Tuesday, December 07, 2010

Cetusan minda - 4

Salah satu medium untuk cetusan minda adalah inspirasi atau ilham yang hadir. Dalam mana kehadirannya adalah samada sesuatu yang memberi manfaat atau sebaliknya, serta juga kesan yang ditinggalkan untuk kehidupan mahupun aktiviti yang berkaitan dengannya.

Inspirasi yang hadir atau cuba dihadirkan, tentunya bergantung kepada apa dan siapa serta bidang apa yang lazimnya dikaitkan untuk kehadirannya, disamping juga kaitan dengan persekitaran kehidupan yang wujud. Seperti contohnya, seorang penyajak akan sentiasa mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi berkaitan dengan sajaknya dan sebegitu juga seterusnya pada bidang-bidang yang lain, hatta seorang suri-rumah juga mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi mengatur dekorative buat ruang rumahnya.

Dalam pada itu, kehadiran inspirasi adalah lebih dikatakan bukan dibawah kesedaran (unconscious) dan ini suatu keunikan kerana insan sewajarnya berada didalam kesedaran tetapi inspirasi pula adalah sesuatu yang tiba-tiba datang dalam benak fikiran dan mampu melakukan cetusan-cetusan minda, yang mana kekadang boleh mencapai ketahap mempengaruhi penghuni dunia.

Contohnya pengaruh-pengaruh inspirasi dari sesuatu musik, filem-filem atau apa sahaja sebagaimana yang terbentang dipapan-papan iklan dan seterusnya juga kepada perkara-perkara yang lain yang tersebar diseluruh penjuru dunia. Cuma hanya pertanyaannya, apakah ia sesuatu yang memberi manfaat dan mengundang kearah kebaikan atau sebaliknya mengundang kearah kemungkaran mahupun kearah yang tiada memberi apa-apa manfaat, iaitu hanya mensia-siakan usia kehidupan insan?

Berbalik dengan kenyataan bahawa inspirasi yang hadir bukan dibawah kesedaran, justeru dari itu juga, dikatakan inspirasi adalah suatu rahsia anugerah yang datang terutama yang berkaitan dengan inspirasi yang mencetuskan minda yang memberi manfaat dan petunjuk buat insan-insan lain seterusnya, manakala sebaliknya iaitu sesuatu inspirasi yang membawa kearah kemudaratan atau tidak bermanfaat, ia adalah suatu rahsia musibah yang dibisikkan kepada insan dan lazimnya berkaitan dengan hawa-nafsu insan serta hasutan musuh utama manusia iaitu syaitan.

Anugerah ini adalah suatu yang kekadang bukan dalam kiraan logik atau rasional insan seperti contohnya lebah-lebah yang mendapat inspirasi akan bunga mana yang madunya wajar diambil disamping mengetahui akan perbezaan antara bunga-bunga yang beracun atau tidak. Sebegitu juga, ia mengetahui jalan pulangnya ia kesarang tanpa tersesat dipertengahan jalan.

Atau ikan salmon yang mendapat inspirasi untuk bertelor jauh diatas pergunungan air tawar biarpun ia hidup dilautan air masin. Lalu bagaikan dipandu oleh suatu petunjuk, ikan-ikan salmon akan sedaya upaya berenang melawan arus sungai, melawan segala rintangan seperti air-terjun mahupun besarnya risiko kehilangan nyawanya dibaham oleh haiwan lain seperti helang atau beruang, hanya untuk sampai kepuncak gunung, bertelor dan kemudian mengakhiri riwayatnya disitu. Proses sebegini juga akan dilakukan oleh generasi kegenerasi yang seterusnya.

Yunani kuno mempercayai bahawa inspirasi adalah anugerah dari Muse, iaitu para-para dewi yang mereka menganggapnya sebagai sumber ilmu pengetahuan dan inspirasi seni. Sebegitu juga dengan penganut agama-agama yang lain yang ada pandangannya yang berbeza.

Manakala bagi penganut agama Islam, sesuatu inspirasi yang membawa kearah kebenaran dan kebaikan adalah petunjuk dari Tuhan semesta alam iaitu Allah Taala, sedang sebaliknya iaitu sesuatu inspirasi yang membawa kearah kemungkaran atau kemaksiatan adalah dari syaitan yang sentiasa membisikan hasutan kejahatan kedalam hati insan.

Didalam ajaran Islam, inspirasi atau ilham adalah berbeza dengan wahyu, dimana wahyu adalah hanya diutus kepada para utusan Allah dan pintu wahyu telah tertutup setelah risalah agama Islam disempurnakan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Manakala Inspirasi adalah seperti ibu Nabi Musa a.s yang mendapat ilham untuk menghanyutkan Nabi Musa a.s yang ketika itu baru dilahirkan didalam bakul, untuk menyelamatkan nyawa Nabi Musa a.s dari dibunuh oleh askar-askar Firaun yang ditugaskan oleh Firaun untuk membunuh setiap bayi lelaki yang lahir, dimana Firaun telah mendapat alamat akan kelahiran seorang bayi lelaki yang akan mengugat kekuasaannya.

Bersambung...


- Telah dinyatakan didalam Al-Quran bagaimana petunjuk dari Allah kepada sekelian mahluk ciptaan-Nya:


رَبُّنَا ٱلَّذِىٓ أَعۡطَىٰ كُلَّ شَىۡءٍ خَلۡقَهُ ۥ ثُمَّ هَدَىٰ

  • Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semula-jadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya. (Surah Thaaha; ayat 50) (Hada atau hidayat adalah bermaksud petunjuk dari Tuhan pencipta alam)

2 comments:

Irwan said...

Sekian lamanya saya mengikuti artikel dalam blog tuan, tapi baru siri yang INI-lah saya dapat ikut. Mungkin sebab ayat dalam siri ini mudah difahami. Atau kepala saya dah mereng sebab CUBA mengomen entry ,Wujudkah Kosong' haritu. Yang penting pada saya, saya dah boleh mula baca 2-3 artikel tuan sampai habis dengan satu nafas. Sebagai 'mood' kepada artikel saya, anggaplah saya TERASA dengan siri ini. Mood ini penting demi memastikan tuan membaca artikel saya pula dengan satu nafas...

baca sampai habis:

http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-cetusan-minda-1-hingga-4.html

zarch said...

Terimakasih Irwan kerana membacanya, apalah sangat nukilan-nukilan saya ni. Saya sebenarnya tulis dalam bentuk umumi bukan khususi dan tidak ditujukan khas untuk seseorang. Segalanya pun adalah terutama untuk diri saya agar tak terbelenggu dalam dunia yang membelenggukan fikiran.

Ok, selamat membaca dan ya, saya akan keblog aderberani tuan. Bagus juga bermuzakarah begini...

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga