Bertambahnya populasi penduduk dunia
secara drastik adalah kerana falsafah kebendaan yang dianuti atau
diikuti selaras dengan perkembangan semasa atau perubahan semasa yang
berlaku didunia ini. Tetapi sebaliknya, ramai yang mempersalahkan
akan bertambahnya populasi penduduk dunia secara
drastik adalah kerana pegangan atau falsafah hidup insan yang segala
rezeki telah diperuntukkan untuk setiap insan atau pendapat optimus
bahawa dunia ini berkemampuan menampung segala kehidupan didalamnya.
Sedangkan kenyataan bahawa falsafah
kebendaanlah yang mengakibatkan bertambahnya populasi penduduk dunia
ini jelas dilihat dari statistik peningkatan jumlah populasi penduduk
dunia sejak hebatnya falsafah kebendaan merebak diseluruh dunia dalam
era industri, iaitu dalam 2 abad yang lepas, sehinggalah kehari ini.
Revolusi industri ini, bukan sahaja menghasilkan bahan-bahan untuk
kemudahan atau kemewahan hidup insan tetapi lebih buruk dari itu,
sebahagian besarnya adalah untuk peralatan-peralatan senjata untuk
peperangan yang dibina dari segala bentuk.
Ini adalah terutama bila era penjajahan
sampai kemuncaknya, dimana negara-negara yang merupakan kuasa
penjajah iaitu negara-negara dari benua Eropa, berlumba-lumba
mencipta segala bentuk peralatan senjata untuk mengekalkan kuasa
penjajah mereka mahupun memperluaskan kuasa mereka. Ini seterusnya
memberi kesan kepada negara-negara lain terutama negara-negara
dibawah jajahan, untuk bangun merubah keadaan mereka. Contohnya
adalah bagaimana drastiknya berkembang populasi penduduk dibenua
India dan China. Bila era zaman penjajah berakhir, ianya disambung
kemudiannya dengan era pertembungan ideologi yang menyebabkan keadaan
menjadi bertambah buruk dengan perlumbaan mencipta senjata pemusnah
besar-besaran.
Disamping itu, pada waktu itu,
bertambahnya populasi penduduk dunia, dianggap sebagai asset penting
buat mereka yang mengejar falsafah kebendaan seperti pihak penjajah,
kerana pada kiraan mereka, bertambahnya populasi dikawasan yang dijajahi bermakna bertambahnya
tenaga-tenaga buruh yang diperlukan untuk mengaut segala keuntungan dan seterusnya menjadi kuasa dominan ekonomi keatas dunia.
Asset buat mereka yang tidak memiliki apa-apa, hanya zuriatnya yang
ramai diharap dapat membantu dihari muka, sedang ramainya populasi dibawah kawasan jajahan adalah asset buat
kuasa-kuasa penjajah sebagai tenaga buruh untuk mengekalkan status
kekuasaan dan ekonomi mereka.
Atas falsafah kebendaan ini juga,
membuat keadaan tidak stabil dan keadaan tidak adil berlaku didunia
hari ini, dalam mana, sikaya terus menjadi bertambah kaya manakala
simiskin menjadi bertambah miskin. Ketidak-stabilan dan tidak adil
ini dapat dilihat terutamanya dalam pembahagian pada bahan-bahan yang
sewajarnya dapat menampung setiap jiwa didunia ini seperti bahan
makanan dan air minuman.
Hari ini, suku daripada makanan
penduduk dunia, iaitu dari negara-negara maju, adalah merupakan buangan atau menjadi sampah-sarap
sedangkan lebih dari 1 billion insan diseluruh dunia kekurangan
makanan termasuk mereka-mereka yang mati kebuluran seperti dibenua
Afrika. Sebegitu juga dengan sumber air minuman yang mana
berbilion-billion liter air bersih digunakan saban hari sebagai air
untuk mencuci tandas dinegara-negara maju sedangkan purata 2 juta
insan mati dalam setahun kerana masaalah air dengan lebih kurang
dalam purata 800 juta insan diseluruh dunia tiada sumber air yang
bersih atau air yang selamat diminum (wssinfo).
Sedangkan, setiap insan dalam kehidupan
didunia ini, ada hak-haknya, sehinggakan dalam harta sikaya pun,
terdapat hak-hak buat semiskin dan ini patut dikeluarkan dengan
membayar zakat. Nabi Muhamad telah bersabda yang lebih kurang
maksudnya, sekiranya semua membayar zakatnya, maka tiada insan yang
akan mati kebururan.
Namun apa yang jelas terjadi, falsafah
kebendaan telah mengaburi pandangan insan kepada realiti persekitaran
dunia serta menjadikan insan-insan bertambah tamak dan kedekut.
Falsafah kebendaan ini juga seterusnya diperkembangkan secara global
keseluruh pelusuk dunia dalam berbagai bentuk dan menjadi anutan oleh
sebahagian besar penduduk dunia terutamanya dihari ini dengan kaedah
sistem kredit atau pinjaman beriba.
Dimana-mana sahaja hatta didaerah
termiskin, samada atas tekanan hidup yang menyebabkan amat memerlukan
sesuatu untuk melangsungkan kehidupan seperti tempat penginapan atau
kenderaan, mahupun mimpikan kehidupan yang begitu mewah dan selesa,
ramai yang melakukan pinjaman-pinjaman dalam memenuhi permintaan atau
keperluan mereka sedangkan disebalik itu, mereka-mereka ini
dipergunakan oleh pihak-pihak yang hanya mementingkan keuntungan
semata-mata melalui pinjaman beriba. Sebagaimana bank dunia yang
membantu negara-negara mundur dengan pinjaman-pinjaman beriba yang
akhirnya menjerat negara-negara yang dibantu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment