Tuesday, December 13, 2011

Arab Winter: Karim Jabari


Arab Winter: Karim Jabari Artist Profile from The Narcicyst on Vimeo.


Under Pressure X The Medium Presents

Arab Winter Exhibition and Show Live at Fresh Paint Gallery, 180 St-Catherine East, December 2nd 2011. Arab Winter is a Multimedia, multi-disciplinary event with musicians, painters, calligraphists, graffiti artists and short films. It is the first show in a series by this collective of Artists.


madefromwords.com

Karim Jabbari began his artistic journey at the tender age of twelve. His difficult childhood was eased by a passion for calligraphy, allowing him to express what he could not in words. Later in life and far from home, calligraphy became a reminder of where he came from and what he left behind. His love for the Arabic language intensified as he began to delve deeper into its beautiful letters, words, and syllables. Always searching for an original concept to breathe more vibrancy and life into his creations, Karim’s work is continuously evolving. Classic Kufic and Maghrebi calligraphy are featured in many of his compositions. This preference arises from the strong pull towards his North African background and his belief in keeping dying traditions alive.


About Letters of Rebellion


Karim’s contribution is meant to explore the hidden meanings of the Arab revolution and expose the human hopes that are expressed by people standing up for their rights. Jabari will put forward a series of calligrahy and abstract paintings on canvases, wood and glass of different sizes and shapes.

Monday, December 12, 2011

Vision dimasa hadapan



Golden age of Science Fiction (zaman keemasan sains fiksi) adalah zaman dimana begitu banyaknya imaginasi yang dituangkan dalam berbagai karya mengambarkan dunia-dunia fiksi atau dunia masa hadapan. Salah seorang daripada author sains fiksi adalah Poul Anderson yang merupakan penulis novel sains fiksi terkenal dengan menghasilkan berpuluh-puluh novel berbentuk sains fiksi.


Dari zaman keemasan sains fiksi ini juga, banyaknya watak-watak atau cerita-cerita fiksi yang boleh dikira hampir semua kanak-kanak mahupun orang dewasa mengenalnya seperti Superman, Green Lantern, The Demolished Man, Ultraman, Transformer dan lain-lain juga seperti film-film Star Trek, The Twilight Zone, Metropolish, Flash Golden dan lain-lain.

Dunia hari ini pun, banyak mengambil idea-idea dari zaman keemasan sains fiksi ini dan dilanjutkan dengan siri-siri yang darinya dikaut keuntungan dalam bentuk berbillion-billion dollar setiap tahun. Film Star Wars, Spiderman, Hulk, Transformer dan seterusnya adalah sebahagian dari contoh idea-idea lepas yang dilanjutkan, dengan dilengkapi efek-efek elektronik terkini membuatkan filem-filem tersebut lebih realiti gambarannya.

Dari imaginasi-imaginasi sains fiksi ini juga, tidak dapat dinafikan akan pengaruh darinya yang meresap diminda-minda kalangan rakyat ramai akan vision buat keadaan masa hadapan mahupun akan bagaimana membentuk realiti yang dihajati dimasa hadapan. Contohnya perjalanan kebulan seperti dari opera "Le voyage dans la luna" oleh Jacques Offenbach, novel "The First Men in the Moon" yang dikarang oleh H.G Wells pada tahun 1901 serta setahun kemudiannya dijadikan sebagai inspirasi filem sains fiksi yang pertama bertajuk "A Trip to the Moon" oleh Georges Melies, mempengaruhi minda-minda insan seterusnya untuk sampai kebulan.

Dan dikira kejayaan sampai kebulan adalah puncaknya kemajuan yang dicapai oleh insan samaada telah benar-benar mendarat dibulan pada tarikh 20 Julai 1969 atau disangkal kebenarannya diatas fakta-fakta tertentu seperti sehingga hari ini, dimana satelite dengan teleskop-teleskop canggih yang dapat mengambil gambar dimuka bumi dengan jelas serta mengambil gambar-gambar bintang-bintang yang beratus-ratus tahun kelajuan cahaya jauhnya dari muka bumi, tidak dapat mengambil gambar tempat pendaratan manusia yang pertama kebulan dengan jelas.

Insan sebenarnya sentiasa memerlukan imaginasi-imaginasi yang hebat untuk dunia realitinya bukan imaginasi-imaginasi dunia tahyul seperti dari filem-filem hantu yang merosakkan minda. Dimana sekiranya dapat ditampilkan imaginasi-imaginasi tersebut dalam gambaran yang sebenar, ia adalah suatu kejayaan yang bukan sahaja secara langsung menarik pihak lain mengkaguminya serta meletakkan suatu pengikhtirafan, tetapi merupakan pemangkin kearah yang lebih kehadapan.

Contohnya, bangunan berkembar Petronas dan bandar Putra-jaya yang semasa dibina, dikritik oleh sesetengah pihak akan projek-projek tersebut hanyalah membazirkan wang namun setelah terbina, ia bukan sahaja menarik pengikhtirafan dunia akan kemampuan Malaysia sebagai negara sedang membangun dengan acuannya tersendiri, tetapi terdapat juga kalangan-kalanagn pihak-pihak yang mengkritiknya suatu masa dahulu, kini begitu ketagihan untuk mengambil-alih kuasa keatasnya.

Dalam pada itu, semua vision-vision untuk masa hadapan seperti reka-bentuk bangunan-bangunan, cara pemakaian, cara kehidupan dan lain-lain, seperti contohnya dari imaginasi-imaginasi melalui sains fiksi, adalah cenderung mengikut pegangan hidup siimaginasi disesuatu zaman tersebut. Lantas dari itu, perlunya usaha-usaha meramaikan para imaginasi-imaginasi yang pegangan hidupnya selari dengan ajaran Islam agar segala vision untuk masa hadapan adalah sentiasa dalam acuan agama Islam, dimana agama Islam ini sendiri adalah merupakan kunci kejayaan tidak kira dizaman mana pun.

Saturday, December 10, 2011

Populasi dunia - 9




Hakikatnya, yang menjadi persoalan utama dalam setiap kehidupan adalah kualiti bukan kuantiti. Kuantiti mudah sahaja dikira bilangan angka kehidupan yang dibelakangnya berderet angka-angka kosong seperti juta-juta, billiion-billion, trillion-trillion dan seterusnya tanpa penghujung dan penyelesaian tetapi kualiti adalah untuk pengiraan sebenar keadaan buat setiap angka kehidupan yang wujud.


Dengan angka populasi dunia yang kini 7 billion dan angka ini diperhitungkan semakin meningkat disamping meningkatnya segala kemudahan-kemudahan untuk memenuhi segala hajat keperluan hidup serta juga disamping meningkatnya segala alat-alat untuk membantu kehidupan seperti ubat-ubatan, pengetahuan-pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan seterusnya, apakah benar kehidupan buat setiap insan dalam angka 7 billion itu semakin meningkat kualitinya?

Apakah benar dengan segala yang dikuasai oleh insan seperti pengetahuan tentang alam ini iaitu dari untuk bentuk fizikal sehinggalah kebentuk mental membantu menerapkan kualiti hidup kepada kuantiti sebenar segala kehidupan dari haiwanat, tumbuh-tumbuhan serta insan didunia hari ini? Atau apakah sebaliknya yang terjadi, iaitu hanya sekelompok kuantiti kecil yang mengaut keuntungan untuk memperbaiki kualiti hidupnya serta memenuhi segala hajatnya, sedang kuantiti besar semakin buruk keadaan kualiti hidup mereka seperti contohnya, semakin ramai kuantiti insan bermakna semakin tingginya permintaan makanan terhadap daging-daging haiwan yang mana ini merosakkan 100% kualiti hidup haiwan-haiwan tersebut dimana banyaknya haiwan yang tersiksa sepanjang hidupnya kerana segala fitrah kehidupan haiwanatnya dirampas oleh insan?

Apakah benar bahawa dunia yang dikatakan semakin maju, penuh kemewahan serta segalanya cekap dan pantas dengan kehadiran berbagai bentuk peralatan elektronik ini menyebabkan semakin sihat pemikiran serta jiwa insan-insan didalam kuantiti angka yang besar atau apakah sebaliknya yang terjadi dimana begitu besar kuantiti insan yang wujud hari ini, tertekan jiwanya serta tiada kualiti hidup yang sebenar untuk jiwanya lantaran sedaya-upaya siang dan malam cuba mencapai segala kemewahan yang dianggap dapat meningkatkan kualiti hidupnya?

Dan pertanyaan yang utama buat mereka yang beragama Islam, yang mempercayai akan kewujudan Allah yang Esa dan mempercayai Nabi Muhamad itu pesuruh Allah, pada angka-angka umat Islam kini yang mencecah 2.1 billion dimana merupakan kuantiti angka penganut agama yang terbesar didunia hari ini, apakah setiap darinya memiliki kualiti iman yang sebenar sebagai seorang Islam dan mengamalkan agamanya atau hanya memiliki nama-nama sebagai seorang Islam yang menambahkan kuantiti umat Islam tetapi tidak kualiti keIslamannya?

Sebagaimana pepatah Melayu yang menyebut, tepuk dada tanya selera, maka untuk ini rasanya sesuai adanya pepatah baru berbunyi tepuk dahi tanya jawapan, kerana jawapannya sendiri adalah bagaimana setiap insan dapat berfikir dalam bentuk yang wajar serta berunsur kemanusiaan untuk mengatur dan mengurus kehidupan yang ada dalam mencapai kualiti yang sebenar yang wajar hadir untuk setiap kuantiti insan serta segala kehidupan lain yang wujud.

Bebalisme, iaitu tumpul pemikiran, adalah perkataan yang jelas wujud dan dihidupkan oleh sebahagian besar kuantiti insan didunia hari inilah yang menyebabkan kualiti hidup insan semakin buruk keadaannya. Fikiran yang bebal adalah kerana nafsu-nafsu mazmumah yang ditunggangi semata-mata oleh insan serta tiada usaha-usaha untuk berpesan-pesan buat mengikut pedoman sebenar tentang kehidupannya, dimana ini bukan sahaja memburukkan kualiti hidupnya tetapi juga menyebabkan pihak-pihak lain juga terjerumus sama kearah yang membinasakan. Lazim terdengar, bilamana sahaja terdapat pihak-pihak yang memperkatakan sesuatu yang hak, maka dirinya akan dipandang sinis atau ganjil dalam masyarakat yang kehidupan sehariannya adalah dalam bebalisme.

Sedari usia kanak-kanak, lazimnya diajar akan bagaimana untuk menguasai kehidupan dunia dipersekitarannya tetapi tidak diajar bagaimana menguasai dunia didalam dirinya. Lantas, fikirannya hanya digunakan dibawah sesuatu yang memanipulasikan dirinya dari dunia persekitarannya tetapi lepa untuk berfikir akan dunia diri insan yang sebenar. Dunia kehidupan dirinya yang sebenar atas kelahirannya dimuka bumi ini dan kemana arah seterusnya selepas kehidupan ini.

Sedangkan, Nabi Muhamad s.a.w telah diutus untuk menunjukkan suatu jalan bukan sahaja untuk penyelesian bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh insan tetapi merupakan suatu jalan buat kejayaan yang sebenar didunia mahupun diakhirat. Salah satu contoh yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah bagaimana kehidupan zuhud didunia ini merupakan suatu kehidupan contoh penyelesaian buat sekelian insan.

Dengan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w ini, insan-insan bukannya sebagai mesin-mesin untuk memproduk sebanyak mungkin kuantiti insan-insan yang ada didunia hari ini, tetapi sebagai insan yang memproduk seterusnya insaniah-insaniah yang berkualiti keadaan diri mereka.

Kekadang, umat Islam melakukan kesilapan dalam pemahaman sabdaan Nabi Muhamad seperti hadis riwayat Baihaqi tentang memperbanyakkan zuriat iaitu lebih kurang maknanya;

"Kahwinlah wanita yang subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang banyak berbanding umat-umat yang lain"

Kesilapan ini kerana tidak menyabitkan dengan sabdaan-sabdaan yang lain yang mana diutamakan kualiti umat Islam, bukan kuantiti sebagaimana contohnya hadis tentang amaran akan keadaan akhir zaman dimana umat Islam begitu ramai kuantitinya, tetapi tiada kualiti sehingga dipermainkan semudahnya oleh pihak-pihak asing.

Hadis riwayat Thauban r.a yang lebih kurang maknanya:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahaba r.anhum pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.
Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahaba bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahaba bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Wednesday, December 07, 2011

Populasi dunia - 8




Perkataan terlebih populasi (over population) adalah lazim kedengaran terutama buat negara-negara yang begitu padat penduduknya seperti China, India, Indonesia dan lain-lain. Juga lantaran populasi insan kini mencapai 7 billion, maka ianya juga digunakan buat angka menyeluruh populasi insan yang kian meningkat.

Sedang makna perkataan terlebih populasi sebenarnya digunakan untuk penyataan akan perkara hajat yang diperlukan untuk menampung kehidupan seharian seperti bahan makanan, air minuman, tempat tinggal dan lain-lain tidak mencukupi lantaran ramainya jumlah insan yang mengatasi bahan keperluan tersebut yang sedia ada.

Lalu pertanyaan yang timbul, apakah benar bumi ini tidak dapat menampung jumlah 7 billion insan yang wujud hari ini atau dalam kata lain, dunia hari ini mengalami terlebih populasi (over population)? Apakah benar bahawa akan perkara hajat yang diperlukan buat menampung kehidupan harian seperti bahan makanan dan air tidak mencukupi? Apakah benar tanah untuk diduduki mahupun udara untuk bernafas tidak mencukupi untuk sekian jumlah insan yang wujud hari ini?

Persoalan akan berkaitan dengan terlebih populasi adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang dihadapi oleh kebanyakkan insan hari ini. Contoh yang jelas akan pasangan yang berkira-kira untuk melakukan perancangan keluarga (family planing) adalah besar bilangannya dibandingkan dengan pasangan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penambahan zurait mereka. Perancangan keluarga ini lebih ketara terutama dikawasan-kawasan yang padat penduduknya atau dikawasan-kawasan yang maju berbanding kawasan yang sebaliknya.

Rata-rata dinegara-negara maju atau kota-kota urban didunia hari ini, purata zuriat buat setiap keluarga adalah 2 orang dan bagi sesetengah negara seperti contohnya kebanyakkan negara-negara dibenua Eropa, purata bagi setiap pasangan adalah hanya setengah bayi kerana ramainya pasangan-pasangan yang tidak memiliki bayi atau melahirkan bayi bila usia telah meningkat melebihi umur pertengahan.

Mungkin ini boleh dikatakan berlaku secara spontan kerana keadaan hidup yang dilalui seperti kos kehidupan atau standart kehidupan yang meningkat, semakin ramai yang mementingkan karier-karier dari memiliki keluarga, masalah moral yang meruntuhkan insitusi berkeluarga dan lain-lain, namun tidak dinafikan bahawa kekhuatiran akan terlebih populasi adalah juga faktor utama.

Sebenarnya, perancangan keluarga mahupun menjarakkan tahun-tahun kelahiran anak-anak adalah suatu yang amat positif, tetapi meragui akan rezeki yang dikurniakan buat setiap jiwa yang lahir adalah suatu sangkaan yang besar silapnya. Sesejak berjuta tahun, sebelum kehadiran insan dimuka bumi, telah wujud berjuta kehidupan lain dan sehinggalah kehari ini, sesungguhnya, tiadalah campur tangan insan dalam menyatakan apakah rezeki atau bagaimanakah bentuk rezeki untuk setiap kehidupan tersebut.

Sebagaimana berjuta tan ikan-ikan yang ditangkap dan dijual dalam pasar-pasar seluruh dunia saban hari, sedang esok tetap ada ikan yang ditangkap dan dijual seakan-akan tiada penghujung habisnya ikan-ikan tersebut, dimana jelas bukanlah dari kemampuan insan untuk menyediakan makanan buat ikan-ikan yang wujud dan bukanlah kemampuan insan untuk memikir bagaimana setiap ikan-ikan tersebut mendapat rezekinya.

Sebegitu juga dengan segala bentuk akan perkara hajat yang diperlukan buat sesuatu kehidupan seperti udara yang mana kehidupan bergantung kepadanya samada oksigen yang dihidu, proses pembentukkan awan dan hujan dalam mengawal suhu bumi sehinggalah kepada perisai dalam menghalang agar sinar ultraviole, semuanya tersedia ada tanpa campur-tangan insan menciptanya. Hatta nafas yang dilakukan oleh berbillion-billion insan mahupun segala haiwanat saban detik adalah luar dari kemampuan insan menyediakannya.

Namun yang menjadi masalah besar adalah kemampuan insan dalam menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat yang diperlukan buat segala kehidupan didunia ini. Bukan sahaja buat kehidupan lain seperti haiwanat mahupun tumbuh-tumbuhan yang dirosakkan akan perkara hajat buat kehidupan mereka, malah kehidupan insan itu sendiri dirosakkannya atas nafsu serakah yang ditunggangi.

Kemampuan menghancurkan atau merosakkan ini adalah kaitannya dengan ikhtiar yang ada pada insan dalam merobah kehidupan yang dimiliki atau kehidupan persekitarannya. Ikhtiar ini sewajarnya untuk diusahakan buat perkara-perkara yang membantu insan dan kehidupan lainnya, namun atas nafsu-serakah yang tidak dibendung atau tidak mengikut petunjuk-petunjuk yang membawa kearah kebaikan, insan melakukan proses menjahanamkan semuanya samada disedarinya atau tidak.

Contoh yang jelas bagaimana insan menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat buat kehidupan adalah dengan semata-mata hanya mementingkan keperluan nafsu dirinya, lalu berlakunya percemaran alam dari segala sudut seperti diruang udara, tanah mahupun air. Dimana ini semua menyukarkan kehidupan seterusnya bukan sahaja kepada insan, malah kepada seluruh kehidupan yang wujud.

Manakala contoh lain yang mana menyebabkan gejala terlebih populasi adalah dimana suatu makanan yang kuantitiya dapat menampung 3 atau 4 orang tetapi dimakan kesemuanya hanya oleh seorang sebagaimana sesuatu penempatan yang tanahnya subur dan dapat diusahakan untuk menampung beratus-ratus keluarga petani tetapi kesemua hasilnya dimonopoli dengan berbagai helah oleh seorang petani kaya yang rakus serta mahupun hasil bumi sesuatu negara yang dapat dimanfaatkan buat membantu penduduk negara tersebut, dirampas oleh pemimpin bentuk diktaktor negara tersebut buat kesenangan hanya untuk diri serta keluarganya.

Bersambung...








Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga