Kayuh,
memenjarakan diri,
kegaung dunia sendiri,
heureka merdeka direka,
untuk gali-galian dicari,
agar cair batu-batu hati,
lalu lali bertukar sebati,
diirama kalimah pasti,
mengunci sejuta mimpi.
Kayuh,
meminggir kerimba,
lari dari kata kota fitnah,
yang menerjah merata-rata,
melampai tergapai-gapai,
lalu ramai dikemelut selut,
lesu dibuai salutan palsu.
Kayuh,
ayuh pedal keluli,
zuhud itu dunia tak peduli,
kebendaan pula ciptaan delusi,
kerana realiti, semua akan mati,
sedang setiap peti cermat dikirai,
mungkin cemeti atau hadiah menanti.
No comments:
Post a Comment