Dalam kiraan angka, yang utama adalah
apa yang berada didalam angka tersebut, bukan angka itu sendiri,
kerana angka sebenarnya hanyalah suatu nombor. Seperti ramainya
diktaktor-diktaktor yang tumbang dirampas kuasa mereka, memiliki
berbillion-billion ringgit disimpan diakaun-akuan negara asing yang
akhirnya lenyap begitu sahaja wang-ringgit yang dimiliki mereka,
dimana ini bermakna diktaktor-diktaktor tersebut hanya memiliki angka
berupa nombor yang kosong isinya.
Sedangkan sekiranya seseorang diktaktor
tersebut, contohnya, Hosni Mubarak dan ahli keluarganya dikatakan
memiliki asset bernilai 80 billion ringgit, memberi 2500 ringgit
untuk kegunaan buat setiap rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta
populasinya atau memperuntukan 20 billion untuk membantu mereka yang miskin dari jumlah populasinya untuk memulakan perniagaan dan sebagainya, Hosni Mubarak dan ahli keluarganya masih lagi memiliki 60
billion ringgit. Namun begitulah insan, wajar sahaja
matanya dikaburkan oleh angka-angka sehingga lalai kepada perkara sebenar yang dapat membantu dirinya mahupun pihak lain dihari muka.
Atau contohnya, seseorang yang panjang
umurnya dengan memiliki angka ratus tahun namun segala tahun-tahun
yang dilalui dalam kehidupannya, disia-siakan hanya untuk hiburan
diri dan mengakhiri umurnya dalam keadaan tiada amal solehan yang
dilakukan dan malah tidak mengenal Pencipta dirinya, sesungguhnya
umur yang panjang yang dimiliki adalah berupa kerugian dan petaka
buat dirinya, berbanding seseorang yang pendek umurnya tetapi dalam
masa hidupnya dipenuhi amal solehan dan dirinya sentiasa mengenal dan
menghampiri Penciptanya.
Sebegitulah, 7 billion penduduk dunia, bukanlah angka tersebut menjadi perhitungan yang sebenar tetapi kehidupan
realiti dengan segala aktiviti-aktiviti yang terjadi dalam angka tersebut serta seterusnya kesan dari itu yang menjadi perhitungan yang sebenar. Saban saat, berlakunya begitu banyak
aktiviti-aktiviti diseluruh dunia yang sehingga tidak terbayang,
dilakukan insan yang angkanya 7 billion. Seperti contohnya, dalam masa
sehari sahaja, atas aktiviti insan merokok maka purata 2 billion
rokok dihisap sebagaimana dicatat oleh World Health Organization
(WHO), Cigarette
Consumption - Tobacco Atlas [Pdf], yang mengakibatkan setiap
tahun lebih kurang 5 juta mereka yang meninggal kerananya.
Aktiviti-aktiviti yang disedarinya atau
tidak yang dilakukan oleh insan saban saat diseluruh dunia ini,
sebenarnya mampu memberi kesan-kesan yang amat besar seterusnya
dihari kemudian, samada untuk setiap individu, sesebuah masyarakat
atau pun untuk keseluruhan penduduk insan didunia ini. Seperti
aktiviti dalam menyediakan segala kemudahan buat kehidupan seharian
atau pun aktiviti mengkonsum segala kemudahan yang ada telah
menyebabkan begitu banyaknya kemudaratan yang telah dihadapi mahupun yang bakal
dihadapi oleh keseluruhan penduduk dunia.
Dalam menyediakan kemudahan atau
mengkonsumkan kemudahan yang ada, insan diseluruh dunia telah
menghasilkan purata sebanyak 20 billlion tan karbon dioksid setahun
yang mana menyebabkan insan diseluruh dunia kini menghadapi cuaca
yang ganjil dimana-mana seperti musim-musim yang berlaku saban tahun
berubah menjadi tidak menentu dan ini seterusnya menyebabkan kemarau
berpanjangan atau ribut-banjir berlaku dimana-mana sahaja.Mungkin pada golongan elit kaya yang mengaut saban detik keuntungan dari produktiviti kilang-kilang mereka, tidak merasa langsung kesan buruk darinya, namun beratus juta insan terutama mereka yang tinggal dipedalaman atau petani-petani miskin yang nasi-periuk seharian mereka berkaitan dengan cuaca, mengalami kesukaran hari demi hari dalam kehidupan mereka.
Ini seterusnya membawa kepada penghijrahan besar-besaran kekawasan-kawasan yang diduga dapat membantu kelangsungan hidup mereka seperti penghijrahan besar-besaran kekawasan urban atau bandar-bandar mahupun penghijrahan dari benua yang teruk dilanda musibah alam seperti dari benua Afrika kebenua Eropa. Insan tidak kira berapa angkanya, memiliki semangat untuk hidup, lantaran itu, apa pun terjadi, ianya akan tetap berusaha untuk hidup dan ini adalah fitrah insan. Mengalah akan keadaan hidup yang dilalui, mungkin hanya milik sebahagian kecil sahaja dari populasi penduduk dunia, namun selebih dari jumlah itu, insan akan sentiasa mencuba meredah apa sahaja rintangan dalam hidupnya untuk terus hidup. Hanya pertanyaan, apakah seterusnya aktiviti-aktiviti kehidupan yang dilalui walau apa sahaja bentuknya, membawa insan kearah kejayaan didunia dan akhirat?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment