Saturday, March 19, 2016

Bangsa Melayu dari Benua Sunda - 6

Terdapat pertembungan pendapat sehingga kehari ini berkenaan apakah bangsa Melayu berasal dari Taiwan atau sebaliknya iaitu dari Benua Sunda bangsa Melayu berimigrasi keutara Taiwan, sebagaimana juga dengan asal bahasa Austronesia-polinesia. 

Sebenarnya, diketemui hari ini banyak fakta dan logik bahawa bangsa Melayu berasal dari Benua Sunda dan bila dalam jarak waktu Benua Sunda ditenggelami air, maka berlaku penghijrahan kesekitar alamnya termasuk Taiwan.

Penduduk asli Taiwan iaitu kelompok Austronesia hanya berada diTaiwan dalam anggaran 8000 tahun dahulu sahaja sedangkan Benua Sunda telah diduduki jauh lebih lama dari itu. Penduduk asli Taiwan ini tiada kaitan dengan bangsa Cina dari Tanah Besar Cina dan bangsa Cina yang majoriti di Taiwan hari ini iaitu kalangan suku Han datang lewat abad-abad terkemudian.

Dari sesuatu rumpun bahasa asalnya, setelah berlalu waktu yang lama dan atas pengaruh sesuatu seperti budaya, kepercayaan, dialek, litaratur, slang dan lain-lain, mampu sahaja kemudiannya berpecah kepada ribuan bahasa seterusnya yang menjadi amat jauh perbezaannya. Bahasa Hebrew misalnya, adalah dari rumpun bahasa Sematik dari Mesopotamia, kemudian setelah zaman Nabi Ibrahim berhijrah ke Tebing Asia Barat dan melahirkan generasi Bani Israel maka wujud kemudian bahasa Hebrew yang amat berbeza dengan bahasa Arab yang juga dari kalangan bahasa Sematik.

Sebegitu juga bahasa Itali, Perancis, Portugis, Sepanyol, Suisse Romance yang kesemuanya berasal dari rumpun bahasa Latin namun kemudian berubah menjadi bahasa tersendiri yang jauh berbeza contohnya antara bahasa Perancis dengan bahasa Portugis. Atas itu juga terjadi contohnya perbezaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Jawa yang kedua-duanya berasal dari rumpun bahasa Austronesia.

Dalam buku Eden in The East, Profesor Stephan Oppenheimer berteori bahawa bahasa manusia modern terawal bermula dari kawasan Asia Tenggara. Saat Benua Sunda tenggelam dinaiki air, ramai dari penduduk Benua Sunda berimigrasi ke seluruh alam. 

Mereka bertebaran di muka bumi mula dari 8000 tahun tahun lalu (dimana waktu ini juga besar kemungkinan mereka sampai ke Taiwan) dengan membawa bahasa mereka yang kemudiannya berkembang menjadi bahasa-bahasa dunia yang ada sekarang. Oppenheimer menyatakan bahawa ada semacam anomali dalam pohon percabangan kelompok bahasa di dunia dan itulah kelompok bahasa Austronesia iaitu bahasa orang Nusantara dan orang Oseania.

Para ilmuwan dan pengkaji menduga, inilah satu-satunya bahasa purba yang dapat dijejak sehingga kehari ini yang menyebutnya sebagai Paleo-Hesperonesia dimana ada 30 bahasa di Nusantara yang termasuk dalam keluarga ini. 

Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia)
* Bahasa Kalimantan-Filipina atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Luar (Hesperonia Luar): terdiri dari banyak bahasa seperti Dayak Ngaju, Gorontalo, bahasa Bajau, bahasa-bahasa Minahasa, Tagalog, Cebuano, Hiligaynon, Ilokano, Kapampangan, Malagasi, dan Tausug
*
* Bahasa Malayo-Polinesia Inti
* Bahasa Sunda-Sulawesi atau bahasa Malayo-Polinesia Barat Dalam (Hesperonia Dalam), contoh: Indonesia Barat, Bugis, Aceh, Cham (di Vietnam dan Kamboja), Melayu, Iban, Sunda, Jawa, Bali, Chamoru, dan Palau
* Bahasa Malayo-Polinesia Tengah-Timur
* Bahasa Malayo-Polinesia Tengah atau bahasa Bandanesia: sekitar Laut Banda yaitu bahasa-bahasa di Pulau Timor, Sumba, Flores, dan juga di Maluku
* Bahasa Malayo-Polinesia Timur atau disebut juga bahasa Melanesia
* Halmahera Selatan-Papua Barat-Laut: beberapa bahasa di pulau Halmahera dan sebelah barat pulau Irian, contohnya bahasa Taba dan bahasa Biak
* Bahasa Oseanik: Termasuk semua bahasa-bahasa Austronesia di Melanesia dari Jayapura ke timur, Polinesia dan sebagian besar Mikronesia


Sedang cabang terbesar adalah cabang Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa Austronesia dengan jumlah penutur terbesar iaitu kalangan Bahasa Melayu, Bahasa Jawa, Bahasa Sunda, Bahasa Madura, Bahasa Aceh, Bahasa Batak dan Bahasa Bali.

Rumpun bahasa Austronesia adalah sangat luas penyebarannya. Dari sebelah barat iaitu Madagaskar, Indonesia, Malaysia, Kamboja, Taiwan, Micronesia, New Zealand sehingga ke pulau paling timur Easter Island (Rapa Nui), Amerika Selatan. Melalui keluasan wilayahnya, bahasa Austronesia adalah bahasa yang paling luas penyebarannya sebelum penyebaran bahasa Arab serta juga bahasa-bahasa dari Benua Eropa.

Rumpun Bahasa Austronesia memiliki lebih kurang 1252 bahasa yang tercatat dan bahasa yang berasal dari Austronesia yang paling ramai penutur sekiranya dikira melalui populasi penduduk adalah Bahasa Melayu kerana ia dipertuturkan sebagai bahasa kebangsaan untuk negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Manakala bahasa Jawa yang mana kepulauan Jawa memiliki kepadatan penduduknya serta Bahasa Tagalog yang menjadi bahasa kebangsaan Filipina juga salah satu rumpun bahasa Austronesia yang ramai bilangan menuturkannya.

Secara Etimologi, kata austronesia sendiri berasal dari bahasa latin "Auster" yang bererti angin selatan, dan bahasa Yunani "Nesos" yang bererti pulau, kerana sebahagian besar wilayah dimana penduduknya menuturkan bahasa asalnya Austronesia adalah berada dipulau-pulau bahagian selatan Asia (kecuali Semenanjung Malaysia yang bercantum dengan Benua besar Asia melalui Segenting Kra dan juga Kamboja)

Bersambung...

No comments:

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga