Monday, March 29, 2010

Di - Sajak



















Di – simpang-siur pemikiran sudut, wujud kita kerana terokaan alam hidup, gelisah mencari, meredah hari yang redup, lalu mengorak agar jiwa kembali hidup, dalam detik setiap nafas yang disedut. Di – penilaian dari setiap penjuru dimensi, pengamatan prospektif kuno atau terkini, kabur atau teliti, sangsi mahupun pasti, manakala hak dan batil bukan pilihan diri, kerana semua telah digaris untuk dititi. Di – samping problematik kian berdetik, mungkin hadir dalam kesalahan sistematik, terlanjur, terlepa atau tersalah kiraan matematik, hadir bukan seperti buah yang rindu dipetik, bahkan bagai sarang tebuan yang dijentik. Di – infastruktur kendur yang cuba diatur, bersepah atau tersusun tertib teratur, terserah pada gopoh atau cermat mengatur, berpengetahuan hanya atau berakal ilmu catur, dekontstruktur, cetek atau matang terus melentur, lalu risau kita dek pengalaman pernah tersungkur, dalam mana ramai saudara yang masih berdengkur, sedang semangat kita sebenarnya tidak pernah luntur. Di – islah bina diri bukan hipokrasi atau ujub diri, biarkan mereka dalam duniawi terus berkelahi, tapi nak biarkan luncai terjun tak sampai hati, ditengah hari rumpun kita semakin meninggi, sedang duniawi bukanlah kehidupan hakiki, justeru itu marilah berwuduk ditepi perigi, mari mengorak langkah kehadrat Ilahi.

- (zarch)

Wednesday, March 10, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 5


Salah satu contoh juga untuk ukuran fraktal adalah pengiraan piksel (pixel – elemen gambar) yang mana setiap piksel merupakan titik dot atau empat segi dengan warnanya. Setiap piksel adalah satu sampel dari imej asli, oleh itu semakin tinggi jumlah piksel, maka makin tinggi juga ketajaman kedalam gambarnya serta lebih tepat gambaran imej asli tersebut sebagaimana ketajaman sebuah lensa.

Hari ini ia penggunaan piksel untuk pengamatan yang lebih halus telah dihasilkan seperti contohnya satu megapixel, iaitu sejuta titik piksel kepada 12 megapiksel dan seterusnya yang mana menghasilkan penglihatan yang lebih jelas kedalam sesuatu gambar mahupun penghasilkan kualiti gambar yang lebih baik.

Contohnya imej-imej yang diambil dari satelite, pada gambaran imej yang biasa dilihat dari satelit cuaca, ia mungkin kelihatan tidak berapa jelas akan gambar-gambar dimuka-bumi yang diambil tetapi terdapat satelit-satelit pengintip menggunakan ukurun seperti ukuran fraktal yang mana dapat menghasilkan sebegitu jelas sesuatu imej sehinggakan gambar-gambar yang diambil dari muka-bumi seperti diambil dari beberapa meter sahaja.

Penghasilan untuk pemandangan yang lebih jelas adalah bilamana diperincikan pemandangan kedalamnya. Pengamatan keatas warna sehingga dikatakan infiniti warnanya adalah kerana diperincikan pemandangan kedalamnya dan yang menakjubkan semakin diperincikan pemandangan kedalamnya, tetap hadir lagi disebaliknya warna-warna dengan struktur aslinya seakan tanpa penghujungnya.

Sebegitu juga pemikiran insan itu sendiri dikatakan bersifat infiniti, yang dapat menghasilkan seperti contohnya dengan satu patah perkataan dapat diungkap seterusnya begitu banyak makna-maknanya bila didalami akan pergertian buat sesuatu makna seperti contohnya perkataan "tidak", ia boleh menjadi; tidak apa, tidak boleh, tidak suka, tidak sejuk, tidak mahu, tidak berjaya, tidak marah dan seterusnya.

Sedang setiap bahasa seperti dari bahasa-bahasa utama didunia iaitu Bahasa Inggris, Arab, Mandarain, Melayu dan seterusnya sehinggalah kepada bahasa-bahasa dialek tempatan mempunyai kamus atau tata-bahasanya tersendiri yang mana masing-masing terdapat begitu banyaknya patah perkataan dengan makna-makna yang dapat diungkapkan dari pemikiran insan disetiap tempat, sehinggalah kepada seakan bilangan rambut dikepala sendiri yang payah untuk membilangnya.

Pemikiran insan yang dikatakan bersifat infiniti adalah terhasil dari apa yang berkisar pada sekitar kehidupannya atau kekadang wajar juga berfikir merentas waktu mahupun suasana dipersekitarannya. Kemudian dari situ samada sesuatu pemikiran itu disemadikan dalam diri atau dihadirkan didunia luar dirinya seperti melalui perkataan, tulisan, penghasilan alat-alatan dan seterusnya.

Dalam pada itu, ada kelompok mereka yang berkata insan itu boleh berfikir apa yang dikehendaki dan tidak kira apa sahaja, tetapi ini wajar membuat insan tersesat atau terperangkap dalam pemikirannya sendiri mahupun meniggalkan kesan mudarat pada yang lain.

Manakala kelompok mereka yang berkata insan tidak wajar berfikir pula bakal menyebabkan tertutupnya minda yang mana hasilnya adalah suatu kehidupan yang jumud. Contohnya umat Islam yang ditegah menggunakan pemikirannya akan ketinggalan dan akhirnya mengambil apa sahaja yang diperkenalkan atau dicipta oleh pihak bukan Islam, seperti dari kenderaan yang ditunggangi, penghasilan kebudayaan sehinggalah kepada barang-barangan memasak didapurnya.

Sedang didalam Islam sendiri, insan itu wajar menggunakan pemikiran dalam menempuh kehidupan sehariannya sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ghazali didalam kitab Ilya Ulumuddinnya bahawa Imam Syafii berkata; "Meminta pertolongan untuk berbicara itu dengan berdiam diri dan untuk mengambil ketentuan atau keputusan itu dengan berfikir".

Hasil buah pemikiran adalah ilmu pengetahuan serta dapat memperolehi makrifat yang belum pernah dihasilkan sebagaimana Hatim rah telah berpesan; "Dari perumpamaan bertambahlah ilmu pengetahuan, dari mengingati bertambahlah kecintaan dan dari berfikir bertambahlah ketakutan pada Tuhan".

Lantas dari itu, asas pertama buat insan menempuh alam pemikiran infinitinya adalah mengenal Penciptanya dan batasnya adalah sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhamad:
"Fikirkan tentang mahluk (apa-apa yang diciptakan oleh Allah) dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah". (Ibnu Abbas diriwayatkan Abu Naim dan Baihaki)

Dalam mana insan wajar memikirkan ciptaan Allah serta kebesaran Allah, memikirkan kehidupannya serta bagaimana dapat mendekati Allah, memikirkan penyelesaian-penyelesaian buat kehidupan insan, memikirkan penerokaan seterusnya didalam apa jua bidang yang tidak melanggar syarak dengan had batasnya tidak memikirkan bagaimana zat Allah itu sendiri kerana ia akan menyebabkan insan tergelincir kedalam gaung mindanya yang penuh duri serta kegelapan.

Sunday, March 07, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 4


Julia set, asas fraktal pada infiniti warna adalah ditemui oleh Gaston Julia yang lahir dibandar Sidi Bel Abbes, Algeria (1893-1978) dan juga oleh Pierre Fatou (1878-1929). Gaston Julia adalah seorang ahli mathematik dari Perancis sebagaimana juga dengan Pierre Fatou.

Fraktal warna pada mulanya iaitu ditahun 1915 yang diperkenalkan oleh Gaston Julia lebih merupakan teori pengiraan atau berligar dalam kata falsafah, malah lakaran gambar Julia Set sendiri adalah imaginasi beliau, namun setelah penemuan komputer dan usaha ini disambung oleh Benoit Mandelbrot, maka ia kini suatu fakta yang dapat dilihat dan dikenali hari ini dengan himpunan/set Mandelbrot.

Ini kerana, dengan komputer, sesuatu pengiraan atau penglihatan pada ukuran fraktal dapat dicapai jauh kedalamnya dan dengan ini dapat ditemukan huraian visual dengan fakta-faktanya untuk menunjukkan bahawa geometri fraktal menghubungkan banyak bidang matematika dan sains, jauh lebih luas dari yang diperkirakan sebelumnya.

Dalam pada itu, kesenian yang dihasilkan dalam dunia kesenian Islam, lazimnya suatu yang bercorak saujana atau sebagai "seni infiniti" (tanpa sempadan). Biarpun pada lahirnya kelihatan terikat pada aturan-aturan seperti tiadanya bentuk-bentuk mahluk hidup, tetapi dari sebalik itu, wujudnya suatu seni yang berpadu pada imaginasi penghasilnya sendiri tanpa atau kurang terkesan pada suasana mahupun mahluk hidup dipersekitaranya.

Contohnya bentuk kubah-kubah masjid, karpet-karpet dan seterusnya yang gubahan diatasnya terhasil dari sesuatu ukuran adalah berbentuk mirip dengan fraktal, iaitu suatu lakaran atau pengukuran kasar pada segala skala yang mana ia dapat dibahagi-bahagikan hatta kepada ukuran yang terkecil yang semuanya masih memiliki atau mirip kepada fraktal aslinya.

Sebagaimana penyataan estetik yang dinamakan "Arabesque", iaitu contohnya seperti lakaran, ukiran atau lukisan berbentuk geometrik yang dibentuk berulang-ulang atau sambung-menyambung, atau kekadang diselangi dengan tulisan-tulisan khat dari huruf Arab (Jawi), merupakan suatu identiti yang selaras dengan prinsip-prinsip estetik ideologi Islam.

"Arabesque", memancarkan suatu penghasilan nilai saujana (infiniti) untuk pemerhatinya, iaitu sesuatu yang dihidangkan diluar lingkungan ruang-masa dalam mana penghasilannya yang pada asas strukturnya sama, kemudian berkembang serta disambung dari satu generasi kesatu generasi.

Ianya wajar mencabar minda untuk mengolah sesuatu yang baru tanpa perlu meniru bentuk-bentuk mahluk hidup, namun inilah seni infiniti, penerokaan kealam seni dengan olahan-olahan fraktal warna dalam mana juga ia kekadang melahirkan seni berbentuk "abstrak", iaitu melahirkan bentuk-bentuk atau adunan warna-warna yang penuh dengan rahsia tersendiri.

Penolakan keatas penghasilan bentuk-bentuk mahluk hidup ini dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhamad s.a.w. Mungkin ia dibenarkan hanya pada peringkat kanak-kanak seperti patung mainan mereka atau permulaan belajar melukis dan sewaktu dengannya, namun ia bukanlah ciri-ciri seni keIslaman.

Pengharaman keatas melukis bentuk-bentuk mahluk hidup merupakan pendapat jumhur ulama didalam mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dengan dalilnya:

1.Hadis riwayat Saidina Umar r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.
رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Akan dikatakan pada mereka "Hidupkanlah apa yang engkau cipta".

2.Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a daripada Rasulullah s.a.w:
(من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة. وليس بنافخ.
رواه البخاري مسلم

Maksudnya:
"Sesiapa yang membuat gambar di dunia maka dia akan disuruh untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut di hari kiamat. Dia tidak mampu untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut."

Hadis yang pertama dan kedua menunjukkan secara umum pengharaman membuat gambar yang bernyawa. Gambar yang tidak bernyawa diharuskan sebagaimana dalilnya:

3. Hadis berikut:-
دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا مستترة بقرام فيه صورة. فتلون وجهه. ثم تناول الستر فهتكه. ثم قال: (إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة، الذين يشبهون خلق الله).
رواه البخاري ومسلم واللفظ له

Maksudnya:
"Rasullah s.a.w masuk ke rumah bertemuku, aku sedang memasang tirai yang ada gambar. Lantas berubah mukanya. Kemudian baginda mencapai tirai tersebut serta menanggalkannya. Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di antara manusia yang menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat adalah orang yang menyerupai ciptaan Allah s.w.t."

Ibnu ‘Abbas berkata, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa” (Riwayat Bukhari)

Ini adalah sebahagian contoh akan panduan-panduan buat pemikiran insan yang mana ia boleh mengembara kedalam alam infiniti pemikirannya untuk menghasilkan segala bentuk hasilan namun wajar didalam suatu garisan yang ditetapkan yang mana juga dari situ, pemikiran mahupun penghasilannya tidak membawa atau meninggalkan kesan keburukan.

Bersambung...

Friday, March 05, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 3


Sesuatu bentuk kesenian atau pemikiran insan yang dihasilkan pada asas falsafahnya adalah seperti sumber-sumber fraktal warna ini. Dari suatu ilham atau inspirasi, lalu dikembangkan seterusnya sehingga menjangkau keseluruh alam.

Contohnya dari suatu irama atau nada, berkembang menjadi ikutan dimana-mana dan menghasilkan berjuta-juta irama atau nada seterusnya diseluruh dunia yang mana hakikatnya semua itu adalah dari peniruan asas yang asal lalu dikembangkan dalam litaran sejarah kehidupan insan dari satu generasi kesatu generasi.

Dalam mana pemikiran yang dimiliki oleh insan sendiri boleh dikatakan berbentuk suatu infiniti, yang tidak dapat dikatakan itu muktamatnya, contohnya dari setiap patah-patah perkataan, dapat dihadirkan sejuta makna-makna perkataan yang lain. Ini kerana, fungsi akal insan itu sendiri tidak diketahui penghujungnya.

Otak insan mungkin boleh diukur saiznya, manakala terdapat kehidupan lain yang memiliki saiz otak yang jauh lebih besar dari insan seperti gajah atau ikan paus namun tidak mampu berfikir seperti insan kerana akal tidak dianugerahkan kepada kehidupan-kehidupan haiwanat dialam ini.

Otak adalah berbentuk fizikal manakala akal pula adalah suatu yang dikatakan mistik atau rohani seperti ruh insan itu sendiri dan akal dianugerahkan pada insan untuk berfungsi berfikir. Akal adalah sumber utama untuk insan berfikir, manakala otak pula adalah anggota untuk akal seperti antara jasad dan ruh.

Sebegitu juga segala pengetahuan mahupun pengalaman adalah untuk membantunya berfikir dengan lebih tajam mahupun matang, namun tanpa pengetahuan dan pengalaman, akal tetap berfungsi. Contohnya, kekadang seseorang yang lurus tetapi kurang pengetahuan serta kurang pengalaman lebih aman hidupnya berbanding yang lebih tinggi pengetahuan serta pengalaman mereka.

Bila dikatakan bentuk fizikal otak insan, otak insan mengandungi sekitar 15 sehingga 33 bilion sel saraf atau neuron iaitu berfungsi mengirimkan pesan (impuls) yang berupa rangsangan atau tanggapan dan setiap satu neuron bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain. Otak insan terbahagi 2 bahagian iaitu kiri dan kanannya yang mana ada perbezaan fungsi bagi keduanya

Seperti contohnya disebelah kanan bersifat kreatif iaitu kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative), sintesis, analogi, ruang, imaginasi, olahan struktur (bentuk, corak, pola, lukisan, rentak dll), intuitif (mengikut gerak hati), interaktif, visi, emosi dan seterusnya.

Manakala fungsi otak disebelah kiri dikatakan lebih berfungsi dengan logik seperti contohnya pengiraan, penulisan, bahasa-lisan, analisis, rasional, terperinci, geometrik dan seterusnya. Namun tanpa akal, fungsi otak adalah seperti komputer tanpa perisian (Software).

Bagaimana pun tidak dinafikan bahawa otak tidak dapat berfungsi dengan fungsi untuk erti suatu kehidupan tanpa perasaan insan itu sendiri. Dalam mana, tanpa menggunakan akal dan hanya bergantung kepada perasaan, fungsi otak adalah terhad sebagaimana kehidupan haiwanat. Namun begitu walaupun terhad fungsinya, namun ia tetap suatu kelebihan kerana perasaanlah tunjak kehidupan ini kerana tanpa perasaan, insan itu sendiri adalah robot, bukannya suatu kehidupan sebagaimana yang lazimnya dimengertikan.

Dari asas inilah, pemikiran insan sendiri iaitu gabungan perasaan dan akal adalah merupakan gambaran infiniti, iaitu tidak berhenti disuatu tahap dalam berfikir samaada untuk penghasilan sesuatu seperti peralatan buat keperluan, sesuatu kesenian, pengetahuan, pengalaman dan seterusnya dengan mana juga disambung dari generasi kesuatu generasi terkemudian.

Hari ini didapati berbillion-billion tulisan atau nukilan insan (dari setiap patah perkataan buat segala bahasa didunia dari dulu hingga kini), berbillion-billion rentak bunyi yang dihasilkan insan (sudut percakapan, nada sehingga kepada irama dari dulu hingga kini), berbillion-billion segala bentuk aktiviti kehidupan yang dilakukan oleh insan dan seterusnya seakan tiada noktah disitu malah diteruskan segalanya samaada dengan kehendak dirinya, keperluaan kehidupan mahupun tekanan dari kehidupan itu sendiri.

Disamping juga banyaknya kehancuran demi kehancuran terjadi diatas sebab pemikiran insan itu sendiri yang mana kesannya bukan hanya untuk insan tetapi kehidupan lain dialam ini. Contohnya pencemaran air, udara, daratan mahupun sehingga kepada pencemaran budaya hidup insan itu sendiri kesan dari pemikiran insan dalam memenuhi kehendaknya.

Pertanyaannya, apakah yang difikirkan saban hari? Apakah sesuatu yang terhasil dari pemikirannya membawa kebaikan atau sebaliknya? Dan apakah panduan-panduan buat insan untuknya terus berfikir?

Bersambung...

Thursday, March 04, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 2


Infiniti warna, kehadiran ketidakhinggaan warna-warna bersama struktur-strukturnya yang unik dan tersendiri namun masih terikat dalam struktur aslinya adalah suatu perjalanan seperti merentas angkasa yang tiada hujungnya, bila melalui proses pengamatan melihat kedalam warna itu sendiri.

Pengamatan kedalam warna-warna adalah dengan fraktal, iaitu suatu lakaran atau pengukuran kasar pada segala skala yang mana ia dapat dibahagi-bahagikan hatta kepada ukuran yang terkecil malah tidak dapat dijangkau hujungnya yang semuanya masih memiliki atau mirip kepada struktur aslinya.

Fraktal terhasil melalui adalah proses-proses pengulangan seperti iterasi iaitu metode yang digunakan secara berulang-ulang untuk sesuatu pengiraan atau juga rekursif iaitu kehadiran sesuatu yang lebih kecil didalam sesuatu yang lebih besar tetapi sama struktur atau bentuk.

Contohnya rekursif adalah seperti seseorang melihat cermin yang dibelakangnya ada cermin lain yang memalingkan kembali rupanya dalam cermin didepannya, dan ini menghasilkan begitu banyak palingan-palingan dirinya yang sama didalam setiap cermin-cermin yang terpaling didalam cermin utama.

Rekursif juga adalah seperti seorang memegang sekeping gambar dirinya yang mana gambar tersebut adalah gambar dirinya memegang gambar dirinya yang lain, manakala gambar dirinya yang lain juga adalah gambar dia memegang gambarnya. Gambar didalam gambar dalam mana setiap gambar terlihat gambar dirinya memegang gambarnya.

Dalam pada itu, segala bentuk kejadian didunia ini lazimnya terdapat penghujung dan pemulaannya buat pemandangan mata kasar mahupun dengan memerlukan sesuatu alat pembantu untuk melihatnya seperti dari sesuatu yang berbentuk gergasi sehingga kepada sesuatu yang sebegitu halus seperti sel-sel atau DNA.

Ulat belangkas yang berubah kepada kupu-kupu yang amat memukau warnanya adalah permulaannya dari DNA asal ibu-ayahnya. Sebegitu juga kerana DNA yang dimiliki masing-masing, dari 2 biji telor, sebiji menetas dan membesar seekor merak yang indah warna ekornya sedang sebiji telor lagi menetas dan lahir pula burung yang berbeza warnanya kerana berasal dari jenis burung yang lain dan penghujung akhir untuk semuanya adalah pada sesuatu tarikh pada hayat umurnya.

Tetapi untuk warna, fractal warna adalah suatu dunia seni yang amat hebat kerana ia bukan terhenti disatu tahap, tetapi bersambung-sambung penghasilan warnanya dari suatu skala yang besar kepada yang lebih halus sehingga tiada diketemui penghujungnya.

Sehinggakan dengan alat apapun digunakan untuk mendalami pengamatan keatasnya, tetap hadir struktur warna seterusnya. Inilah dikatakan infiniti warna, dunia warna yang tiada sempadan atau batas dengan keunikan-keunikannya yang tersendiri dan amat mengagumkan.

Namun begitu, ia masih dalam sempadan dunia alam maya kehidupan ini kerana keadaan sebenar syurga dengan warna-warna infinitinya adalah suatu yang benar-benar tidak pernah dilihat dimata, tidak terlintas dihati mahupun terbayang oleh deria serta pemikiran insan.


Bersambung...

Wednesday, March 03, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 1


Infiniti adalah merujuk kepada sesuatu atau bilangan angka yang tidak terhingga untuk dicapai atau dibilang atau dalam kata lain tiada hadnya. Untuk bilangan, lambangnya adalah ∞ seperti contohnya bilangan nombor asli atau angka asas kepada suatu bilangan yang tidak memiliki akhirnya.

Lazimnya, apa yang dapat dicapai, diukur, dirasa, dilihat dengan kiraan deria insan mahupun pemikiran yang dihasilkan oleh insan adalah dalam lingkungan apa yang mampu diketahui, didalami mahupun dikuasai tetapi bila dikatakan ia suatu infiniti bermakna ia adalah sesuatu lebih yang jauh sifatnya untuk diperhitungkan atau difikirkan.

Contohnya, bintang-bintang diangkasa, sejauh mana insan cuba menghitungnya mahupun mencapai seperti melalui penglihatannya dengan bantuan-bantuan teleskop terkini, masih lagi belum diketahui bilangan atau penghujungnya.

Hatta dengan segala angka atau teknologi yang dimiliki, tetap tidak diketemui dan tetap tidak diketahui oleh insan akan titik penghujungnya. Hanya Pencipta alam sahajalah yang mengetahuinya kerana Dialah yang mencipta segala-galanya dan segala yang diciptaNya mempunyai penghujung melainkan Dia semata-mata.

Sebagai seorang muslim, amat penting sebelum memulai penerokaan akan erti infiniti untuk sesuatu atau bilangan, memahami dahulu asas garis panduan atau perbezaan antara Khaliq (Pencipta alam) dengan mahluk (segala yang dijadikan oleh Pencipta alam). Kerana tanpa pemahaman akan kebenaran asas ini, maka insan wajar sahaja terkeliru kerana pemikiran insan itu sendiri adalah terbatas diatas sifat fitrah insaniah.

Contohnya George Cantor, pakar mathematik diakhir abad ke19, yang merupakan bapa kepada mathematik modern hari ini, dan terkenal dengan teori pengenalan akan infiniti angka, tewas dengan penerokaan infiniti angka beliau sampai kepada tahap membunuh diri.

Sebegitu juga mereka yang terjebak dalam pemikiran atheis (tiada bertuhan) adalah kalangan mereka yang merasa pemikiran insan adalah segala-galanya sehinggakan ramai yang tidak waras jadinya, sedangkan pemikiran insan itu sendiri terhad, malah apa yang diketahuinya adalah seperti setitik air dilautan biru yang tanpa sempadan.

Berbalik kepada infiniti, terdapat suatu infiniti yang amat menakjubkan iaitu wujud dalam warna ( z = z2 + c - himpunan Mandelbrot, suatu contoh fraktal yang paling popular), pemerhatian kedalam warna-warna adalah dengan fraktal yang mana menghasilkan penjelmaan demi penjelmaan warna dari struktur yang asli dan seterusnya sehingga tiada penghujungnya seperti bila melihat langit yang luas yang seakan tiada sempadannya dalam mana memiliki asas struktur yang asli dan dari situ terolah sambungan-sambungan struktur-struktur seterusnya.

Fraktal pewarnaan dari struktur asal kemudian dikali-gandakan pemandangan kedalamnya(seperti melalui alat komputer dll), maka terlihat struktur-sturktur sambungan yang tidak putus-putus membentuk olahan demi olahan warna-warna yang sentiasa mengalami perubahan yang menakjubkan yang tiada batasnya biarpun dikali-gandakan berjuta-juta kali pemandangan kedalamnya.


Bersambung...

Tuesday, March 02, 2010

Juara dunia orde baru



















- Juara dunia orde baru,
adu beradu makanan seteru, kalibat kelihatan mengeliru, gelagat gelojoh haru-biru, hidup penuh hasad cemburu, produktivitinya terburu-buru, riba diraut berbillion ribu, jualan senjata simata kelabu, medan perang untuk merapu, dollar-dinar semua disapu.- Juara dunia orde baru, kata damai dalam peluru, meja darah ditiga penjuru, janji bagai bibir ditanam tebu, sedang soldadu dibelakang kubu, menanti arahan untuk menyerbu,
bila diseru serang segala ditalu, lalu bumi permai berubah silu. - Juara dunia orde baru, pada syaitan mereka berguru, bertuhan dunia kerana nafsu, bermahkota pada takhta palsu, derita rakyat tak diambil tahu, malah daif rakyat yang dimahu, agar mudah semua diperlembu, justeru umat bangkitlah bersatu, hebahkan akan kebesaran Tuhan yang satu, tiada upaya tanpa Dia menentu, dan hanya Dia sahaja yang dapat membantu.

zarch/zh 02.10

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga