Sukhacitta Maulid (dalam versi bahasa Melayu Kuno) - Saratus dua pulu ampat rivu vanakna, dangan utama tlu ratus sapulu tlu, anbiya datang mamava cahya, saratus dua pulu ampat rivu vanakna, dangan vala Badar tlu ratus sapulu tlu, sahaba-sahabi mamava agama kosaluruh venua, samua dibawah Penghulu Rasul, khatami Nabi, lahir hari Senin tanggal sapulu dua Rabiul Awwal, hari mulia mamava cahya cuklapaksa vulan, manarangi zulumat alam bumi maya, marvuat hidup mengalap lorong benar, manuju jaya siddhayatra subhika, dunia-akhirat salamatna.
- zarch/zh 02.10
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang terkenal lagi hebat datang kepada baginda, mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah serta peperangan yang baginda pimpin termasuk juga syair mengenai para sahaba. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang dimuatkan didalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari dalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain. Rasulullah s.a.w bersabda, "Terdapat hikmah di dalam syair". Bapa saudara Rasulullah s.a.w, al-'Abbas juga ada mengarang syair memuji kelahiran Nabi Muhamad s.a.w seperti didalam rangkap yang lebih kurang maknanya:
"Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang , hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu , dan kami dapat terus melangkah , lantaran kerana sinar-cahaya dan jalan yang terpimpin."
(Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari)
Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahaba ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w memuji nama baginda dengan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunain untuk membakar semangat para Sahaba dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata:
"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al-Muttalib!"
- Mengenai tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Ibn Kathir ada menyatakan bahawa Nabi Muhamad dilahirkan dalam tahun Gajah pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal. (Siratun Nabi Vol.1 : 199)
2 comments:
selamat menyambut dan meraikan maulidurasul, insan hebat penyelamat umah wahai sahabat.
salawat dan salam ke atas baginda...
Jazakallah Gayour...
-Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-
Post a Comment