Wednesday, May 28, 2008

Iklan (Advertising)


Dalam rangka kehidupan kita seharian, disedari atau tidak, iklan memainkan banyak peranannya samaada membawa peranan kearah kebaikan, keburukan mahupun hanya mengisi ruang-ruang waktu.

Iklan-iklan yang tersedia ada atau terbentang dimana-mana mampu mempengaruhi atau merobah sesuatu kerana adanya panggilan kepada sesuatu samaada panggilan untuk fizikal mahupun rohaniah.

Tambahan iklan-iklan bercorak duniawi, lazim sahaja sentiasa dihiasi atas tujuan ini dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan masa dan tempat. Manakala iklan bercorak akhirat, lazimnya adalah berbentuk statik seperti azan yang berkumandang, kata-kata dakwah dan lain-lain namun panggilan-panggilannya tetap memberi impak.

Iklan-iklan juga memainkan peranan penting kepada yang mengikhlankan barang-barang produktnya, mengiklankan pandangan atau pegangan serta apa-apa yang mahu diketengahkan dan seterusnya kepada perkara-perkara samaada untuk sesuatu kepentingan pribadi mahupun kepentingan bersama.

Dalam hal-hal ikhlan ini, ia tentu memerlukan pengorbanan dari sudut waktu seperti meluangkan masa untuknya, kos-kos seperti untuk pembinaan alat-alat yang dapat membantu menyampaikan kedalam masyarakat, reka bentuk, cara-cara penyampaian dan seterusnya. Kekadang ia mencemarkan pandangan kerana rakusnya dalam pengikhlanan yang mana contohnya papan-papan tanda komercial yang memenuhi persekitaran dan berselerak bentuknya. Manakala kekadang ia juga terhasil dari suatu kesenian atau sesuatu yang menceriakan dan tersusun.

Pertanyaan, apakah kesan dari pengiklannya keatas sesuatu itu dan apakah yang dikhlankan? Apakah kesan dari yang diiklankannya samaada untuk diri yang mengiklankan atau yang diiklankan? Iklan-iklan yang datang samaada secara terus iaitu dipapan tanda atau bentuk media-media yang ada mahupun dari persekitaran samaada dari teman, keluarga dan lain-lain tetap terhidang, tetap datang dan pergi. Lantas iklan-iklan untuk perkara yang membawa benar-benar kebaikan samaada untuk kehidupan diduniawi mahupun akhirat wajarlah dikerah dan sentiasa dipertengahkan agar iklan-iklan yang membawa kerugian buat kehidupan diduniawi mahupun akhirat dapat ditangkis.

Wednesday, May 14, 2008

Lentok tangan


Dari pergerakkan tangan yang berjejari 5, yang kelihatan terhad kemampuannya, namun sebenarnya mampu memberi impak yang hebat samaada untuk induvidu mahupun masyarakat.
Ini adalah kerana, tangan-tangan berjejari ini merupakan salah-satu instrument atau alat yang paling kerap digunakan untuk menampilkan ciri dalaman atau rasa-fikir seseorang.

Dari itu juga, ia mampu digunakan untuk kebaikan atau pun kejelekan. Misalnya tangan yang memegang pisau mampu melakukan pembedahan menyelamatkan insan lain atau untuk memotong bawang serta bahan-bahan lain untuk menyiapkan makanan yang kemudiannya disajikan, tetapi juga tangan yang sama yang memegang pisau mampu melakukan suatu kesilapan besar seperti merompak insan lain atau pun hingga keperingkat membunuh insan lain.

Begitulah seterusnya keupayaan dari alat yang bergelar tangan yang Allah jadikannya amat unik terutama untuk insan itu sendiri kerana begitu fleksibelnya dari sudut rupa-bentuk hingga kesetiap sendi-sendi yang ada. Hari ini, para saintis masih lagi cuba mereka tangan-tangan robot dengan segala wayar-wayarnya, namun ia tetap tidak dapat menandingi tangan-tangan insan itu sendiri, bayangkan sahaja berapa banyaknya urat-urat yang mengalirkan darah diantaranya.

Penampilan dalaman diri samaada dari rasa-hati hingga kecetusan fikiran, menghasilkan pergerakan tangan samaada disedari atau tidak. Malah kekadang penampilan jiwa seseorang dapat dilihat dari lentokkan tangannya, samaada keras, tegap, berisi, seorang yang kasar jiwanya, seorang yang lembut jiwanya dan seterusnya hinggakan ketahap penampilan jantina yang diwakili jiwa seseorang.

Terbiasanya juga kejadian yang mana dalam komunikasi atau menyampaikan perkataan, lentok tangan diperlukan seperti lentok tangan seorang polis traffik dijalanan, lentok tangan guru-guru yang mendidik anak muridnya, lentok tangan yang melambaikan perpisahan, lentok tangan memohon kesabaran dari pihak yang lain dan seterusnya.

Dalam menampilkan pergerakan tangan, boleh sahaja didalamnya pergerakkan tersebut terdapat suatu kesenian lentok tangan. Misalnya seorang yang melakar suatu lukisan, kaligrafi dan seterusnya memerlukan lentok kesenian ditangan berjejarinya agar gubahannya tidak "keras" atau "kasar" sebagaimana yang dihasilkan oleh tangan-tangan yang tiada kesenian atau tangan robot yang pergerakkannya hanyalah melalui program-program yang disusun bukan melalui deria-deria (tambahan hingga kewaktu ini, program-program untuk mengerakkan tangan-tangan robot masih begitu ringkas). Hatta seseorang yang menampilkan seni mempertahankan diri, melakukan lentok tangannya dalam bentuk suatu keseniaan. Lentok keseniaan tangan ini samaada dari bakat yang tersedia ada mahupun dari latihan-latihan yang dilakukan.

Kekadang terdapat sesuatu lentokkan tangan yang tidak dikehendaki seperti seorang jejaka yang tangannya berlentok-lentok seperti seorang gadis, maka wajarlah ia cuba sentiasa melatihkan dirinya agar jiwa kejejakaannya tampil, mahupun lentokan tangan seseorang yang melambangkan sesuatu yang tidak molek, wajarlah dihindarinya kerana sesuatu tersebut bila dilakukan berulang-ulang akan menjadi tabiat yang mana nanti dilakukannya secara spontan.

- Sedang pergerakkan tangan-tangan yang mengambarkan pasrahnya jiwa seseorang kepada Penciptanya adalah tangan-tangan yang menghitung dengan jejarinya mahupun dengan biji-biji tasbihnya akan kebesaran Allah serta sentiasa mengangkat tangannya memohon doa saban waktu.

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga