Saturday, December 10, 2011

Populasi dunia - 9




Hakikatnya, yang menjadi persoalan utama dalam setiap kehidupan adalah kualiti bukan kuantiti. Kuantiti mudah sahaja dikira bilangan angka kehidupan yang dibelakangnya berderet angka-angka kosong seperti juta-juta, billiion-billion, trillion-trillion dan seterusnya tanpa penghujung dan penyelesaian tetapi kualiti adalah untuk pengiraan sebenar keadaan buat setiap angka kehidupan yang wujud.


Dengan angka populasi dunia yang kini 7 billion dan angka ini diperhitungkan semakin meningkat disamping meningkatnya segala kemudahan-kemudahan untuk memenuhi segala hajat keperluan hidup serta juga disamping meningkatnya segala alat-alat untuk membantu kehidupan seperti ubat-ubatan, pengetahuan-pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan seterusnya, apakah benar kehidupan buat setiap insan dalam angka 7 billion itu semakin meningkat kualitinya?

Apakah benar dengan segala yang dikuasai oleh insan seperti pengetahuan tentang alam ini iaitu dari untuk bentuk fizikal sehinggalah kebentuk mental membantu menerapkan kualiti hidup kepada kuantiti sebenar segala kehidupan dari haiwanat, tumbuh-tumbuhan serta insan didunia hari ini? Atau apakah sebaliknya yang terjadi, iaitu hanya sekelompok kuantiti kecil yang mengaut keuntungan untuk memperbaiki kualiti hidupnya serta memenuhi segala hajatnya, sedang kuantiti besar semakin buruk keadaan kualiti hidup mereka seperti contohnya, semakin ramai kuantiti insan bermakna semakin tingginya permintaan makanan terhadap daging-daging haiwan yang mana ini merosakkan 100% kualiti hidup haiwan-haiwan tersebut dimana banyaknya haiwan yang tersiksa sepanjang hidupnya kerana segala fitrah kehidupan haiwanatnya dirampas oleh insan?

Apakah benar bahawa dunia yang dikatakan semakin maju, penuh kemewahan serta segalanya cekap dan pantas dengan kehadiran berbagai bentuk peralatan elektronik ini menyebabkan semakin sihat pemikiran serta jiwa insan-insan didalam kuantiti angka yang besar atau apakah sebaliknya yang terjadi dimana begitu besar kuantiti insan yang wujud hari ini, tertekan jiwanya serta tiada kualiti hidup yang sebenar untuk jiwanya lantaran sedaya-upaya siang dan malam cuba mencapai segala kemewahan yang dianggap dapat meningkatkan kualiti hidupnya?

Dan pertanyaan yang utama buat mereka yang beragama Islam, yang mempercayai akan kewujudan Allah yang Esa dan mempercayai Nabi Muhamad itu pesuruh Allah, pada angka-angka umat Islam kini yang mencecah 2.1 billion dimana merupakan kuantiti angka penganut agama yang terbesar didunia hari ini, apakah setiap darinya memiliki kualiti iman yang sebenar sebagai seorang Islam dan mengamalkan agamanya atau hanya memiliki nama-nama sebagai seorang Islam yang menambahkan kuantiti umat Islam tetapi tidak kualiti keIslamannya?

Sebagaimana pepatah Melayu yang menyebut, tepuk dada tanya selera, maka untuk ini rasanya sesuai adanya pepatah baru berbunyi tepuk dahi tanya jawapan, kerana jawapannya sendiri adalah bagaimana setiap insan dapat berfikir dalam bentuk yang wajar serta berunsur kemanusiaan untuk mengatur dan mengurus kehidupan yang ada dalam mencapai kualiti yang sebenar yang wajar hadir untuk setiap kuantiti insan serta segala kehidupan lain yang wujud.

Bebalisme, iaitu tumpul pemikiran, adalah perkataan yang jelas wujud dan dihidupkan oleh sebahagian besar kuantiti insan didunia hari inilah yang menyebabkan kualiti hidup insan semakin buruk keadaannya. Fikiran yang bebal adalah kerana nafsu-nafsu mazmumah yang ditunggangi semata-mata oleh insan serta tiada usaha-usaha untuk berpesan-pesan buat mengikut pedoman sebenar tentang kehidupannya, dimana ini bukan sahaja memburukkan kualiti hidupnya tetapi juga menyebabkan pihak-pihak lain juga terjerumus sama kearah yang membinasakan. Lazim terdengar, bilamana sahaja terdapat pihak-pihak yang memperkatakan sesuatu yang hak, maka dirinya akan dipandang sinis atau ganjil dalam masyarakat yang kehidupan sehariannya adalah dalam bebalisme.

Sedari usia kanak-kanak, lazimnya diajar akan bagaimana untuk menguasai kehidupan dunia dipersekitarannya tetapi tidak diajar bagaimana menguasai dunia didalam dirinya. Lantas, fikirannya hanya digunakan dibawah sesuatu yang memanipulasikan dirinya dari dunia persekitarannya tetapi lepa untuk berfikir akan dunia diri insan yang sebenar. Dunia kehidupan dirinya yang sebenar atas kelahirannya dimuka bumi ini dan kemana arah seterusnya selepas kehidupan ini.

Sedangkan, Nabi Muhamad s.a.w telah diutus untuk menunjukkan suatu jalan bukan sahaja untuk penyelesian bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh insan tetapi merupakan suatu jalan buat kejayaan yang sebenar didunia mahupun diakhirat. Salah satu contoh yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah bagaimana kehidupan zuhud didunia ini merupakan suatu kehidupan contoh penyelesaian buat sekelian insan.

Dengan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w ini, insan-insan bukannya sebagai mesin-mesin untuk memproduk sebanyak mungkin kuantiti insan-insan yang ada didunia hari ini, tetapi sebagai insan yang memproduk seterusnya insaniah-insaniah yang berkualiti keadaan diri mereka.

Kekadang, umat Islam melakukan kesilapan dalam pemahaman sabdaan Nabi Muhamad seperti hadis riwayat Baihaqi tentang memperbanyakkan zuriat iaitu lebih kurang maknanya;

"Kahwinlah wanita yang subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang banyak berbanding umat-umat yang lain"

Kesilapan ini kerana tidak menyabitkan dengan sabdaan-sabdaan yang lain yang mana diutamakan kualiti umat Islam, bukan kuantiti sebagaimana contohnya hadis tentang amaran akan keadaan akhir zaman dimana umat Islam begitu ramai kuantitinya, tetapi tiada kualiti sehingga dipermainkan semudahnya oleh pihak-pihak asing.

Hadis riwayat Thauban r.a yang lebih kurang maknanya:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahaba r.anhum pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.
Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahaba bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahaba bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga