Sebelum penghijrahan insan kealam
Benua Sunda, ianya merupakan benua yang alamnya menakutkan.
Penghijrahan insan yang pertama iaitu jalur Ham dari Afrika, dianggarkan
dalam 40000 tahun hingga 60000 tahun terdahulu hanya melintas
melaluinya dan meneruskan perjalanan ke Benua Sahul.
Dikatakan
benua yang alamnya menakutkan kerana disini terletak deretan
gunung-gunung berapi yang aktiv hatta ke hari ini. Contoh amat
menakutkan adalah bagaimana dahsyatnya letupan Krakatau pada tahun 1883
yang bunyi dari letusannya terdengar sampai di Alice Springs, Australia
dan Pulau Rodrigues dekat Afrika, yang berjarak 4653 kilometer. Manakala
kekuatan ledakannya diperkirakan mencapai 30000 kali bom atom yang
diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki oleh AS dalam perang dunia ke-dua.
Krakatau, kepulauan vulkanik yang masih aktif dan terletak di Selat
Sunda iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera, pernah meletuskan lava
berapinya menyebabkan perubahan iklim secara global. Dunia bergelap
selama dua setengah hari akibat debu vulkanis yang menutupi atmosfera
dan diberitakan matahari bersinar redup sampai setahun kemudian dan
hamburan debunya sampai ke langit Norway serta New York.
Disamping itu juga, letupan Krakatua menyebabkan tsunami yang meragut
36000 nyawa. Itu baru letupan Krakatua, bayangkan pula letupan Gunung
Tuba 75000 tahun dahulu yang menyebabkan turunnya suhu dunia selama
berabad-abad akibat debunya yang menutup bumi. Disamping itu, saban waktu hatta sehingga kehari ini,
tidak henti-henti adanya aktiviti gunung berapi yang aktiv sepanjang pinggir pelantar Sunda.
Akibat dari aktiviti gunung berapi yang berlaku dari sama ke semasa ini
juga telah menukarkan benua Sunda menjadi suatu benua yang amat hijau
dan subur tanah-tanah disekitarnya. Kedatangan penghijrahan kedua, iaitu
dari jalur Sam, dianggarkan sekitar 40000 tahun hingga 20000 tahun
dahulu, mewujudkan penempatan-penempatan insan dibenua Sunda dan
bermulalah Bangsa Melayu-Austronesia dialam ini.
Dari benua Sunda
ini kemudiannya berlaku penghijrahan seterusnya keutara Taiwan, China
dan ke benua Amerika dengan terdapat fakta akan kaitan genetik bangsa
asli benua Amerika dengan bangsa Asia Tengah. Manakala penghijrahan
lainya adalah melalui lautan Pasifik dengan menunjukkan adanya
penghijrahan Austronesia-Polinesia dari benua Sunda dalam anggaran 11500
tahun hingga 1000 tahun dahulu iaitu bergerak melalui jalan laut
sehingga tersebarnya insan disekitar kepulauan Pasifik seperti contohnya
pulau Hawai, pulau Eastern, Tahiti, New Zealand dan lain-lain.
Dari jalur Sam ini yang menghasilkan bangsa Asia Tengah, penghijrahan
kealam benua Sunda dan seterusnya kebenua Amerika, terdapat juga teori
lain yang menyatakan adanya penghijrahan terus dari Asia Tengah kebenua
Amerika melalui bahagian utara iaitu Siberia, merentas Bering Strait dan
memasuki benua Amerika. Dianggarkan usia penghijrahan kaum asli America
adalah sama lebih kurang sama atau selepas usia penghijrahan ke benua
Sunda iaitu dalam lingkungan 25000 hingga 20000 tahun dahulu.
Namun anggapan yang menyatakan adanya penghijrahan dari Asia Tengah
melalui jalan utara kebenua Amerika ini kelihatan janggal sedikit kerana
kawasan utara diwaktu tersebut adalah kawasan yang teramat dingin,
dimana terpaksa melalui gunung-ganang serta gurun salji yang suhunya
dalam berpuluh-puluh minus yang tidak memungkinkan ini berlaku. Maka
teori yang menyatakan bahawa adanya penghijrahan dari Benua Sunda
keutara melalui jalan persisiran pantai iaitu merentas Taiwan, Vietnam,
China dan seterusnya menyeberangi ke benua Amerika kelihatan jauh lebih
logik.
Tambahan iras-iras wajah, warna kulit dan penampilan
fizikal penduduk benua Amerika terutamanya Amerika Selatan adalah hampir
sama dengan orang Austronesia atau bangsa Melayu. Mungkin hanya kaum
Eskimo kelihatan memiliki ciri-ciri atau iras-iras bangs Mongoloid iaitu
bangsa Mongol atau Cina, sedang kaum asli lain dibenua America seperti
Red Indian, kaum Inca dan lain-lain adalah lebih mirip pada bangsa
Austronesia. Hatta tedapat disesebuah penempatan, budayanya mirip
biarpun tidak didapati adanya hubungan contohnya budaya sesebuah kaum
didalam hutan Amazon yang sama dengan budaya kaum Iban atau Dayak
diSarawak seperti dengan bertatu, potongan rambut, alat-alat berburu,
anyaman dan lain-lain.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Catitan lalu
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
No comments:
Post a Comment