Wednesday, December 07, 2011

Populasi dunia - 8




Perkataan terlebih populasi (over population) adalah lazim kedengaran terutama buat negara-negara yang begitu padat penduduknya seperti China, India, Indonesia dan lain-lain. Juga lantaran populasi insan kini mencapai 7 billion, maka ianya juga digunakan buat angka menyeluruh populasi insan yang kian meningkat.

Sedang makna perkataan terlebih populasi sebenarnya digunakan untuk penyataan akan perkara hajat yang diperlukan untuk menampung kehidupan seharian seperti bahan makanan, air minuman, tempat tinggal dan lain-lain tidak mencukupi lantaran ramainya jumlah insan yang mengatasi bahan keperluan tersebut yang sedia ada.

Lalu pertanyaan yang timbul, apakah benar bumi ini tidak dapat menampung jumlah 7 billion insan yang wujud hari ini atau dalam kata lain, dunia hari ini mengalami terlebih populasi (over population)? Apakah benar bahawa akan perkara hajat yang diperlukan buat menampung kehidupan harian seperti bahan makanan dan air tidak mencukupi? Apakah benar tanah untuk diduduki mahupun udara untuk bernafas tidak mencukupi untuk sekian jumlah insan yang wujud hari ini?

Persoalan akan berkaitan dengan terlebih populasi adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang dihadapi oleh kebanyakkan insan hari ini. Contoh yang jelas akan pasangan yang berkira-kira untuk melakukan perancangan keluarga (family planing) adalah besar bilangannya dibandingkan dengan pasangan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penambahan zurait mereka. Perancangan keluarga ini lebih ketara terutama dikawasan-kawasan yang padat penduduknya atau dikawasan-kawasan yang maju berbanding kawasan yang sebaliknya.

Rata-rata dinegara-negara maju atau kota-kota urban didunia hari ini, purata zuriat buat setiap keluarga adalah 2 orang dan bagi sesetengah negara seperti contohnya kebanyakkan negara-negara dibenua Eropa, purata bagi setiap pasangan adalah hanya setengah bayi kerana ramainya pasangan-pasangan yang tidak memiliki bayi atau melahirkan bayi bila usia telah meningkat melebihi umur pertengahan.

Mungkin ini boleh dikatakan berlaku secara spontan kerana keadaan hidup yang dilalui seperti kos kehidupan atau standart kehidupan yang meningkat, semakin ramai yang mementingkan karier-karier dari memiliki keluarga, masalah moral yang meruntuhkan insitusi berkeluarga dan lain-lain, namun tidak dinafikan bahawa kekhuatiran akan terlebih populasi adalah juga faktor utama.

Sebenarnya, perancangan keluarga mahupun menjarakkan tahun-tahun kelahiran anak-anak adalah suatu yang amat positif, tetapi meragui akan rezeki yang dikurniakan buat setiap jiwa yang lahir adalah suatu sangkaan yang besar silapnya. Sesejak berjuta tahun, sebelum kehadiran insan dimuka bumi, telah wujud berjuta kehidupan lain dan sehinggalah kehari ini, sesungguhnya, tiadalah campur tangan insan dalam menyatakan apakah rezeki atau bagaimanakah bentuk rezeki untuk setiap kehidupan tersebut.

Sebagaimana berjuta tan ikan-ikan yang ditangkap dan dijual dalam pasar-pasar seluruh dunia saban hari, sedang esok tetap ada ikan yang ditangkap dan dijual seakan-akan tiada penghujung habisnya ikan-ikan tersebut, dimana jelas bukanlah dari kemampuan insan untuk menyediakan makanan buat ikan-ikan yang wujud dan bukanlah kemampuan insan untuk memikir bagaimana setiap ikan-ikan tersebut mendapat rezekinya.

Sebegitu juga dengan segala bentuk akan perkara hajat yang diperlukan buat sesuatu kehidupan seperti udara yang mana kehidupan bergantung kepadanya samada oksigen yang dihidu, proses pembentukkan awan dan hujan dalam mengawal suhu bumi sehinggalah kepada perisai dalam menghalang agar sinar ultraviole, semuanya tersedia ada tanpa campur-tangan insan menciptanya. Hatta nafas yang dilakukan oleh berbillion-billion insan mahupun segala haiwanat saban detik adalah luar dari kemampuan insan menyediakannya.

Namun yang menjadi masalah besar adalah kemampuan insan dalam menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat yang diperlukan buat segala kehidupan didunia ini. Bukan sahaja buat kehidupan lain seperti haiwanat mahupun tumbuh-tumbuhan yang dirosakkan akan perkara hajat buat kehidupan mereka, malah kehidupan insan itu sendiri dirosakkannya atas nafsu serakah yang ditunggangi.

Kemampuan menghancurkan atau merosakkan ini adalah kaitannya dengan ikhtiar yang ada pada insan dalam merobah kehidupan yang dimiliki atau kehidupan persekitarannya. Ikhtiar ini sewajarnya untuk diusahakan buat perkara-perkara yang membantu insan dan kehidupan lainnya, namun atas nafsu-serakah yang tidak dibendung atau tidak mengikut petunjuk-petunjuk yang membawa kearah kebaikan, insan melakukan proses menjahanamkan semuanya samada disedarinya atau tidak.

Contoh yang jelas bagaimana insan menghancurkan atau merosakkan setiap akan perkara hajat buat kehidupan adalah dengan semata-mata hanya mementingkan keperluan nafsu dirinya, lalu berlakunya percemaran alam dari segala sudut seperti diruang udara, tanah mahupun air. Dimana ini semua menyukarkan kehidupan seterusnya bukan sahaja kepada insan, malah kepada seluruh kehidupan yang wujud.

Manakala contoh lain yang mana menyebabkan gejala terlebih populasi adalah dimana suatu makanan yang kuantitiya dapat menampung 3 atau 4 orang tetapi dimakan kesemuanya hanya oleh seorang sebagaimana sesuatu penempatan yang tanahnya subur dan dapat diusahakan untuk menampung beratus-ratus keluarga petani tetapi kesemua hasilnya dimonopoli dengan berbagai helah oleh seorang petani kaya yang rakus serta mahupun hasil bumi sesuatu negara yang dapat dimanfaatkan buat membantu penduduk negara tersebut, dirampas oleh pemimpin bentuk diktaktor negara tersebut buat kesenangan hanya untuk diri serta keluarganya.

Bersambung...








No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga