Saturday, August 28, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 4



Perkataan sejarah adalah berasal dari perkataan Arab (sajaratun yang bermakna pohon) yang boleh dikatakan dalam suatu pengertian akan asal tumbuh sesuatu kehidupan dan sejarah amat terikat dengan tarikh sebagaimana didalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebut sebagai tarikh.

Contohnya, asal tumbuh atau kewujudan Malaysia sebenarnya bukan pada tahun 1957, tahun itu hanyalah tarikh ia merdeka dari penjajahan Inggris dan digelar sebagai Malaysia, tetapi asal usul kewujudan Malaysia adalah jauh lebih awal iaitu dari Kekerajaan Melayu Srivijaya yang menguasai Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan dan berkembang meliputi Kemboja, Siam, kepulauan Jawa sehingga keSulawesi.

Tarikh asal kewujudan Kekerajaan Srivijaya, iaitu kekerajaan Melayu, mungkin masih dipertikaikan, tetapi yang pasti, seorang pendita dari Dinasti Tang, I-tsing (Yi Jing; 635-713), yang mengunjungi Srivijaya pada tahun 671 dan menetap selama 6 bulan disitu, iaitu abad ke7, telah mencatitkan akan kewujudan serta penguasaan Kerajaan Srivijaya dirantau Nusantara.

Namun kemudian, diwaktu kekuasaan Srivijaya ini semakin merosot yang mana menyebabkan banyak kawasan dibawah taklukannya ditawan oleh pihak lain sehinggalah Parameswara menghidupkan kembali kegemilangan Kekerajaan Melayu ini bila-mana beliau memindahkan pusat pentakbirannya dari Palembang keMelaka pada tahun 1400 kerana adanya penentangan dari Kerajaan Majapahit.

Sejarah lazimnya menyatakan bahawa Melaka bermula dari tarikh 1400, tetapi perlu diketahui bahawa Melaka dan seluruh semenanjung Tanah Melayu adalah sebahagian dari Kekerajaan Melayu Srivijaya sebagaimana juga Sumatera suatu waktu dahulu adalah sebahagian dari Kekerajaan Melayu Srivijaya, namun ia terpisah diwaktu kemorosotan Kekerajaan Melayu Srivijaya. Kerana itu, Melaka sendiri mungkin telah wujud sedari dahulu, hanya diperkembangkan sebagai pusat kesinambungan Kekerajaan Melayu.

Terdapat catitan bahawa Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 telah keMelaka dan Laksamana Cheng Ho dalam pelayaran pertamanya pada tahun 1405 telah singgah dipelabuhan Melaka. Pada pelayaran kemudiannya, juru-bahasa Laksamana Cheng Ho yang juga beragama Islam, Ma Huan, telah mencatitkan bahawa Melaka ditarikh 1416 telah berada dibawah pengaruh agama Islam. Malah diwaktu mereka singgah disitu, telah ada penempatan Cina Muslim diMelaka yang mana Ma Huan mengelar mereka sebagai Tangren. Dilapurkan juga bahawa Cina Muslim ini mempunyai masjid mereka sendiri dan mereka membantu penyebaran agama Islam.

Sedang sebagaimana yang diketahui dari sejarah, masa yang diambil selama 3 atau 5 tahun (dari 1400 sehingga 1405, iaitu tahun kedatangan pertama kalinya armada Laksamana Cheng Ho keMelaka) adalah mustahil untuk membina sebuah Kekerajaan yang berdaulat bersama pelabuhan utama yang dijangkau oleh kapal-kapal dari pelusuk Arab, India mahupun China, terutamanya bila diambil kira akan keadaan dizaman dahulu.

Kerana lazimnya, untuk membina sesebuah Kekerajaan yang berdaulat iaitu dari tarikh permulaannya sehinggalah ia berkembang menjadi sebuah Kekerajaan yang berdaulat, ia mengambil masa berpuluh tahun malah berabad tahun, dalam mana tempuh ini diperlukan untuk menghimpun kekuatan mahupun akan perkembangan kehidupan rakyatnya sehinggalah digelar sebuah Kekerajaan yang berdaulat.

Ini jelas menunjukkan bahawa Melaka adalah kesinambungan dari Kekerajaan Melayu Srivijaya dan inilah asas sejarah kewujudan Malaysia dibawah Kedaulatan Sultan-Sultannya sehinggalah kehari ini. Dalam mana, rakyat dibawahnya tidak kira dari mana asal keturunannya wajarlah sentiasa meletakan taat-setia mereka, apatah lagi untuk rakyat yang asalnya dari tanah lain yang mana mereka ini bebas mengamalkan kepercayaan mereka disamping bebas mengekalkan budaya serta bahasa ibunda mereka.

Sejarah sikap bertolak-ansur dari Kekerajaan Melayu ini telah tercatit sejak dahulu-kala sebagaimana bangsa asing bebas hidup diMelaka tanpa diganggu untuk mereka mengamalkan kepercayaan atau budaya mereka. Lantas dari itu juga, untuk mengekalkan keharmonian, wajarlah mereka bersikap bertolak-ansur dan menghormati Kekerajaan Melayu yang menaugi mereka untuk hidup aman damai selama ini.

Bersambung...

5 comments:

Ziarah76 said...

http://ziarah76.blogspot.com/2009/02/asal-usul-nama-singapura-versi-jawa.html

seribu kemungkinan...
byk berlaku juga dlm sejarah

hehe

zarch said...
This comment has been removed by the author.
zarch said...

- Selamat singgah diblog ini sdr Fakeh.

- Z76, saya ada baca nukilan tersebut, menarik nukilan Tuan. Yang pasti, Singapore kini bukan lagi dibawah Kekerajaan Melayu.

Teringat saya akan dokumentari bagaimana Lee Kuan Yu menanggis diwaktu Singapore berpisah dengan Malaysia. Sebenarnya orang Cina ni ada sifat taat yang tinggi pada ketua mereka tidak kira ketua dia kongsi gelap, maharaja dll kerana itu saya rasa mereka harus sentiasa disedarkan bahawa ketua utama bagi kekerajaan Melayu ditanah asal Melayu adalah Agung dan agama resmi Malaysia adalah Islam.

Sebagaimana ketaatan orang Cina Thailand kepada raja Thailand mahupun ketaatan orang Cina US kepada negara US dll.

Tetapi bila orang Melayu sendiri lemah, bercakaran sesama mereka serta lemahnya pihak tertinggi orang-orang Melayu, maka orang-orang Cina yang terkenal mempertahankan budaya mereka dan duduk didalam kelompok mereka sahaja walau dimana mereka berada akan menampilkan diri, kuasa dan ketua dikalangan mereka untuk ditaati.

Dan inilah yang terjadi diTanah Melayu seperti diSingapore dan kini melanda Pulau Pinang...

Wallahuallam...

ismadiyusuf said...

asal-usul yang perlu dijejaki

zarch said...

Ya IsmadiYusuf, sejarah Kekerajaan Melayu ini amat penting kerana ia juga menyatakan bahawa sesejak berkurun-kurun lagi, Malaysia adalah negara Islam, mengamalkan Islam dan pusat penyebaran Islam dirantau Nusantara.

Dalam mana, bangsa lain yang tinggal diMalaysia wajar mengetahui sejarah ini, mengakui fakta ini serta menghormatinya. Apatah lagi mereka selama ini bebas mengamalkan agama mereka, tidak seperti disesetengah negara Eropah dan lain-lain yang, biarpun sudah beberapa generasi Islam duduk disitu, nak membangunkan masjid dengan primit sah pun dilarang atau amat payah, sebagaimana juga payah hendak menghidupkan sekolah-sekolah yang mengajar bahasa ibunda mereka dll.

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga