Monday, November 07, 2011

Populasi dunia - 2


 
Setiap insan kini adalah satu dari 7 billion penduduk dunia. 7 billion iaitu 7,000,000,000 bermakna 7 ribu juta, suatu angka buat kiraan populasi penduduk dunia yang tidak pernah wujud sebelumnya. 7 billion juga bermakna angka yang hidup ketika ini, manakala angka ini akan bertambah setiap saat kerana angka bilangan mereka yang mati saban detik adalah kurang daripada angka bilangan kelahiran bayi yang baru.


Dianggarkan setiap hari, 35,000 kelahiran baru dan 15,000 kematian diseluruh dunia dengan putaran jumlah setahun bayi-bayi yang dilahirkan adalah seramai 110,000,000, manakala kematian pula buat putaran jumlah setahun adalah dianggarkan lebih kurang seramai 50,000,000 orang.Dari itu, pada tahun 2050, dianggarkan angka populasi penduduk dunia akan meningkat pada 10 billion.

7 billion insan ini, kalau dikatakan semua insan dikumpulkan disuatu lapangan dengan keadaan bahu-bahu masing-masing menyentuh bahu yang lain (dalam keadaan yang rapat dalam setiap sudut antara satu sama lain) ianya wajar sahaja meliputi keseluruhan tanah Malaysia, Thailand, Kemboja, Filipina, Singapore dan Brunei. Ini kerana, untuk mengumpul keseluruhan 7 billion insan dalam keadaan rapat, memerlukan kawasan lebih kurang 1,300,000 km/persegi.

Dan kalau dikatakan, semua penduduk dunia ini samada dari yang bayi sehingga yang tertua, datang keMekah, dan berdiri menunaikan solat dalam keadaan saf-saf bahu menyentuh antara satu sama lain dan setiap saf memiliki ruang jarak untuk sujud antara satu sama lain, maka ia akan meliputi keseluruhan Tanah Arab.

7 billion, disebalik realiti angka tersebut, bermakna 7 billion jiwa dengan kehidupan masing-masing. Jika didalam suatu stadium, 10,000 insan kelihatan ramai, manakala jumlah lebih 3 juta insan diArafah untuk menunaikan fardu Haji atau Ijtimak Tongi untuk program ceramah dan keluar dijalan Allah yang jumlahnya setiap tahun juga lebih dari 3 juta insan sudah kelihatan begitu ramai, mahupun jelas kesesakan dikota-kota besar yang tinggi jumlah populasinya seperti bandar Calcuta atau Mexico City, inikan pula untuk angka 7 billion jiwa-jiwa insan bila dihimpunkan semuanya.

Sedang, dipadang Mahsyar, bukan sahaja 7 billion atau 10 billion angka yang dikumpulkan tetapi keseluruhan jiwa yang pernah hidup sesejak awalnya sehinggalah hari kiamat yang angkanya tentulah mencapai ratusan billion mahupun lebih dari itu, berkumpul disuatu lapangan untuk menanti pengadilan. Jadi, bagimanakah rupanya nanti lapangan padang Masyhar tersebut dan bagaimanakah sesak serta deritanya untuk dihadapi, yang masa menanti disitu juga akan mengambil ribuan tahun kiraan waktu didunia ini?

Angka-angka untuk populasi insan dari dahulu sehingga kini, hanya berupa angka-angka yang kian meningkat, sedang jiwa yang diangkakan didalamnya, sebenarnya sentiasa berganti-ganti setiap saat, dengan adanya jiwa yang menemui kematian dan ada jiwa baru yang dilahirkan. Dimana dalam setiap angka, adanya pertukaran jiwa-jiwa insan didalamnya sebagaimana tukaran siang dan malam buat tarikh-tarikh setiap hari, yang masing-masing hadir untuk merasa kematian tanpa dapat kembali hidup didunia ini tidak kira siapa dirinya kerana tiada satu jiwa pun yang akan tinggal selama-lamanya didalam dunia yang fana ini.

Nama-nama buat jiwa-jiwa insan 7 billion ini pula hanyalah berputar pada nama-nama yang aktual dizaman serta keadaan buat pengenalan atas siapa seseorang tersebut sesejak lahirnya dan lazim terjadinya nama-nama yang sama dimiliki oleh individual yang berbeza, namun begitu, setiap dari jiwa yang hadir, sesejak mula kewujudan insan sehinggalah keakhir kewujudannya, memiliki ID atau pengenalan yang berbeza antara satu sama lain seperti contoh cap jarinya. Yang mana, tiada insan didunia ini yang memiliki cap jari yang sama, biarpun mencecah angka billion dari billion jumlahnya.


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga