Friday, February 19, 2010
Perihal hukum - 6
Hukum sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajar digeruni atau hanya sebagai alat untuk menyakiti tetapi adalah suatu garisan atau peraturan untuk perangkaan suatu kehidupan. Ia adalah suatu kerangka untuk menyukat sempadan atau bentuk sesuatu yang diaplikasikan padanya dan wajarnya bertunjak pada kebenaran yang asli.
Kerana bukanlah suatu kebenaran bila meletakkan sesuatu hukum, menjatuhkan sesuatu hukum atau menghukum individu mahupun masyarakat sewenang-wenangnya hanya atas perasaan atau pemikiran yang tercetus dari dalam diri mahupun dari persekitaran.
Asas sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu atas hukum adalah tidak adil malah diatas tindakan sebegitu, perkataan hukum wajar sahaja disalah-ertikan, dimanipulasi mahupun digeruni. Namun kenyataan, tindakan-tindakan sebegini, iaitu meletakkan hukum disalah tempat atau hukum disalah-gunakan memang sering terjadi. Dari sekecil-kecil perkara sehingga meliputi perkara yang membawa kesan keseluruh alam.
Contohnya menghukum mereka yang ketinggalan atau kurang pengetahuan sebagai Jakun, sedangkan Jakun adalah nama suatu kaum asli Pra-Melayu diPahang. Apakah kekal kaum Jakun ini sebagai suatu kaum yang ketinggalan? Sesungguhnya perkataan ini amatlah bernada rasis. Sebagaimana sesetengah kaum kulit putih yang berfikiran tertutup menghina kaum berkulit hitam dengan perkataan "Nigger".
Kekadang juga, hukuman yang samaada yang tertulis (seperti disistem perundangan sesebuah negara) atau dari kebiasaan disebuah daerah adalah dari suatu ketidak-adilan seperti melarang pasangan yang dibawah umur (bawah 18 tahun) bernikah, sedangkan pergaulan serta sausana ditempat tinggal pasangan tersebut, terbukanya ruang kepada perlakuan perbuatan tidak moral.
Hanya memperkatakan tentang sesuatu hukuman yang bakal dihadapi tetapi tidak pula disediakan suasana atau pengetahuan untuk mengelakan diri dari terjebak dalam kesalahan-kesalahan adalah suatu kesilapan sebagaimanakah contohnya memperkatakan wajarnya berhenti bila lampu merah menyala, bersedia bila lampu kuning menyala manakala dibenarkan memandu bila lampu hijau menyala sedangkan tidak disediakan lampu isyarat disitu.
Kepentingan pada hukum, adalah wajar diberitakan dan diketahui oleh setiap individu agar adanya garisan atau peraturan yang ditetapkan, apakah keperluaan akan sempadan atau had pada sesuatu tersebut serta yang paling utama adanya kesedaran akan apa itu kebenaran juga kebatilan kerana setiap mukallaf atau mereka yang berakal sewajarnya dapat memikirkannya.
Bila diperhatikan, sebenarnya galakan atau suruhan berbuat kebaikan dengan kelebihan diatas sesuatu amal (Targhib) adalah lebih banyak dari ancaman (Tarhib) iaitu pembalasan atau hukuman buat sesuatu kesalahan. Kerana insan, lazimnya bersifat sebegitu, iaitu memikir atau mementingkan dahulu apa kebaikan yang boleh diperolehi.
Kerana itu, usaha keatas iman dan penghayatan kepada amal yang ada dalam agama adalah keutamaan disetiap waktu kerana dari situ, adanya kesedaran dalam diri serta penjelasan pada diri akan adanya garisan-garisan atau sempadan yang wajar dijaga.
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari, Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Catitan lalu
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
No comments:
Post a Comment