Apakah telah sampai padamu, berita akan mayat-mayat hidup, kehulu-kehilir mengusung diri, dirumah dipasar malah dibalai, menyapa bersenda disebelahmu, berdaging-jasad namun hati mati, kerana menjauhkan diri dari Ilahi. Apakah telah nyata padamu, akan siapa mayat-mayat itu, berdarah bernafsu tiada berakal, lantaran duniawi membuta diri, mewarisi badi para hipokrasi, lalu mewakili jentera azazil, tentera perang dunia zulumat, yang hakikat tak kekal abadi, sedang juri menghitung duri. Apakah jelas perisai diri, pelindung dari pusaka sakti, penerang buat angkatan diri, iaitu mengingati Ilahi, hidup hati, sedang yang gafla, memayatkan diri.
zarch/zh 02.10
2 comments:
padi penuh dalam guni.. tak terkira gua sebiji-sebiji. terpandang gua kuku di jari, nak buang hujungnya ikut sunah nabi. apa ni??? kuborq kata mari.. rumah dok hambat pergi. terlupa yang abadi... tiada lagi mati.
~KiLaT~ gua nak pegi mandi. mandi dalam bilik mandi. nak gosok gigi.
Benar tuan, kuborq kata mai...rumah dok hambat pi...
..tapi hati lagu tu gak...dok nak ingat mati, jauh sekali. Doakan, terutama untuk saya ni.
- Jazakallah kilat.. terkesan jugak atas pesanan-pesanan tuan.
Post a Comment