Saturday, January 02, 2010

Produk sejarah - 4


Mesir (Egypt) dikenali bukan sahaja kerana ia merupakan antara tamadun terawal, malah lebih dari itu, banyak data-data tentangnya masih boleh didapati seperti kota mahupun piramid-piramidnya, tulisan atau ukiran-ukirannya, harta perhiasannya mahupun juga kalangan Firaunnya yang dapat dilihat sehingga kehari ini kerana dimumia.

Mesir adalah antara tamadun yang unik dan dibangunkan sepanjang sungai Nile yang merupakan sungai terpanjang didunia. Juga adalah yang terawal dalam sejarah insan menggunakan kertas, iaitu dibuat dari pohon papyrus yang tumbuh subur disepanjang sungai Nile. Batangnya dilembutkan dan ditekapkkan dalam keadaan dianyam dengan keadaan bersilang dan dikeringkan.

Proses pengunaan kertas inilah salah satu sebab yang telah merubah warna dunia dimana bahan tulisan kemudiannya mudah dihasilkan dimana-mana dibandingkan sebelumnya iaitu ditulis diatas batu, kulit dan lain-lain. Juga sesiapa sahaja mudah mendapat bahan tulisan dan mengajar kemudian pada yang lain kerana kertas adalah ringan, murah, mudah untuk menulis dan seterusnya.

Sejarah paling awal tamadun Mesir dianggarkan lebih kurang 5000 sebelum Masehi. Manakala seawal 8000SM telah dipercayai telah adanya penduduk dikawasan sempadan Mesir dengan Sudan yang suatu waktu dahulu adalah merupakan lembah yang subur sebelum bertukar menjadi sebahagian dari Sahara.

Firaun bukanlah nama seorang raja diMesir tetapi ia adalah gelaran raja pada semua pemerintah diMesir yang dianggarkan lebih dari 250 orang termasuk 3 Ratu mereka (dari Dinasti yang terawal sehingga kedinasti ke31, juga zaman dibawah jajahan Parsi 404SM dan seterusnya pada Dinasti jajahan Yunani 332SM, Dinasti Ptolemy 305) yang merupakan salah satu pemerintahan dalam sejarah dunia bertahan sebegitu lama sebelum dijajah sepenuhnya oleh Rom pada 30SM.

Diantara Firaun-Firaun tersebut, tercatit seorang Firaun yang amat berbeza dengan Firaun-Firaun lain bernama Amenhotep IV / Akhenaten (1352-1334). Beliau mempercayai akan Tuhan yang satu, bukan pada agama pagan kaum Mesir waktu itu iaitu menyembah patung-patung mahupun kalangan Firaun itu sendiri dianggap Tuhan. Beliau juga berusaha membawa kembali masyarakat Egypt untuk mempercayai akan Tuhan yang satu dan merubah kebudayaan Mesir waktu itu.

Namun sebegitu, dia mendapat tentangan-tentangan dari para-para sami Mesir yang berpegang teguh kepada kepercayaan Pagan lama mereka iaitu mempercayai banyaknya Tuhan serta kepercayaan karut-marut disertai dengan ilmu-ilmu sihir. Firaun Akhenaten adalah seorang yang cintakan kedamaian dan keamanan disamping mimpikan kehidupan yang harmoni dikalangan rakyatnya telah memindahkan istananya jauh kepadang pasir.

Firaun Akhenaten adalah salah seorang Firaun diabad dinasti ke18, yang mana merupakan zaman tamadun Mesir mencapai zenith (zaman kemuncaknya). Kemuncaknya tamadun Mesir adalah pada era Kekerajaan Baru (New Kingdom 1570-1070SM) adalah belum pernah dilihat sebelum itu dan juga Empayer Mesir telah berkembang besar. (Selepas Nabi Yusuf menjadi wazir kepada Firaun Mesir, tarikh Nabi Yusuf adalah kemungkinan dalam lingkungan 1600SM-1500SM, sebelum kedatangan Nabi Musa)

Waktu itu dunia keseluruhannya dibawah prinsip yang kuat berkuasa dan ini amat bercanggah dengan prinsip Firaun Akhenaten yang gemarkan kedamaian, yang mana beliau telah melakukan hubungan diplomasi dengan kuasa-kuasa jiran Mesir dan tidak menghantar bala-tenteranya keluar berperang membuat rakyat Mesir sendiri dibawahnya dapat hidup dalam aman damai.

Seterusnya kerajaan Mesir jatuh kepada generasi kemudian iaitu Tutankhamun (King Tut)yang mendurhaka akan adanya Tuhan yang satu dalam mana Tutankhamun (mumianya dapat dilihat sehingga hari ini) telah membawa kembali agama lama pagan Mesir iaitu mempercayai banyak tuhan, malah meletakkan Firaun sebegai Tuhan.

Selepas beberapa Firaun iaitu lebih kurang yang 6 orang Firaun dari waktu Firaun Akhenaten, kuasa diambil alih oleh Firaun Ramsses II (1279-1213SM) yang terkenal kerana waktunya itu, Nabi Musa diutus Allah untuk mengajak insan kembali menyembah Tuhan yang satu.

Mayat Firaun Ramsses II yang terapung dilautan Merah setelah dirinya serta segala bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah (sewaktu dia cuba mengejar Nabi Musa bersama umatnya menyeberangi Lautan Merah), juga sehingga kini dapat dilihat kerana dimumia dan disimpan.

Sehingga kini, Firaun Akhenaten menjadi tanda-tanya kerana dia adalah seorang Firaun yang amat berbeza dengan Firaun lain terutama kerana dia menyembah Tuhan yang satu yang memberi cahaya menerangi kegelapan (dan beliau bukan penyembah matahari). Tarikh Firaun Akhenaten adalah antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa. Kini setelah lebih 3000 tahun jaraknya, majoriti penduduk Mesir beragama Islam iaitu mempercayai Tuhan yang satu sebagaimana yang diusahakan dan diharapkan oleh Firaun Akhenaten.



Part - 2
Part - 3
Part - 4
Part - 5


Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga