Thursday, February 19, 2015

Antara wang fiat dan wang emas - 1

Pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang lazimnya digunakan diseluruh dunia hari ini. Ianya adalah wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang berharga seperti emas dan perak, bermula apabila pihak kerajaan AS mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Duit kerts ini sebenarnya telah muncul sedari awal abad pemerintahan Dinasti-dinasti Cina kuno, namun untuk dunia modern hari ini, ianya dipopularkan oleh AS selepas penghapusan perjanjian Bretton Woods. 

Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandarkan atau diikat kepada nilai emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, dimana memudahkan segala urusan seperti jual-beli dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.

Manakala pengunaan wang fiat ini pula berkaitan dengan fractional reverse system iaitu sebuah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang wajib disimpan. DiMalaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, manakala bakinya boleh dipinjamkan dengan dikenakan riba-riba yang tertentu jumlahnya.

Fractional reserve requirement yang ditentukan oleh sesebuah kerajaan atau bank negara sesebuah negaralah yang memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran. Dari sesuatu jumlah seorang pendeposit yang menyimpan, contohnya dari simpanan 1000 rm, 4% iaitu 40 rm tidak boleh disentuh manakala selebihnya 960 rm boleh dipinjamkan kembali pada pihak lain dengan dikenakan bunga atau riba dan dari situ, pengandaan nilai wang bertambah. Dari 960 rm sekiranya dikenakan bunga 10% keatasnya untuk sepuluh tahun, maka selepas sepuluh tahun, nilainya menjadi 1056. (jumlah disini hanya sebagai contoh sedangkan jumlah sebenarnya adalah bernilai berbillion-billion mahupun kepada trillion USD)

Sebelum tahun 1971, iaitu tahun pemansuhan perjanjian Bretton Woods, wang kertas USD cetakan AS ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan AS kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh negara-negara lain. Sekiranya ini berlaku, kerajaan AS akan dilambakkan dengan wang-wang kertas yang tidak senilai dengan simpanan emas yang dimiliki.

Dalam hal ini juga, dimana berkaitan dengan pergerakan wang diseluruh dunia, fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dunia yang begitu cepat dimana kini, trillion-trillion wang telah dicetak diseluruh dunia selari dengan perkembangan pesat jual-beli apa sahaja diseluruh dunia. Lombong-lombong emas yang ada hari ini tidak mampu menghasilkan jumlah emas yang mencukupi selari dengan penciptaan wang diseluruh dunia. 

Perkataan ‘fiat' berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done', dimana fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh sesebuah kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air' atau dari angin sahaja. Ianya berdasarkan kepada kehendak, keyakinan dan kepercayaan masyarakat umum terhadap nilainya. Ianya juga mudah terdedah kepada kegiatan spekulasi atau penyangak wang.

Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai:

"Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith." 

Atas keyakinan masyarakat umum kepada sesebuah kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sedang sekiranya sesebuah kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali bukan merupakan suatu keuntungan, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Sebagaimana wang pisang Jepun sewaktu Jepun menawan Tanah Malaya, dimana dengan seguni wang pisang, hanya beberapa kilo beras sahaja boleh dibeli, itupun sekiranya wang tersebut masih mahu diambil oleh sepenjual atas keyakinannya bahawa wang tersebut masih ada nilainya walaupun terlalu rendah.

Atas cetakannya begitu drastik yang dilakukan atau atas lambakan wang yang terjadi atas tindakan sesuatu pihak yang melakukan spekulasi keatas wang tersebut sehingga kewujudan wang kertas melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam sesebuah negara, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Dan dari situ, harga-harga barang melambung tinggi, contohnya, sebelum inflasi berlaku, dengan satu rm boleh membeli satu kilo beras tetapi selepas inflasi berlaku, wang yang sama iaitu satu ringgit hanya boleh membeli setengah kilo beras.

Kesan seterusnya adalah dimana wang-wang tersebut hanya dipenuhi angka-angka tetapi tidak bernilai langsung sebagaimana terjadi kepada negara Zimbawi yang mencetak hatta wang kertas berangka satu ratus trillion dollar Zimbawi tetapi tiada bernilai.




No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga