Tuesday, January 26, 2010
Produk sejarah - 11
Dalam Al Quran sendiri, kisah-kisah lepas atau sejarah lepas seperti sejarah kehancuran sesuatu kaum, kisah mereka yang durhaka (seperti Qarun, Abu Jahal dll), sejarah para-para anbiya (termasuk anbiya kalangan bani Israel), sejarah akan kehebatan mereka yang bukan anbiya tetapi kalangan hamba yang soleh-solehan (seperti Zulkarnain, Ahlul Kahf, Mariam dll), sejarah tentang pengajaran (seperti Lokman Al-Hakim) dan seterusnya adalah merupakan satu pertiga dari isi Al Quran.
Sebagimana juga sejarah Nabi Muhamad, merupakan hanya seorang insan didunia ini yang dirakamkan segala sejarah gerak-gerinya, perkataan mahupun tingkah-lakunya saban detik agar iainya dapat menjadi bimbingan untuk umat seterusnya.
Mungkin ada juga insan lain yang dirakam kata-katanya mahupun pun tingkah-laku, namun tiada yang selengkap Nabi Muhamad dan dari kisah kehidupan Nabi Muhamad, tiada apa yang disembunyikan kerana yang dibawanya adalah suatu contoh kenyataan sebenar akan keadaan kehidupan seorang insan dan gambaran untuk sekelian insan buat menuju kearah kebaikan mahupun kejayaan didunia dan akhirat.
Ini kerana, segala sejarah atau riwayat dari Nabi Muhamad seterusnya menjadi tunjak dalam agama Islam selepas Al Quran (Hatta penafsiran untuk Al Quran yang sebenar adalah dari Nabi Muhamad). Begitu penting sehingga ia menjadi suatu sumber Ilmu yang utama. Darinya juga, para fuqaha-fuqaha Islam seterusnya meleraikan hukum-hakam dalam kehidupan seharian umat Islam mengikut pengertian atau tafsiran keempat mahzab sunni yang berpijak dari riwayat Nabi Muhamad.
Hukum-hakam keatas sesuatu perkara atau perbuatan seperti wajib, haram, makruh, harus, sunat adalah dalil pada sesuatu tindakan atau amalan, manakala bidaah (sesuatu yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhamad) pula bukan hukum, tetapi sesuatu yang dikaji apakah perbuatan tersebut mahupun kesannya, maka dari situ diletak hukum apakah sesuatu tersebut, samaada bidaah hasanah (yang membawa kebaikan) atau bidaah dholalah (yang membawa kesesatan).
Nabi Muhamad sendiri tidak sewenang-wenang menyesatkan pengikutnya yang melakukan sesuatu yang tidak dilakukan beliau, sebagaimana contohnya salah seorang sahaba yang setiap-kali membaca surah Ikhlas setelah surah Fatihah dalam solatnya dan perkara ini tidak pernah Nabi Muhamad mengajarnya.
Lalu ditanya mengapakah dia membaca surah Al-Ikhlas setiap kali dalam solatnya. Kata sahaba tersebut, dia amat menyintai surah Al-Ikhlas, lalu Nabi Muhamad bersabda, sekiranya sebegitu, dia akan memasuki syurga kerana kecintaannya pada surah Al-Ikhlas.
- Anas ra, meriwayatkan seorang sahaba Anshar, ketika menjadi imam, senantiasa memulakan bacaannya dalam solat (selepas Fatihah) dengan surah Al-Ikhlash lalu mengikutinya dengan surah yang lain. Ketika ditanyakan kepadanya tentang hal tersebut, dia menjawab, "Karena aku mencintai surah ini". Maka Nabi pun bersabda,"Kecintaanmu kepada surah tersebut telah memasukkanmu kedalam surga" (riwayat Bukhari)
Mahupun sejarah Syaidina Umar melakukan solat tarawih 20 rakaat yang mana tidak dilakukan dizaman Nabi Muhamad, namun Syaidina Umar menyatakan ianya suatu bidaah hasanah kerana kesan kebaikan yang dihasilkan dari perbuatan tersebut. Atau Syaidina Usman yang memerintah untuk berazan lebih dari sekali pada waktu Jumaat, seperti azan dikawasan pasar mahupun kali keduanya, azan didalam masjid, sedangkan ia tidak dilakukan dizaman Nabi Muhamad dan perbuatan ini bukanlah bidaah dholalah.
Atau contohnya, seseorang yang istiqamah atau kata lain mewajibkan dirinya setiap malam membaca surah Yasin kerana fadhilatnya atau sebagai pendinding diri, itu tentunya bukanlah bidaah dholalah malah ia suatu kebaikan buat dirinya (dalam mana juga dia tidak meninggalkan apa yang prioriti seperti solat fardu dll serta tidak menyimpang dari apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad).
Namun tentu sekali tidak wajar dia menjatuhkan hukum wajib pada yang lain untuk membacanya setiap malam kerana tiada dalil hukum wajib tentang ini samaada dari Nabi Muhamad mahupun para ulamak terdahulu.
Berbalik pada akan kepentingan sejarah, yang mana sekiranya dikaji dan diteliti, kehidupan insan tersebut adalah seperti roda yang berputar-putar yang mana terlalu kerap perkara-perkara yang berlaku dizaman silam berulang kembali.
Misalnya anbiya-anbiya atau utusan Tuhan yang hadir untuk mengajak insan kembali kepada Allah, Tuhan yang satu, namun samada dakwahnya ditolak lalu diazabkan masyarakat disitu atau setelah zaman berlalu, setelah utusan tersebut meninggal dunia, masyarakat yang mengikut utusan tersebut mula terpesong atau terkeluar dari ajaran yang sebenar.
Dari situ juga dapat diambil pengajarannya yang mana, bila utusan tersebut meninggal, bermakna terputusnya dakwahnya dan bila masyarakat selepasnya tidak menyambung usaha dakwahnya, maka terpesong atau semakin jauhlah masyarakat tersebut dari kebenaran yang dibawanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
2 comments:
alhamdulillah... baik benar nulikan tuan digarap.
mmg benar apa yg tuan katakan tu. bidaah hasanah dan bidaah dholalah kadang2 ada yg masih mahu bertegang urat.
Nabi s.a.w dulu tak pernah pun membina madrasah, membina madrasah adalah bidaah. Tetapi bidaah hasanah.
Ustaz saya dulu ada bbrp kali menjelaskan perkara bidaah ini supaya kami jgn terkeliru.
Antaranya, saidina Uthman r.a, satu ketika menunjukkan sapu tangan kecilnya sambil berkata, 'ini adalah bidaahku...' (yakni itu adalah bidaah hasanah yg beliau lakukan pd dirinya, bukan pd orang lain).
Mashaf al-Quran dikumpulkan zaman Uthman r.a, al-Quran lama dibakar elak kekeliruan, dan ada perkara agama yg dilakukan sahabat tapi tak dilakukan Nabi s.a.w.
Ada banyak lagi contoh bidaah hasanah. Yg perlu umat Islam berlapang dada. Apa la yg nak disibuk-sibukkan melabel orang semua bidaah sesat... begitu begini..., sedangkan amalan fardu yg wajib pun spt solah pun dicuai-cuaikan oleh ramai orang. Ini lebih perlu diberi perhatian. Sapa yg mahu bawa manusia kepada amal-amal ini jika bukan orang Islam sendiri.
wa allahu alam bissawab
Jazakallah atas berkongsi pendapat dari ziarah76. Semoga Allah melindungi serta merahmati kita.
Post a Comment