Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Friday, September 22, 2017

Tali-tali ini

Tali-tali ini

tali-tali ini
mahu ku cantas kembali
buat kembara siapan diri
setelah lama bertangguh sepi
dibuai henjutan irama duniawi

kali-kali ini
ku bisikan kata hati
jemari ku yang menari tadi
telah resah dibuai mimpi
lantas hajati dipasang gari
untuk keluar lagi dan lagi

Hari-hari ini
sedang dalaman memanggil diri
desakan duniawi tetap berapi
mujur sebaldi air diceduk dari kali
berwuduk dan esok membawa diri
buat qurbani mengislah nafsi ini
diatas usaha zuhud dan yakin hakiki

zarch... 9/2017 on the road again


Monday, September 09, 2013

Layu dalam Melayu - PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI


Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Layu dalam Melayu - PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI - Malique


Friday, July 06, 2012

Politik primitif

 
Politik primitif,
dipentas tin-tin kosong,
memaki situ, memaki sini,
kalibat bak si pemabuk todi,
ada hati nak ajak mengundi.

Politik primitif,
fikir dicurah gatal keladi,
umpat-fitnah ungkapan duri,
dendam kesumat segala disumbat,
sangkaan mereka itulah bukti bakti,
sedang nyata itu perosak jati-diri,
membawa keigauan naugan ngeri.

Politik primitif,
tanpa mahu difahami apa erti,
apatah lagi menelaah atau meneliti,
antara mengawal emosi serta strategi,
politik barat untuk manfaat bangsanya,
kerajaan-pembangkang bergotong-royong,
tapi disini, politiknya memudaratkan bangsa,
kerajaan-pembangkang terhuyung-hayang,
menang bersorak-bertakbir, tanah tergadai,
dan akhirnya menumpang, dinegeri sendiri.

- zarch 05/07/12

Find more videos like this on Artists2artists Social Network

Monday, June 11, 2012

Pandu


Pandu, menempuh lorong waktu, jarak mengarak berbatu-batu, disilangi pelangi kalkatu, lakaran ditembuk-tembuk kutu, menceritakan hayat yang sememangnya begitu, masing-masing memerlukan bantu, cuba bahu-membahu membina sesuatu, untuk rempuhan jiwa sayu mutu, dalam dugaan hayat yang seribu jitu....
 
                                  - zarch (30/5/12) -

Sunday, January 29, 2012

Tariqat terikat




Tariqat terikat,
pada simpul-simpul penentu,
mungkin pada tungkul kayu,
mungkin pada mangkuk tebu,
mungkin pada batu tasbih jitu,
mungkin pada ihsan suci debu,
dalam jarak-jarak pencarian,
penilaian berilm atau jahil.

Tariqat terikat,
pada hati setiap insan adanya,
malah sikufr pun berhati padanya,
hanya pembeda antara hak dan batil,
satu terikat pada sifu-sifu duniawi,
satu terikat pada sifu-sifu akhirati,
bertelegah menenggahkan pati-pati,
agar dirasa pahit-manis, sihaus hati.

Tariqat terikat,
tersiar diiklan-iklan harian,
memancing kerana undi dipilih diri,
dalam sekian-sekian beradu dua jalan,
antara jalan perangkap guna tali berduri,
ikhtiar meliar terbiar, diawangan palsu,
mengunci jiwa dibingit isingan majnun,
atau jalan berlakar-peta, guna tali bersanad,
dengan ikhtiar pintar litar berderet diatur,
dialun zikr haq, buat kemerdekaan jiwa.

Tariqat terikat,
hakikat hanya satu tariqat,
jalan diatas semua jalan penuju,
bersurah penampilan Nabi s.a.w,
bersirah cerita aslinya Nabi s.a.w,
bersarirah fikir juga kerisauannya,
bertunjak, ungkapan dakwah ilallah,
keikhlasan, rantaian yang dipusakai,
dan berfiqh linkungan mazhab ASWJ.




Zarch – 29.01.12



Friday, October 28, 2011

Hidup-mati diktaktor





Hidup penuh kemewahan,
mati pula diinjak kehinaan,
disambut mungkar membakar,
dan bangkit dibakuli persoalan.

Hidup bermegah atas kebesaran,
semadi harta-akuan dinegara jauh,
nanti juga, kempunan untuk dimiliki,
sedang bukan kerabatnya dianiaya,
dijati rakyatnya panggilan pengemis,
dibumi sendiri yang kaya hasilan.

Hidup tersohor disana-sini,
kelohoran peribadi dibawah kuku-besi,
dengan teks, ditulis simahir kelentong,
bak rak bunyinya tapi buahnya kosong.

Hidup seakan gergasi kebal,
hatta lalat tak berani menyengap,
bermusik hidup, menari-nari tuak,
dijalanan merintih, sifakir marhain.

Hidup-hidup, terdengar jeritan,
kala hayatnya dizenith kekuasaan,
mati-mati, pula laungan kemudian,
sebelum mencium debu kejatuhan.

Hidup diktaktor, bertakta dimata, dikeji dihati.




Saturday, July 09, 2011

Datuk bersin

Aku tidak faham,
pada dunia datuk-datuk itu,
dunia ramai terhantuk-hantuk,
bahkan datin juga namanya didatuk
dalam gelanggang ayam patuk-patuk.

Aku tidak faham,
harga bersin datuk-datuk,
marhain berkerat, diuntuk-untuk,
gaji sesuap sup, kini hidup pun disuntuk,
buat sorong bantal datuk yang mengantuk.

Aku tidak faham,
datuk mana salah, datuk mana betul,
hanya bendul rakyat, kepala terus diketuk,
janji bersih, janji kotor, semua melentuk,
sedang musuh luar, sibuk membentuk,
jaringan sangkar, zoo jajah terkutuk.

Aku tidak faham,
maafkan aku kiranya begitu,
tiada niatku menaruh kutuk-kutuk,
mungkin gerakku lambat bak roda tuk-tuk,
membuatku tertinggal terbatuk-batuk.



zarch ---- 9.july 2011

Monday, April 18, 2011

Simulasi & stimulasi


Simulasi & stimulasi 
rekaan iblis dan sidajal,
mengarang sarang maya,
muat-turun skrip-skrip ngilu,
layar skrin dibalik bayangan,
menempel didewan kehidupan,
gelagat watak-watak insan mati jiwa,
yang berjalan mengheret sekujur tubuh,
dengan semakin memberat didera masa,
daging waja, urat wayar bersimpul keliru,
berotak kelkatu, menuju cahaya palsu,
dihayuni irama sipagan-pagan,
diruang tak bertingkap,
tak berpintu.



zarch-17.4.11

Thursday, March 03, 2011

Retorik omong



Retorik kosong, ramai mengikuti,
seakan rama-rama pelangi dikejari,
tercugap-cugap meng`up-date`kan diri,
merempit didunia yang terlanjur pergi,
namun kenyataan akhirnya dibelakangi,
dimana sekian ramai yang tak selari,
dibuaian destinasi yang tak pasti,
lantaran hati semakin pucat mati,
dek menyusun quantiti, 
bukan qualiti.

Retorik omong bernada purba,
bak kelosong peluru meluru buta,
menyungkurkan jiwa tak bersalah,
atau bagai fantasi siparanoid gila,
menyaratkan beban bahu dipikul,
sikaya bergaya membaiti murung,
stress simiskin dihiburkan kosong,
semua didayakan atas nama maya,
lantunan lagu ego ekor simata satu,
lantas eloklah semangatkan kembali,
menatapi apa cara ilmu mengabdi,
rentas fitrah matlamat kejadian diri,
sebelum menghuni ruang nan sepi,
bawah degree enam kaki tanah bumi.

                                                    zarch-11


Wednesday, March 02, 2011

Kayuh zuhud


Kayuh,
memenjarakan diri,
kegaung dunia sendiri,
heureka merdeka direka,
untuk gali-galian dicari,
agar cair batu-batu hati,
lalu lali bertukar sebati,
diirama kalimah pasti,
mengunci sejuta mimpi.

Kayuh,
meminggir kerimba,
lari dari kata kota fitnah,
yang menerjah merata-rata,
melampai tergapai-gapai,
lalu ramai dikemelut selut,
lesu dibuai salutan palsu.

Kayuh,
ayuh pedal keluli,
zuhud itu dunia tak peduli,
kebendaan pula ciptaan delusi,
kerana realiti, semua akan mati,
sedang setiap peti cermat dikirai,
mungkin cemeti atau hadiah menanti.






Friday, December 03, 2010

Menjamah salji

Salji telah kembali,
membawa ribu mimpi,
dikala malam adalah hari,
dan dalam kegelapan berlari,
alam kelam kehilangan gegendang,
kerana sunyi dari kicauan siburung,
hatta siburung hantu telah membatu,
juga tiada lagi nyanyian siserangga,
yang lazimnya, kugiran balkoni,
juga tiada daun-daun hijau,
untuk diriuh ungkas senja,
hanya siikan bisu,
yang bertelor dilopak-lopak air beku,
bersama siitik gebu,
yang kebal kakinya tidak berbalut,
serta sipipit kecil,
yang ditakdirkan menempuh segala musim.



Thursday, April 01, 2010

Video sajak - 1



- Dunia diatas pentas sandiwara, berkata namun tidak kedengaran suara, kerana ramai terlentok hendak menjuara, sedangkan sibuaya menanti dimuara, dalam mana masa terus membara......zarch

Monday, March 29, 2010

Di - Sajak



















Di – simpang-siur pemikiran sudut, wujud kita kerana terokaan alam hidup, gelisah mencari, meredah hari yang redup, lalu mengorak agar jiwa kembali hidup, dalam detik setiap nafas yang disedut. Di – penilaian dari setiap penjuru dimensi, pengamatan prospektif kuno atau terkini, kabur atau teliti, sangsi mahupun pasti, manakala hak dan batil bukan pilihan diri, kerana semua telah digaris untuk dititi. Di – samping problematik kian berdetik, mungkin hadir dalam kesalahan sistematik, terlanjur, terlepa atau tersalah kiraan matematik, hadir bukan seperti buah yang rindu dipetik, bahkan bagai sarang tebuan yang dijentik. Di – infastruktur kendur yang cuba diatur, bersepah atau tersusun tertib teratur, terserah pada gopoh atau cermat mengatur, berpengetahuan hanya atau berakal ilmu catur, dekontstruktur, cetek atau matang terus melentur, lalu risau kita dek pengalaman pernah tersungkur, dalam mana ramai saudara yang masih berdengkur, sedang semangat kita sebenarnya tidak pernah luntur. Di – islah bina diri bukan hipokrasi atau ujub diri, biarkan mereka dalam duniawi terus berkelahi, tapi nak biarkan luncai terjun tak sampai hati, ditengah hari rumpun kita semakin meninggi, sedang duniawi bukanlah kehidupan hakiki, justeru itu marilah berwuduk ditepi perigi, mari mengorak langkah kehadrat Ilahi.

- (zarch)

Tuesday, March 02, 2010

Juara dunia orde baru



















- Juara dunia orde baru,
adu beradu makanan seteru, kalibat kelihatan mengeliru, gelagat gelojoh haru-biru, hidup penuh hasad cemburu, produktivitinya terburu-buru, riba diraut berbillion ribu, jualan senjata simata kelabu, medan perang untuk merapu, dollar-dinar semua disapu.- Juara dunia orde baru, kata damai dalam peluru, meja darah ditiga penjuru, janji bagai bibir ditanam tebu, sedang soldadu dibelakang kubu, menanti arahan untuk menyerbu,
bila diseru serang segala ditalu, lalu bumi permai berubah silu. - Juara dunia orde baru, pada syaitan mereka berguru, bertuhan dunia kerana nafsu, bermahkota pada takhta palsu, derita rakyat tak diambil tahu, malah daif rakyat yang dimahu, agar mudah semua diperlembu, justeru umat bangkitlah bersatu, hebahkan akan kebesaran Tuhan yang satu, tiada upaya tanpa Dia menentu, dan hanya Dia sahaja yang dapat membantu.

zarch/zh 02.10

Sunday, February 28, 2010

Dua...titisan



















Dua........titisan - Dari trillion-trillion titisan, menitik jatuh atas suatu titipan, asbab hayat buat sesebuah kehidupan, seperti Nil dan Tigris yang air dialirkan, lalu dikiri-kanan tebingnya dipermaikan, malah api-api amarah dapat dipadamkan, yang bahangnya membakar bumi sekelian, dua titisan ini begitulah kiranya penilaian, yang bukan mitos, tahyul mahupun gurauan, tetapi kebenaran dibawah kerahmatan. Dua titisan yang bagai intan padu, mengerudi hati yang keras bak batu, adalah air-mata menitik dimalam syahdu, waktu segalanya membukam dalam kelambu, dalam kegelapan bagaikan pelita tanpa sumbu, bangun seorang insan tanpa Tuhan disekutu, terisak-isak merayu-rayu dalam irama merdu, meratap sayu dan tetaplah dirinya sebegitu, hidayat dipohonkan agar nasibnya jadi tentu, bersama pengampunan diharap dalam doa restu, manakala darah merah titisan yang lagi satu, ketika pengorbanan dijalan Tuhan yang satu, meninggikan syair agama dalam dunia buntu, liku dihadapi walau dicerca ketinggalan waktu, hasrat keikhlasan untuk usaha agama dibantu, istiqamah dalam perjalanan membuka pintu, buat iman dan amal pada maqam bermutu.
zarch/zh 20.10

Saturday, February 27, 2010

Patah-patah prosa




















Patah-patah prosa - Timbul dari kespontani, lirik tegas namun disopani, menghempusi lafasan seni, mengiringi nafas naafiz diri, melayangkan makna sekali, bernada menyelit pada nadi, corak gerakkan adalah motiliti, kelahiran dari kabut mentaliti, bahasa kacukan berbentuk emulsi, sedang had hakamlah menghakimi, khilafi dari segi bukanlah resepi resmi, kerana maksud telah diperinci, akan tetapi perjalananlah disuarai, mengecko huruf hidup yang diikuti, dalam penghayatan edisi realiti, setelah dimengertikan istilah aqli, apatah lagi berjati pada tradisi, mahupun diulit pengalaman disisi, justeru apa yang shahih dihajati, adalah pengampunan dari Ilahi, bersama bakti ihsaan mahu dicurahi, agar ada ruang peluang diakhir nanti.


zarch/zh 02.10

Friday, February 26, 2010

Sukhacitta Maulid



















Sukhacitta Maulid (dalam versi bahasa Melayu Kuno) - Saratus dua pulu ampat rivu vanakna, dangan utama tlu ratus sapulu tlu, anbiya datang mamava cahya, saratus dua pulu ampat rivu vanakna, dangan vala Badar tlu ratus sapulu tlu, sahaba-sahabi mamava agama kosaluruh venua, samua dibawah Penghulu Rasul, khatami Nabi, lahir hari Senin tanggal sapulu dua Rabiul Awwal, hari mulia mamava cahya cuklapaksa vulan, manarangi zulumat alam bumi maya, marvuat hidup mengalap lorong benar, manuju jaya siddhayatra subhika, dunia-akhirat salamatna.


Terjemahan dalam bahasa Melayu modern: Sukacita Maulid, seratus dua puluh empat ribu banyaknya, dengan utama tiga ratus tiga belas, anbiya datang membawa cahaya, seratus dua puluh empat ribu banyaknya, dengan bala (angkatan) badar tiga ratus tiga belas, sahaba-sahabi membawa agama keseluruh benua, semua dibawah Penghulu Rasul, Khatami Nabi, lahir hari Isnin tanggal dua belas Rabiul Awwal, hari mulia membawa cahaya terang bulan, menerangi zulumat alam bumi maya, membuat hidup mengambil lorong benar, menuju jaya bahagia lagi makmur, dunia-akhirat selamatnya.

- zarch/zh 02.10


- Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang terkenal lagi hebat datang kepada baginda, mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah serta peperangan yang baginda pimpin termasuk juga syair mengenai para sahaba. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang dimuatkan didalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari dalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain. Rasulullah s.a.w bersabda, "Terdapat hikmah di dalam syair". Bapa saudara Rasulullah s.a.w, al-'Abbas juga ada mengarang syair memuji kelahiran Nabi Muhamad s.a.w seperti didalam rangkap yang lebih kurang maknanya:

"Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang , hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu , dan kami dapat terus melangkah , lantaran kerana sinar-cahaya dan jalan yang terpimpin."

(Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari)

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahaba ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w memuji nama baginda dengan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunain untuk membakar semangat para Sahaba dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata:

"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al-Muttalib!"

- Mengenai tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Ibn Kathir ada menyatakan bahawa Nabi Muhamad dilahirkan dalam tahun Gajah pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal. (Siratun Nabi Vol.1 : 199)


Thursday, February 25, 2010

Alaf mendatang





















Meneropong jauh,
alaf-alaf mendatang, alatnya, aspek-aspek terkini, kanta-kaca, kehidupan realiti, mengukur keterangan teropong, mengelosong melopong ketengah, sistem-sistem jangkauan terkini, yang berkotakan otak-otak manusia, bertahta diakal tetapi ditakluki nafsu, keikhlasan direntap, kebendaan disantap, berkabut jiwa, lalu segalanya berserabut, lantas buruk-baiknya, bersatu jitu, membentuk perlahan acuan-acuan, buat kehadiran alam mendatang, namun antara semuanya itu, tetaplah seruan dilaungkan, agar kembali pada akar, asal tumbuh fitrah ini.

zarch/zh 02.10

Wednesday, February 24, 2010

Mayat hidup





















Apakah telah sampai padamu,
berita akan mayat-mayat hidup, kehulu-kehilir mengusung diri, dirumah dipasar malah dibalai, menyapa bersenda disebelahmu, berdaging-jasad namun hati mati, kerana menjauhkan diri dari Ilahi. Apakah telah nyata padamu, akan siapa mayat-mayat itu, berdarah bernafsu tiada berakal, lantaran duniawi membuta diri, mewarisi badi para hipokrasi, lalu mewakili jentera azazil, tentera perang dunia zulumat, yang hakikat tak kekal abadi, sedang juri menghitung duri. Apakah jelas perisai diri, pelindung dari pusaka sakti, penerang buat angkatan diri, iaitu mengingati Ilahi, hidup hati, sedang yang gafla, memayatkan diri.

zarch/zh 02.10

Tuesday, February 23, 2010

Hidupan kertas


Align Right
















Hutan petak-petak,
tercipta dari ilmu hisap, bentuk skala beruntung besar, namun sunyi dari penghuninya, detelah jentolak menolak balak, mengaut segala akar hidupan, yang dulunya riuh dibelungkar, dari sekecil serangga kerengga, hingga sebesar gajah mada, kini tiada taring sirimba raja, tiada bebayang sirusa manja, hanya terpapar dipapan layar, imej-imej dari gambar dikertas, kertas yang terhasil dari kayu, yang dulu batangnya pepohon, memayung hidupan asli disitu.

zarch/zh 02.10

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga