Thursday, October 29, 2009

Altruisme / Ikram - 3



Altruism in Nature: Harun Yahya

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bakhil dan Iman tidak pernah bersama dalam hati seorang hamba Allah. (Riwayat Nasai)

- Jabir r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang Muslim yang menanam sebatang pohon dan apa saja yang makan dari pohon itu adalah sedekah baginya, apa yang dicuri dari pohon itu juga sedekah (bermakna bahawa pemilik pohon mendapat pahala), apa sahaja yang dimakan binatang dari pohon itu juga sedekah, apa sahaja yang dimakan oleh burung juga sedekah, dan sesiapa sahaja yang mengambil dari pohon itu juga menjadi sedekah (bagi orang yang menanam pohon tersebut). (Riwayat Muslim)

- Ubadah ibnu Samid r.a meriwayatkan, saya mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan sebuah hadist qudsi: Tuhanku (Allah) Tabaraka waTaala berfirman: CintaKu wajib bagi mereka yang mencintai satu sama lain kerana Aku, cintaKu wajib bagi orang-orang yang bersimpati satu sama lain kerana Aku, cintaKu wajib bagi orang-orang yang bertemu satu sama lain kerana Aku, cintaKu wajib bagi orang-orang yang berbelanja satu sama lain kerana Aku. Dan mereka akan didudukkan pada mimbar-mimbar nur, ambiya (nabi-nabi) serta sidiqqin akan beriri-hati kepada mereka kerana darjat mereka yang lebih tinggi. (Riwayat Ibnu Hibban)


bersambung......

Sunday, October 25, 2009

Altruisme / Ikram - 2


Terdapat juga pertembungan pendapat dari golongan yang mempertikaikan pentingnya membawa altruisme atau sifat ikram dalam kehidupan seharian seorang insan hingga kepada seluruh kelompok sesuatu masyarakat yang mana pertembungan ini adalah datang dari ketiada kefahaman tentang erti altruisme atau apa yang dimaksudkan dengan sifat ikram, kefahaman yang sempit sesuatu golongan tersebut mahupun dari pemikiran-pemikiran yang tertutup, lalu menakrifkan ia adalah sesuatu yang mendatangkan keburukan.

Seperti pendapat Ayn Rand (seorang wanita pemikir Amerika Syarikat yang dilahirkan diRusia) memperdebatkan bahawa altruisme ialah pengorbanan nilai-nilai seseorang secara rela adalah sesuatu yang tidak baik kerana padanya hanya etika mementingkan diri yang rasional dapat membenarkan seseorang mengejarkan nilai-nilai yang diperlukan untuk hidup. Atau pendapat Friedrich Nietzsche (seorang pemikir dari German) menyatakan bila seseorang tersebut meletakan pihak lain adalah lebih penting berbanding diri sendiri, ini adalah merendahkan maruah sendiri.

Sebagaimana juga pendapat-pendapat dikalangan ramai yang mempertikaikan pembawaan sifat ikram dalam kehidupan seharian adalah terutamanya yang tinggal dalam dunia yang serba pantas, stress, penuh kemewahan, kepura-puraan, saling pijak-memijak antara satu sama lain untuk menduduki tempat yang tertinggi dikalangan ramai, saling tanding-menandingi yang mencipta seterusnya apa sahaja senjata-senjata untuk memusnahkan satu sama lain, dengki, tamak, bakhil dan seterusnya yang mana semua sifat-sifat ini adalah sesuatu yang begitu bertentangan dengan apa yang dikatakan altruisme atau sifat ikram.

Mahupun dari takrifan pandangan yang tertutup yang menyatakan bahawa dengan membawa sifat ikram, seseorang tersebut membuka ruang pihak lain memanipulasikan dirinya, menindas dirinya, membuat pihak lain mempermainkan dirinya dan seterusnya yang mana pandangan ini adalah dari jiwa yang tertutup atau isolasi keterlaluan yang tidak memahami apakah erti sebenar sifat ikram mahupun batas-batasan yang memagari sifat ikram dari segala keburukan yang mendatang.


Bersambung.....

Sunday, October 18, 2009

Altruisme / Ikram - 1


Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat-sifat murni didalam kebanyakan budaya mahupun merupakan pokok kepada kebanyakan agama diseluruh dunia.Sebagaimana didalam ajaran Islam altruisme ini mungkin terjemahanya adalah sifat ikram yang membawa tafsir bagaimana menekan kehendak diri atau keperluan diri dalam memenuhi keperluan pihak lain.

Perkataan "altruisme" (berasal daripada bahasa Perancis, autrui, "orang lain") telah dicipta oleh Auguste Comte, pengasas positivisme dari Perancis, untuk memerihalkan doktrin etika yang disokongnya. Beliau mempercayai bahawa individu-individu mempunyai kewajipan moral untuk berkhidmat bagi kepentingan orang lain atau kebaikan kemanusiaan yang lebih besar. Dalam karyanya, Catechisme Positiviste, Comte mengatakan bahawa:

"sudut pandangan sosial tidak boleh mentoleransi tanggapan-tanggapan hak disebabkan tanggapan in berasaskan faham perseorangan. Kita dilahirkan di bawah berbagai-bagai jenis kewajipan kepada pendahulu-pendahulu dan pewaris-pewaris kita, serta orang-orang yang hidup sezaman. Selepas kelahiran kita, kewajipan-kewajipan ini bertambah atau berkumpul buat satu tempoh sebelum kita dapat memulangkan sebarang perkhidmatan... Ini (iaitu hidup untuk orang-orang lain"), rumusan yang paling sahih untuk kesusilaan manusia, memberi kebenaran langsung secara eksklusif kepada naluri-naluri sifat suka membuat kebaikan, punca yang sama untuk kebahagiaan dan kewajipan. Manusia harus berkhidmat untuk Kemanusiaan....."

Disebabkan nama doktrin etika ialah "altruisme", perbuatan yang ditetapkan oleh doktrin etika juga telah diistilahkan sebagai "altruisme", berkhidmat kepada orang-orang lain melalui mengutamakan kepentingan mereka berbanding kepentingan diri sendiri.

Takrif budaya ikram oleh Pro Wan Halim Othman adalah:

Budaya ikram boleh diertikan sebagai cara hidup yang memperlihatkan anggota masyarakat saling menghormati, berbakti, memberikan khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih, dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap golongan yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Anggota masyarakat sentiasa peka dan memberikan perhatian kepada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka; memandang penting dan mengambil endah apa-apa yang berlaku kepada orang lain; menjaga maruah dan memelihara rahsia peribadi orang lain; membantu memelihara golongan yang tertekan dan teraniaya; serta bertanggungjawab dan beramanah terhadap manusia lain.

Ini bererti bahawa budaya ikram bukan melibatkan hanya satu jenis tingkah laku dan amalan sahaja. Ia melibatkan semua aspek kehidupan bermasyarakat yang memerlukan kesediaan seseorang menghulurkan bakti dan pertolongan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya walaupun mereka tidak sekeluarga, sejantina, sekaum, ataupun seagama dengannya atas prinsip menghormati dan menyayangi semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Sifat ikram bertentangan dengan sifat tidak hirau, leka, lalai, tidak mengambil berat, tidak peduli tentang apa-apa yang berlaku kepada makhluk lain, iaitu setiap orang hanya mementingkan diri sendiri ataupun hanya memberikan khidmat kepada ahli keluarga sendiri sahaja sepanjang hayatnya. Istilah budaya ikram boleh juga disama-ertikan sebagai ´Budaya Menolong`.


bersambung.....

Sunday, October 11, 2009

Bahasa Melayu sebagai petunjuk tamadun


Bahasa Melayu sebagai petunjuk tamadun
Oleh Anwar Ridhwan

Ada empat elemen yang biasanya dikaitkan dengan bahasa. Elemen itu ialah bahasa yang didengar, bahasa yang dituturkan, bahasa yang ditulis dan bahasa yang dibaca. Ketika zaman primitif, dan pada ketika sesuatu bahasa dituturkan oleh kelompok terpencil, hanya dua elemen bahasa saja yang hidup iaitu bahasa dituturkan dan bahasa yang didengar. Keperluan ilmu pengetahuan yang lebih canggih, yang mendorong kemunculan sesuatu tamadun, memerlukan dua elemen bahasa lagi iaitu bahasa yang ditulis, dan bahasa dibaca.

Tulisan kuno, pictograph, ideograms, rumi, jawi dan sebagainya sudah mentransformasi sesuatu idea yang abstrak dan berada dalam dunia fikiran, menjelma sebagai aksara dan wacana yang boleh dibaca dan difahami. Pangkal tamadun memerlukan pemikir yang boleh mencipta aksara, guru yang mengajar dan murid yang mempelajarinya. Aksara dan wacana sudah berperanan meluahkan sesuatu catatan atau pemikiran yang mudah, hinggalah kepada penzahiran idea serta pemikiran yang kompleks. Demikianlah proses tamadun itu berkembang dan menjadi perkasa.

Tamadun Malaysia kini terus memerlukan keempat-empat elemen itu bagi bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, mutu bahasa Melayu yang didengar, dituturkan, ditulis dan dibaca mestilah memperlihatkan peningkatan. Hal ini, lebih mendesak dewasa ini, ketika perkembangan bahasa Melayu sedang menghadapi ancaman. Akan tetapi kesungguhan pihak kerajaan untuk memperkasakan bahasa Melayu mutakhir ini harus juga dilihat sebagai suatu peluang keemasan, terutama oleh institusi yang dipertanggungjawabkan mengembangkan bahasa Melayu.

Sebelum membicarakan aspek penerbitan dalam bahasa Melayu yang menjadi petunjuk tamadun, yakni merujuk bahasa Melayu yang ditulis dan yang dibaca, wajar juga disentuh mengenai bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar. Seperti dinyatakan, bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar, terutama dalam situasi rasmi, wajar memperlihatkan peningkatan mutu. Harapan ini sejajar dengar taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan.

Akan tetapi mutakhir ini, lebih-lebih lagi dalam situasi tidak rasmi, mutu bahasa Melayu yang dituturkan dan didengar, amatlah mengecewakan. Timbullah istilah 'bahasa rojak' dan sebagainya. 'Bahasa rojak' ini turut dipindahkan ke atas pentas, di rostrum ucapan dan diudarakan dalam penyiaran elektronik seperti radio dan televisyen. Akibatnya, bahasa Melayu tidak ditampilkan dengan citra yang baik dan yang sepatutnya. 'Bahasa rojak' terjadi kerana kelemahan penuturnya menguasai kosa kata, diksi dan aturan berbahasa dengan baik, bukan kelemahan bahasa Melayu itu sendiri.

Bahasa Melayu juga kerap kali dipinggirkan dalam ucapan atau acara yang sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan ini. Tokoh pemimpin pernah melakukannya. Agensi kerajaan pernah melakukannya. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pernah melakukannya. Pihak swasta pula memang tampaknya agak tidak menghiraukan bahasa kebangsaan kerana kurangnya peraturan serta pengawalan, serta tidak diberi contoh teladan yang boleh ditiru. Gejala ini wajar diperbaiki dan dihindari, bagi menjaga taraf dan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga