Hidup penuh kemewahan,
mati pula diinjak kehinaan,
disambut mungkar membakar,
dan bangkit dibakuli persoalan.
Hidup bermegah atas kebesaran,
semadi harta-akuan dinegara jauh,
nanti juga, kempunan untuk dimiliki,
sedang bukan kerabatnya dianiaya,
dijati rakyatnya panggilan pengemis,
dibumi sendiri yang kaya hasilan.
Hidup tersohor disana-sini,
kelohoran peribadi dibawah kuku-besi,
dengan teks, ditulis simahir kelentong,
bak rak bunyinya tapi buahnya
kosong.
Hidup seakan gergasi kebal,
hatta lalat tak berani menyengap,
bermusik hidup, menari-nari tuak,
dijalanan merintih, sifakir marhain.
Hidup-hidup, terdengar jeritan,
kala hayatnya dizenith kekuasaan,
mati-mati, pula laungan kemudian,
sebelum mencium debu kejatuhan.
Hidup diktaktor, bertakta dimata,
dikeji dihati.
2 comments:
Semuanya berlaku atas kehendak Allah. Sehebat mana pun manusia, dia hanya hamba di sisi Allah. Bergantung haraplah kepda Allah agar di hidupkan kita dalam iman dan dimatikankita juga dalam keimanan kepada-Nya. Jauhkan mati dalam kemurkaan-Nya.
Amin..amin...dan semoga juga kita tidak menjadi kalangan yang zalim mahupun mazlum, iaitu tidak menzalimi atau dizalimi.
Post a Comment