Wednesday, March 10, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 5


Salah satu contoh juga untuk ukuran fraktal adalah pengiraan piksel (pixel – elemen gambar) yang mana setiap piksel merupakan titik dot atau empat segi dengan warnanya. Setiap piksel adalah satu sampel dari imej asli, oleh itu semakin tinggi jumlah piksel, maka makin tinggi juga ketajaman kedalam gambarnya serta lebih tepat gambaran imej asli tersebut sebagaimana ketajaman sebuah lensa.

Hari ini ia penggunaan piksel untuk pengamatan yang lebih halus telah dihasilkan seperti contohnya satu megapixel, iaitu sejuta titik piksel kepada 12 megapiksel dan seterusnya yang mana menghasilkan penglihatan yang lebih jelas kedalam sesuatu gambar mahupun penghasilkan kualiti gambar yang lebih baik.

Contohnya imej-imej yang diambil dari satelite, pada gambaran imej yang biasa dilihat dari satelit cuaca, ia mungkin kelihatan tidak berapa jelas akan gambar-gambar dimuka-bumi yang diambil tetapi terdapat satelit-satelit pengintip menggunakan ukurun seperti ukuran fraktal yang mana dapat menghasilkan sebegitu jelas sesuatu imej sehinggakan gambar-gambar yang diambil dari muka-bumi seperti diambil dari beberapa meter sahaja.

Penghasilan untuk pemandangan yang lebih jelas adalah bilamana diperincikan pemandangan kedalamnya. Pengamatan keatas warna sehingga dikatakan infiniti warnanya adalah kerana diperincikan pemandangan kedalamnya dan yang menakjubkan semakin diperincikan pemandangan kedalamnya, tetap hadir lagi disebaliknya warna-warna dengan struktur aslinya seakan tanpa penghujungnya.

Sebegitu juga pemikiran insan itu sendiri dikatakan bersifat infiniti, yang dapat menghasilkan seperti contohnya dengan satu patah perkataan dapat diungkap seterusnya begitu banyak makna-maknanya bila didalami akan pergertian buat sesuatu makna seperti contohnya perkataan "tidak", ia boleh menjadi; tidak apa, tidak boleh, tidak suka, tidak sejuk, tidak mahu, tidak berjaya, tidak marah dan seterusnya.

Sedang setiap bahasa seperti dari bahasa-bahasa utama didunia iaitu Bahasa Inggris, Arab, Mandarain, Melayu dan seterusnya sehinggalah kepada bahasa-bahasa dialek tempatan mempunyai kamus atau tata-bahasanya tersendiri yang mana masing-masing terdapat begitu banyaknya patah perkataan dengan makna-makna yang dapat diungkapkan dari pemikiran insan disetiap tempat, sehinggalah kepada seakan bilangan rambut dikepala sendiri yang payah untuk membilangnya.

Pemikiran insan yang dikatakan bersifat infiniti adalah terhasil dari apa yang berkisar pada sekitar kehidupannya atau kekadang wajar juga berfikir merentas waktu mahupun suasana dipersekitarannya. Kemudian dari situ samada sesuatu pemikiran itu disemadikan dalam diri atau dihadirkan didunia luar dirinya seperti melalui perkataan, tulisan, penghasilan alat-alatan dan seterusnya.

Dalam pada itu, ada kelompok mereka yang berkata insan itu boleh berfikir apa yang dikehendaki dan tidak kira apa sahaja, tetapi ini wajar membuat insan tersesat atau terperangkap dalam pemikirannya sendiri mahupun meniggalkan kesan mudarat pada yang lain.

Manakala kelompok mereka yang berkata insan tidak wajar berfikir pula bakal menyebabkan tertutupnya minda yang mana hasilnya adalah suatu kehidupan yang jumud. Contohnya umat Islam yang ditegah menggunakan pemikirannya akan ketinggalan dan akhirnya mengambil apa sahaja yang diperkenalkan atau dicipta oleh pihak bukan Islam, seperti dari kenderaan yang ditunggangi, penghasilan kebudayaan sehinggalah kepada barang-barangan memasak didapurnya.

Sedang didalam Islam sendiri, insan itu wajar menggunakan pemikiran dalam menempuh kehidupan sehariannya sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ghazali didalam kitab Ilya Ulumuddinnya bahawa Imam Syafii berkata; "Meminta pertolongan untuk berbicara itu dengan berdiam diri dan untuk mengambil ketentuan atau keputusan itu dengan berfikir".

Hasil buah pemikiran adalah ilmu pengetahuan serta dapat memperolehi makrifat yang belum pernah dihasilkan sebagaimana Hatim rah telah berpesan; "Dari perumpamaan bertambahlah ilmu pengetahuan, dari mengingati bertambahlah kecintaan dan dari berfikir bertambahlah ketakutan pada Tuhan".

Lantas dari itu, asas pertama buat insan menempuh alam pemikiran infinitinya adalah mengenal Penciptanya dan batasnya adalah sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhamad:
"Fikirkan tentang mahluk (apa-apa yang diciptakan oleh Allah) dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah". (Ibnu Abbas diriwayatkan Abu Naim dan Baihaki)

Dalam mana insan wajar memikirkan ciptaan Allah serta kebesaran Allah, memikirkan kehidupannya serta bagaimana dapat mendekati Allah, memikirkan penyelesaian-penyelesaian buat kehidupan insan, memikirkan penerokaan seterusnya didalam apa jua bidang yang tidak melanggar syarak dengan had batasnya tidak memikirkan bagaimana zat Allah itu sendiri kerana ia akan menyebabkan insan tergelincir kedalam gaung mindanya yang penuh duri serta kegelapan.

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga