
Terdapat juga pertembungan pendapat dari golongan yang mempertikaikan pentingnya membawa altruisme atau sifat ikram dalam kehidupan seharian seorang insan hingga kepada seluruh kelompok sesuatu masyarakat yang mana pertembungan ini adalah datang dari ketiada kefahaman tentang erti altruisme atau apa yang dimaksudkan dengan sifat ikram, kefahaman yang sempit sesuatu golongan tersebut mahupun dari pemikiran-pemikiran yang tertutup, lalu menakrifkan ia adalah sesuatu yang mendatangkan keburukan.
Seperti pendapat Ayn Rand (seorang wanita pemikir Amerika Syarikat yang dilahirkan diRusia) memperdebatkan bahawa altruisme ialah pengorbanan nilai-nilai seseorang secara rela adalah sesuatu yang tidak baik kerana padanya hanya etika mementingkan diri yang rasional dapat membenarkan seseorang mengejarkan nilai-nilai yang diperlukan untuk hidup. Atau pendapat Friedrich Nietzsche (seorang pemikir dari German) menyatakan bila seseorang tersebut meletakan pihak lain adalah lebih penting berbanding diri sendiri, ini adalah merendahkan maruah sendiri.
Sebagaimana juga pendapat-pendapat dikalangan ramai yang mempertikaikan pembawaan sifat ikram dalam kehidupan seharian adalah terutamanya yang tinggal dalam dunia yang serba pantas, stress, penuh kemewahan, kepura-puraan, saling pijak-memijak antara satu sama lain untuk menduduki tempat yang tertinggi dikalangan ramai, saling tanding-menandingi yang mencipta seterusnya apa sahaja senjata-senjata untuk memusnahkan satu sama lain, dengki, tamak, bakhil dan seterusnya yang mana semua sifat-sifat ini adalah sesuatu yang begitu bertentangan dengan apa yang dikatakan altruisme atau sifat ikram.
Mahupun dari takrifan pandangan yang tertutup yang menyatakan bahawa dengan membawa sifat ikram, seseorang tersebut membuka ruang pihak lain memanipulasikan dirinya, menindas dirinya, membuat pihak lain mempermainkan dirinya dan seterusnya yang mana pandangan ini adalah dari jiwa yang tertutup atau isolasi keterlaluan yang tidak memahami apakah erti sebenar sifat ikram mahupun batas-batasan yang memagari sifat ikram dari segala keburukan yang mendatang.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment