Wednesday, November 16, 2011

Populasi dunia - 5



Insan, secara fitrahnya adalah kehidupan yang aktif terutama disesuatu usia dalam hayatnya. Aktif dalam kata setiap insan berkemampuan bertindak melakukan sesuatu dalam hidupnya, berkemampuan merubah akan kehidupannya dari suatu keadaan kepada kesuatu keadaan yang lain, berkemampuan memberi kesan pada alam persekitaran, berkemampuan mengadaptasi atau menyesuaikan diri pada alam yang diduduki serta menguasainya, berkemampuan membiak dengan berkeluarga serta mengembangkan apa yang difikirkan atau apa yang diperkatakan dan berkemampuan mempengaruhi suasana persekitaran dengan tingkah-lakunya.

Lantaran itu, sentiasa wujud kumpulan atau sekelompok masyarakat samada yang kecil atau besar bilangannya, membentuk suatu kehidupan bersama dengan tata-cara, kebudayaan serta seterusnya kepada tamadun yang dibina. Atas itu juga, kehidupan insan sebenarnya bukanlah termaklup dalam kategori-kategori teori-teori akan zaman peolitik (zaman batu awal), mesolitik (zaman batu pertengahan), neolitik (zaman batu akhir), zaman logam dan seterusnya sehinggalah zaman ini. Itu hanya teori-teori dan banyaknya teori-teori hanyalah andaian-andaian belaka yang boleh dibakul-sampahkan sekiranya fakta yang sebenar ditampilkan.

Dalam teori-teori dari zaman batu ini, dikatakan insan hidupnya seperti haiwanat iaitu zaman insan tidak tahu berkomunikasi atau tiadanya bahasa percakapan, tiada berpakaian, menjadikan gua-gua sebagai tempat penginapan, kanibal dan lain-lain. Kehidupan zaman batu ini dikatakan begitu pasif dimana insan tiada langsung berkeupayaan membina kebudayaan mahupun seterusnya membina penempatan dalam bentuk masyarakat tersusun, namun benarkah teori-teori ini?

Dikatakan, ditemui segala macam bukti seperti dari gua-gua yang pernah dipenghunikan, namun apakah itu suatu fakta yang benar buat apa yang didakwakan sedangkan sehingga hari ini, masih diketemui adanya masyarakat-masyarakat yang memilih tinggal dipendalaman dan kehidupan mereka masih lagi seperti dizaman batu. Teori-teori ini membentuk falsafah akan alur corak kehidupan insan memang sebegini, dengan disemadikan dalam pengajian-pengajian seharian buat insan diseluruh dunia, iaitu dari sekanak kecil yang mula belajar sehinggalah kepada profesor yang memberi kesan pada sistem pelajaran, menganggap teori kehidupan insan dari kategori zaman batu sehinggalah kezaman ini adalah suatu yang mutlak.

Bentuk falsafah dari pemikiran ini, menyangka bahawa insan-insan terdahulu adalah terbelakang dan tidak mengetahui apa-apa seperti anggapan insan terdahulu adalah kanibal iaitu insan memakan daging insan yang lain sedangkan kanibal itu sendiri sebenarnya bukanlah fitrah insan tetapi kerana sesuatu faktor disebaliknya. Contohnya, masyarakat ditasik Toba yang suatu dahulunya digeruni kerana terkenal akan karnibalnya, sedang disebalik itu, ianya adalah kerana anutan yang diikuti atas kepercayaan karut yang diwarisi iaitu setiap musuh yang ditangkap atau sesiapa yang melakukan jenayah berat, dihukum bunuh, tubuhnya wajar dipotong kecil-kecil untuk dimakan oleh setiap penghuni disitu agar dapat melindungi diri mereka dari balasan dendam roh yang dihukum bunuh.

Kesan dari bentuk falsafah pemikiran ini juga, samada disedari atau tanpa disedari, tertanamnya didalam benak apa yang dikira sesuatu yang terbaru, paling kehadapan atau sesuatu paling aktual untuk diikuti seperti contohnya bentuk-bentuk kebudayaan iaitu muzik-muzik, cara berpakaian, cara tingkah-laku mahupun bentuk-bentuk ideologi atau pemikiran dari negara-negara atau masyarakat maju disesuatu ketika tersebut.

Apakah terfikir oleh mereka yang mengada-adakan teori zaman batu ini, bahawa bukti-bukti yang ditemui hanyalah segelintir kumpulan insan yang dalam pemgembaraan mereka meneroka dunia baru, tersesat didalam hutan rimba lalu memulakan penempatan disitu, atau sekumpulan insan yang memilih menjauhi kehidupan bermasyarakat besar lantaran kekejian yang dilakukan oleh sebilangan besar masyarakat tersebut, atau sekumpulan insan yang melarikan diri dari bencana-bencana musibah yang menimpa penempatan tamadun yang dibina lantaran kerosakan akhlak atau pegangan hidup dimana sekumpulan kecil membina kehidupan dipendalaman yang jauh dari kaitan-kaitan tamadun yang membinasakan masyarakat mereka terdahulu.

Sebagaimana kenyataan banyaknya fakta diseluruh dunia akan sesuatu masyarakat yang dikenali tingginya tamadun yang dimiliki dengan rakyatnya disanjung dan diikuti atas corak-corak kebudayaan yang dibina seperti dari sudut penghasilan musik serta pakaiannya sehinggalah kepada bentuk-bentuk bangunan serta kediaman yang dibina, tiba-tiba sampai suatu masa, semua yang dibina musnah akibat sesuatu.

Berbalik kepada fitrah insan yang aktif bentuknya, apa yang dihasilkan oleh insan contohnya dari pemikirannya yang ditampilkan melalui penulisan, percakapan dan lain-lain, tingkah-laku yang memberi kesan kepersekitaran dan seterusnya, berkembang setiap saat terutama dizaman global yang seakan tanpa sempadan ini. Yang mana, setiap insan dari jumlah 7 billion, mampu bertindak dari keupayaan sifat fitrah aktifnya.

Tetapi dari itu juga, bayangkan apakah akan terjadi pada alam ini, sekiranya jumlah 7 billion ini menggunakan sepenuhnya kredibiliti-kredibiliti atau kemampuan yang dimiliki? Apakah akan terjadi sekiranya tiada kawalan-kawalan atau pedoman buat kemampuan-kemampuan yang dimiliki? Apakah itu sesuatu yang membawa kebaikan sekiranya setiap insan wajar sahaja memaksimumkan segala keupayaan yang ada pada dirinya tanpa memikirkan kesan-kesan yang yang terjadi dari itu? Apakah seseorang yang memandu kenderaan yang meternya menunjukkan maksimum kelajuan 280km sejam, wajar menekan minyak untuk memastikan meternya sentiasa menunjuk keangka 280km sejam?

Hari ini pun, telah jelas akan bencana-bencana dimuka bumi samada didaratan, lautan mahupun didalam kerak bumi adalah ada kaitannya dengan tindakan-tindakan dari sifat aktif insan.


Bersambung...




No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga