Wednesday, November 23, 2011

Populasi dunia - 7



Salah satu masaalah besar yang menjadi dilema dari tingginya jumlah populasi insan adalah bahan pembuangan yang dihasilkan. Bahan pembuangan yang dari berbagai bentuk samada datangnya dari setiap individu hinggalah kepada kilang-kilang yang didirikan untuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan dalam hidup.


Sebenarnya, disamping 7 billion insan, terdapat berpuluh-puluh billion kehidupan lain yang berkongsi ruang udara, daratan mahupun air dengan insan dibumi ini, namun semua kehidupan tersebut tidak menghasilkan bahan buangan secara drastik saban waktu yang seterusnya memberi kesan kepada kehancuran alam yang diduduki.

Keseluruhan kehidupan yang wujud, berpijak diatas sistem ekologi alam (Sunnahtullah) yang mana setiap dari bahan pembuangannya, mampu dikitar kembali termasuk jasadnya sendiri, hanya-sanya insan yang kelihatan amat ganjil diantara segala kehidupan yang wujud kerana bahan pembuangannya wajar sahaja terkeluar dari sistem ekologi yang mampu mengitarnya dan malah menghancurkan sistem ekologi yang sedia ada.

Suatu waktu dahulu, insan walau setinggi mana tamadunnya, tiada mengalami permasalah besar diatas sisa bahan pembuangannya kerana segala yang digunakan, adalah diproses bukan dari bahan yang asing untuk alam ini mengitarnya semula. Mungkin masalah dari sudut pengairan atau perkumuhan dari najis-najis dihadapi dikawasan yang tinggi jumlah penduduknya iaitu dikota-kota diwaktu itu namun ini masih lagi dapat ditampung dengan pembinaan sistem pemparitan yang teratur atau sistem pengambilan najis-najis dari setiap rumah untuk dijadikan baja, sedang permasaalahan yang dihadapi oleh insan hari ini jauh lebih kompleks dan malah sampai kesuatu peringkat yang dilihat tidak jalan penyelesaian untuknya.

Bahan-bahan yang dikonsumkan oleh insan yang berasal dari bahan organik atau non-organik ini lazimnya mampu menghasilkan masalah-masalah yang rumit untuk ditangani. Dari bahan-bahan yang lumrah serta murah untuk kegunaan seharian seperti segala produk dari bahan plastik, tidak dapat dikitar semudah itu oleh alam, sehingga kepada bahan-bahan yang amat bahaya buat kehidupan insan yang digunakan sebagai tenaga api seperti bahan radioaktive yang sehingga kini pun tiada diketemukan jalan untuk pelupusannya.

Hari ini, lebih dari 1 billion bag plastik diproduk dan dikonsum setiap tahun dan jumlah ini, sekiranya digunakan untuk membungkus muka bumi, ia mampu mengelilingi muka bumi dengan berkali-kali lipatan. Angka ini belum lagi termasuk segala produk-produk yang lain yang dihasilkan dari plastik yang mana jumlah yang dihasilkan setahun melebihi jumlah populasi insan hari ini.

Mungkin dinegara-negara maju, terdapatnya pusat-pusat perkitaran yang dapat melupuskan segala sisa buangan dari bahan plastik ini atau dapat dikitar semula untuk digunakannya kembali, namun kenyataannya, hanya terlalu sedikit pusat-pusat sebegini sekiranya dibandingkan dengan penggunaan bahan plastik ini diseluruh dunia terutama dinegara-negara yang tidak berkemampuan untuk menyediakan pusat-pusat perkitaran ini.

Sebagaimana, mungkin dinegara-negara maju, sistem perkumuhan najisnya teratur dengan loji-loji pembersihnya namun kebanyakkan penduduk dunia, sehingga hari ini, bukan sahaja tiadanya sistem perkumuhan najis yang teratur, malah tandas-tandas yang digunakan sangatlah dhaif dan kotor keadaannya. Ini seterusnya menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit yang menular serta memberi kesan yang buruk pada air-air yang diperlukan untuk kegunaan seharian.

Sekiranya dikatakan, purata setiap insan dalam sehari menghasilkan 1kilo pembuangan sampah mahupun perkumuhan najisnya, maka sekiranya dihitung untuk keseluruhan populasi insan, ianya bermakna setiap hari sebanyak 7 billion kilo sampah-sarap serta perkumuhan najis dihasilkan. Bayangkan kuatitinya untuk sebulan, setahun mahupun seterusnya untuk kurun-kurun. Itu hanya kiraan dari sampah-sarap yang berbentuk fizikal, sedang disebalik itu, angka pembuangan sampah-sarap yang dihasilkan dalam bentuk fikiran mahupun perasaan adalah jauh lebih besar dan mengancam dunia keseluruhannya.

Sampah-sarap yang dihasilkan dari bentuk fikiran mahupun perasaan adalah contohnya seperti berjuta-juta tan buku-buku, surat-khabar atau majalah, catitan-catitan disocial network atau blog-blog, ebook-ebook, journal dalam pengajian dan lain-lain yang ditulis saban waktu namun kandungannya membawa kearah keruntuhan moral, keracunan fikiran mahupun kerosakan akidah.

Sebegitu juga, berjuta-juta tan sampah-sarap yang dihasilkan dari bentuk fikiran dan perasaan adalah seperti dari sudut muzik, film atau segala media hiburan yang tersemadi didalam kaset, video, cakera-padat, memory-card dan lain-lain yang isinya tidak langsung membawa kebaikan dimana akhirnya hanya membuang masa serta tenaga dan membawa kearah kelalaian mahupun kemaksiatan.


Bersambung...


No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga