Saturday, May 11, 2013

Kajian keatas pengertian Kebangsaan/Nasionalisme - 1



Secara etimologi : Kebangsaan/Nasionalisme berasal dari perkataan “nasional” dan “isme” iaitu mengandungi makna kesedaran dan semangat kecintaan pada tanah air, memiliki kebanggaan sebagai suatu bangsa atau memelihara kehormatan bangsanya, memiliki rasa simpati terhadap musibah dan kekurangan bangsanya atau sebaliknya iaitu merasa gembira diatas keberuntungan saudara setanah air, sebangsa dan senegaranya.

Kebangsaan/Nasionalisme ditampilkan dalam beberapa kategori dimana lazimnya kategori-kategori tersebut saling kait-mengait atau mencampur-aduk antaranya. Kategori-kategori tersebut adalah:

1 - Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil), sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula dinyatakan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social Contract (atau dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial").

2 - Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dinyatakan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk (bahasa German untuk "rakyat").

Nasionalisme organik atau nasionalisme identiti adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil daripada sesuatu bangsa atau ras.

3 - Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama atau kesamaan dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya.

4 - Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri atau dearah itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri.

5 - Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agama.

Bertolak dari pengertian kategori-kategori tersebut maka dapat disimpulkan bahawa nasionalisme adalah kefahaman yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu yang harus diberikan kepada sesuatu iaitu bangsa atau negaranya, dengan maksud bahawa individu sebagai warga-negara memiliki suatu sikap atau perbuatan untuk mencurahkan segala tenaga dan fikirannya demi kemajuan, kehormatan untuk menegakan kedaulatan buat bangsa atau negaranya.

Terdapat juga dua perbezaan akan apa itu kebangsaan/nasionalisme iaitu pertamanya dalam pengertian sempit: kefahaman kebangsaan yang berlebihan dengan memandang bangsa sendiri lebih tinggi (unggul) dari bangsa lain. Kefahaman ini sering disebut dengan istilah “Chauvinisme”. Chauvinisme seperti Zionis yang mengagungkan bangsa Yahudinya atau Adolf Hitler mengagungkan bangsa Jermannya, dimana ianya adalah suatu yang bersifat negatif atau suatu yang membawa kepada keburukan.

Manakala kebangsaan/Nasionalisme dalam pengertian yang luas, iaitu kefahaman kebangsaan yang meletakkan kesetiaan tertinggi individu terhadap bangsa dan tanah airnya dengan memandang bangsanya itu merupakan sebahagian dari bangsa-bangsa lain didunia ini yang memiliki hak-haknya tersendiri.


Bersambung...

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga