- telah mencapai 7 billion pada 31.Okt.2011
- dianggarkan angka meningkat ke8 billion pada tahun 2025
- meningkat 2 kali ganda sepanjang 40 tahun, iaitu dari tahun 1959 (3 billion) kepada 6 billion pada tahun 1999
- meningkatan populasi penduduk dunia adalah bermula dari zaman industrial revolusi iaitu pada abad ke-19, angka populasi penduduk dunia hanya lebih kurang 1 billion, namun sejak itu angkanya meningkat 2 billion pada tahun 1930, 3 billion pada tahun 1930, 4 billion selepas 15 tahun kemudian pada tahun 1974, 5 billion pada tahun 1987 dan seterusnya kepada angka 7 billion pada tahun 2011. Dalam abad ke20 sahaja, angka populasi penduduk dunia dari jumlah 1.65 billion kepada 6 billion.
Bilangan manusia didunia sudah
mencapai tujuh bilion. Bagi sebahagian orang, perkara ini tidak
menjadi sebarang makna. Mereka terus hidup seperti biasa, makan dan
membiak. Bagi mereka yang merenung jauh
sedikit, ada juga terfikir apa akan berlaku bila bilangan penduduk
terus bertambah dan bertambah. Akan berlakulah lambakan manusia.
Untuk mereka yang mempunyai aliran
berfikiran tertentu, pertambahan bilangan manusia tidak mendatangkan
sebarang kerisauan. Ini kerana tidakkah semua manusia diperuntukkan
rezeki masing-masing? Sudah tentu bumi ini mempunyai sumber yang
mencukupi untuk semua orang.
Tetapi bagi mereka yang
berkecenderungan kepada hal-hal alam sekitar, pandangan tentu
berbeza. Apa yang mereka lihat ialah bumi ini tidak mampu untuk
menampung manusia yang begitu banyak. Untuk itu mereka mesti
merancang sesuatu supaya sumber bumi ini cukup untuk semua orang.
Kebimbangan terhadap bilangan manusia
yang semakin besar bukan sesuatu yang baru. Perkiraannya adalah mudah
kerana apabila banyak manusia, sudah tentu sumber untuk mereka
gunakan juga bertambah. Sedangkan sumber bumi ini terhad. Maka mereka yang berfikiran jauh
merenung ke angkasa. Apa yang dibayangkan ialah perlunya sebahagian
manusia berhijrah ke bumi lain. Maknanya manusia perlu dua bumi untuk
menampung bilangannya yang bertambah berkali-kali ganda di samping
langkah-langkah lain seperti mengehadkan kelahiran.
Tetapi ada golongan lain pula
berpendapat, bilangan manusia akan terkawal dengan semula jadinya.
Bencana alam dan peperangan akhirnya akan mengehadkan bilangan
manusia. Jadi, usahlah bimbang kerana alam akan memastikan bahawa
bilangan manusia tidak akan berterus-terusan bertambah.
Tetapi sepanjang sejarah manusia,
peperanganlah yang mengakibatkan bilangan manusia terkawal. Bermula
dari kampung ke kampung hinggalah ke peringkat empayar. Kematian
daripada peperangan menjadikan bilangan manusia terhad. Peperangan Dunia Kedua ditamatkan
dengan ledakan bom atom dengan mengorbankan banyak manusia. Maka
selepas pepeperangan itu, bilangan manusia tentunya menurun dan
terkawal. Tetapi apabila aman, bilangan manusia
terus meningkat. Hinggakan sumber bagi negara-negara tertentu tidak
mencukupi.
China memaksa rakyatnya cuma mempunyai
seorang anak kerana jika tidak, akan berlaku kekurangan makanan dan
kebuluran. Sungguhpun begitu, China tetap menjadi negara yang
memiliki bilangan penduduk paling ramai. Kini ia merupakan negara paling
penentu masa depan dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah kuasa
terbesar tetapi China yang menjadi tonggak kepada kelangsungan hidup
negara itu.
Bukan saja kepada Amerika, tetapi
terhadap dunia. Antara sebab utamanya ialah China memiliki penduduk
yang ramai. Oleh kerana penduduk yang ramai
itulah, dunia berebut-rebut hendak berdagang dengannya. Apa yang
dilihat oleh negara lain terhadap China adalah dua perkara, pertama
ia mempunyai pekerja yang boleh diupah murah. Kedua, ia memiliki
pasaran besar.
Begitulah, bilangan manusia itu
dimanfaatkan sebagai modal insan dan pasaran. Amerika dan
negara-negara Barat lain melihat China sebagai sumber modal insan
yang boleh menjadi sumber bagi mengeluarkan barang-barang murah dan
kemudian dijual kepada pasaran di seluruh dunia, sebahagian besarnya
di China sendiri.
Sementara itu keuntungan dinikmati
oleh minoriti orang kaya dunia. Untuk memudahkan perkiraan, satu
peratus orang kaya dunia menikmati hidup dengan wang yang tidak ada
hadnya atas keringat 99 peratus manusia yang lain dunia dalam
pelbagai peringkat tahap pengeluaran.
Maka tujuh bilion manusia yang ada
dilihat oleh sebahagian kecil golongan amat kaya sebagai sumber modal
insan mereka untuk mengeluarkan barang-barang yang akan dijual kepada
sebahagian besar manusia lain pula, dan dalam proses itu menambah
kekayaan mereka. Maka kanibalisme atau orang makan
orang dalam erti kata memakan daging manusia sudah tidak ada di dunia
hari ini. Tetapi orang makan orang dalam bentuk
lain pula yang timbul. Ada sebahagiannya menjadikan orang lain
sebagai hamba kepada kesenangan golongannya.
Secara umumnya di dunia sudah tidak
ada lagi sistem perhambaan. Tetapi bahawa sebahagian besar manusia
di dunia digunakan oleh sebahagian kecil manusia terus berlaku. Ia seolah-olah berbentuk piramid.
Lapisan masyarakat bertimpa-timpa hingga ke puncaknya, dengan
golongan kecil mengeksploit pihak yang di bawah, dan seterusnya
hingga ke dasarnya.
Lihatlah di Amerika dan Eropah yang
memiliki golongan elit amat kaya harta. Hinggakan harta mereka itu
tidak akan habis walaupun beberapa generasi berlalu. Dengan kekayaan itu mereka boleh
menentukan kuasa politik kerana sumber kempen mereka adalah besar.
Dalam sistem pilihan raya dua parti
yang secara semula jadi muncul melalui pilihan raya dalam demokrasi
berparlimen, mana-mana parti politik perlu dana besar untuk
beroperasi apatah lagi bagi menjalankan kempennya. Maka dalam hal ini, Parti Republikan
Amerika umpamanya adalah jelas menolak sebarang campur tangan
kerajaan terhadap sektor swasta. Bagi mereka kerajaan yang baik tidak
campur tangan dalam perniagaan. Pasaran mesti dibenarkan bebas.
Tentulah cara fikir sebegini mendapat
sokongan daripada golongan yang menguasai syarikat-syarikat besar
Amerika. Mereka mahu kerajaan kurangkan cukai terhadap mereka. Maka kekayaan mereka bertambah
meningkat sementara para pekerja bertambah susah. Apabila syarikat
mereka gagal, mereka tetap diberi imbuhan besar sedangkan para
pekerja terpaksa menerima pengangguran.
Buat masa ini Barat dilanda krisis
kewangan yang kritikal. Pengangguran meningkat di Amerika dan Eropah
Barat. Tetapi kekayaan golongan amat kaya bukan saja tidak terjejas
tetapi bertambah pula. Tonggak kekuatan Barat ini terletak
pada kemampuan China mengeluarkan barangan yang dihasilkan oleh
buruh-buruh murah.
Kesanggupan sebahagian penduduk China
menjadi pekerja berpendapatan rendah adalah kerana bilangan mereka
amat ramai. Sememangnya kehidupan mereka lebih
baik daripada kebuluran. Tetapi hidup mereka adalah kais pagi makan
pagi. Mereka tidak dapat menikmati apa yang orang amat kaya hidup.
Sebahagian besar penduduk bumi akan
menjadi hamba moden kepada segolongan kecil di muka bumi ini.
Maka kita semua adalah bongkah dalam
piramid makanan. Kita tidak boleh lari daripada keadaan ini.
3 comments:
Saya amat setuju dengan artikel saudara.dan realitinya bila mana ada saja peperangan,pelabur2 asing atau dalam negara sendiri segelintirnya atau boleh jadi semuanya bakal berhijrah ke negara yang aman apabila berlakunya pergolakkan ekonomi mahupun politik. Saya cuma bayangkan jika berlakunya malapetaka seperti perang,golongan
elite serta kaya ini akan laju membuang kerayatan mereka dan secara langsung berhijrah ke negara yang aman atau negara yang mereka inginkan untuk mulakan hidup baru,boleh juga di cop golongan yang tidak sedar dik untung.Dan yang susah dan bakal akan menerima racun perang atau racun segala2nya dari golongan yang merancang ini ialah golongan miskin yang tiada pilihan untuk kemana2,contohnya berlaku perang golongan miskin ini bukanlah ingin berperang dan menang,tapi mereka "terpaksa" berperang untuk apa?mana mungkin untk mempertahankan tanah atau harta simpanan meraka yang berbeza nilainya dgn golongan yang lari td.ianya adalah terpaksa.dan dipaksa.
maaf hanya pandangan semata.
Terima-kasih atas berkongsi pandangan rizwan. Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Aidil Adha pada rizwan dan keluarga.
banyak yang saya perlu tahu,mungkin saudara zarch boleh kongsi segala.
selamat hari raya aidiladha juga :)
Post a Comment