Wilayah Jericho iaitu tamadun awal diPalestin telah merekodkan penggunaan gangsa seawal 8000 tahun dahulu, 6000 tahun sebelum masihi digunakan diwilayah Mesopotamia, abad ke-4 sebelum masihi digunakan di Mesir kuno serta Lembah Indus dan seterusnya direkodkan penggunaannya di merata dunia seperti diEropa abad ke-2 SM, China dll. Manakala diMalaysia, sehingga kini, ditemui berabad-abad sebelum masihi telah wujud penggunaan gangsa oleh rakyat tempatan.
Pertemuan terpenting Zaman Gangsa di Malaysia terdiri daripada beberapa
artifak gendang dan loceng gangsa, selain mangkuk dan mata kapak
gangsa. Artifak gendang gangsa adalah daripada jenis Heger 1, yang
ditemui di Johor, Pahang, Selangor dan Terengganu, dan tersebar di
rantau Asia Tenggara. Gendang ini dipercayai telah didagangkan dari
Vietnam berdasarkan motif hiasan pada permukaan gendang dan loceng
tersebut. Walau bagaimanapun, penemuan bahan acuan membuat kapak gangsa
di tapak arkeologi Gua Harimau, Perak, jelas membuktikan bahawa artifak
gangsa juga dihasilkan oleh masyarakat tempatan kira-kira 4,000 tahun
silam.
Artifak gendang gangsa amat menarik kerana mempunyai motif hiasan yang sama dengan gendang gangsa yang ditemui di Dongson, Vietnam. Motif ini terdiri daripada matahari atau bintang yang letaknya di tengah-tengah, dan dikelilingi hiasan burung bangau yang sedang terbang serta motif geometri di sekelilingnya. Justeru, gendang dan loceng ini dikenali juga sebagai gendang dan loceng Dongson. Hiasan pada loceng pula berbentuk geometri dengan hiasan mata gergaji atau pucuk rebung pada pangkalnya. Artifak loceng yang sama pernah dijumpai di Batambang, Kemboja. Loceng gangsa yang ditemui di Muar, Johor, mempunyai tarikh awal Masihi, manakala gendang di Banting, Selangor, yang ditemui dalam konteks arkeologi mempunyai tarikh 500 sebelum Masihi.
Biasanya artifak gendang gangsa dijumpai berpasangan dan kegunaannya tidak begitu jelas. Ramai pengkaji beranggapan gendang gangsa ini adalah lambang keketuaan. Penemuan di Banting, Selangor, jelas menunjukkan ia ditanam dengan permukaannya diletakkan di atas sekeping papan perahu dan disertakan dengan tembikar dan manik.
Artifak gangsa di Sabah terdiri daripada gendang 'moko' yang ditemui di Tapadong dan juga di Gua Madai. Gendang 'moko' ini juga digunakan secara meluas di kepulauan Indonesia. Selain itu, beliung gangsa serta beberapa serpihan artifak gangsa juga ditemui. Di Sarawak, artifak gangsa ditemui di Gua Niah. Beberapa artifak gangsa turut ditemui secara tersendiri di beberapa tapak di Semenanjung Malaysia seperti di Sungai Jenera, Ulu Kelantan, Chuping di Perlis dan Tanjung Malim di Perak.

No comments:
Post a Comment