Friday, December 31, 2010

Batas sempadan - 1


Insan akan sentiasa berada dalam sesuatu batas atau sempadan diatas kejadian fitrahnya yang penuh kelemahan berserta segala fungsi keupayaan tubuh badannya yang terhad samada fizikal mahupun mental, kerana hakikat asal kejadian diri insan adalah bukan sebagai penguasa alam tetapi sebagai hamba kepada Pencipta alam.

Dari segala kemampuan fizikal seperti pergerakan, percakapan, pendengaran dan lain-lain yang mana biarpun dibantu dengan alatan yang canggih, tetap akan berada dalam lingkungan sempadan keupayaannya. Sebegitu juga dengan dengan kemampuan mentalnya seperti berfikir mahupun perasaan yang dimiliki, akan tetap sentiasa berada didalam sempadannya sebagai seorang insan.

Hatta setiap detik yang berlalu dalam usia kehidupannya adalah merupakan sempadan-sempadan yang terpaksa dilalui samada diredhai atau sebaliknya, iaitu dari saat kesaat, minit keminit dan seterusnya kepada pertukaran tarikh yang berlaku saban tahun, dimana bila insan melangkaui setiap dari sempadan tarikh tersebut, tiadalah ia berkemampuan untuk kembali, hanya terus melangkaui dari usia bayinya, keusia remaja dan seterusnya keusia tuanya sebelum kesempadan antara kehidupan didunia maya ini dengan dunia selepas kematiannya.

Sempadan yang dimiliki atau hadir dalam kehidupan insan didunia maya ini adalah sebenarnya merupakan suatu ruang dimensi yang membatasi dirinya seperti misalnya setiap insan dibumi ini berada dalam sempadan negara masing-masing yang dilakar samada dari kedudukan sesuatu bangsa, kelahirannya dalam sesuatu daerah, penghijrahan yang menjadikan generasinya bermukim disitu dan seterusnya, dimana sempadan buat sesebuah negara menjadikan seseorang insan rakyat kepada sesebuah negara, bukan rakyat untuk seluruh dunia dan pergerakannya juga terbatas diatas passport negara yang dimiliki.

Sedangkan terdapat suatu ruang dimensi sempadan yang begitu luas namun tidak tercapai oleh insan dek fitrah keterbatasan keupayaan dirinya seperti misalnya ruang berjuta-juta planet-planet atau galaksi-galaksi yang bertaburan diangkasa-raya, yang mana, jika diberikan pada setiap insan dibumi ini, wajar sahaja setiap darinya memiliki sebuah planet sebagai negara buat dirinya, akan tetapi, tiadalah keupayaan insan untuk itu.

Malah untuk sampai kebulan pun, amatlah begitu payah dan begitu tinggi risikonya disamping memerlukan perbelanjaan yang begitu besar yang mana pembelanjaan untuk kebulan ini jika digunakan buat menampung pembinaan sekolah atau hospital, ianya mampu sahaja membina beribu-ribu sekolah atau hospital dengan segala kemudahan didalamnya atau mampu sahaja digunakan untuk makanan buat berjuta-juta insan yang kebuluran diseluruh dunia.

Misal diatas ini sebenarnya menampilkan antara suatu ruang dimensi yang membatasi diri insan serta terdapatnya suatu ruang dimensi yang begitu luas namun tidak tercapai sempadannya dek keupayaan insan yang terhad sebagaimana tiadalah berkeupayaan insan untuk menjelajah dan bermukim dijagat-raya serta menyatakan inilah sempadan-sempadan daerahnya disesuatu planet yang lain.

Namun begitu, biar pun sekiranya insan berpeluang mencapai segala penjuru jagat angkasa-raya, besar kemungkinan insan akan tetap melakukan pertempuran-pertempuran atau pertelingkahan sehingga menumpahkan darah untuk menguasai sempadan-sempadan antara satu sama lain serta menzalimi dan merampas hak-hak mereka-mereka yang lemah, kerana biarpun keupayaan insan terbatas, akan tetapi nafsu insan sebenarnya tiada mengenal erti batasan atau sempadan melainkan nafsu yang telah dididik kearah kebaikan.

Bersambung...

Monday, December 27, 2010

Graffiti art - 2

Dalam kebudayaan daerah yang dimukimi penduduk Islam, sajak, syair, puisi mahupun sesuatu seperti pantun adalah bukan sesuatu yang asing. Penggunaan patah-patah perkataan yang disusun adalah lazimnya berkenaan persekitaran kehidupan yang dilalui, mahupun tentang kebesaran Pencipta alam serta kemuliaan Nabi Muhamad dan para anbiya yang lain.

Dari itu, terdapat mereka-mereka terutama dikalangan remaja-remaja Islam, mengunakan elemen tersebut lalu disusun dalam irama musik yang dikatakan lebih rapat dengan elemen kebudayaan Islam iaitu berlandaskan patah-patah perkataan syair, sajak mahupun seperti pantun-pantun yang rangkap perkataannya disusun agar berentak serta bermaksud dan alat musik dialun lebih kepada rentak drum dibandingkan daripada alat instrument lain seperti gitar, piano dan lain-lain.

Ini mungkin sahaja bukanlah sepenuhnya dari kebudayaan asli Islam namun dengan ini, kalangan mereka yang asalnya beragama Islam tetapi hidup dalam kehidupannya yang memang telah dipenuhi oleh segala jenis-jenis musik dari seluruh dunia terutama dari AS dan datang bersama pengaruh-pengaruh negatifnya, dapat cuba mengekalkan akan jati-diri serta mengasah seni kearah yang lebih positif mahupun menghidupkan sesuatu yang menghampiri akan kebudayaan Islamnya.



Contohnya Amir Sulaiman yang merupakan seorang penyajak, menggunakan patah-patah perkataan dalam memperkatakan sesuatu kebenaran tentang kehidupan realiti muslim hari ini. Mereka-mereka sepertinya, bukan kalangan yang cuba meliberalkan agama atau yang gila kepopulariti tetapi lazimnya adalah kalangan mereka yang hanya cuba hidup mempertahankan ciri-ciri pegangan mereka dalam dunia yang sentiasa mengasak dari segala sudut kearah kehancuran total. Dan menggunakan medium ini untuk bersuara mempertahankan diri dari dicemuh sewenang-wenangnya kerana pegangan agamanya serta dilabel terrorist.

Mahupun digunakan medium ini (seperti Muslimrap.net) untuk bersuara diatas kekerasan yang dilakukan terhadap umat-umat Islam serta menampilkan keadaan peristiwa sebenar yang berlaku yang lazimnya disembunyikan oleh mass-media. Dimana juga, dengan menggunakan medium seni-suara ini, seakan jihad yang dilakukan bukanlah dengan senjata tetapi dengan kefasihan bahasa serta ketajaman minda.

Seperti juga dikalangan-kalangan yang dilabel pemusik atau artis underground kerana cara mereka tidak akan diterima dipentas market komercial atau main-stream dan mereka bersuara diatas nama underground bukanlah semata-mata kerana keglamouran nama “underground“ sebagaimana label ini kini seakan suatu keglamouran dimana kini rata-rata yang mengikutinya melalui berbagai-bagai genre musik adalah kebanyakkannya yang tidak faham langsung akan apa yang diperjuangkan serta mahupun dalam cara hidup yang begitu bertentangan dengan agama.



Islam's poetic history

``It's part of our history and culture in Islam,'' says Tai, 25. ``There are traditional books of law and philosophy in Islam were written in poetry, and students memorize them with drums, basically singing out the poetry. And if you `beat' that up, it sounds just like rapping.''

The connection between hip-hop and Islam was a natural one in the African-American community, where the religion already had strong roots. ``Islamic beliefs and values are seen as the standard in hip-hop,'' says Adisa Banjoko, a San Jose author who is writing a book on hip-hop and Islam.

For Akil of Jurassic 5, Islam is tied to cultural identity. After hearing hip-hop groups like Public Enemy, which sampled Islamic thought, and learning in high school that some of the Africans who came as slaves to America were Muslim, he started believing in Islam.

Akil listened to hip-hop groups that sampled such African-American leaders as Malcolm X and Louis Farrakhan and sprinkled in verses taken from the Koran.
``These zillion references,'' says Fabel, lead people to find their faith, and even to find each other. He and his wife, Christie Z-Pabon, met at a Zulu Nation meeting, part of an international hip-hop awareness movement. They now manage a hip-hop online community and book concerts.

``The little beats planted in the '80s finally blossomed,'' says Fabel. These references may include anything from Scripture to simply moral ideals.
``Our faith is stronger than the music. We represent it. There are more moral concepts than content, so people can catch the groove and the concept behind it,'' says Oakland rapper M. Ishaq Abdul-Nurr.

Other rappers like AZ, have whole lines with references to Islam. He says his religion says, ``Each one teach one,'' so he uses his music to ``break the knowledge down.''

Older Muslims are using hip-hop as a way to reach younger Muslims. Abdul-Jalil al-Hakim, owner of an Oakland ad agency, says hip-hop is the newest phase of reaching out to youth, after athletes and entertainment figures.

``They reach people our age by incorporating Islamic ideas into hip-hop,'' says Jittaun Batiste, a 24-year-old senior at De Anza College. She and other Muslim Student Association members all own Mos Def's albums. ``These artists use their music as a tool to talk about their struggle, their identity and to recognize us and embrace us as their own.''

Friday, December 24, 2010

Graffiti art - 1



Graffiti adalah salah satu suatu hasil artifak insan yang paling awal. Ini dapat dijejaki dengan segala hasil-hasil graffiti insan dari zaman purba seperti didinding-dinding gua, dinding-dinding bangunan silam dan sebagainya.

Contohnya, diMusayqirah iaitu lebih kurang 110km dari Riyadh menuju keMekah, akan ketemu disitu hasil-hasil graffiti silam yang dianggarkan 3000 SM/BC, berbentuk haiwan, kumpulan pemburu dan lain-lain.


Hari ini, penghasilan graffiti dikatakan lebih kepada bentuk-bentuk lukisan atau tulisan-tulisan didinding-dinding dengan warna-warnanya yang kekadang mencapai suatu nilai seni tersendiri atau juga sering dikaitkan dengan perbuatan vandalism terutama dari mereka-mereka yang tidak bertanggung-jawab.

Sebenarnya, graffiti adalah suatu alat atau senjata untuk menyatakan sesuatu atau menyampaikan sesuatu dengan bentuk corak kesenian masing-masing dan ini bergantung samaada seseorang yang benar-benar mempunyai message yang hendak disampaikan dan melakukan diatas suatu dorongan menginginkan perubahan untuk kebaikan atau seseorang yang hanya bersifat nakal mahupun dungu yang menganggu pihak lain semata-mata.

Sebagaimana pihak yang tidak bertanggung-jawab ini bukan sahaja kalangan mereka yang melakukan vandalism dengan graffiti mereka, malah juga seperti mereka yang merosakkan harta awam, menganggu dan menfitnah pihak lain dengan sms atau tulisan-tulisan dimedia-media elektronik seperti diblog-blog, hatta yang membuka bunyi stereo atau televison sekuat-kuat tanpa memperdulikan jiran-jirannya.

Kewujudan graffiti juga hari ini dikatakan dengan kehadiran musik berirama hip-hop samaada yang berbentuk popular, gangsta, underground mahupun yang dimainkan oleh pemusik-pemusik Muslim yang mana juga menjadi asbab ramainya pemusik-pemusik aliran ini yang asalnya beragama lain, kemudiannya memeluk agama Islam. Tidak lupa juga diatas pengaruh-pengaruh pejuang revolusi berkulit-hitam diAmerika seperti Malcom X, Mumia Abdul Jamal dan lain-lain. (Hidayat adalah dari Allah semata-mata)



Persamaan antara graffiti dengan musik genre hip-hop adalah kerana corak kedua-duanya adalah berasaskan menyatakan pandangan diri serta perasaan atas suasana persekitaran, sedang penghasilan graffiti adalah bermula awal sebelum musik aliran hip-hop mengambil tempat. Dan tentunya seperti dimana-mana keadaan, lantaran terdapatnya pihak-pihak yang hanya mengaut keuntungan dan kepopulariti semata-mata, maka dengan ini telah merosakkan seni dari bidang ini dengan segala bentuk popular, komercial, gangsta mahupun video-video tentang kemewahan dan wanita-wanita yang terdedah pakaiannya.


Monday, December 20, 2010

Cetusan minda - 7

Insan memerlukan cetusan-cetusan minda saban waktu dalam aktiviti-aktiviti kehidupannya kerana kehidupan insan adalah berbeza dengan haiwan. Haiwanat mempunyai aktiviti kehidupan yang tiada evolusi mindanya yang mana biarpun berpuluh ribu tahun kehadirannya dimuka bumi, tetaplah sama cara likaran kehidupannya dari suatu generasi kesuatu generasi, sedangkan insan, dunia telah menyaksikan begitu drastik evolusi perubahan-perubahan yang berlaku dari suatu abad kesuatu abad atau suatu generasi kesuatu generasi kesan dari cetusan-cetusan minda yang dilahirkannya.

Ini kerana tunjak evolusi kehidupan insan adalah berpusat pada fikirannya dan evolusi yang dimaksudkan adalah dari apa yang diutarakan oleh fikirannya atau dari pencapaian kefahamannya keatas sesuatu, bukan mengenai evolusi jasad atau tubuh-badannya. Diatas fikirannya juga adalah yang membezakan antara insan dan haiwanat dan tentulah fikirannya adalah berkenaan juga dengan perasaannya.

Saban waktu, insan menghadirkan cetusan-cetusan mindanya dalam berbagai-bagai bentuk, dari beberapa patah perkataan hingga ke berjilid-jilid yang dicatitkan, dari ungkapan-ungkapan yang biasa hingga kepada yang begitu berat atau mendalam maksudnya, dari garis-garis lakaran biasa hingga kepenghasilan bentuk seni yang bernilai tinggi dan seterusnya untuk perkara-perkara yang lain. Hanya pertanyaannya, untuk apakah semua itu?

Apakah hanya untuk mengisi kekosongan ruang usia insan sebagaimana cetusan-cetusan minda dari sudut hiburan yang telah mencapai berbillion-billion hasilnya saban hari samada dari yang berbentuk tulisan-tulisan, bunyi-bunyian dan seterusnya, yang mana kini telah mengisi setiap saat waktu kehidupan insan, iaitu dari ia membuka matanya sehinggalah kembali terlelap seperti contohnya dari corong-corong radio, television, MP-player, internet, novel-novel cinta dan lain-lain?

Apakah dalam memenuhi keperluan kehidupan seharian samada pengajiannya, pekerjaannya, pengangkutannya, tempat-tempat penginapannya dan seterusnya mahupun hanya dipusatkan kepada perkara-perkara yang dapat memenuhi selera nafsu mengikut cita-rasa setiap insan tanpa melibatkan maksud sebenar kehadirannya dimuka bumi?

Tentunya jawapan dari kebanyakkan insan adalah bahawa segalanya terpulanglah pada setiap individu memilih cara yang dikehendaki terutama dalam dunia yang dikatakan kebebasan adalah milik mutlak peribadi dan sesiapa sahaja berhak keatas kebebasan atau kehendaknya serta mengurus kearah mana kehidupan yang diingini. Dalam mana juga, masing-masing mahu mencari kebahagian sebagaimana apa yang dimengertikan serta mencapai kehidupan-kehidupan yang diimpikan.

Sedangkan hakikatnya, buat setiap insan adanya tahap-tahap kesedaran yang wajar dicapai untuk memahami akan kehadirannya dialam ini. Dalam mana, tanpa mencapai tahap kesedaran ini, maka arus kehidupan yang dibinanya hanyalah menuju kearah kehancuran biarpun ia menyatakan bahawa itu adalah membawa kearah kebahagian.

Seperti contohnya, insan begitu hebat mengejar segala arus dunia kemodernan atau dunia terkini dengan segala teknologinya, namun tiada kesedaran diatas implikasi atau kesan buruk yang hadir bersama arus ini, dimana dengan segala pencemaran yang dilakukan, telah membawa kehancuran bukan sahaja kepada kehidupan insan itu sendiri, tetapi kepada alam semulajadi berserta segala kehidupan haiwanat didalamnya.

Sebegitu juga dengan peperangan demi peperangan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dikatakan menerajui pentas dunia tetapi tiada kesedaran, membuat berjuta insan lain menderita berbanding hanya segelintir sahaja yang mengutip faedah dari peperangan-peperangan tersebut.

Kerana itu, insan sentiasa memerlukan kesedaran (Consciousness) agar tidak terperangkap dalam jerangkap yang dibinanya sendiri. Dengan kesedaran yang ada, insan bukan sahaja sentiasa berwaspada akan langkah-langkah yang dilalui dalam kehidupannya, tetapi juga menyediakan iklim kehidupan yang lebih baik untuk generasi kemudian serta juga untuk alam semulajadi dengan segala haiwanat didalamnya. Manakala untuk mereka yang beriman, tahap kesedaran yang cuba dicapai, bukan sahaja menjanjikan kejayaan didunia, tetapi adalah untuk persediaan kehidupan akhiratnya.

Bilamana insan mencapai kesedaran tahap nafs lawwamah, ia berolah kesedaran dalam menilai sesuatu tersebut, menyaring apa itu baik dan buruk serta cuba mengatur langkah hidupnya dibawah konsep-konsep yang dinilaikan sebagai kebaikan tetapi tahap lawwamah tidak mencukupi kerana ianya adalah dalam tahap penilaian dan wajar sahaja berubah-ubah kerana belum stabil pendirian, lantaran itu memerlukan suatu perjuangan yang sebenar dalam kehidupannya saban waktu, tidak kira apa kedudukannya, tidak kira apa status duniawinya, tidak kira samada memiliki bergunung-gunung ijazah atau tidak, tidak kira bersendirian atau mempunyai ahli keluarga yang ramai, tidak kira dimana dirinya berada untuk mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi iaitu tahap nafs mutmainah.

Kesedaran dalam tahap nafs mutmainah, iaitu keadaan diri yang telah benar-benar beriman, tenang, menyintai keadaan kehidupan dirinya yang menuju kepada Penciptanya, menyedari akan tanggung-jawabnya sebagai khalifah keatas alam ini dan seterusnya sentiasa mendapat bimbingan dan keredhaan dari Penciptanya, tidak terdapat didalam kamus-kamus insan-insan selain dari kaum muslimin, kerana proses-proses kearah ini mewajibkan pertama-tamanya keyakinan yang sebenar kepada Allah Taala, Tuhan semesta alam dan berada dalam ketaatan dialam peraturan kehidupan mengikut jalan petunjuk Nabi Muhamad s.a.w.

Lantas dari itu, amatlah diperlukan saban waktu, cetusan-cetusan minda yang murni untuk mencapai atau mengarah kearah kesedaran yang sebenar iaitu tahap nafs mutmainah, cetusan-cetusan minda yang mengingatkan diri kepada Pencipta alam (zikirullah), cetusan-cetusan minda yang membuat diri faham tentang kewujudannya dialam semesta ini, cetusan-cetusan minda yang membuat diri berada dalam golongan ulu al-bab dalam mana kemudiannya, mereka-mereka yang telah mencapainya, wajar sahaja berkemampuan menghadirkan pula cetusan-cetusan minda yang begitu bernilai atau berkemampuan membantu insan-insan yang lain untuk sama-sama menuju kearah mencapai kejayaan buat didunia dan akhirat.


Ulu al-bab yang disebut didalam Al-Qur’an yang bererti “mereka yang menyebut dan mengingati Allah (yadhkurun Allah) semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan (yatafakkarun) tentang penciptaan langit dan bumi:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)

- (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka. (Surah Ali Imran: 191)

Friday, December 17, 2010

Cetusan minda - 6

Cetusan minda lahir dari apa yang difikirkan dan amat terkait dengan apa yang membaluti perasaan diri seseorang insan. Ini kerana, diatas fungsi otak yang merupakan suatu alat adaptor antara perasaannya dengan dunia luaran dirinya dan sebagai anggota alat yang paling akrab dengan hati insan, selama-mana ia masih dalam kategori waras atau siuman.

Dikatakan merupakan adaptor antara perasaan dengan dunia luar dirinya, adalah kerana fikiran insan merupakan pemangkin buat kewujudan dirinya didunia realiti ini. Dari adaptor ini, hati insan mampu mengorak fikirannya saban detik dan seterusnya kepada cara kehadiran dirinya didunia nyata sebagaimana fikiran insan adalah salah satu pintu untuk persepsi dirinya kepada dunia luar atau sebaliknya iaitu mampu membawa perkara-perkara dari dunia luar dirinya, kepenghayatan kedalam perasaannya.

Fikiran insan akan sentiasa berubah-ubah mengikut suasana persekitaran, seperti contohnya cuaca disesuatu tempat dapat mempengaruhi akan perasaan seseorang, dan ini semua seterusnya membuat hati insan sentiasa bergolak-galih mengikut suasana persekitarannya. Segala yang dilalui atau diketahui melalui segala medium suasana kehidupan seharian wajar membawa kesan kepada apa kefahaman yang dimiliki dan dari kefahaman ini kemudiannya lahirlah cetusan-cetusan minda yang dilakukan.

Begitu juga dengan melalui medium dari dalam diri sendiri iaitu pertimbangan-pertimbangan berlandaskan sesuatu sifat seperti sifat kejujuran atau sebaliknya sifat hipokrit, sifat keikhlasan dalam mencari kebenaran atau sebaliknya sifat hanya untuk menonjolkan diri seperti dari sifat takebur dan lain-lain, sifat ihsan atau sifat tiada peri-kemanusiaan, pengetahuan mahupun pengalaman yang dimiliki atau dari kenaifan mahupun kejahilan dan seterusnya. Dimana, dari semua unsur-unsur sifat ini, mampu memberi kesan pada cetusan-cetusan minda yang dilakukan oleh insan.

Unsur kepercayaan yang dimiliki dari dalaman diri juga mampu memberi kesan kepada kebaikan mahupun sebaliknya bergantung diatas sejauh mana fakta kebenaran dimiliki serta juga bagaimana keadaan individu tersebut sendiri seperti contohnya kepercayaan akan kewujudan mahluk-mahluk halus (Jin) yang mana ada fakta menunjukkkan kewujudan mereka dengan kejadian kes-kes para-normal namun bila keterlaluan mempercayainya serta menjejak segala yang berkaitan dengannya sehingga membawa kepada amalan khurafat atau pegangan karut-marut, tentunya ia mempengaruhi secara negatif akan apa yang dipercayai kewujudan didunia ghaib dengan penampilan diri didunia nyata.

Kaitan antara hati dan fikiran insan adalah fitrah kejadian diri insan dimana adanya keupayaan untuk melakukan pertimbangan dengan menyelami kedalam perasaannya akan penilaian antara kebenaran dengan kedustaan. Keupayaan untuk melakukan pertimbangan antara kebenaran dengan kedustaan adalah dikatakan pada tahap nafs lawwamah, dimana adanya kesedaran diri dan selama mana hatinya belum dibaluti sepenuhnya dengan kegelapan atau karat kebatilan lantaran berlanjutan saban waktu dalam hayatnya memenuhi kehendak-kehendak hawa-nafsunya (nafs amarah-bisu).

Keadaan bila perasaan diri insan yang telah dibaluti dengan penguasaan dari perkara-perkara batil atau bukan perkara hak, maka dirinya dikaburi akan apa itu erti kebenaran terutama diatas sesuatu sebab seperti hanya semata-mata mementingkan diri, kepopulariti diri, kerakusan diri dan lain-lain, lalu apa yang dicetuskan adalah sesuatu yang wajar sahaja membawa kerosakan, yang mana bukan hanya pada pihak lain, malah untuk dirinya sendiri biarpun tidak disedari.

Seseorang insan yang ada kesedaran dalam peringkat nafs lawwamah, menyedari atau cuba meneliti apa itu perbezaan suatu kebenaran dengan kebatilan biarpun dirinya belum mencapai erti apa itu sesuatu kebenaran, sedang mereka yang tiada kesedaran langsung atau dalam peringkat dikuasai nafs amarah-bisu, tiadalah atau sukarlah untuk dirinya memahami apa itu erti kebenaran kerana hakikatnya, diri insan tersebut telah buta mata-hatinya untuk membuat penilaian, seperti seorang yang tidur yang tidak memahami langsung akan realiti sebenar dunia disekitarnya.


Bersambung...

Tuesday, December 14, 2010

Cetusan minda - 5

Dalam lipatan waktu kehidupan insan tidak kira abad keberapa dan dimana, berlaku dan berlalu berjuta-juta perkara dari cetusan minda insan yang mana mampu meninggalkan pengaruh mahupun mampu menarik perhatian dan seterusnya mampu membuat diri insan melalui kehidupan mengikut sesuatu cetusan minda tersebut samaada melalui cara berfikir atau perasaannya yang disedari, mahupun tingkah-laku atau penampilan diri yang berlaku secara tidak disedari atau spontan.

Dalam mana, cetusan-cetusan minda yang terlintas dari unsur kebaikan menghasilkan arah tuju kearah kebaikan dalam kehidupan, mengkaji lebih dalam akan apa itu erti kebaikan, usaha untuk mendapatkan apa yang dikatakan kebaikan serta mengekalkannya sedang sebaliknya iaitu cetusan-cetusan minda yang terlintas dari unsur kejahatan menghasilkan arah tuju kehidupan yang merosakkan, membawa minat kearah negatif serta menanamkan tabiat-tabiat mungkar dalam diri yang payah untuk dihilangkan.

Penilaian akan apakah sesuatu cetusan minda ini penting kerana apa yang dipilihnya, itulah yang dihidupkan atau bakal dilalui dan ini juga menyebabkan ia mengabaikan sesuatu faktor yang lain seperti contohnya seorang pemuda atau pemudi yang begitu terpesona dengan kehidupan dikota-raya dengan suasana bebas antara muda-mudi, maka diusahakan dengan segala kemampuannya untuk meletakkan dirinya dalam suasana sebegitu dan biarpun hakikatnya ramai yang menderita, namun diabaikannya akan faktor yang menderitakan kerana penumpuan hanya pada cetusan minda akan kehebatan kehidupan terkini dikota-kota besar.

Ini kerana, insan dan segala mahluk yang hidup bersifat fitrahnya terbatas yang mana tiadalah kemampuannya untuk menguasai atau meneliti akan segala sudut unsur-unsur kehidupan yang dilaluinya seperti misalnya bila ia melihat disebelah kanan maka terlepaslah pandangannya dari sebelah kiri, sebegitu juga bila ia melihat kesebelah atas maka terlepaslah pandangannya dari melihat kesebelah bawah. Keterbatasan fitrah ini hatta untuk mahluk-mahluk yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti labah-labah yang mempunyai mata yang lebih dari dua, bagaimana pun tidak mampu menggunakan mata-matanya mengawal segala pergerakkan disekitarnya, dimana terjadi keadaan labah-labah ini menjadi mangsa pada sang burung.

Hakikat akan keterbatasan kemampuan insan termasuk pemikirannya adalah jelas biarpun ada pihak yang cuba menafikan dengan alasan bahawa kepesatan dunia modern hari ini yang penuh dengan ilmu pengetahuan, dimana dunia hari ini mempunyai hampir apa sahaja data-data pengetahuan tentang segala jalur kehidupan dan dengannya insan mampu sentiasa memilih atau berada dijalan kebenaran, tetapi pihak-pihak ini terlepas pandang bahawa insan adalah mahluk yang bersifat pelupa, alpa, lalai mahupun tidaklah secerdik yang dibangga-banggakan.

Contohnya, seseorang yang memiliki suatu ruang bilik yang dipenuhi oleh layar skrin komputer, dimana setiap komputer dilengkapkan dengan hardisk yang berkapasiti tera-bit dan setiapnya disimpan berbagai-bagai bentuk maklumat atau ilmu pengetahuan seperti dilengkapi dengan segala program untuk menghasilkan kreativiti, dilengkapi dengan segala jenis kitab-kitab dan seterusnya dengan pengetahuan yang lain, tetapi tentunya, mereka yang memilikinya akan hanya lebih memberi tumpuan untuk apa yang diminati atau yang memberangsangkan diri kerana seseorang yang melakukan sesuatu perkara, ia tidak mampu melakukan perkara-perkara yang lain atau memberi tumpuan pada perkara-perkara yang lain pada masa yang sama.

Dimana perhatiannya saban waktu akan ditumpukan pada layar skrin komputer yang terdapatnya perkara-perkara yang amat diminati untuk diikuti seperti contohnya web youtube berbentuk video hiburan, facebook atau sosial network, blog-blog atau web politik dan seterusnya yang menyemangatkan dirinya untuk duduk mengadap komputernya biarpun berjam-jam dalam mana juga skrin-skrin layar komputer yang lain hanya dibiarkan terbuka tanpa diambil perhatian atau mungkin hanya sekali-sekala atas sesuatu keperluan.

Sebegitulah hakikatnya kehidupan seharian insan, biarpun begitu banyak perkara yang berlaku atau berlalu, namun hakikatnya, setiap insan hanya akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang diminati atau sebati dengan dirinya dan tanpa disedari, ia meninggalkan perkara-perkara yang lain biarpun perkara tersebut kekadang merupakan sesuatu yang begitu bernilai buat dirinya. Atas itu, mustahaknya pemilihan kepada apa itu cetusan-cetusan minda yang mempengaruhi dirinya. Kerana kesilapan memilih, membuat waktu kehidupan yang singkat ini hanya menjadi sia-sia mahupun menyebabkan diri menjadi kerugian dikemudian hari.

Lantas dari itu juga, insan wajarlah sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, sebagaimana ini juga adalah tanggung-jawab yang telah diamanahkan, dalam mana dengan mengambil tanggung-jawab ini, bukan sahaja setiap insan dapat membantu kearah pemilihan buat cetusan-cetusan minda yang membawa kearah kebaikan, tetapi ia juga menyebabkan setiap diri insan tersebut berkemampuan menghasilkan saban waktu cetusan-cetusan dari mindanya sendiri yang membawa kearah kebaikan.


Bersambung...

Tuesday, December 07, 2010

Cetusan minda - 4

Salah satu medium untuk cetusan minda adalah inspirasi atau ilham yang hadir. Dalam mana kehadirannya adalah samada sesuatu yang memberi manfaat atau sebaliknya, serta juga kesan yang ditinggalkan untuk kehidupan mahupun aktiviti yang berkaitan dengannya.

Inspirasi yang hadir atau cuba dihadirkan, tentunya bergantung kepada apa dan siapa serta bidang apa yang lazimnya dikaitkan untuk kehadirannya, disamping juga kaitan dengan persekitaran kehidupan yang wujud. Seperti contohnya, seorang penyajak akan sentiasa mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi berkaitan dengan sajaknya dan sebegitu juga seterusnya pada bidang-bidang yang lain, hatta seorang suri-rumah juga mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi mengatur dekorative buat ruang rumahnya.

Dalam pada itu, kehadiran inspirasi adalah lebih dikatakan bukan dibawah kesedaran (unconscious) dan ini suatu keunikan kerana insan sewajarnya berada didalam kesedaran tetapi inspirasi pula adalah sesuatu yang tiba-tiba datang dalam benak fikiran dan mampu melakukan cetusan-cetusan minda, yang mana kekadang boleh mencapai ketahap mempengaruhi penghuni dunia.

Contohnya pengaruh-pengaruh inspirasi dari sesuatu musik, filem-filem atau apa sahaja sebagaimana yang terbentang dipapan-papan iklan dan seterusnya juga kepada perkara-perkara yang lain yang tersebar diseluruh penjuru dunia. Cuma hanya pertanyaannya, apakah ia sesuatu yang memberi manfaat dan mengundang kearah kebaikan atau sebaliknya mengundang kearah kemungkaran mahupun kearah yang tiada memberi apa-apa manfaat, iaitu hanya mensia-siakan usia kehidupan insan?

Berbalik dengan kenyataan bahawa inspirasi yang hadir bukan dibawah kesedaran, justeru dari itu juga, dikatakan inspirasi adalah suatu rahsia anugerah yang datang terutama yang berkaitan dengan inspirasi yang mencetuskan minda yang memberi manfaat dan petunjuk buat insan-insan lain seterusnya, manakala sebaliknya iaitu sesuatu inspirasi yang membawa kearah kemudaratan atau tidak bermanfaat, ia adalah suatu rahsia musibah yang dibisikkan kepada insan dan lazimnya berkaitan dengan hawa-nafsu insan serta hasutan musuh utama manusia iaitu syaitan.

Anugerah ini adalah suatu yang kekadang bukan dalam kiraan logik atau rasional insan seperti contohnya lebah-lebah yang mendapat inspirasi akan bunga mana yang madunya wajar diambil disamping mengetahui akan perbezaan antara bunga-bunga yang beracun atau tidak. Sebegitu juga, ia mengetahui jalan pulangnya ia kesarang tanpa tersesat dipertengahan jalan.

Atau ikan salmon yang mendapat inspirasi untuk bertelor jauh diatas pergunungan air tawar biarpun ia hidup dilautan air masin. Lalu bagaikan dipandu oleh suatu petunjuk, ikan-ikan salmon akan sedaya upaya berenang melawan arus sungai, melawan segala rintangan seperti air-terjun mahupun besarnya risiko kehilangan nyawanya dibaham oleh haiwan lain seperti helang atau beruang, hanya untuk sampai kepuncak gunung, bertelor dan kemudian mengakhiri riwayatnya disitu. Proses sebegini juga akan dilakukan oleh generasi kegenerasi yang seterusnya.

Yunani kuno mempercayai bahawa inspirasi adalah anugerah dari Muse, iaitu para-para dewi yang mereka menganggapnya sebagai sumber ilmu pengetahuan dan inspirasi seni. Sebegitu juga dengan penganut agama-agama yang lain yang ada pandangannya yang berbeza.

Manakala bagi penganut agama Islam, sesuatu inspirasi yang membawa kearah kebenaran dan kebaikan adalah petunjuk dari Tuhan semesta alam iaitu Allah Taala, sedang sebaliknya iaitu sesuatu inspirasi yang membawa kearah kemungkaran atau kemaksiatan adalah dari syaitan yang sentiasa membisikan hasutan kejahatan kedalam hati insan.

Didalam ajaran Islam, inspirasi atau ilham adalah berbeza dengan wahyu, dimana wahyu adalah hanya diutus kepada para utusan Allah dan pintu wahyu telah tertutup setelah risalah agama Islam disempurnakan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Manakala Inspirasi adalah seperti ibu Nabi Musa a.s yang mendapat ilham untuk menghanyutkan Nabi Musa a.s yang ketika itu baru dilahirkan didalam bakul, untuk menyelamatkan nyawa Nabi Musa a.s dari dibunuh oleh askar-askar Firaun yang ditugaskan oleh Firaun untuk membunuh setiap bayi lelaki yang lahir, dimana Firaun telah mendapat alamat akan kelahiran seorang bayi lelaki yang akan mengugat kekuasaannya.

Bersambung...


- Telah dinyatakan didalam Al-Quran bagaimana petunjuk dari Allah kepada sekelian mahluk ciptaan-Nya:


رَبُّنَا ٱلَّذِىٓ أَعۡطَىٰ كُلَّ شَىۡءٍ خَلۡقَهُ ۥ ثُمَّ هَدَىٰ

  • Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semula-jadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya. (Surah Thaaha; ayat 50) (Hada atau hidayat adalah bermaksud petunjuk dari Tuhan pencipta alam)

Monday, December 06, 2010

Cetusan minda - 3

Untuk menghasilkan cetusan-cetusan minda yang baik dari masa kesemasa, memerlukan proses-proses pembetulan minda (taslih, taslihat), sehingga tercapai sesuatu yang benar-benar dikira bermanfaat. Pembetulan berbeza dengan pembaharuan minda (tajdid) kerana sesuatu yang memerlukan pembaharuan adalah sesuatu yang telah wujud dengan baik atau sempurna, hanya setelah melalui detik-detik waktu, ia terhakis atau menjadi lupus yang mana memerlukan pembaharuan tetapi pembetulan adalah dimana ada kesilapan atau kesalahan, diperbetulkan mahupun diperbaiki sehingga menjadi sempurna.

Pembetulan adalah juga dilakukan bila sesuatu tersebut tidak lagi relevan dengan waktu terkini atau waktu akan datang. Seperti contohnya, suatu waktu dahulu, cetusan-cetusan minda dipusatkan kepada usaha kemerdekaan tanah-air oleh pejuang-pejuang tanah-air, kerana waktu itu, tanah-air adalah dalam gengaman pihak penjajah, namun setelah kemerdekaan dicapai, maka cetusan-cetusan minda adalah kemudiannya dipusatkan kepada bagaimana untuk pengisian akan kemerdekaan atau bagaimana mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai.

Atau contohnya, cetusan-cetusan untuk mendapatkan kebebasan bersuara yang merupakan impian sesetengah pihak dahulu, kini telah menjadi kenyataan, dimana siapa sahaja boleh bersuara terutamanya dalam dunia komunikasi internet seperti dengan web-web, blog, facebook dan sebagainya. Maka cetusan-cetusan minda untuk kebebasan bersuara ini kini wajar diperbetulkan kearah pengisian akan kebebasan bersuara yang diperolehi. Iaitu perlunya sentiasa diperbetulkan dengan cara nasihat dan sebagainya, agar pandapat-pendapat atau cetusan minda dalam kebebasan bersuara ini benar-benar dapat dimanfaatkan untuk dibawa kearah yang lebih positif atau kearah kebaikan.

Contohnya juga, mungkin ditanah besar China, masih dipusatkan kepada usaha-usaha mendapatkan kebebasan bersuara yang mana tiada siapa sehingga kini boleh bersuara atau mengkritik kerajaan komunisnya, tetapi dikebanyakan negara lain, termasuk Malaysia, sesiapa sahaja boleh bersuara atau mengkritik kerajaan pemerintah. Hanya-sanya yang perlu dijaga ialah tidak melakukan kritikan-kritikan yang menimbulkan suasana ketegangan sesama kaum yang berbilang bangsa ataupun yang mengundang kearah keburukan mahupun keperingkat bangsa sendiri akhirnya merempat mahupun menjadi hamba dinegaranya sendiri akibat hilangnya kuasa upaya lantaran kritikan yang lahir dari fitnah-fitnah politik semata-mata atau dendam kesumat yang tiada penghujungnya antara sesama sendiri.

Untuk insan dalam melalui proses-proses pembetulan mindanya sehingga benar-benar menuju kearah kematangan atau mencapai pengertian yang sebenar adalah medan kehidupan seharian yang dilalui tidak kira dimana sahaja mahupun apa keadaan dirinya. Medan ini tentunya akan berubah-ubah mengikut suasana samada umur mahupun keadaan persekitaran atau wajar sahaja dalam keadaan berulang-ulang yang sama setiap hari, dalam mana yang menjadi kepastiannya, tidak sesaat pun detik kehidupan yang telah berlalu dapat dikembalikan.

Medan kehidupan seharian adalah guru yang paling akrab dan merupakan yang paling baik sekiranya seseorang tersebut bijak menjejaki kehidupannya sendiri biarpun apa kondisinya. Ianya adalah sebenarnya suatu lapangan latihan untuk diri belajar dan mengerti sebelum usia berakhir, iaitu sebelum kedatangan kematian, kerana bila kematian menjelang, tiada apa yang dapat dicetuskan oleh minda insan melainkan apa yang telah tersebati didalam hatinya.

Medan kehidupan juga adalah ruang untuk insan dalam proses mencapai kesedaran (Consciousness) iaitu suatu proses yang berlangsung melalui tahap pencapaian dari panca-inderanya, kemudian kepada kefahaman dan dan seterusnya kepada pengertian yang lebih mendalam. Dikatakan ruang untuk proses kesedaran adalah kerana medan kehidupan sendiri merupakan dunia realiti dan tempat pratiknya apa itu suatu kehidupan buat setiap insan dan dari ruang tersebut ia melahirkan pengalaman-pengalaman kehidupan. 

Dalam mana, semestinya ada diisi dengan suasana kebenaran serta konsep-konsep kebenaran dari sudut agama kerana pengajaran dari medan kehidupan lazimnya membentuk ilmu pengalaman (empirical) dan biarpun ilmu pengalaman melahirkan sebahagian besar ilmu-ilmu yang diketahui dan membantu insan dalam pembangunan dalam dunia hari ini, contohnya segala hasil-hasil dari bidang saintifik iaitu fizik, biologi dan sebagainya sehingga buat perkiraan tarikh-tarikh; atau bidang seni musik sehingga ke seni mempertahankan diri dan seterusnya kepada segala penciptaan alatan-alatan manusia yang ada hari ini, namun ilmu dari pengalaman manusia adalah lazimnya berbentuk lahiriah dan ianya tidak mencukupi bila membicarakan persoalan batiniah atau rohaniah yang mana manusia itu sendiri terdiri dari aspek-aspek lahiriah dan batiniah.


Bersambung...

Sunday, December 05, 2010

Cetusan minda - 2

Cetusan minda insan mampu mencipta keadaan sekitarnya, mengubah akan cara kehidupan atau mengolah arah kehidupannya. Malah cetusan minda yang dihasilkan oleh seorang insan mampu memberi kesan pada pihak lain samaada untuk individu lainnya, masyarakat mahupun keperingkat keseluruh alam.

Sejauh mana seseorang tersebut menghasilkan cetusan mindanya juga mampu meletakkan ditahap mana dirinya, contohnya, seseorang yang kurang serba-serbi dari sudut duniawi tetapi bijak mengunakan fikirannya, menghasilkan cetusan-cetusan minda yang berbentuk positif dan memberi kesan kebaikan, akan berada ditahap yang tinggi atau mulia berbanding seseorang yang mempunyai segala kebendaan duniawi atau segala kepandaian dari sudut duniawi, tetapi tidak bijak menggunakan fikirannya untuk menghasilkan cetusan minda yang membawa hasil positif atau menuju kelandasan kebenaran.

Dalam menyampaikan cetusan-cetusan minda, dengan mengunakan alat-alat samada dalam pengantaraan bahasa harian, tulisan-tulisan, gambaran-gambaran, tanda-tanda yang digunakan seperti isyarat, berbentuk bunyi-bunyian mahupun yang lain-lain dan dengan menggunakan medium-medium seperti hasil artifaknya, buku-buku, segala yang berkaitan dengan media komunikasi termasuk blog-blog, facebook dan seterusnya, seseorang insan harus sedar dan merasa tanggung-jawab dari apa yang dizahirkan dari fikirannya.

Atas rasa tanggung-jawab kesan cetusan minda yang dihasilkan, samaada untuk dirinya mahupun pihak lain, membuat diri insan saban waktu akan meningkat kesuatu tahap-tahap fikiran yang lebih tinggi dari apa yang dimilikinya atau dalam kata lain, kematangannya meningkat. Disamping, pihak seterusnya yang mengembangkan atau mengikuti cetusan minda darinya, seperti teman-teman, para pembaca, para audien atau sesiapa sahaja yang disajikan cetusan mindanya serta kemungkinan untuk generasi seterusnya, akan mendapat faedah kebaikan.

Sebaliknya, tanpa merasa apa-apa tanggung-jawab atas kesan cetusan minda yang dihasilkan, biarpun banyaknya cetusan minda yang dihasilkan atau pun kelihatan hebat diatas bergulong-gulong sijilnya, seseorang insan serta pihak lain yang terbabit mengikuti cetusan mindanya, wajar sahaja menjadi bertambah rendah taraf pemikirannya, menjadi jumud biarpun disangka diri adalah yang termaju, ketinggalan mahupun ketahap menjadi lebih hina dari haiwan diatas fikiran yang hanya berlandaskan nafsu diri semata-mata.

Seperti contohnya seorang penyanyi atau seniman yang menghabiskan hayatnya saban waktu dalam usia-usia kehidupannya untuk menghasilkan sesuatu yang dalam kategori tiada berfaedah langsung untuk para audien atau para peminatnyanya mahupun untuk dirinya sendiri, iaitu dari gaya yang ditonjolkan yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusian sehinggalah keperingkat bibit-bibit lirik, lukisan, skrip-skrip filem dan lain-lain yang tiada apa-apa nilai kesenian yang positif dan ini seterusnya hanyalah mengundang kejumudan untuk para audien atau para peminatnya.

Atau contohnya, seorang yang menghasilkan cetusan-cetusan minda yang hanyalah bergantung kepada maklumat yang dipelajarinya sedangkan apa yang dipelajarinya sebenarnya tidaklah sesuai untuk dipratikkan kerana ia sesuatu yang akan menghasilkan kesan pencemaran alam atau banyaknya kesan sampingan buruk darinya yang menjejaskan kehidupan semula-jadi dipersekitaran.

Cetusan minda yang menghasilkan keadaan negatif adalah pertamanya kerana insan berfikir bukan dalam konteks yang sewajarnya atau berfikir tanpa mengaitkan maksud cetusan mindanya dengan landasan akan kemana dan apa maksud hayat sebenar insan, tetapi hanya berfikir dilandasan untuk memenuhi keperluan atau hajat hidup serta permintaan nafsunya semata-mata.

Cetusan minda yang berbentuk negatif juga kerana terhasil oleh fikiran yang samada cetek pengalaman mahupun pengetahuan, kurang pengajian tentang perkara yang menjadi cetusan mindanya, tidak sensitif akan suasana atau kehidupan dipersekitaran, tidak melakukan analisa terhadap bahan cetusan mindanya sertanya tergopoh-gapah dalam menzahirkan cetusan mindanya.

Insan wajar sahaja melakukan kesilapan demi kesilapan, sebagaimana lazimnya, inilah salah-satu proses dalam suatu kehidupan yang mana tiada yang sempurna, namun sebagai suatu kewujudan dalam dunia sementara ini, proses kehidupan insan untuk menuju erti kejayaan sebenar dalam kehidupan, mewajibkan proses kearah pemurnian fikiran. Dimana proses pemurnian fikiran seterusnya akan menghasilkan cetusan-cetusan minda yang benar-benar membawa kebaikan serta membina suatu kehidupan mahupun yang lebih baik saban hari.

Bersambung...

Saturday, December 04, 2010

Cetusan minda - 1

Saban waktu, insan melahirkan cetusan-cetusan minda yang samada membawa kesan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan, mahupun ia hanya sesuatu yang berlalu seperti jarum jam yang tergantung didinding yang berlalu setiap saat dan sampai ketikanya ia berputar kembali ketempat yang ditinggalkan. 

Dalam mana cetusan-cetusan minda dari kaitan berfikir insan ini wajar sahaja meletus dan menghangatkan suasana kehidupan seseorang mahupun untuk masyarakat umum seterusnya ataupun ia hanya mainan minda dalam berfikir, yang hadir dalam kehidupan seharian dengan keadaan samada menyenangkan atau merumitkan minda serta membina minda atau sebaliknya.

Kekadang, insan berada dalam suatu keadaan dimana ia dikatakan tidak berfikir, namun hakikatnya, insan sebenarnya sentiasa menggunakan otaknya untuk berfikir samada tentang segala yang berkaitan dengan keperluan hidupnya mahupun kepada maksud hidupnya, iaitu sedari bangunnya dari tidur sehingga seseorang tersebut kembali tidur. Dan dari usia yang mana insan mampu berfikir sehinggalah keakhir hayatnya yang tidak mampu lagi untuk berfikir seperti dalam keadaan nyanyuk mahupun atas pengaruh sesuatu seperti mabuk, khayal, tekanan perasaan keterlaluan atas sebab sesuatu dan sebagainya.

Dikatakan seseorang insan tidak berfikir adalah mungkin ia tidak menggunakan fikirannya untuk apa yang dimaksudkan pada sesuatu ketika, tetapi ini tidak bermakna ia tidak berfikir, sebagaimana contohnya seseorang yang ralek, iaitu seorang yang fikirannya tidak digunakan untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara, dalam mana itu bukan bermakna ia tidak menggunakan fikirannya, tetapi kerana fikirannya ditumpukan kepada sesuatu perkara yang lain mahupun dikatakan melayang dalam dunia fantasi atau lamunannya tersendiri.

Keadaan ini dikaitkan samada adanya kehadiran kesedaran seseorang akan keberadaannya disuatu-suatu ketika atau keadaan, dimana sebaliknya adalah bila seseorang tersebut tidak menyedari berlaku akan sesuatu mahupun tidak menyedari keadaan sesuatu diatas sesuatu faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi mindanya.

Kesedaran (Consciousness) adalah sedar akan tingkah, perbuatan mahupun keadaan samaada dari dalaman diri mahupun untuk luaran diri seperti dunia persekitarannya. Kesedaran bila dikatakan dari perasaan dalaman diri adalah memahami tingkah atau perbuatannya seperti dari apa yang difikirkan sehingga kepada ungkapan kata-kata atau peri-laku tubuh badan, mengenal akan apa dilakukan seperti mengingati keadaan atau perbuatan, dalam keadaan sihat otak iaitu siuman atau tidak dalam keadaan memabukkan mahupun khayal yang tidak terkawal oleh diri, berjaga dari tidur, perasan akan impak dari tingkahnya dan seterusnya yang berkaitan akan makna kesedaran diri.

Manakala kesedaran yang dikatakan berkaitan untuk persekitaran adalah menyedari keadaan sekitar atau cuba memahami keadaan sekitar serta implikasi dari sesuatu dipersekitaran iaitu samada dipersekitaran dirinya, masyarakatnya mahupun keperingkat dunia umumnya. Kesedaran tentang persekitaran adalah seperti mengerti akan buruk-baik pengaruh-pengaruh hidup dipersekitaran, memahami atau mencari jalan yang dapat melindungi diri dan masyarakat dari gejala yang membawa petaka, mengerti akan impak dari sesuatu seperti arus kehidupan yang membawa kearah kebaikan atau sebaliknya dan seterusnya.

Kesedaran seseorang insan mahupun sekelompok masyarakat wajar juga digugat atau dilemahkan atas sesuatu faktor seperti pengaruh luar dari persekitaran atau aktiviti yang berlaku dalam kehidupan seharian yang melalaikan. Juga dari faktor dalaman diri iaitu dari perasaan nafsu atau kehendak hajat diri yang mana membuat anggota-anggota tubuh badan seperti kaki, tangan, lidah sehinggalah otaknya, digunakan semata-mata berfikir berlandaskan kehendak hawa-nafsunya.

Contohnya faktor tertentu yang mempengaruhi dan melemahkan kesedaran atau perhatian seseorang adalah seperti seorang anak muda yang merasa begitu bangga sekali dengan kenderaan yang dipandunya, lalu menekan minyak keretanya untuk memandu selaju yang dimahu sehingga hilang pertimbangan akalnya untuk berfikir dengan cara yang benar atau bijak menganalisakan suasana jalan-raya yang dipandunya sehinggalah terjadinya kemalangan ngeri. Dalam mana, pemuda tersebut sebenarnya masih berfikir tetapi tanpa kesedaran dan dilantasan yang salah berpandukan perasaan bangganya yang tidak bertempat, bukan diatas kesedaran.

Sebegitu juga seseorang yang dikatakan perasan, dimana ungkapan ini adalah lazimnya ditujukan kepada seseorang yang mengunakan fikirannya berlandaskan semata-mata diatas perasaannya seperti seseorang pemuda yang menyintai seorang gadis, dimana sigadis tidak langsung mengendahkan sipemuda, tetapi sipemuda beranggapan sebaliknya sampaikan kata-kata cacian sigadis, dianggap atau difikir oleh sipemuda hanyalah sebagai kata-kata merajuk sigadis yang mahu dipujuk. Atau sebaliknya iaitu seorang gadis yang perasan dirinya dipuja dan diminati ramai, sedangkan sebaliknya, diri sigadis tersebut tidak menyedari bahawa dirinya nanti hanya mahu dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab yang berhajat untuk memuaskan nafsu mereka.

Mungkin contoh kes-kes diatas tentang faktor yang mampu melemahkan kesedaran hanyalah membabitkan individu-individu yang kecil bilangannya atau membawa kesan yang kecil, tetapi bagaimana pula kesannya bila ia membabitkan sekelompok insan yang berjumlah begitu ramai seperti contohnya sesebuah negara yang sewenang-wenangnya mencabul dan menghancurkan kehidupan rakyat dinegara lain atau kehidupan rakyat dinegaranya sendiri dihancurkan hanya diatas cetusan-cetusan minda dari fikiran sesekumpulan elite yang mabuk kuasa?

Bersambung...

Friday, December 03, 2010

Menjamah salji

Salji telah kembali,
membawa ribu mimpi,
dikala malam adalah hari,
dan dalam kegelapan berlari,
alam kelam kehilangan gegendang,
kerana sunyi dari kicauan siburung,
hatta siburung hantu telah membatu,
juga tiada lagi nyanyian siserangga,
yang lazimnya, kugiran balkoni,
juga tiada daun-daun hijau,
untuk diriuh ungkas senja,
hanya siikan bisu,
yang bertelor dilopak-lopak air beku,
bersama siitik gebu,
yang kebal kakinya tidak berbalut,
serta sipipit kecil,
yang ditakdirkan menempuh segala musim.



Thursday, December 02, 2010

Wujudkah kosong? - 2

Sesuatu yang berisi tentunya tidak sama dengan sesuatu yang kosong, namun pertanyaannya, apakah benar yang berisi itu adalah sentiasa sesuatu yang baik? Apakah kekosongan hanya bermakna sesuatu yang tidak baik atau tiada apa-apa kesan kebaikan darinya? Atau apakah kekosongan hanya berkaitan dengan kebosanan yang menyelubungi kehidupan?

Dunia insan dipenuhi oleh segala perkara dari hajat-hajat kehidupannya. Dari perasaan sehingga pemikiran insan, sedari kecilnya sehingga usia tuanya, diisi dengan segala perkara-perkara berkenaan dengan hajat duniawinya. Dan hari ini, dunia insan telah mencapai tahap nafsu yang selesa, dimana apa sahaja kehendak nafsunya, dapat diisi, namun apakah itu suatu kebaikan?

Setiap hari, kehidupan insan lazimnya diisi dengan segala aktivit-aktiviti yang berlaku dipersekitarannya yang sibuk seperti contohnya dari bunyi musik radio seawal bangun pagi, bunyi bising serta keadaan sibuk dijalanan, kesibukan bekerja, kesibukan dirumah, alat-alat elektronik dengan segala layar dan bunyi-bunyiannya, suara-suara dipersekitaran seperti bertelegah atau mengumpat dan lain-lain, adegan-adegan dalam kehidupan seharian yang stress dan seterusnya, membuat diri insan tentunya penuh terisi dengan duniawinya, tetapi apakah itu suatu kebaikan bila saban hari ianya berlanjutan tanpa henti, tambahan untuk suatu jangka masa yang panjang?

Sebenarnya, kekosongan adalah sebahagian dari diri insan itu sendiri dan malah pengertian akan apa itu kekosongan, dicipta oleh insan samaada dari patah perkataan untuk menyebutnya mahupun dari perasaan serta fikiran insan yang menterjemahkannya. 

Contohnya beberapa insan yang berbeza latar-belakang serta minat, berdiri dipantai melihat lautan luas yang kosong didepannya, maka tafsiran dari panca-indera mereka yang melihatnya akan berubah-ubah mengikut perasaan dan fikiran masing-masing. Mungkin ada yang melihat dan menganggap itu hanya suatu kekosongan dan kebosanan, ada yang melihat dan berfikir akan keindahan alam, ada yang mula mendapat ilham untuk dirinya seperti untuk lukisan atau tulisan, ada yang melihat akan rezeki didepannya, ada yang merasa akan kebesaran Pencipta alam, ada yang merasa kegerunan melihat ombak yang datang menghempas pantai dan seterusnya.

Kenyataannya, insan memerlukan setiap hari adanya detik-detik untuk dirinya mengosongkan perasaan serta fikiranya dari duniawi atau kebendaan. Mengosongkan diri dari duniawi atau kebendaan, bermakna melapangkan diri agar perasaan serta fikiran diri tidak terlalu dibelenggu oleh hal-hal duniawi. Ini kerana fitrah asli diri insan, yang memerlukan kebebasan dari dibelenggu oleh duniawi atau kebendaan untuk dirinya terus meneroka alam kehidupannya dengan erti ketenangan yang sebenar atau memahami dengan lebih mendalam akan alam kehidupannya.

Hatta dari sudut duniawi, untuk seseorang mendalami duniawinya, ia memerlukan suatu asas yang kosong buat dirinya sentiasa kembali agar dapat dilakari seterusnya duniawinya seperti seorang pelukis yang melukis, dalam mana sebanyak mana ia melukis, ia tetap memerlukan suatu kertas lukisan yang kosong untuk melukis seterusnya lukisan-lukisan yang lain. Tanpa kertas lukisan yang kosong, maka lukisan yang ada akan bercelaru kerana ditimbuni oleh warna-warna setiap kali pelukis tersebut hendak melukis.

Memang tidak dinafikan bahawa duniawi atau kebendaan mampu memberi insan kepuasan, kebahagian dan lain-lain, namun kejadian insan adalah bukan hanya dari unsur duniawi atau kebendaan tetapi dari sudut kerohanian. Dan malah sudut kerohanian atau sudut dalaman diri insan sendiri adalah rupa sebenar siapakah diri insan yang sebenar. Sebagaimana penampilan sebenar diri insan untuk dunia luarannya adalah dari dalaman dirinya, iaitu seperti dari sudut perasaan dan fikirannya.

Namun tanpa memberi ruang untuk mengosongkan diri dari duniawi seperti contohnya kerana terlalu mengejar kebendaan siang dan malam atau terlalu dihanyut oleh hiburan-hiburan, membuat dirinya tidak dapat menghayati apakah erti sebenar kehidupannya didunia ini. Ramai insan yang sebegini, akhirnya semakin sesat jalan hidupnya atau semakin bercelaru perasaan dan fikirannya, ditimpa tekanan jiwa, dirundung kemurungan, melakukan kegiatan-kegiatan seperti pengambilan dadah, minuman-minuman keras, maksiat dan lain-lain yang mana semuanya semakin membinasakan dirinya.

Kerana itu, insan memerlukan tempoh-tempoh dalam saat kehidupanya untuk mengosongkan dirinya dari ikatan duniawi, dimana sebanyak mana hatinya terlepas dari ikatan duniawi (seperti diusahakan untuk mendekati Penciptanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad serta para-para solihin terdahulu), sebanyak itu jugalah dirinya sendiri mendapat faedah kebaikan buat kerohaniannya. Dan sekiranya diusahakan berterusan, tercapailah ia tahap zuhud yang sebenar, yang mana duniawi tidak akan dapat mengisi hatinya dan dirinya tidak akan terkesan pada duniawi biarpun hidup persekitarannya dipenuhi duniawi.

Untuk mengisi sesuatu kedalam gelas yang telah penuh atau mengisi air yang bersih kedalam gelas yang dipenuhi air yang kotor adalah suatu yang tidak berfaedah. Untuk mengisinya adalah dengan mengosongkan gelas tersebut dahulu serta membersihkannya, sebegitulah contohnya untuk mengisi kebesaran Ilahi kedalam hati insan adalah suatu kemusykilan atau kepayahan selama mana hati dan fikiran insan dipenuhi oleh duniawi, kerana itu perlunya berterusan selama mana kehidupan insan didunia ini, usaha mengosongkan hatinya dari kebesaran duniawi agar kebesaran Ilahi dapat mengisinya.

Insan, sekiranya ia menafikan kewujudan alam ghaib yang disangka hanya kekosongan, maka dimanakah rohnya? Kemanakah pergi roh seseorang insan bila dia meninggal dunia, yang mana jasadnya tetap ada namun tidak berkemampuan langsung bergerak berbanding seseorang yang masih hidup atau masih berroh? Begitu juga, setelah rohnya keluar, maka jasadnya akan reput dengan waktu yang singkat sedangkan selama jasadnya berroh, tubuhnya tidak akan reput biarpun bertahun-tahun dia didalam keadaan koma.

Sedang, alam kubur yang kosong dari segala aktiviti kehidupan duniawi dan kebendaan, dimana insan kemudiannya mampu mencapai pengertian yang sebenarnya akan kewujudannya, namun semua aktiviti insan untuk menyelamatkan dirinya dari azab yang berkekalan adalah terlewat kerana didalam alam kubur, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan hanya menanti azab atau rahmat keatasnya.


Wednesday, December 01, 2010

Wujudkah kosong? - 1

Angka kosong atau disebut sifar (Arab), zero (Eropa-Latin), null (Jerman) dan seterusnya, adalah suatu angka genap yang wujud dan begitu banyak digunakan dalam kehidupan seharian insan samada disedari atau tidak. Tetapi apakah angka kosong itu benar-benar wujud kerana asas maknanya adalah kekosongan atau ketiadaan?

Tercatit bahawa Yunani purba tidak pasti akan kewujudan kosong sebagai suatu angka, sebegitulah tarikh-tarikh dikalendar yang angka kosong tidak disebut sebagai angka permulaan, sedangkan hakikatnya, angka kosong tetap wujud kerana tanpa angka kosong maka bermakna tiadanya permulaan.

Contohnya tahun Masihi iaitu tarikh selepas masihi (SM/BC), dikira dengan kehadiran Nabi Isa sebagai tahun permulaan atau tarikh Hijrah iaitu tahun dikira bermula dari tarikh kaum Muslim berhijrah keMadinah dalam mana kenyataannya, kedua-dua tarikh tersebut samada kiraan tahun Masihi atau tahun Hijrah, telah ada tarikh diantara sebelum dengan sesudah tarikh kiraan tahun Masihi atau tahun Hijrah, iaitu suatu tarikh kosong.

Perkataan kosong sendiri juga lazimnya digambarkan dengan sesuatu yang negatif dalam kiraan kehidupan seharian, dimana ia dikaitkan dengan ketiadaan sesuatu atau bilangan seperti ketiadaan wang, tangki air atau minyak yang kosong, kekosongan idea, kekosongan jiwa dan seterusnya.

Namun benarkah angka kosong atau perkataan kosong bermakna ketiadaan sesuatu atau bilangan dan dari itu, wajarkah angka kosong ini dibuang dari kamus kehidupan seharian? Apakah kosong itu benar-benar bermakna suatu kekosongan?

Hakikatnya, dunia hari ini tidak akan sama seperti yang wujud hari ini tanpa kehadiran angka kosong. Mungkin ia kedengaran aneh, namun tanpa angka kosong, insan akan hidup dalam perbatasan dunia yang terlalu kecil seperti contohnya, pengiraannya hanya berbalik kepada sepuluh jari ditangannya. Mahupun contohnya seperti pengiraan Romawi kuno, yang mana pengiraannya amat terhad kerana ketiadaan angka kosong.

Kehadiran angka kosong dalam kehidupan insan, telah membuka suatu perpektif baginya yang jauh saujana mata memandang, seperti bila melihat keangkasa yang mana kelihatan kosong, namun disebalik kekosongan tersebut, wujud alam yang terlalu luas tidak tercapai oleh panca-indera insan. Angka kosong juga membuat wujudnya angka-angka dibawah angka kosong iaitu angka-angka yang disebut angka negatif. Kewujudannya seperti udara yang wujud namun tidak dilihat atau dirupakan.

Pada tahun 976, Muhammad ibn Ahmad al-Khawarizmi (terdapat 2 tokoh mathematik Islam yang memakai nama al-Khawarizmi iaitu bapa mathematik modern aljebra, Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi diabad ke-9 dan Muhammad ibn Ahmad al-Khawarizmi diabad ke-10), menulis buku Kunci buat Sains (Mafatih al-'Ulum) yang memperkenalkan angka sifr atau angka kosong (zero). Angka ini, dikatakan berasal dari benua India, namun diperdalami dan diperlengkapkan akan cara penggunaannya oleh Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi dan usaha ini disambung oleh Muhammad ibn Ahmad al-Khawarizmi. (al-Khawarizmi adalah panggilan atau keturunan untuk mereka-mereka yang berasal dari daerah Khurasan iaitu meliputi utara Iran dan Afghanistan serta bahagian selatan Turkmenistan dan Uzbekistan)


Inilah permulaannya angka kosong digunakan secara meluas dan tersebar penggunaannya terutama bila ianya dibawa masuk kebenua Eropa oleh ahli mathematik Itali, Fibonacci dalam tahun 1170-1250. Angka kosong ini, bila ia mula digunakan secara meluas, ia telah merubah secara drastik akan kewujudan dunia sehinggalah kepada dunia yang dikenali hari ini.

Agak ganjil bila diperkatakan bahawa angka kosong, yang difahami tiada erti atau hanya suatu kekosongan, mampu menjadi asbab merubah keseluruhan dunia. Ini semua adalah kerana kuasa Pencipta alam yang dapat memberi insan sesuatu yang bermanfaat padanya, biarpun dari perkara-perkara yang kelihatan tiada apa-apa keistimewaan atau dari suatu perkara yang biasa-biasa sahaja bentuknya.

Bersambung...

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga