Di – simpang-siur pemikiran sudut, wujud kita kerana terokaan alam hidup, gelisah mencari, meredah hari yang redup, lalu mengorak agar jiwa kembali hidup, dalam detik setiap nafas yang disedut. Di – penilaian dari setiap penjuru dimensi, pengamatan prospektif kuno atau terkini, kabur atau teliti, sangsi mahupun pasti, manakala hak dan batil bukan pilihan diri, kerana semua telah digaris untuk dititi. Di – samping problematik kian berdetik, mungkin hadir dalam kesalahan sistematik, terlanjur, terlepa atau tersalah kiraan matematik, hadir bukan seperti buah yang rindu dipetik, bahkan bagai sarang tebuan yang dijentik. Di – infastruktur kendur yang cuba diatur, bersepah atau tersusun tertib teratur, terserah pada gopoh atau cermat mengatur, berpengetahuan hanya atau berakal ilmu catur, dekontstruktur, cetek atau matang terus melentur, lalu risau kita dek pengalaman pernah tersungkur, dalam mana ramai saudara yang masih berdengkur, sedang semangat kita sebenarnya tidak pernah luntur. Di – islah bina diri bukan hipokrasi atau ujub diri, biarkan mereka dalam duniawi terus berkelahi, tapi nak biarkan luncai terjun tak sampai hati, ditengah hari rumpun kita semakin meninggi, sedang duniawi bukanlah kehidupan hakiki, justeru itu marilah berwuduk ditepi perigi, mari mengorak langkah kehadrat Ilahi.
- (zarch)
4 comments:
wah wah bersajak pula blog ni ye...
- mari mengorak langkah lagi dan lagi
Lama saya tak bersajak Z76, sekali-sekala kena juga tukar angin.
Insyaallah kita sentiasa mendapat taufik untuk mengorak langkah dijalan Allah, fisabilillah...amin..
sajak yang cemerlang...sayapun dah lama tak buat sajak ni..terasa nak buat juga
Terima-kasih ismadiyusuf, saya ni sikit-sikit aje boleh le. Sajak, puisi, syair dan sepertinya bagus juga untuk mengasah fikir serta untuk berhikmah.
Rasulullah s.a.w amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari dalam al-Adab al-mufrad, Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat hikmah di dalam syair".
Post a Comment