Shah, iaitu anakanda kepada Raja pertama Melaka (Sultan Iskandar Shah), sebagaimana laporan dari penulis China, Ma Huan.




Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga