Monday, February 04, 2008

Maslahah atau mafsadah - 1


Pada sudut kefahaman buat maslahah (kebaikan) mahu pun mafsadah (keburukan)dalam kehidupan seharian sebagai seorang insan dimana-mana pun, pada dasarnya adalah sama atau hampir sama. Seterusnya ia berubah-ubah mengikut persekitaran, pengetahuan yang dikuasai, tabiat-tabiat yang sedia ada, penekanan dari satu-satu pihak atau sesuatu perkara, penjelasan atau pengalaman dari kehidupan yang dilalui dan sebagainya.


Misalnya, bila memperkatakan apakah maslahah (kebaikan)untuk fizikal atau kesihatan, tentunya adalah tentang pemakanan yang sihat atau berzat, aktiviti kehidupan seharian yang sihat, suasana sekitar atau tempat yang diduduki adalah bersih mahupun aman dan seterusnya.

Bila memperkatakan tentang maslahah untuk mental atau jiwa, tentunya adalah tentang mentaliti yang baik, akhlak yang murni, tingkah-laku yang beradab, pemikiran mereka yang dipersekitaran kehidupan seharian adalah kalangan mereka yang matang, keadaan dari sekitar atau dari sesuatu yang tidak menekan dan seterusnya.

Manakala bila memperkatakan mafsadah (keburukan)kepada individu mahupun masyarakat pula adalah sebaliknya misalnya untuk fizikal, mafsadahnya adalah dari aktiviti kehidupan yang tidak sihat, pengambilan makanan yang tidak berzat atau mengandungi bahan-bahan pencemaran, tabiat-tabiat yang tidak baik seperti merokok dll, peperangan yang mencacatkan tubuh-badan dan seterusnya sedang mafsadah untuk mental atau jiwa pula seperti dari gejala-gejala tidak elok samaada keruntuhan moral mahupun pengaruh budaya songsang dipersekitaran, mentaliti mereka yang dipersekitaran adalah tidak beradab, kerosakkan akhlak, sentiasa stress dalam kehidupan seharian dan seterusnya.

Pada lafaznya diatas bahasa manusiawi, fitrahnya menginginkan apa yang membawa maslahah dan juga cuba menghindarkan apa yang membawa mafsadah, tetapi pada kemampuan memahami, melaksanakan, mengatur kehidupan yang benar-benar membawa maslahah untuk kehidupan dari segi fizikal dan mental adalah merupakan suatu pertanyaan.

Misalnya, pada individu yang memahami aktiviti apa yang menyihatkannya dari segi fizikal mahupun mental adalah tidak sama dengan individu yang tidak memahaminya, (mahupun individu yang tahu apa yang terbaik untuk kesihatannya tetapi tiada pendorong serta merasa berat untuk melakukannya), atau didalam suatu keluarga yang berkemampuan menghidangkan makanan yang berzat tidaklah sama dengan yang tidak berkemampuan (mahupun yang tahu mana makanan berzat namun telah kebiasaan memakan makanan kegemarannya yang tidak berzat), atau disuatu masyarakat yang berkemampuan mengatur alam sekitarnya agar bersih dan tersusun tidaklah sama dengan yang tidak dapat melaksanakannya atas sebab-sebab tertentu (mahupun mereka yang berkemampuan tetapi atas keuntungan komercial, tidak diendahkan untuk mengatur alam sekitarnya), atau mereka yang menduduki kawasan aman tidaklah sama dengan mereka yang menduduki kawasan penuh konflik dan seterusnya.

Dan apatah lagi juga buat kehidupan akhirat untuk mereka yang mempercayai adanya kehidupan selepas kematian dengan mereka yang hanya mengutamakan kehidupan didunia, terdapat suatu perbezaan atau penyanggahan yang begitu besar diantara setiap individu atau masyarakat sekelian.

Sebagaimana misalnya untuk yang beragama, loteri adalah suatu perjudian yang membawa kemafsadah buat masyarakat, manakala yang tidak kuat pegangan agamanya mahupun mereka yang tiada beragama, menganggap loteri itu suatu maslahah untuk menanam harapan menjadi kaya.

Perbezaan dan penyanggahan tentang apa yang membawa maslahah atau mafsadah yang terjadi terutama berasal dari pegangan, kebiasaan, pemikiran mahupun kehendak individu atau masyarakat adalah seterusnya merupakan dataran untuk membina kebudayaan dan cara hidup berlandaskan diatas kefahaman terhadap sesuatu tersebut.

Kekadang sesuatu yang disangka membawa maslahah tetapi hasilnya adalah mafsadah manakala kekadang sebaliknya yang terjadi adalah suatu perkara yang lumrah. Misalnya seorang ayah yang menginginkan anaknya menjadi pakar komputer tetapi tidak diperhati atau dikawal penglibatan anaknya keatas komputer yang bertalian internet, akhirnya sesuatu yang diharap membawa maslahah bertukar menjadi mafsadah atau seorang ayah yang menginginkan anaknya menjadi "ulat buku" tetapi tidak diperhatikan apakah buku yang dibaca oleh anaknya adalah sesuatu yang bernilai isinya, akhirnya membawa kesan mafsadah untuk anaknya.

 Bersambung...

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga