Monday, February 29, 2016

Srivijaya - 2 (Malaysia)

Empayar Zabag (Srivijaya - Zabaj - Sribuza) dari rekod-rekod catatan orang Arab dan Persia dikurun ke-9 zaman Daulah Abbasiyah memperihalkan sebuah empayar besar yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan kepulauan nusantara atau wilayah-wilayah dibawah empayar Srivijaya manakala Sribuza pula merupakan nama pusat pemerintahan empayar Zabag atau Srivijaya yang berpusat diSumatera.

Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh adalah penulis terawal menceritakan perihal empayar Islam Srivijaya yang digelar Zabag. Beliau merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Al-Mu'tamid pada kurun ke-9. Dizaman khalifah Al-Mu'tamid juga hidup para ulama Hadith iaitu Imam Bukhari rah., Imam Muslim rah.,Imam Abu Daud rah., Imam Tirmidzi rah. dan Imam Ibnu Majah rah.

Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh menjelaskan bahawa penguasa Zabag diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau dilaut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata: "Dipergunungan Zabag , terdapat ular-ular besar yang memakan manusia dan kerbau , dan mahupun memakan gajah (ular sawa yang besar). Negara ini menghasilkan pokok kapur barus gergasi dan terdapat pokok-pokok yang boleh memberikan bayangan kepada hampir seratus orang (lantaran amat besar saiznya)."


Ibn Khordadbeh mengambarkan kekayaan Maharaja Zabag dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram. 200 mann bermakna kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari. Dikhabarkan juga bahawa Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas kedalam air tasik lantaran begitu makmur dan kayanya empayar Zabag waktu itu.

Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab juga telah merekodkan nama Sribuza dan ini kemudiannya dicatit dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India. Kalah Bar ini samada dimaksudkan kerajaan Kedah Tua atau kerajaan diselatan India termasuk Sri Lanka dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya. Empayar Srivijaya pernah dilakarkan membesar sehingga selatan benua India dan malah sampai ke Madagaskar.

Abu Zayd Hassan juga ada menyampaikan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya ke dalam tasik sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya lantaran begitu makmur dan kayanya empayar Srivijaya waktu itu.

Abu Zayd Hassan seterusnya menyampaikan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer. Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang membuat baginda begitu murka dan seterusnya telah mengutus satu angkatan perang yang penuh kelengkapan untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut akhirnya ditawan dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.

Dinyatakan angkatan perang Zabag tidak merampas suatu apa pun semasa menawan Raja Khmer atas arahan Maharaja Zabag, tetapi datang hanya untuk menawan raja Khmer yang angkuh dan membawa kembali kepalanya diatas dulang sebagaimana apa yang mahu dilakukan oleh raja Khmer keatas Maharaja Zabag.

Al Masoudi ataupun nama sebenarnya Abu Al Hassan Ali Ibn Al Husayn Ibn Ali Al Masoudi, seorang ahli sejarah yang dilahirkan di baghdad, didalam bukunya yang bertajuk Muruj Adh Dhahab wa Al Ma'adin Al Jawhar (Meadows of Gold and Mines of Gem) turut merekodkan kisah-kisah mengenai Zabag dan Sribuza.

Al Masoudi dipetik sebagai berkata: "Dilautan Champa (Laut Cina Selatan) adalah milik empayar Maharaja , raja segala kepulauan, yang mentadbir empayar tanpa had dan mempunyai tentera yang tidak terhitung . Bahkan kapal yang paling laju diwaktu itu tidak dapat berlayar mengelilingi keseluruhan empayar ini dalam tempoh 2 tahun. Wilayah-wilayah dibawah kekuasaan Maharaja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kekuasaan empayar lain yang menghasilkan kemewahan seperti empayar ini (empayar Zabag/Srivijaya)".

Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni).

Abu Rayhan Al Biruni dipetik sebagai berkata: "Pulau-pulau timur dilautan ini (Laut Cina Selatan), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu sebagai Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas, kerana dengan mencuci hanya sedikit dari tanahnya, akan didapati banyak hasil-hasil emas...."

Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya digunakan buat rujukan diseluruh alam waktu itu dan digunakan oleh pengembara-pengembara terkenal seperti dari Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Vasco Da Gama dan mahupun Christopher Columbus.

Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar, berkenaan pemetaan empayar Zabag dipetik sebagai menyebut: "pada pantainya adalah kekuasaan seorang Raja dipanggil Mihraj , yang mempunyai sejumlah besar pulau-pulau yang ramai penduduknya dan subur, ditutup dengan ladang-ladang dan padang rumput, menghasilkan gading, kapur barus, buah pala, champur, cengkih, aloeswood, buah pelaga..."

Srivijaya - 1 (Malaysia)

Mengapa sejarah Srivijaya begitu penting dan apa kaitannya kepada sempadan kewujudan Malaysia hari ini. Memang tidak dinafikan kewujudan banyaknya kekerajaan-kekerajaan Melayu lain yang lebih awal terdahulu berkaitan dengan sejarah Malaysia seperti Gangga Negara, Perak Tua, Langkasuka dan lain-lain, namun zaman kewujudan Srivijaya adalah zaman dimana semua wilayah-wilayah Nusantara disatukan dibawah satu kerajaan Melayu dan ini disusuli seterusnya sehingga hari ini dibawah perlembagaan Negara Beraja diMalaysia.

Hatta bentuk Malaysia hari ini iaitu semenanjung Malaysia serta Kalimantan utara adalah salah satu bentuk terakhir kekerajaan Srivijaya, Melaka dan kemudian keSultanan Brunei dimana Brunei mengambil keputusan untuk menyendiri. Dengan ini, secara sejarah dan resminya semua negeri-negeri dalam Malaysia adalah selamanya dibawah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tindakan mana-mana pihak yang mahu memisahkan salah satu negeri-negeri dari Malaysia adalah tindakan pengkhianat dan wajar diperangi besar-besaran. Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan dari sekarang, itu adalah suatu kelalaian yang amat besar dan merugikan rakyat Malaysia.

Kekerajaan Melayu yang asalnya menguasai keseluruhan tanah rantau ini telah kehilangan buat selamanya-lamanya Sumetera yang kini dibawah Majapahit (Indonesia namanya hari ini) dan Patani yang kini dibawah Siam (Thailand namanya hari ini) manakala Singapore sebenarnya masih boleh dikatakan didalam kategori dijajah bangsa asing dibawah undang-undang.

Sabah dan Sarawak menyertai kembali dan menjadi sebahagian wilayah yang membentuk kekerajaan persekutuan tanah Melayu yang dinamakan Malaysia, bukan hanya menumpang untuk menjadi sebahagian Negara Malaysia kerana sejarah jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak asal sebenarnya adalah sama dengan negeri-negeri lain didalam Persekutuan Tanah Melayu, yang dulunya bersatu dibawah nama Srivijaya-Melaka dan kekal selamanya sebegitu.


- Chin- li- p`ishih menurut P.Pelliot ang G.Frrand (lihat Nicholl , 1980a ) adalah sebagai Srivijaya dan terjemahan Cina sendiri bermakna Vijayapura. Vijayapura dan Srivijaya bermakna sama seperti Vijaya bermakna kemenangan dimana nama Vijayapura adalah buat wilayah Srivijaya diutara Borneo (seperti nama Johor adalah penyataan buat negeri Johor yang berada didalam nagara Malaysia). Arab Buzurg ibn Shahriyar daripada Ramhormuz di dalam Ajaib al- Hind menyatakan Srivijaya Sumatera, tetapi dia juga menggambarkan satu lagi dalam bahasa Arab, Sribuza, suatu wilayah didalam empayar Srivijaya yang membina rumah-rumah terapung diteluk yang besar dimana air pasang dirasakan dua kali sehari. (Zabag atau Srivijaya adalah bermakna seluruh empayar manakala Sribuza adalah wilayah dibawahnya seperti Vijayapura ). Nicholl diakhiri dengan kenyataan bahawa bandar ini adalah diTeluk Brunei. Apa yang berkaitan dengan Funan ? Ekstrak daripada T`ang Shu dipetik dengan kenyataan bahawa adat dan produk hasilan Chin- li- p` - shih ( Borneo Srivijaya ) adalah sama seperti yang di Chenla ( Nicholl , 1980a : 221 ).


- Chin-li-p`ishih is regarded by P.Pelliot ang G.Frrand (see Nicholl, 1980a) as a variant of Chinese rendering of Srivijaya and is itself the Chinese rendering of Vijayapura. Vijayapura and Srivijaya mean the same thing as the root vijaya means victory and term are interchangable in the literature.Many town bore the name in ancient times and other descriptions indicate that the Vijayapura on north Borneo has not to confuse with the city on Sumatra. The Arab Buzurg ibn Shahriyar of Ramhormuz in his Ajaib al-Hind described the Sumatra Srivijaya, but he also described another in Arabic, Sribuza which build of houses floating on the great bay where the tide was felt twice a day. (Zabag or Srivijaya are mean the whole Kingdom while Sribuza are mean territory under it like Vijayapura). Nicholl concludes with statement that this city was base on Brunei Bay. What is the connection with Funan? the extract from the T`ang Shu quoted above concludes with the statement that the customs and products of Chin-li-p`-shih (the Borneo Srivijaya) are the same as those of Chenla (Nicholl, 1980a: 221).

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (6) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga