Saturday, January 07, 2017

Antara Bani Israel, Yahudi dan Zionis - 2

Ringkasan perbezaan antara ketiganya adalah dimana Bani Israel bermakna bangsa keturunan Nabi Yaakup, Yahudi bermakna agama manakala Zionis adalah suatu ideologi atau gerakan nationalisma untuk penguasaan keatas duniawi dari segala sudut politik dan ekonomi.

Perkataan Yahudi ini lazimnya merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah dianuti mengikut kitab-kitab terdahulu namun banyak darinya didapati telah diselewengkan. Lantaran itu sebahagian ulama menyatakan dari kisah didalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat atau curang bani Israel ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Sedang apabila Allah menceritakan mengenai kisah kebaikan dari kalangan bangsa ini seperti kisah para Anbiya kalangan mereka atau para solihan contohnya keluarga Imran serta Mariam ibu nabi Isa a.s, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.

Zionis pula biarpun ianya adalah suatu ideologi kebangsaan buat bani Israel yang diitubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland, namun ianya sebenarnya berakar dari golongan antara mereka yang mengunakan segala helah buat keuntungan serta kekuasaan pribadi seperti Samiri yang membuat patung anak sapi dari emas untuk disembah oleh Bani Israel. Atau kaum yang ingkar pada larangan Nabi Daud a.s agar tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, dimana mereka menggunakan helah memasang jerat hari Jumaat, membiarkan ikan terperangkap hari Sabtu manakala hari Ahad mereka berpesta menangkap ikan tersebut (membawa maksud, golongan pengejar kemewahan duniawi, kekuasaan serta mengunakan agama mereka hanya buat kepentingan duniawi mereka semata-mata). 

Ketika Nabi Musa a.s kebukit Thursina bermunajat kepada Tuhannya, Samiri mengumpulkan segala perhiasan emas yang banyak dibawa keluar oleh Bani Israel dari Mesir (semasa mereka melarikan diri dari Firaun dan askar-askarnya), dileburnya untuk dijadikan patung anak sapi, menyihir sehingga membuat patung anak sapi tersebut seakan bersuara. Maka Samiri berkata kepada mereka, ‘Ini adalah Tuhan kalian dan Tuhan Musa". Lalu berpestalah mereka menari dan bersukaria menyembah anak patung sapi tersebut.

Kisah Bani Israel yang menyembah patung anak sapi diceritakan dalam Al-Quran. Di antaranya adalah Surat Al-A”raaf ayat 148, “Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke bukit Thur Sinai, mereka membuat perhiasan-perhiasan (emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.”

Zionis adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Dari tapak ini nanti, bila terbinanya kembali Haikal/kuil Solomon, mereka mempercayai, seluruh dunia akan berada dibawah kekuasaan mereka.

Sekian lama, terdapat kalangan Yahudi yang terdiri dari para hartawan mendirikan pertubuhan rahsia yang disebut “Freemason” (Gerakan Pembangun Kebebasan). Tidak diketahui dengan pasti tentang siapa pendirinya dan bila ianya ditubuhkan. Pada tahun 1717, Freemason mulai mendeklarasikan pertubuhannya secara terbuka di Britain.


Melalui Freemason pada tahun 1890, Nathan Birnbaum untuk pertama kalinya memperkenalkan kata “Zionis” yang diambil dari kitab Taurat sebagai sebutan bagi Yerusalem dan Bangsa Israel. Lalu istilah “Zionis” dipopularkan oleh Theodore Hertzel pada tahun 1896 melalui bukunya yang berjudul “A Jewish State”.

Dari pertubuhan Freemason ini kemudian mendorong terbentuknya Illuminati untuk mendirikan Aturan Dunia Baru (New World Order). Illuminati yang dipelopori oleh Adam Welshaupt dan didirikan pada tanggal 1 Mei 1776, berjaya menarik para hartawan-hartawan dunia, samada kalangan Yahudi atau bukan Yahudi (goy) untuk melakukan persengkokolan dalam mewujudkan cita-cita Zionis, yang bukan saja hendak mendirikan Negara Israel tapi juga hendak menguasai dunia dari sudut penguasaan politik dan kewangan.

Selama lima tahun Adam Welshaupt menyusun buku yang berjudul The Novus Ordo Seclorum (yang akhirnya menjadi motto Illuminati, dicetak di wang kertas satu dollar US) yang berisi konsep-konsep, doktrin serta teori tentang pemerintahan global. Buku tersebut selesai pada 1 Mei 1776. Sebagai penghormatan terhadap dirinya,tarikh 1 Mei dijadikan perayaaan Komunis diseluruh dunia (Kapitalis dunia barat dan komunisme adalah sebenarnya cabang fahaman ciptaan Freemason dan Illuminati).

Antara Bani Israel, Yahudi dan Zionis - 1

Kaum Bani Israel adalah dari keturunan Nabi Yaakub a.s. (cucu Nabi Ibrahim a.s) yang melahirkan 12 kelompok Bani Israel dari 12 orang anak baginda. Anak-anak Nabi Yaakub a.s seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi (levi), Yehudah (Judah), Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Nabi adalah Nabi Yusuf a.s. 

Suku Bani Israel yang terbesar adalah dari suku Yehudah (Judah). Pada zaman Nabi Musa .a.s, suku Yehudah ini merupakan antara mereka yang amat taat pada agama dan lama-kelamaan kemudiannya agama yang mereka anuti digelar agama Yahudi. 

Lantaran itu bukan semua Bani Israel adalah Yahudi namun semua Yahudi adalah dari Bani Israel kerana mereka menganggap bahawa agama Yahudi diturunkan hanya untuk mereka semata-mata iaitu hanya dari keturunan darah mereka sahaja. Nabi Yusuf a.s contohnya, adalah dari kalangan Bani Israel tetapi bukan dari suku Yehudah dan bukan penganut agama Yahudi kerana kehadiran baginda adalah sebelum agama samawi Nabi Ibrahim digelar agama Yahudi. Sebelum digelar agama Yahudi, agama samawi Nabi Ibrahim adalah Islam (Muslim)


وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم
مُّسْلِمُونَ

(QS 2.132) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.


 مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Ibrahim bukan pula seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. (QS 3:67)

Antara rasul-rasul yang tercatit namanya didalam Al Quran yang diutus untuk kaum Bani Israel adalah Nabi Yusuf a.s, Nabi Ayub a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Ilyasa a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s, dan Nabi Isa a.s. Manakala Nabi Ibrahim a.s datuk kepada Nabi Yaakub a.s dan Nabi Isyak a.s iaitu bapa kepada Nabi Yaakub a.s bukan berketurunan Bani Israel kerana Bani Israel wujud selepas Nabi Yaakub a.s.
Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga