Saturday, July 17, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 2


Tahun 750 – 1250 M adalah juga digelar zaman Kegemilangan Islam (Islamic Golden Age) kerana dizaman ini, penerokaan didalam segala bidang pengetahuan dimulai samaada dari para-para ulama, para-para ahli fikir, ahli sains, jurutera-jurutera, jurubina-jurubina, para-para seniman atau sastrawan dan lain-lain yang mana kesannya membawa perubahan seterusnya kepada seluruh alam diwaktu itu mahupun sehingga kehari ini.

Walaupun dizaman ini, terjadi juga beberapa siri peperangan seperti peperangan dengan pengikut Syiah dan juga peperangan dengan pengikut Nasrani seperti peperangan Salib yang pertama (1095-1099 M), kedua (1147-1149 M), ketiga (1189-1192 M), keempat (1202-1204) dan seterusnya, namun begitu, dizaman ini lebih ditumpukan kepada pengetahuan dan penerokaan didalam setiap bidang atau perkara-perkara yang baru. Hatta diwaktu peperangan Salib, banyaknya ilmu-ilmu dalam bidang tertentu dari daerah Islam dibawa masuk keEropa.

Contohnya dalam bidang astronomi, al-Fazari seorang astronom Islam yang pertama menyusun astrolobe, al-Farghani (diEropa dikenali sebagai Al-Faragnus), menulis ringkasan ilmu astronomi yang kemudiannya diterjemah kedalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona dan Johannes. Dalam bidang optikal, Abu Ali al-Hassan ibn al-Haitsami (diEropa dikenali sebagai Alhazen), didalam bidang kimia, Jabir ibn Hayyan, didalam bidang matematik, Muhamad ibn Musa al-khawarizmi (yang mencipta ilmu algebra), didalam bidang sejarah dan geografi, al-Masudi yang menghasilkan karya Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir.

Didalam bidang kedoktoran, nama ar-Razi dan Ibnu Sina (dikenali Eropa sebagai Avicenna) adalah cukup terkenal. Ar-Razi adalah tokoh pertama yang membezakan antara penyakit cacar dengan measles dan merupakan mereka yang pertama menyusun buku mengenai kedoktoran. Sesudahnya, Ibn Sina yang juga seorang ahli falsafah, berhasil menemukan sistem peredaran darah pada manusia. Diantara karyanya adalah al-Qoonuun fi al-Thibb yang merupakan ensiklopedi kedoktoran paling besar dalam sejarah.

Zaman ini juga, pengawalan keatas pencemaran alam telah dimulai seperti apa yang didapati tulisan-tulisan al-Kindi, al-Razi, Ibn al-Jazzar, al-Tamimi, Ibn Sina, Ali ibn Ridwan, Abdul Latif dan Ibn al-Nafis yang mana mereka memperkatakan tentang pencemaran air, pencemaran udara, tanah, sistem pembuangan atau perkumuhan sampah-sarap dan seterusnya. Ini kerana terutamanya diwaktu itu, telah terbina kota-kota raya lalu diperlukan suatu sistem seperti sistem pengaliran air dan serta perkumuhannya.

Sebegitu juga dengan senibina-senibina berbentuk ciri Islamik berkembang dengan pesat terutama kerana pembangunan-pembangunan kota-kota raya samaada yang dibawah kerajaan Abbasiyah mahupun diAndalusia. Yang mana pembinaan kotanya bukan sahaja disudut pembinaan bangunan-bangunan tetapi diatur secara sistematik dengan jalan-jalan raya, lampu-lampu yang menerangi kota dimalam hari, sistem pengaliran, pusat-pusat aktiviti ekonomi berserta dengan segala kemudahan-kemudahan awam termasuk masjid-masjid dan hospital-hospital.

Dalam zaman Kekerajaan Abbasiyah jugalah yang merubah sejarah kepada penguasaan bangsa Islam yang bukan berasal dari bangsa Arab berkembang contohnya bangsa Turki membina Kekerajaan Seljuk dan seterusnya kepada Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923) yang mana merupakan salah suatu kuasa terbesar sebelum dikalahkan dalam perang dunia pertama.

Zaman Kerajaan Abbasiyah juga merupakan zaman peningkatan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi dan kota Basrah merupakan pelabuhan utama antara Timur dan Barat. Kemuncak Kerajaan Abbasiyah adalah dizaman Khalifah Harun ar-Rasyid rah. (786-809 M) dan puteranya Khalifah al-Maimun (813-833 M). Kekayaan yang didapati, dimanfaatkan oleh Khalifah Harun al-Rasyid untuk sekelian rakyat seperti untuk keperluan sosial, pendidikan samaada dalam bidang agama dan juga duniawi, mendirikan hospital-hospital, mempertinggikan kebudayaan serta kesusasteraan dan seterusnya.

Bersambung...

Saturday, July 10, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 1


Sejarah memainkan peranan penting dalam mengenal akan sebab-sebab kehadiran sesuatu, perubahan kepada apa yang berlaku suatu waktu dahulu, hari ini mahupun kesan dihari muka samaada untuk geografi alam, keadaan sesuatu masyarakat mahupun kepada setiap individu, penawar-penawar untuk sesuatu permasaalahan yang timbul, penghuraian akan jalur jalan hidup atau pegangan yang diikuti dan seterusnya.

Tanpa menoleh kepada sejarah adalah seperti pokok yang tumbuh tidak berakar iaitu biarpun setinggi mana pokok tersebut tumbuh, namun hakikatnya ia mudah tumbang hatta dengan hembusan angin yang lembut. Atau juga seperti rumah yang dibina tanpa tiang, sebegitu mudah runtuh.

Mungkin ada yang berpendapat, sejarah hanyalah kisah-kisah untuk mengubat kekosongan atau kebosanan hidup mahupun hanyalah merupakan mata-pelajaran yang wajib dihafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi sebenarnya jauh dari itu, kepentingan sejarah adalah dimana darinya insan mengenal jati-dirinya, mengenal apa yang dapat membantunya, mengenal faktor-faktor akan keruntuhan yang menimpa pada diri mahupun pada masyarakat am dan seterusnya.

Perubahan-perubahan hidup sekelian insan dan alam bila hendak dikaji dari mana dan mengapa ia sebegitu adalah dari lipatan sejarah. Dan untuk mencari penawar untuk sekian-sekian soalan yang mana bukan hanya untuk soalan dikertas peperiksaan tetapi soalan buat kehidupan sebenar adalah wajar juga ditoleh akan apakah sebab asalnya atau kesan dari sesuatu.

Pertanyaannya, apakah sesuatu sejarah itu sememangnya sebagaimana yang disampaikan mahupun difaktakan atau berubah kerana sesuatu sebab? Atau apakah disebalik sebenarnya akan hakikat terjadinya sesuatu sejarah? Apakah kesan diatas sejarah merubah atau terubah? Yang pastinya, sejarah memberi jawapan dan sejarah juga memberi soalan.

Contohnya, ramai insan yang percaya Genghis Khan dengan bala-benteranya menyerbu kota Baghdad dan memusnahkan segala yang ada, melakukan masakar besar-besaran, menghapuskan segala kitab-kitab yang terselit sejuta ilmu dari pengkaji-pengkaji Islam diwaktu itu. (dalam mana ada yang menuduh penyerangan itu adalah kerana umat Islam diwaktu itu bertindak tidak adil kepada kaum lain yang dibawah taklukan mereka dan juga dengan tuduhan-tuduhan yang lain)

Sedangkan sebenarnya, yang menyerang kota Baghdad bukanlah Genghis Khan tetapi adalah cucunya iaitu Haluga Khan. Dan cerita-cerita akan ketidak-adilan yang dilakukan umat Islam adalah propaganda sahaja kerana setiap kaum yang dibawah taklukan Kerajaan Abbasiyah adalah diberi hak untuk mengamalkan kebudayaan mereka, hatta Kerajaan Abbasiyahlah yang mengembalikan kedudukan bangsa selain bangsa Arab contohnya bangsa Parsi yang mana dizaman sebelumnya iaitu zaman Hajaj Bin Yusuf, bangsa Parsi hanyalah merupakan bangsa kelas kedua.

Dan bila dikaji lebih mendalam kisah disebalik penghancuran kota Bagdad, pertamanya haruslah disedari, ibu serta isteri kepada Haluga Khan yang menghancurkan kota Baghdad, membunuh jutaan nyawa orang Islam yang tidak berdosa, menguasai dengan penuh kekejaman serta kezaliman dikawasan Islam yang ditakluk, adalah merupakan penganut agama Nasrani exstrem dan komplot yang dilakukan untuk menghancurkan kota Bagdad adalah telah dirancang sedari awal kerana dari kota ini, tamadun Islam mahupun agama Islam itu sendiri tersebar secara meluasnya. Ramai kalangan mereka yang bukan Islam datang kekota Baghdad, membawa kembali bukan sahaja ilmu yang dipelajari tetapi juga kepercayaan kepada agama Islam yang baru dianuti.

Mungkin benar, sebab-sebab lain adalah kerana umat Islam disitu sendiri tersilap arah jalan lantaran terlalu banyaknya ilmu sedang kurangnya amalan terutama amalan berpesan-pesan buat kebaikan antara mereka, kerana tanpa amalan yang sebenar, ilmu hanyalah sebagai maklumat seperti kelahiran fikiran Mutazilah dan lain-lain, namun tidak dilupai juga, dizaman itu, lahirnya sebegitu banyaknya alim-ulamak hak yang membawa umat seterusnya dijalan kebenaran. Contohnya Imam Mahzab iaitu Imam Hanafi rah., Imam Maliki rah., Imam Syafii rah. dan Imam Hambali rah., serta sebegitu juga dengan para muhadith seperti Imam Bukhari rah., Imam Muslim rah., Imam Tirmizi rah., Imam Nasai rah. dan seterusnya, semuanya adalah berada dibawah zaman Kekerajaan Abbasiyah.

Bersambung...

Sunday, July 04, 2010

Tenung bintang



Teleskop Angkasa Hubble (HST) sebuah teleskop yang mengelilingi Bumi, diberi nama kepada ahli astronomi Edwin Hubble kerana penemuannya pada galaksi diluar Bima Sakti dan hukum Hubblenya (Hukum Hubble adalah salah satu hukum dalam astronomi yang menyatakan bahawa pergeseran merah dari cahaya yang datang dari galaksi yang jauh adalah sebanding dengan jaraknya).

Kedudukan Hubble diluar atmosfera Bumi membolehkannya mengambil gambar optikal tajam pada objek yang sangat malap dan semenjak pelancarannya pada 1990, ia menjadi salah satu alat terpenting dalam sejarah astronomi. Ultra Deep Field Hubble (paling sensitif) adalah gambar optikal astronomi yang terdalam yang diambilkan.

Pada mulanya, ia gagal mengambil gambar yang dikehendaki, hanya selepas bulan Desember 1993, bila pesawat Ulang-Alik Endeavor dikirimkan untuk memperbaiki kesilapan pada lensa primernya, ia menghasilkan suatu pemandangan angkasa-raya yang benar-benar menakjubkan yang jaraknya belum pernah dilihat sebelum ini.

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga