Wednesday, January 13, 2010

Produk sejarah - 8


Kaum Tsamud adalah dari kalangan bangsa Arab iaitu mereka yang menghuni diSemenanjung Arab dan penempatan mereka adalah berhampiran sempadan Jordan, Tabuk. Dipercayai seawal tahun 2300 SM, mereka telah membina tamadun dikawasan Jabal Athlab dengan kota utamanya bernama Al-Hijr (Madian Sholeh).

Kaum Tsamud ini terkenal dalam memahat dibukit-bukit batu untuk dijadikan bangunan-bangunan yang hebat, pedagang-pedagang yang mahir disamping kesenian-kesenian yang tinggi nilainya dengan kota Al-Hijr menjadi pusat perdagangan dirantau tersebut.

Kekerajaan kaum Tsamud ini mengikut penelitian arkeologi dari sejumlah besar batu-batu yang bertulis dan bergambar hasilan kaum Tsamud ini, tidak hanya diJabal Athlab atau sekitar kota Al-Hijr (sehingga kehari ini masih dapat dilihat disitu sebahagian dari bekasan bangunan-bangunan yang dipahat ditebing-tebing bukit batu) tetapi menyeluruh ditengah Semenanjung Arab.

Sebagaimana yang dicatit oleh Empayer Assyrian akan Kekerajaan kaum Tsamud ini, iaitu pada tahun 715 SM, menyatakan kaum Tsamud ini adalah dari suatu kekerajaan yang merangkumi pantai barat serta bahagian tengah Semenanjung Arab.

Manakala dari pengaruh tamadun kaum Tsamud ini disambung seterusnya oleh kaum Nabasia yang juga dari kalangan bangsa Arab dan berkembang sehingga kesempadan Syria dengan membina tamadun Al Anbaat (Nabataeans) yang mana sehingga kehari ini dapat dilihat hasil pahatan mereka dibukit-bukit seperti diibu-kota mereka iaitu Al Khazneh, Petra (Jordan) sebelum mereka kemudiannya dijajah oleh Rom pada tahun 100 SM.

Nabi Sholeh diutus kepada kaumnya, kaum Tsamud ini untuk mengajak mereka kembali kepada jalan kebenaran setelah kaum Tsamud ini menjadi kaum yang sombong diatas tamadun yang dibina disamping juga mereka ini telah menjadi pemuja berhala-berhala.

Kaum Tsamud tidak mahu mendengar dakwah Nabi Soleh lantaran kesombongan mereka. Mereka menuntut bukti akan kebenaran kata-kata Nabi Soleh, maka Allah keluarkan dari batu bukit yang mati, batu bukit yang mereka pahat untuk dijadikan bangunan-bangunan, sesuatu yang hidup iaitu seekor unta dengan anaknya.

Nabi Sholeh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya, sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan dibumi Allah dan janganlah kamu menganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu diwaktu Tuhan menjadikan kamu penganti-penganti (yang berkuasa) sesudah kaum Aad dan memberikan tempat bagimu dibumi. Kamu dirikan istana-istana ditanah-tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela dimuka bumi membuat kerosakkan“. (Surah Al-Araf, ayat 73-74)

Bagaimana pun kaum Tsamud tetap mengingkari malah membunuh unta tersebut kemudiannya. Nabi Sholeh telah memberi mereka tempoh selama 3 hari untuk kembali bertaubat dan kembali kepada jalan kebenaran.

Namun tanpa gentar, kaum Tsamud memperolok-olokkan pula amaran Nabi Sholeh serta menuntut dipercepatkan azab yang dijanjikan. Mereka malah juga merancang untuk membunuh Nabi Sholeh dalam mana selepas tempoh 3 hari, sebagaimana yang diamarankan, datangnya petir yang maha dahsyat yang disertai bunyi yang amat keras sehingga memecahkan gegendang telinga, dan mereka seterusnya dimusnahkan.



Bersambung...

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga