Monday, May 16, 2016

Persekutuan Tanah Melayu - Tanah Raksasa

Persekutuan Tanah Melayu yang pertama direkod oleh para sejarawan Cina adalah dikenali sebagai Tanah Raksasa - Kalathana (418 Masihi) dimana persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:
• .Kalathana (Kelantan)
• .Thanathana (Terengganu)
• .Gangga Negara (Perak)
• .Kuli (Pahang)


Dari asal 4 negeri ini, ianya kemudian menjangkau seluruh Segenting Kra dan seterusnya kepada kewujudan empayar Melayu Srivijaya yang menguasai keseluruhan tanah-tanah yang dikenali sebagai Negara Malaysia hari ini.

Negeri-negeri dalam persekutuan Tanah Melayu ini (Kalathana) bersetuju melantik Bhadreswararaja sebagai pemimpin persekutuan ini pada 418 Masihi. Bagaimana pun, Maharaja Champa yang tidak merestui persekutuan ini, menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menawan namun serangan tersebut dapat dipatahkan dan malah telah memberi Persekutuan Tanah Melayu ini kekuasaan yang lebih besar dengan kejayaan menguasai Langkasuka, Tambralingga dan seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra.

Empayar Campa pada waktu itu sebenarnya turut terlibat dalam siri peperangan dengan China dan ini merupakan suatu kredit buat kemenangan angkatan Persekutuan Tanah Melayu keatas angkatan tentera Campa.

Raja Kerajaan Funan yang dibawah naugan Empayar Champa, Wan Srestha, kemudiannya mempersiapkan armada tentera untuk menyerang Kalathana, namun bagaimana pun rancangan ini dapat dihidu oleh Bhadreswararaja. Diatas kebijaksanaan Bhadreswararaja, baginda melakukan hubungan diplomatik dengan Maharaja China dalam tahun 430 Masihi untuk melindungi Kalathana dimana Maharaja China kemudiannya telah menghantar surat kepada Funan agar hasrat serangan itu dibatalkan. 

Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan wilayah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga ke Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K’ou-lo-tan atau K’ou-lo-ch’ieh dalam rekod China.
Dari Persekutuan Tanah Melayu ini kemudiannya lahir kerajaan Srivijaya yang tanah kekuasaannya melangkaui seluruh Nusantara dan seterusnya melahirkan negara Malaysia sebagaimana yang dikenali hari ini.

- J.L. Meons (1937) believed that early Srivijaya was located in Kelantan (J.L. Moens (1937). Srivijaya Java en Kataha) and K.A. Nilakanta Sastri (1949) supported the idea. The Kelantan theory may not be far-fetched, since Chinese Sui Dynasty annals of the 7th century describe an advanced kingdom called Chi Tu or Raktamrittika (as in Kelantanese history) as being in Kelantan, which the name was later changed to "Sri Wijaya Mala". The founding of Sri Wijaya Mala was 667 BC with its capital called "Valai", and it was situated along the upper Kelantan river of Pergau, known for its rich gold mines. It was until 570 BC that the kingdom changed its name to Sri Wijaya.

Saturday, March 19, 2016

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 6

Terdapat pertembungan pendapat sehingga kehari ini berkenaan apakah bangsa Melayu berasal dari Taiwan atau sebaliknya iaitu dari Benua Sunda bangsa Melayu berimigrasi keutara Taiwan, sebagaimana juga dengan asal bahasa Austronesia-polinesia. 

Sebenarnya, diketemui hari ini banyak fakta dan logik bahawa bangsa Melayu berasal dari Benua Sunda dan bila dalam jarak waktu Benua Sunda ditenggelami air, maka berlaku penghijrahan kesekitar alamnya termasuk Taiwan.

Penduduk asli Taiwan iaitu kelompok Austronesia hanya berada diTaiwan dalam anggaran 8000 tahun dahulu sahaja sedangkan Benua Sunda telah diduduki jauh lebih lama dari itu. Penduduk asli Taiwan ini tiada kaitan dengan bangsa Cina dari Tanah Besar Cina dan bangsa Cina yang majoriti di Taiwan hari ini iaitu kalangan suku Han datang lewat abad-abad terkemudian.

Dari sesuatu rumpun bahasa asalnya, setelah berlalu waktu yang lama dan atas pengaruh sesuatu seperti budaya, kepercayaan, dialek, litaratur, slang dan lain-lain, mampu sahaja kemudiannya berpecah kepada ribuan bahasa seterusnya yang menjadi amat jauh perbezaannya. Bahasa Hebrew misalnya, adalah dari rumpun bahasa Sematik dari Mesopotamia, kemudian setelah zaman Nabi Ibrahim berhijrah ke Tebing Asia Barat dan melahirkan generasi Bani Israel maka wujud kemudian bahasa Hebrew yang amat berbeza dengan bahasa Arab yang juga dari kalangan bahasa Sematik.

Sebegitu juga bahasa Itali, Perancis, Portugis, Sepanyol, Suisse Romance yang kesemuanya berasal dari rumpun bahasa Latin namun kemudian berubah menjadi bahasa tersendiri yang jauh berbeza contohnya antara bahasa Perancis dengan bahasa Portugis. Atas itu juga terjadi contohnya perbezaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Jawa yang kedua-duanya berasal dari rumpun bahasa Austronesia.

Dalam buku Eden in The East, Profesor Stephan Oppenheimer berteori bahawa bahasa manusia modern terawal bermula dari kawasan Asia Tenggara. Saat Benua Sunda tenggelam dinaiki air, ramai dari penduduk Benua Sunda berimigrasi ke seluruh alam. 

Mereka bertebaran di muka bumi mula dari 8000 tahun tahun lalu (dimana waktu ini juga besar kemungkinan mereka sampai ke Taiwan) dengan membawa bahasa mereka yang kemudiannya berkembang menjadi bahasa-bahasa dunia yang ada sekarang. Oppenheimer menyatakan bahawa ada semacam anomali dalam pohon percabangan kelompok bahasa di dunia dan itulah kelompok bahasa Austronesia iaitu bahasa orang Nusantara dan orang Oseania.

Para ilmuwan dan pengkaji menduga, inilah satu-satunya bahasa purba yang dapat dijejak sehingga kehari ini yang menyebutnya sebagai Paleo-Hesperonesia dimana ada 30 bahasa di Nusantara yang termasuk dalam keluarga ini. 

Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia)
* Bahasa Kalimantan-Filipina atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Luar (Hesperonia Luar): terdiri dari banyak bahasa seperti Dayak Ngaju, Gorontalo, bahasa Bajau, bahasa-bahasa Minahasa, Tagalog, Cebuano, Hiligaynon, Ilokano, Kapampangan, Malagasi, dan Tausug
*
* Bahasa Malayo-Polinesia Inti
* Bahasa Sunda-Sulawesi atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Dalam (Hesperonia Dalam), contoh: Indonesia Barat, Bugis, Aceh, Cham (di Vietnam dan Kamboja), Melayu, Iban, Sunda, Jawa, Bali, Chamoru, dan Palau
* Bahasa Malayo-Polinesia Tengah-Timur
* Bahasa Malayo-Polinesia Tengah atau bahasa Bandanesia: sekitar Laut Banda yaitu bahasa-bahasa di Pulau Timor, Sumba, Flores, dan juga di Maluku
* Bahasa Malayo-Polinesia Timur atau disebut juga bahasa Melanesia
* Halmahera Selatan-Papua Barat-Laut: beberapa bahasa di pulau Halmahera dan sebelah barat pulau Irian, contohnya bahasa Taba dan bahasa Biak
* Bahasa Oseanik: Termasuk semua bahasa-bahasa Austronesia di Melanesia dari Jayapura ke timur, Polinesia dan sebagian besar Mikronesia


Sedang cabang terbesar adalah cabang Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa Austronesia dengan jumlah penutur terbesar iaitu kalangan Bahasa Melayu, Bahasa Jawa, Bahasa Sunda, Bahasa Madura, Bahasa Aceh, Bahasa Batak dan Bahasa Bali.

Rumpun bahasa Austronesia adalah sangat luas penyebarannya. Dari sebelah barat iaitu Madagaskar, Indonesia, Malaysia, Kamboja, Taiwan, Micronesia, New Zealand sehingga ke pulau paling timur Easter Island (Rapa Nui), Amerika Selatan. Melalui keluasan wilayahnya, bahasa Austronesia adalah bahasa yang paling luas penyebarannya sebelum penyebaran bahasa Arab serta juga bahasa-bahasa dari Benua Eropa.

Rumpun Bahasa Austronesia memiliki lebih kurang 1252 bahasa yang tercatat dan bahasa yang berasal dari Austronesia yang paling ramai penutur sekiranya dikira melalui populasi penduduk adalah Bahasa Melayu kerana ia dipertuturkan sebagai bahasa kebangsaan untuk negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Manakala bahasa Jawa yang mana kepulauan Jawa memiliki kepadatan penduduknya serta Bahasa Tagalog yang menjadi bahasa kebangsaan Filipina juga salah satu rumpun bahasa Austronesia yang ramai bilangan menuturkannya.

Secara Etimologi, kata austronesia sendiri berasal dari bahasa latin "Auster" yang bererti angin selatan, dan bahasa Yunani "Nesos" yang bererti pulau, kerana sebahagian besar wilayah dimana penduduknya menuturkan bahasa asalnya Austronesia adalah berada dipulau-pulau bahagian selatan Asia (kecuali Semenanjung Malaysia yang bercantum dengan Benua besar Asia melalui Segenting Kra dan juga Kamboja)

Bersambung...

Thursday, March 17, 2016

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 5

Sebelum penghijrahan insan kealam Benua Sunda, ianya merupakan benua yang alamnya menakutkan. Penghijrahan insan yang pertama iaitu jalur Ham dari Afrika, dianggarkan dalam 40000 tahun hingga 60000 tahun terdahulu hanya melintas melaluinya dan meneruskan perjalanan ke Benua Sahul. 

Dikatakan benua yang alamnya menakutkan kerana disini terletak deretan gunung-gunung berapi yang aktiv hatta ke hari ini. Contoh amat menakutkan adalah bagaimana dahsyatnya letupan Krakatau pada tahun 1883 yang bunyi dari letusannya terdengar sampai di Alice Springs, Australia dan Pulau Rodrigues dekat Afrika, yang berjarak 4653 kilometer. Manakala kekuatan ledakannya diperkirakan mencapai 30000 kali bom atom yang diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki oleh AS dalam perang dunia ke-dua.

Krakatau, kepulauan vulkanik yang masih aktif dan terletak di Selat Sunda iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera, pernah meletuskan lava berapinya menyebabkan perubahan iklim secara global. Dunia bergelap selama dua setengah hari akibat debu vulkanis yang menutupi atmosfera dan diberitakan matahari bersinar redup sampai setahun kemudian dan hamburan debunya sampai ke langit Norway serta New York.

Disamping itu juga, letupan Krakatua menyebabkan tsunami yang meragut 36000 nyawa. Itu baru letupan Krakatua, bayangkan pula letupan Gunung Tuba 75000 tahun dahulu yang menyebabkan turunnya suhu dunia selama berabad-abad akibat debunya yang menutup bumi. Disamping itu, saban waktu hatta sehingga kehari ini, tidak henti-henti adanya aktiviti gunung berapi yang aktiv sepanjang pinggir pelantar Sunda.

Akibat dari aktiviti gunung berapi yang berlaku dari sama ke semasa ini juga telah menukarkan benua Sunda menjadi suatu benua yang amat hijau dan subur tanah-tanah disekitarnya. Kedatangan penghijrahan kedua, iaitu dari jalur Sam, dianggarkan sekitar 40000 tahun hingga 20000 tahun dahulu, mewujudkan penempatan-penempatan insan dibenua Sunda dan bermulalah Bangsa Melayu-Austronesia dialam ini.

Dari benua Sunda ini kemudiannya berlaku penghijrahan seterusnya keutara Taiwan, China dan ke benua Amerika dengan terdapat fakta akan kaitan genetik bangsa asli benua Amerika dengan bangsa Asia Tengah. Manakala penghijrahan lainya adalah melalui lautan Pasifik dengan menunjukkan adanya penghijrahan Austronesia-Polinesia dari benua Sunda dalam anggaran 11500 tahun hingga 1000 tahun dahulu iaitu bergerak melalui jalan laut sehingga tersebarnya insan disekitar kepulauan Pasifik seperti contohnya pulau Hawai, pulau Eastern, Tahiti, New Zealand dan lain-lain.

Dari jalur Sam ini yang menghasilkan bangsa Asia Tengah, penghijrahan kealam benua Sunda dan seterusnya kebenua Amerika, terdapat juga teori lain yang menyatakan adanya penghijrahan terus dari Asia Tengah kebenua Amerika melalui bahagian utara iaitu Siberia, merentas Bering Strait dan memasuki benua Amerika. Dianggarkan usia penghijrahan kaum asli America adalah sama lebih kurang sama atau selepas usia penghijrahan ke benua Sunda iaitu dalam lingkungan 25000 hingga 20000 tahun dahulu.

Namun anggapan yang menyatakan adanya penghijrahan dari Asia Tengah melalui jalan utara kebenua Amerika ini kelihatan janggal sedikit kerana kawasan utara diwaktu tersebut adalah kawasan yang teramat dingin, dimana terpaksa melalui gunung-ganang serta gurun salji yang suhunya dalam berpuluh-puluh minus yang tidak memungkinkan ini berlaku. Maka teori yang menyatakan bahawa adanya penghijrahan dari Benua Sunda keutara melalui jalan persisiran pantai iaitu merentas Taiwan, Vietnam, China dan seterusnya menyeberangi ke benua Amerika kelihatan jauh lebih logik.

Tambahan iras-iras wajah, warna kulit dan penampilan fizikal penduduk benua Amerika terutamanya Amerika Selatan adalah hampir sama dengan orang Austronesia atau bangsa Melayu. Mungkin hanya kaum Eskimo kelihatan memiliki ciri-ciri atau iras-iras bangs Mongoloid iaitu bangsa Mongol atau Cina, sedang kaum asli lain dibenua America seperti Red Indian, kaum Inca dan lain-lain adalah lebih mirip pada bangsa Austronesia. Hatta tedapat disesebuah penempatan, budayanya mirip biarpun tidak didapati adanya hubungan contohnya budaya sesebuah kaum didalam hutan Amazon yang sama dengan budaya kaum Iban atau Dayak diSarawak seperti dengan bertatu, potongan rambut, alat-alat berburu, anyaman dan lain-lain.

Bersambung....

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 4




Bangsa Melayu berkemungkinan berasal dari Asia Tengah iaitu dari ras Turkic (bukan Mongoloid), ternyata atas beberapa faktor yang dimiliki samada dari jalur perjalanan penghijrahan dan budaya kebenua Sunda mahupun kepada rupa-paras contohnya tidak terlalu bermata sepet serta adanya kewujudan DNA yang menunjukan adanya kaitan. Bangsa Melayu adalah satu bangsa campuran keturunan nenek moyang dari Asia Tengah, Asia Timur serta timur selatan iaitu dikaitkan dengan bangsa Turkic (Y -DNA haplogroup 'R '); Formosan (Y -DNA haplogroup 'O' ), Micronesia (Y -DNA haplogroup 'K ') dan Polynesian (Y -DNA haplogroup 'C ' ').

Rata-ratanya dari iras muka antara bangsa Melayu dengan bangsa Turkic, nyata perbezaan yang besar hanyalah pada warna kulit dimana bangsa Melayu berkulit sawo matang atau coklat terang manakala bangsa Turkic berkulit cerah namun jelas, iklim yang diduduki disesebuah kawasan yang memakan ribuan tahun tentu sahaja memainkan peranan penting pada pigmen-pigmen untuk membentuk warna kulit sesebuah bangsa. Juga makanan ruji harian, contohnya antara nasi dengan gandum adalah juga sebab-sebab pada pembentukan rupa-paras buat generasi dalam angka ribuan tahun.

Dari kedudukan kapal Nabi Nuh yang berlabuh di Gunung Judi inilah memulakan proses lapisan generasi baru kehidupan insan dimuka bumi. Gunung Judi dalam sejarahnya terletak diwilayah Couduene, utara Mesopotamia dimana hari ini ianya berada didaerah Jazirat Ibn Umar, wilayah tenggara Anatolia negara Turki. Bersempadan dengan Syria dan juga Iraq dimana mengalirnya Sungai Dajlah atau Tigris.

- Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itu pun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim" - (Surah Hud : 44)

Ibnu Katsir rah. menjelaskan bahawa Bukit Judi adalah bukit besar yang berada disebelah timur Jazirah Ibnu Umar hingga ke sungai Dajlah, berada dipinggiran al Maushul, (panjang bukit itu) dari Selatan hingga Utaranya sepanjang tiga hari perjalanan dan memiliki ketinggian sepanjang setengah hari perjalanan. Ia adalah bukit yang hijau kerana ditumbuhi pepohon dari eek (kayu) yang disampingnya terdapat sebuah desa yang bernama desa ats tsamanin sebagai tempat tinggal orang-orang yang diselamatkan bersama Nabi Nuh a.s. Berkenaan lokasi ini, Ibnu Katsir rah. juga menyebutkan bahawa tidak hanya satu orang ahli tafsir yang menyebutkannya. 

Dari sinilah bermulanya gelombang-gelombang penghijrahan insan keseluruhan alam sebagaimana yang dinyatakan, tiga gelombang pertama iaitu anak Nabi Nuh bernama Ham membawa keluarga dan pengikutnya berhijrah kearah barat-selatan iaitu Benua Afrika melahirkan bangsa-bangsa Afrika, Yafit bergerak kearah utara melahirkan bangsa-bangsa Eropa-Rusian manakala Sam menetap di Asia Barat melahirkan bangsa disitu iaitu bangsa Arab, Arya, Yahudi dan lain-lain dan juga generasi dari Sam yang seterusnya berhijrah kearah timur melahirkan bangsa-bangsa Asia di sebelah Timur.



Abad dahulu, atas kekurangan ilmu, ahli ilmu barat hanya mengkatogorikan tiga kelompok ras insan iaitu Caucasoid (antara fizikalnya berkulit putih, berhidung mancung cthnya Eropa dll) Mongoloid (antara fizikalnya bermata sepet, bermuka bulat cthnya Mongol, Cina dll) dan Negroid (antara fizikalnya berkulit hitam, berambut kerinting cthnya Masai, Zulu dll) sedangkan kenyataan ini tidak benar sama sekali. Kewujudan insan dalam sejarah masa yang lama serta sejarah penghijrahan mereka yang membentuk bangsa-bangsa dunia hari ini jauh lebih kompleks dari semudah mengkatagorikan itu dan ini.

Bersambung...

Wednesday, March 16, 2016

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 3


Sebelum Benua Sunda ditengelami air dan terpisah-pisah, semua rumpun Melayu adalah dibawah suatu kerajaan. Jawa, Bugis, Bajau, Minang dan seterusnya hatta Semang, orang asli mahupun Iban adalah tertakluk didalam suatu bangsa Nusantara dibawah suatu kerajaan ketika itu.

Pusat Kerajaan bangsa Melayu Benua Sunda ini adalah terletak ditengah-tengah Benua Sunda iaitu antara Selatan Semenanjung Malaysia, Borneo Barat, Selatan Sumatera dan Jawa Barat (ada yang mendakwa ini sebenarnya bangsa Lumeria atau MU yang hilang tamadunnya ditelan zaman) dimana sistem pengangkutan utama adalah sungai-sungai yang mengalir diantaranya.

Merekalah yang dikatakan pencetus tamadun awal dunia dimana terbinanya sistem pertanian, kekerajaan, kelompok masyarakat dengan besar jumlahnya yang berkerja dibawah suatu komuniti seperti yang dikesan melalui pembinaan struktur Gunung Padang yang diagarkan seawal 20000 tahun lalu iaitu sebelum zaman ais terakhir yang menyebabkan paras air naik dan memisahkan benua Sunda sebagaimana peta hari ini.

Dari ketamadunan Benua Sunda juga kemudiannya menghasilkan kewujudan kekerajaan-kekerajaan bangsa Melayu hatta kepada kewujudan kerajaan Malaysia dan Indonesia hari ini. Salah satu jalur yang paling lama yang dapat dikesan ada kaitan dengan cabang kerajaan-kerajaan bangsa Melayu seperti Srivijaya, Majapahit, Mataram dan lain-lain adalah dari jalur Kerajaan Salakanagara atau boleh dipanggil Negara Salaka. 

Silsilah Kemahajaraan Sunda:

Kerajaan Salakanagara

1. Dewawarman I
2. Dewawarman II
3. Dewawarman III
4. Dewawarman IV
5. Dewawarman V
6. Dewawarman VI
7. Dewawarman VII
8. Dewawarman VIII


Kerajaan Tarumanagara atau Kerajaan Taruma adalah sebuah kerajaan yang pernah berkuasa di wilayah barat pulau Jawa pada abad ke-4 hingga abad ke-7 M.

1. Jayasingawarman (358 – 382) dia adalah menantu dari Dewawarman VIII
2. Dharmayawarman (382 – 395)
3. Purnawarman (395 – 434)
4. Wisnuwarman (434 – 455)
5. Indrawarman (455 – 515)
6. Candrawarman (515 – 535)
7. Suryawarman (535 – 561) Tahun 526 menantu Suryawarman yang bernama Manikmaya mendirikan kerajaan baru di wilayah Timur (dekat Nagreg Garut) yang kemudian cicit dari Manikmaya yang bernama Wretikandayun mendirikan kerajaan baru tahun 612 yang kemudian dikenal dengan nama kerajaan Galuh.


- Kerajaan Galuh adalah suatu kerajaan Sunda di pulau Jawa, yang wilayahnya terletak antara Sungai Citarum di sebelah barat dan Sungai Ci Serayu juga Cipamali (Kali Brebes) di sebelah timur. Kerajaan ini adalah penerus dari kerajaan Kendan, bawahan Tarumanagara.

8. Kertawarman (561 – 628)
9. Sudhawarman (628 – 639)
10. Hariwangsawarman (639 – 640)
11. Nagajayawarman (640 – 666)
12. Linggawarman (666 – 669) 


- Anak perempuan Linggawarman yang bernama Sobakancana menikah dengan Daputa Hyang Sri Jayanasa pendiri kerajaan Srivijaya, dan menghasilkan keturunan Kerajaan Srivijaya. 

Srivijaya/Sriwijaya disebut dengan berbagai macam nama. Orang Tionghoa menyebutnya Shih-li-fo-shih atau San-fo-ts'i atau San Fo Qi. Dalam bahasa Sanskerta dan bahasa Pali, kerajaan Sriwijaya disebut Yavadesh dan Javadeh. Bangsa Arab menyebutnya Zabaj dan Khmer menyebutnya Malayu. 

- Anak perempuan Linggawarman yang bernama Manasih menikah dengan Tarusbawa yang kemudian melanjutkan kerajaan Tarumanagara dengan nama kerajaan Sunda. Kerana Tarusbawa merubah nama kerajaan Tarumanagara menjadi kerajaan Sunda maka Wretikandayun pada tahun 612 menyatakan kerajaan Galuh adalah sebagai kerajaan yang berdiri sendiri bukan dibawah kekuasaan kerajaan Sunda walaupun sebenarnya kerajaan-kerajaan itu diperintah oleh garis keturunan yang sama hanya ibukotanya saja yang berpindah-pindah (Sunda, Pakuan, Galuh, Kawali, Saunggalah).

Kerajaan Sunda/Galuh/Saunggalah/Pakuan 

1. Tarusbawa (670 – 723)
2. Sanjaya/Harisdarma/Rakeyan Jamri (723 –732) ibu dari Sanjaya adalah putri Sanaha dari Kalingga sedangkan ayahnya adalah Bratasenawa (raja ke 3 kerajaan Galuh) Sanjaya adalah cicit dari Wretikandayun (kerajaan Galuh) Sanjaya kemudian menikah dengan anak perempuan Tarusbawa yang bernama Tejakancana.
3. Rakeyan Panabaran/Tamperan Barmawijaya (732 – 739) adalah anak Sanjaya dari isterinya Tejakancana. Sanjaya sendiri sebagai penerus ke 2 kerajaan Sunda kemudian memilih berkedudukan di Kalingga yang kemudian mendirikan kerajaan Mataram Kuno dan wangsa Sanjaya (mulai 732)
4. Rakeyan Banga (739 – 766)
5. Rakeyan Medang Prabu Hulukujang (766 – 783)
6. Prabu Gilingwesi (783 – 795)
7. Pucukbumi Darmeswara (795 – 819)
8. Prabu Gajah Kulon Rakeyan Wuwus (819 – 891)
9. Prabu Darmaraksa (891 – 895)
10. Windusakti Prabu Dewageng (895 – 913)
11. Rakeyan Kemuning Gading Prabu Pucukwesi (913 – 916)
12. Rakeyan Jayagiri Prabu Wanayasa (916 – 942)
13. Prabu Resi Atmayadarma Hariwangsa (942 – 954)
14. Limbur Kancana (954 – 964)
15. Prabu Munding Ganawirya (964 – 973)
16. Prabu Jayagiri Rakeyan Wulung Gadung (973 – 989)
17. Prabu Brajawisesa (989 – 1012)
18. Prabu Dewa Sanghyang (1012 – 1019)
19. Prabu Sanghyang Ageng (1019 – 1030)
20. Prabu Detya Maharaja Sri Jayabupati (1030 – 1042) Ayah Sri Jayabupati (Sanghyang Ageng) menikah dengan putri dari Srivijaya (ibu dari Sri Jayabupati) sedangkan Sri Jayabupati sendiri menikah dengan putri Dharmawangsa (adik Dewi Laksmi istri dari Airlangga)
21. Raja Sunda XXI
22. Raja Sunda XXII
23. Raja Sunda XXIII
24. Raja Sunda XXIV
25. Prabu Guru Dharmasiksa
26. Rakeyan Jayadarma, isteri Rakeyan Jayadarma adalah Dyah Singamurti/Dyah Lembu Tal anak dari Mahesa Campaka, Mahesa Campaka adalah anak dari Mahesa Wongateleng, Mahesa Wongateleng adalah anak dari Ken Arok dan Ken Dedes dari kerajaan Singhasari.


27. Anak Rakeyan Jayadarma dengan Dyah Singamurti bernama Sang Nararya Sanggrama Wijaya atau lebih dikenal dengan nama Raden Wijaya. Kerana Jayadarma meninggal di usia muda dan Dyah Singamurti tidak mahu tinggal lebih lama di Pakuan maka pindahlah Dyah Singamurti dan anaknya Raden Wijaya ke Jawa Timur yang kemudian Raden Wijaya menjadi Raja Majapahit pertama.

Menurut Pustaka Rajya Rajya i Bhumi Nusantara ,disusun oleh Kesultanan Cirebon dan termasuk kedalam Naskah Wangsakerta, Raden Wijaya adalah putra pasangan Rakyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal. Ayahnya adalah putra Prabu Guru Darmasiksa, raja Kerajaan Sunda Galuh, sedangkan ibunya adalah putri Mahisa Campaka dari Kerajaan Singhasari. Dengan demikian, Raden Wijaya merupakan perpaduan darah Sunda dan Jawa. Setelah Rakyan Jayadarma tewas diracun musuhnya, Lembu Tal pulang ke Singhasari membawa serta Wijaya. Dengan demikian, Raden Wijaya seharusnya menjadi raja ke-27 Kerajaan Sunda Galuh. Sebaliknya, ia mendirikan Majapahit setelah tewasnya raja Kertanegara, raja Singhasari terakhir, yang merupakan sepupu ibunya.

Bersambung....

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 2

Penemuan Gunung Padang di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, cukup mengejutkan dunia khususnya para pengkaji arkeologi kerana berasaskan penelitian, pembinaan struktur di Gunung Padang diperkirakan berusia sekitar 13000 tahun hingga 20000 tahun.

Ini bererti, peradaban di Gunung Padang adalah jauh lebih tua dari peradaban Mesopotamia dan Pyramid Giza di Mesir, yang selama ini dipercaya sebagai peradaban tertua di dunia. Penemuan ini mampu mengubah peta peradaban dunia.

Laporan dikeluarkan oleh laboratorium Beta Analytic Miami, Florida menyatakan lapisannya dari kedalaman sekitar 5 meter sampai 12 meter adalah berusia sekitar 14500 – 23000 SM atau pun lebih tua dari itu. 

1- Umur dari lapisan tanah di dekat permukaan (60 cm di bawah permukaan) ,sekitar 600 tahun SM (hasil carbon dating dari sampel yg diperoleh Arkeolog, Dr. Ali Akbar,anggota tim riset terpadu di Laboratorium Badan Atom Nasional (BATAN).

2- Umur dari lapisan pasir-kerikil pada kedalaman sekitar 3-4 meter di Bor-1 yang melandasi Situs Gunung Padang di atasnya (sehingga bisa dianggap umur ketika Situs Gunung Padang di lapisan atas dibuat) sekitar 4700 tahun SM atau lebih tua (diambil dari hasil analisis BATAN.


3- Umur lapisan tanah urug di kedalaman 4 meter diduga man made stuctures (struktur yang dibuat oleh manusia)dengan ruang yang diisi pasir di bawah Teras 5 pada Bor-2,sekitar 7600-7800 SM (Laboratorium BETA Miami, Florida).


4- Umur dari pasir yang mengisi rongga di kedalaman 8-10 meter di Bor-2, sekitar 11.600-an tahun SM atau lebih tua (Lab Batan).


5- Umur dari lapisan dari kedalaman sekitar 5 meter sampai 12 meter,sekitar 14500 – 25000 SM/atau lebih tua (lab BETA Miami Florida).


Struktur Megalitikum Gunung Padang ditemukan pada 1914 dan merupakan struktur sejarah terbesar di Indonesia. Menurut Hilman, struktur yang terletak di antara gunung berapi, pohon pisang dan perkebunan teh ini berada di ketinggian 885 meter di atas permukaan laut.

Hilman, ahli geologi senior di Pusat Penelitian Geoteknik Indonesia, menyatakan, puing-puing struktur yang mulai terlihat sejak dari lereng gunung yang dianggap sakral oleh penduduk lokal. Hilman yakin bahwa struktur Gunung Padang dibangun untuk pemujaan atau tujuan astronomi.

"Orang-orang mengira bahwa zaman prasejarah adalah primitif, namun monumen ini membuktikan mereka salah," kata Hilman kepada Daily Mail, Selasa 8 April 2015.

"Sebahagian besar situs kuno itu buatan manusia, mungkin dibangun oleh generasi beberapa abad sebelum kita," katanya.

"Jika itu dibangun untuk pemujaan, orang-orang prasejarah ini pasti membangunnya dengan cara mendaki sambil menumpuk batu seperti piramida. Menumpuk batu adalah cara kuno dalam membangun bangunan tinggi," katanya.

Biar pun, sehingga kini belum dapat dipastikan apakah tujuan sebenar pembinaan di struktur Gunung Padang (samada tempat beribadat, penginapan dll), namun yang pasti, ia adalah suatu penemuan tentang adanya tamadun terawal insan diBenua Sunda.

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 1

Benua Sunda adalah sebuah wilayah di Asia Tenggara yang mencakup seluruh kawasan Nusantara hari ini, yang mana sebelum zaman ais berakhir, ianya adalah suatu dataran yang bermulanya tamadun insan. Benua Sunda adalah termasuk Semenanjung Melayu, Pulau Kalimantan, Jawa, Sumatera dan pulau-pulau disekitarnya. Batas timur Benua Sunda adalah garis Wallace, yang diidentifikasi oleh Alfred Russel Wallace sebagai batas timur pergunungan fauna dan menjadi batas ecozones Indomalaya dengan Australasia. 

Laut Cina Selatan dan daratan disekelilingnya telah diteliti oleh ilmuwan seperti Molengraf dan Umbgrove, yang telah mendalilkan dataran kuno yang sekarang tenggelam menjadi perairan. Ini dipetakan oleh Tjia pada tahun 1980 dan dijelaskan secara lebih rinci oleh Emmel dan Curray pada tahun 1982 yang lengkap dengan istilah Delta Sungai, dataran air dan tanah berlumpur.

Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Kajian genetik 2009 yang diterbitkan oleh 2009 Human Genome Organization Pan-Asian SNP Consortium menemukan bahwa Asia pada awalnya dibangun oleh manusia melalui rute tunggal Selatan. Migrasi datang dari Afrika melalui India, ke Asia Tenggara dan pulau-pulau di Pasifik, dan kemudian ke daratan Asia Timur dan Utara.

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau "express train" yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan. 

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara. Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina. 

Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi. Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak 5,000 tahun lalu. 

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia /Malaysia(benua sunda) ke seluruh dunia. Sementara Penyelidik sejarah dan penulis IAAM, Zaharah Sulaiman berkata pembentukan bangsa Melayu bermula daripada nenek moyang Orang Asli Asal yang berlabuh di benua Sunda lebih 60,000 tahun lalu.

Menurutnya, kajian tersebut terbukti berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah dijalankan terhadap Orang Asli dengan tulang-tulang manusia prasejarah. Bangsa Melayu semakin berkembang apabila berlakunya aktiviti merantau dan penghijrahan yang seterusnya membentuk beberapa suku kaum etnik komposisi Melayu Proto serta Orang Asli Asia Tenggara.

Penyelidikan oleh pakar arkeologi pra-sejarah dunia juga menunjukkan kemungkinan besar bahawa bangsa Melayu adalah manusia yang terawal menanam padi serta menjinakkan binatang untuk dipelihara di benua Sunda. 



Bersambung....

Srivijaya - 3 (Malaysia)

Bendera Malaysia hari ini adalah dari lambang warisan kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya dengan jalur merah dan putih yang kemudian jalur merah putih ini dipakai oleh kebanyakan kerajaan selepasnya seperti kerajaan Kadiri dan termasuklah kerajaan Majapahit. Umbul-umbul Majapahit ialah bendera berjalur merah putih yang juga dipanggil umbul-umbul abang putih. Jalur merah putih ini bukanlah berasal daripada Amerika Syarikat tetapi sebaliknya ia berasal daripada wilayah Nusantara dimana bendera British India Company adalah ubahsuai dari bendera kapal (umbul-umbul) Empayar Majapahit yang berkibaran di merata pelusuk Kepulauan Rempah yakni Nusantara pada saat awal kedatangan mereka. Oleh kerana British East India Company yang berpengkalan di India mahu menguasai perdagangan hingga ke China, mereka perlu menempuh laluan kibaran bendera Majapahit.

Pengubahsuaian umbul-umbul Majapahit ini diguna-pakai oleh British East India Co. agar kelihatan ketimuran atas nama British East. Oleh kerana British East India Co. telah terlibat membiaya kumpulan British di dalam Civil War diAmerika Utara hingga pihaknya menang dan berjaya menubuhkan Amerika Syarikat, bendera British East India Co. telah dipakai sebagai bendera tidak rasmi Amerika Syarikat, sebuah negara baru merdeka dengan 13 buah negeri tercantum dan dengannya diubah jalur merah putih kepada 13 jalur.

Monopoli perniagaan teh oleh British East India Co. diAmerika Utara telah merubah landskap politik tanah-tanah jajahan Eropah di sana sehinggakan mereka mampu mempengaruhi kemerdekaan Amerika Syarikat dari Britain pada 4 Julai 1776 dan menggunakan bendera British East India Co. Kemasukan negara-negara jajahan Eropah yang lain ke dalam persekutuan Amerika Syarikat telah mengubah bendera itu kepada rupanya hari ini. Hakikat ini cuba ditutup oleh sesetengah ahli akademik Amerika Syarikat bagi mengelakkan tersingkapnya peranan British East India Company dalam kewujudan negara tersebut namun kenyataannya tidak dapat dinafikan.

- It has been suggested that the stripes were inspired by the flag of the Majapahit Empire, whose flags may still have flown across the Spice Islands in the Company's early days.

At the time of the American Revolution the East India Company flag would have been identical to the Grand Union Flag. The flag probably inspired the Stars and Stripes (as argued by Sir Charles Fawcett in 1937).

Comparisons between the Stars and Stripes and the Company's flag from historical records present some convincing arguments. The John Company flag dates back to the 1600s whereas the United States adopted the Stars and Stripes in 1777.

The stripes and gridlike appearance of the flag gave rise to several pieces of imperial slang. Most notably is the phrase 'riding the gridiron'; this referred to travelling on a ship flying the company flag to / from India. Majapahit was one of the last major empires in the history of Indonesia and Southeast Asia (1293-1527), and renown for its maritime strength

It is argued that local Malay flags (similar to the Majapahit Empire's flag) were flown during the East India Company's era and inspired its flag. The Majapahit Empire's and East India Company's flag had 9 stripes of red and white.

- Jalur Gemilang adalah sebutan bagi bendera nasional Malaysia. Bendera ini bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, bermula dengan garis merah di sebelah bawah, yang melambangkan jumlah anggota dalam persekutuan 13 negara dan Kerajaan Persekutuan.

Jalur Gemilang bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, di mana jumlah 13 melambangkan jumlah negara bahagian atau persekutuan, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan satu buat Wilayah Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua memuat gambar bulan sabit melambangkan Agama Islam - agama resmi Malaysia.

Monday, February 29, 2016

Srivijaya - 2 (Malaysia)

Empayar Zabag (Srivijaya - Zabaj - Sribuza) dari rekod-rekod catatan orang Arab dan Persia dikurun ke-9 zaman Daulah Abbasiyah memperihalkan sebuah empayar besar yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan kepulauan nusantara atau wilayah-wilayah dibawah empayar Srivijaya manakala Sribuza pula merupakan nama pusat pemerintahan empayar Zabag atau Srivijaya yang berpusat diSumatera.

Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh adalah penulis terawal menceritakan perihal empayar Islam Srivijaya yang digelar Zabag. Beliau merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Al-Mu'tamid pada kurun ke-9. Dizaman khalifah Al-Mu'tamid juga hidup para ulama Hadith iaitu Imam Bukhari rah., Imam Muslim rah.,Imam Abu Daud rah., Imam Tirmidzi rah. dan Imam Ibnu Majah rah.

Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.

Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh menjelaskan bahawa penguasa Zabag diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau dilaut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata: "Dipergunungan Zabag , terdapat ular-ular besar yang memakan manusia dan kerbau , dan mahupun memakan gajah (ular sawa yang besar). Negara ini menghasilkan pokok kapur barus gergasi dan terdapat pokok-pokok yang boleh memberikan bayangan kepada hampir seratus orang (lantaran amat besar saiznya)."


Ibn Khordadbeh mengambarkan kekayaan Maharaja Zabag dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram. 200 mann bermakna kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari. Dikhabarkan juga bahawa Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas kedalam air tasik lantaran begitu makmur dan kayanya empayar Zabag waktu itu.

Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab juga telah merekodkan nama Sribuza dan ini kemudiannya dicatit dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India. Kalah Bar ini samada dimaksudkan kerajaan Kedah Tua atau kerajaan diselatan India termasuk Sri Lanka dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya. Empayar Srivijaya pernah dilakarkan membesar sehingga selatan benua India dan malah sampai ke Madagaskar.

Abu Zayd Hassan juga ada menyampaikan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya ke dalam tasik sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya lantaran begitu makmur dan kayanya empayar Srivijaya waktu itu.

Abu Zayd Hassan seterusnya menyampaikan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer. Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang membuat baginda begitu murka dan seterusnya telah mengutus satu angkatan perang yang penuh kelengkapan untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut akhirnya ditawan dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.

Dinyatakan angkatan perang Zabag tidak merampas suatu apa pun semasa menawan Raja Khmer atas arahan Maharaja Zabag, tetapi datang hanya untuk menawan raja Khmer yang angkuh dan membawa kembali kepalanya diatas dulang sebagaimana apa yang mahu dilakukan oleh raja Khmer keatas Maharaja Zabag.

Al Masoudi ataupun nama sebenarnya Abu Al Hassan Ali Ibn Al Husayn Ibn Ali Al Masoudi, seorang ahli sejarah yang dilahirkan di baghdad, didalam bukunya yang bertajuk Muruj Adh Dhahab wa Al Ma'adin Al Jawhar (Meadows of Gold and Mines of Gem) turut merekodkan kisah-kisah mengenai Zabag dan Sribuza.

Al Masoudi dipetik sebagai berkata: "Dilautan Champa (Laut Cina Selatan) adalah milik empayar Maharaja , raja segala kepulauan, yang mentadbir empayar tanpa had dan mempunyai tentera yang tidak terhitung . Bahkan kapal yang paling laju diwaktu itu tidak dapat berlayar mengelilingi keseluruhan empayar ini dalam tempoh 2 tahun. Wilayah-wilayah dibawah kekuasaan Maharaja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kekuasaan empayar lain yang menghasilkan kemewahan seperti empayar ini (empayar Zabag/Srivijaya)".

Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni).

Abu Rayhan Al Biruni dipetik sebagai berkata: "Pulau-pulau timur dilautan ini (Laut Cina Selatan), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu sebagai Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas, kerana dengan mencuci hanya sedikit dari tanahnya, akan didapati banyak hasil-hasil emas...."

Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya digunakan buat rujukan diseluruh alam waktu itu dan digunakan oleh pengembara-pengembara terkenal seperti dari Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Vasco Da Gama dan mahupun Christopher Columbus.

Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar, berkenaan pemetaan empayar Zabag dipetik sebagai menyebut: "pada pantainya adalah kekuasaan seorang Raja dipanggil Mihraj , yang mempunyai sejumlah besar pulau-pulau yang ramai penduduknya dan subur, ditutup dengan ladang-ladang dan padang rumput, menghasilkan gading, kapur barus, buah pala, champur, cengkih, aloeswood, buah pelaga..."

Srivijaya - 1 (Malaysia)

Mengapa sejarah Srivijaya begitu penting dan apa kaitannya kepada sempadan kewujudan Malaysia hari ini. Memang tidak dinafikan kewujudan banyaknya kekerajaan-kekerajaan Melayu lain yang lebih awal terdahulu berkaitan dengan sejarah Malaysia seperti Gangga Negara, Perak Tua, Langkasuka dan lain-lain, namun zaman kewujudan Srivijaya adalah zaman dimana semua wilayah-wilayah Nusantara disatukan dibawah satu kerajaan Melayu dan ini disusuli seterusnya sehingga hari ini dibawah perlembagaan Negara Beraja diMalaysia.

Hatta bentuk Malaysia hari ini iaitu semenanjung Malaysia serta Kalimantan utara adalah salah satu bentuk terakhir kekerajaan Srivijaya, Melaka dan kemudian keSultanan Brunei dimana Brunei mengambil keputusan untuk menyendiri. Dengan ini, secara sejarah dan resminya semua negeri-negeri dalam Malaysia adalah selamanya dibawah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tindakan mana-mana pihak yang mahu memisahkan salah satu negeri-negeri dari Malaysia adalah tindakan pengkhianat dan wajar diperangi besar-besaran. Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan dari sekarang, itu adalah suatu kelalaian yang amat besar dan merugikan rakyat Malaysia.

Kekerajaan Melayu yang asalnya menguasai keseluruhan tanah rantau ini telah kehilangan buat selamanya-lamanya Sumetera yang kini dibawah Majapahit (Indonesia namanya hari ini) dan Patani yang kini dibawah Siam (Thailand namanya hari ini) manakala Singapore sebenarnya masih boleh dikatakan didalam kategori dijajah bangsa asing dibawah undang-undang.

Sabah dan Sarawak menyertai kembali dan menjadi sebahagian wilayah yang membentuk kekerajaan persekutuan tanah Melayu yang dinamakan Malaysia, bukan hanya menumpang untuk menjadi sebahagian Negara Malaysia kerana sejarah jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak asal sebenarnya adalah sama dengan negeri-negeri lain didalam Persekutuan Tanah Melayu, yang dulunya bersatu dibawah nama Srivijaya-Melaka dan kekal selamanya sebegitu.


- Chin- li- p`ishih menurut P.Pelliot ang G.Frrand (lihat Nicholl , 1980a ) adalah sebagai Srivijaya dan terjemahan Cina sendiri bermakna Vijayapura. Vijayapura dan Srivijaya bermakna sama seperti Vijaya bermakna kemenangan dimana nama Vijayapura adalah buat wilayah Srivijaya diutara Borneo (seperti nama Johor adalah penyataan buat negeri Johor yang berada didalam nagara Malaysia). Arab Buzurg ibn Shahriyar daripada Ramhormuz di dalam Ajaib al- Hind menyatakan Srivijaya Sumatera, tetapi dia juga menggambarkan satu lagi dalam bahasa Arab, Sribuza, suatu wilayah didalam empayar Srivijaya yang membina rumah-rumah terapung diteluk yang besar dimana air pasang dirasakan dua kali sehari. (Zabag atau Srivijaya adalah bermakna seluruh empayar manakala Sribuza adalah wilayah dibawahnya seperti Vijayapura ). Nicholl diakhiri dengan kenyataan bahawa bandar ini adalah diTeluk Brunei. Apa yang berkaitan dengan Funan ? Ekstrak daripada T`ang Shu dipetik dengan kenyataan bahawa adat dan produk hasilan Chin- li- p` - shih ( Borneo Srivijaya ) adalah sama seperti yang di Chenla ( Nicholl , 1980a : 221 ).


- Chin-li-p`ishih is regarded by P.Pelliot ang G.Frrand (see Nicholl, 1980a) as a variant of Chinese rendering of Srivijaya and is itself the Chinese rendering of Vijayapura. Vijayapura and Srivijaya mean the same thing as the root vijaya means victory and term are interchangable in the literature.Many town bore the name in ancient times and other descriptions indicate that the Vijayapura on north Borneo has not to confuse with the city on Sumatra. The Arab Buzurg ibn Shahriyar of Ramhormuz in his Ajaib al-Hind described the Sumatra Srivijaya, but he also described another in Arabic, Sribuza which build of houses floating on the great bay where the tide was felt twice a day. (Zabag or Srivijaya are mean the whole Kingdom while Sribuza are mean territory under it like Vijayapura). Nicholl concludes with statement that this city was base on Brunei Bay. What is the connection with Funan? the extract from the T`ang Shu quoted above concludes with the statement that the customs and products of Chin-li-p`-shih (the Borneo Srivijaya) are the same as those of Chenla (Nicholl, 1980a: 221).

Sunday, January 10, 2016

Air 2

Segala kehidupan bermula dari air, insan mahupun segala haiwanat bermula dari setitik air yang tumpah kerahim sang ibu dan didalam rahim sang ibu secara langsung atau didalam kelopak telur memerlukan air didalamnya buat sekian tempuh sebelum sang bayi dilahirkan atau tetas telurnya. Benih-benih tumbuhan juga memerlukan air untuk tumbuh dan tanpa air, tiada satu pun tumbuhan mampu hidup. Namun begitu, Allah mampu menjadikan segalanya wujud tanpa asbab air. Allah jadikan Nabi Adam a.s tanpa perlu proses setitik air tumpah kedalam rahim ibu mahupun proses mengandungnya seorang ibu dan manakala Hawa yang dijadikan dari rusuk Nabi Adam a.s juga tidak melalui segala proses kelahiran seperti insan biasa. Allah jadikan Nabi Isa a.s juga tanpa perlu seorang ayah. Inilah kekuasaan Allah Taala yang menjadikan segala asbab buat kewujudan sesuatu namun Allah juga tidak memerlukan asbab untuk mewujudkan sesuatu, asbab atau sebab hanya dijadikan buat ujian insan.

Djerba... Dezember.. 2015... zarch

Air 1

Air, bermulanya segala kehidupan, dimana adanya air maka kehidupan dapat bermula ( namun ini bukan membawa maksud teori Darwin yang menyatakan bahawa segala kehidupan bermula dari laut, berubah-ubah bentuk setelah sekian lama proses evolusi iaitu dari ikan berenang kemudian tumbuh kaki macam katak naik kedarat kemudian jadi monyet, jadi manusia jadi alien dan entah apa tah...) tapi maksud kehidupan bermula dari air adalah lantaran Allah jadikan air sebagai sumber asbab pada wujudnya segala kehidupan sebagaimana Allah jadikan matahari sebagai sumber asbab adanya cahaya disiang hari dan Allah tidak memerlukan sebarang asbab, sedang asbab dijadikan untuk ujian buat insan memahami kekuasaan Allah.... Faham ta...

Djerba... Dezember 2015.. zarch

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga