Monday, December 03, 2007

Terkesan dengan suasana - 2

Apakah titik hitam didalam bulatan antara petak-petak tersebut wujud? Ianya tidak wujud, tetapi suasana sekitar berpetak hitam menyebabkan kesan titik hitam tersebut kelihatan. Sebegitulah, suasana sekitar kita mampu memberi kesan pada "kaca-mata" hati kita yang membuat kita berfikir dan bertindak sebagaimana suasana sekitar.
Apakah dapat seseorang musliman atau muslimat, dengan mudah melindungi dirinya dari terkesan dengan suasana sekitar yang melalaikan dan mengajak kepada keburukan? Mungkin ia memerlukan latihan sesejak kecil dari keluarganya yang benar-benar beriman dan soleh, sehingga mencapai tahap seperti ikan dilautan masin yang mana daging ikan tersebut tidak terkesan dengan air masin, malah, bila ditangkap dan hendak dijadikan ikan masin, terpaksa pula dicampurkan dengan garam. Tetapi lazimnya, ramai yang tidak berpeluang hidup sebegitu, tambahan pula setiap detik dihidangkan oleh hiburan-hiburan melalaikan yang tanpa henti mengasak dari setiap sudut.
Kerana itu, pentingnya membina suasana yang mengajak kearah keimanan dan kebaikan samaada dari sudut kebudayaan kehidupan seharian dimasyarakat sekitar, mahupun pemikiran-pemikiran yang saban waktu berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran.

Sunday, December 02, 2007

Ukuran dan kayu pengukurnya - 1


Ukuran adalah sesuatu bentuk, rajah, rupa, garisan, pengiraan dan seterusnya manakala kayu pengukur adalah alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu sebagaimana lazimnya kita mengetahui maknanya dalam tata-bahasa.
Tetapi bagaimana dengan kayu pengukur yang digunakan untuk mengukur dalam mengerti bagaimana langkah kehidupan yang dilalui mahupun dalam menyusun bagaimana rupa hari-hari hadapan insan?
Rasanya adalah diambil dari kayu pengukur yang digunakan disekian-sekian waktu serta disekian-sekian tempat berdasarkan maklumat, pengetahuan, pemikiran, firasat rasa diri, sejarah silam, rupa-cara kehidupan sekitar serta juga jalan petunjuk yang diperolehi atau pun jalan perosak yang diikuti.
Katakan mereka yang menetap dihutan belantara, kayu pengukur bagi mengambarkan seseorang wira, tentulah yang bertubuh tegab, hebat memburu, hebat menumbangkan musuhnya, berpengetahuan tentang alam sekitar yang diduduki dll.
Manakala kayu pengukur untuk petani gigih dikawasan yang hasil utamanya adalah pertanian, tentulah petani gigih itu mempunyai ciri-ciri mempunyai maklumat lengkap tentang musim yang sesuai untuk tanaman, mahupun berpengetahuan tentang apa yang baik atau apa musuh tanamannya, kuat berkerat-tulang mengusahakan tanamannya dll.
Sementara, kayu pengukur untuk pelumba motor yang handal ditengah-tengah kota adalah mereka yang berani memecut melebihi had tempoh, berani mencelah dengan laju motornya diantara kenderaan-kenderaan lain, berani memandu dengan laju diselekoh-selekoh yang tajam, mempunyai motor berkuasa tinggi dll.
Begitulah contoh untuk seterusnya, yang mana kayu pengukur itu sendiri berubah-rubah mengikut faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi apa yang hendak diukur dan siapa pengukurnya.
Justeru kepada titik pengertian ukuran kebudayaan serta pemikiran dari cara hidup seharian, juga ada kayu-kayu pengukurnya, samaada dari kebenaran, mahu pun kebatilan, dari sesuatu yang penambahan kepada kebaikan atau yang mengundang kenestapaan dan mahupun seterusnya kepada sesuatu yang tidak diketahui apa kesannya nanti.
Lazimnya, dalam dunia yang bercorak global, kayu-kayu pengukur kepada sesuatu itu seakan-akan sama dimana-mana lantaran keadaan semasa yang berligar dalam kehidupan manusiawi. Tetapi, apakah benar semua kayu-kayu pengukur itu wajar untuk diguna-pakaikan serta diwajibkan pemakaiannya?
Contoh pertama, kayu pengukur untuk negara yang hebat, yang berhak memegang kuasa Veto, yang mampu mempengaruhi dunia semasa adalah negara yang mempunyai bom-bom atom atau nukliar, tetapi apakah benar itu sepatutnya menjadi kayu pengukur untuk negara yang hebat (dalam mana rakyatnya sendiri banyak menderita zahir dan batin)?
Contoh kedua, kayu pengukur untuk mereka yang paling modern dalam berpakaian, tentunya digambarkan para-para model dari Paris, London, New York dll mengayakan potongan-potongan bajunya diatas pentas, tetapi apakah itu suatu kebenaran (sedangkan diluar pentas, begitu banyak mereka yang berpakaian sederhana dan kelihatan lebih indah dari mereka-mereka yang diatas pentas yang disirami kegerlipan alat-alat soleknya)?
Contoh ketiga, kayu pengukur untuk seorang seniman, digambarkan terdiri dari yang kacak atau cantik, yang pandai memainkan berbagai-bagai watak, yang mempunyai galeri-galeri besar untuk mempamirkan hasil-seninya, yang pandai bermanda-manda, yang mempunyai suara buluh perindu (sedangkan ramai kalangannya hidup dalam gerak ciri hipokrit, menyatakan atau melakonkan sesuatu kebaikan tetapi bercanggah dengan dirinya sendiri)?
Contoh keempat, kelima dan seterusnya.... dan yang sebenarnya bukanlah niat untuk mengkritik tetapi menanyakan bagaimana kayu pengukur yang sebenarnya untuk mengukur apa yang dikehendaki oleh Allah Taala?


bersambung.....

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (21) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (10) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga