Sunday, March 07, 2010

z = z2 + c - Infiniti warna 4


Julia set, asas fraktal pada infiniti warna adalah ditemui oleh Gaston Julia yang lahir dibandar Sidi Bel Abbes, Algeria (1893-1978) dan juga oleh Pierre Fatou (1878-1929). Gaston Julia adalah seorang ahli mathematik dari Perancis sebagaimana juga dengan Pierre Fatou.

Fraktal warna pada mulanya iaitu ditahun 1915 yang diperkenalkan oleh Gaston Julia lebih merupakan teori pengiraan atau berligar dalam kata falsafah, malah lakaran gambar Julia Set sendiri adalah imaginasi beliau, namun setelah penemuan komputer dan usaha ini disambung oleh Benoit Mandelbrot, maka ia kini suatu fakta yang dapat dilihat dan dikenali hari ini dengan himpunan/set Mandelbrot.

Ini kerana, dengan komputer, sesuatu pengiraan atau penglihatan pada ukuran fraktal dapat dicapai jauh kedalamnya dan dengan ini dapat ditemukan huraian visual dengan fakta-faktanya untuk menunjukkan bahawa geometri fraktal menghubungkan banyak bidang matematika dan sains, jauh lebih luas dari yang diperkirakan sebelumnya.

Dalam pada itu, kesenian yang dihasilkan dalam dunia kesenian Islam, lazimnya suatu yang bercorak saujana atau sebagai "seni infiniti" (tanpa sempadan). Biarpun pada lahirnya kelihatan terikat pada aturan-aturan seperti tiadanya bentuk-bentuk mahluk hidup, tetapi dari sebalik itu, wujudnya suatu seni yang berpadu pada imaginasi penghasilnya sendiri tanpa atau kurang terkesan pada suasana mahupun mahluk hidup dipersekitaranya.

Contohnya bentuk kubah-kubah masjid, karpet-karpet dan seterusnya yang gubahan diatasnya terhasil dari sesuatu ukuran adalah berbentuk mirip dengan fraktal, iaitu suatu lakaran atau pengukuran kasar pada segala skala yang mana ia dapat dibahagi-bahagikan hatta kepada ukuran yang terkecil yang semuanya masih memiliki atau mirip kepada fraktal aslinya.

Sebagaimana penyataan estetik yang dinamakan "Arabesque", iaitu contohnya seperti lakaran, ukiran atau lukisan berbentuk geometrik yang dibentuk berulang-ulang atau sambung-menyambung, atau kekadang diselangi dengan tulisan-tulisan khat dari huruf Arab (Jawi), merupakan suatu identiti yang selaras dengan prinsip-prinsip estetik ideologi Islam.

"Arabesque", memancarkan suatu penghasilan nilai saujana (infiniti) untuk pemerhatinya, iaitu sesuatu yang dihidangkan diluar lingkungan ruang-masa dalam mana penghasilannya yang pada asas strukturnya sama, kemudian berkembang serta disambung dari satu generasi kesatu generasi.

Ianya wajar mencabar minda untuk mengolah sesuatu yang baru tanpa perlu meniru bentuk-bentuk mahluk hidup, namun inilah seni infiniti, penerokaan kealam seni dengan olahan-olahan fraktal warna dalam mana juga ia kekadang melahirkan seni berbentuk "abstrak", iaitu melahirkan bentuk-bentuk atau adunan warna-warna yang penuh dengan rahsia tersendiri.

Penolakan keatas penghasilan bentuk-bentuk mahluk hidup ini dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhamad s.a.w. Mungkin ia dibenarkan hanya pada peringkat kanak-kanak seperti patung mainan mereka atau permulaan belajar melukis dan sewaktu dengannya, namun ia bukanlah ciri-ciri seni keIslaman.

Pengharaman keatas melukis bentuk-bentuk mahluk hidup merupakan pendapat jumhur ulama didalam mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dengan dalilnya:

1.Hadis riwayat Saidina Umar r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.
رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Akan dikatakan pada mereka "Hidupkanlah apa yang engkau cipta".

2.Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a daripada Rasulullah s.a.w:
(من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة. وليس بنافخ.
رواه البخاري مسلم

Maksudnya:
"Sesiapa yang membuat gambar di dunia maka dia akan disuruh untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut di hari kiamat. Dia tidak mampu untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut."

Hadis yang pertama dan kedua menunjukkan secara umum pengharaman membuat gambar yang bernyawa. Gambar yang tidak bernyawa diharuskan sebagaimana dalilnya:

3. Hadis berikut:-
دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا مستترة بقرام فيه صورة. فتلون وجهه. ثم تناول الستر فهتكه. ثم قال: (إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة، الذين يشبهون خلق الله).
رواه البخاري ومسلم واللفظ له

Maksudnya:
"Rasullah s.a.w masuk ke rumah bertemuku, aku sedang memasang tirai yang ada gambar. Lantas berubah mukanya. Kemudian baginda mencapai tirai tersebut serta menanggalkannya. Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di antara manusia yang menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat adalah orang yang menyerupai ciptaan Allah s.w.t."

Ibnu ‘Abbas berkata, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa” (Riwayat Bukhari)

Ini adalah sebahagian contoh akan panduan-panduan buat pemikiran insan yang mana ia boleh mengembara kedalam alam infiniti pemikirannya untuk menghasilkan segala bentuk hasilan namun wajar didalam suatu garisan yang ditetapkan yang mana juga dari situ, pemikiran mahupun penghasilannya tidak membawa atau meninggalkan kesan keburukan.

Bersambung...

2 comments:

Ziarah76 said...

menarik entri ni

zarch said...

Jazakallah Z76. Saya ni berfikir sambil belajar dan mengkaji, seperti pemandu L kereta, kalau silap pun, orang fahamkan..he..he

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga