Friday, September 03, 2010

Sejarah merubah atau terubah - 5


Insan melakar sejarah dan sejarah juga berperanan melakar kehidupan insan. Namun dalam menjejak sesuatu sejarah, terdapat berbagai kesimpulan yang wujud darinya iaitu berbentuk kebenaran dengan penyata yang jelas samaada dari sudut tarikh, tempat, suasana, tumpuan dari individu, masyarakat mahupun sesuatu kehidupan atau sesuatu sejarah yang masih dalam kategori teori, berbentuk mitos, fiksyen dan lain-lain yang masih belum jelas penyataan akan sebenarnya mahupun hanya kedustaan semata-mata.

Ini kerana dari sumber mana sejarah tersebut digali, seperti samaada dari sumber yang benar atau sebaliknya, dari hanya satu sumber atau dari berbagai-bagai sumber dan seterusnya, dalam mana sumber berbentuk catitan-catitan akan sesuatu sejarah adalah suatu sumber yang paling mudah untuk dijejaki mahupun disimpan untuk disampaikan kepada generasi kemudiannya dibandingkan sejarah yang disampaikan hanya melalui perkataan (dari mulut kemulut) yang mana membuat fakta sebenarnya mudah terubah setelah berlalunya waktu.

Sejarah berbentuk catitan-catitan bergantung kepada samaada ia dicatit ditarikh sejarah itu berlaku atau dicatit dikemudian tarikhnya serta juga dengan pencatit itu sendiri samaada mencatit sebagaimana sejarah sebenarnya atau mencampurkan catitannya dengan keadaan yang menguasai penulis seperti tekanan atau kehendak dari pihak lain, dari keadaan emosi yang menguasai dirinya, terlalu bersastera bahasa catitan sehingga penyataannya bercampur antara yang fakta dengan mitos dan sebagainya.

Mungkin untuk sejarah tentang individu atau lain-lain yang tidak banyak berkaitan dengan sesuatu yang penting, disampaikan secara tidak benar atau tidak lengkap, ia tidak membawa kesan apa-apa kepada generasi kemudian tetapi untuk sejarah penting yang berkaitan dengan sesuatu masyarakat atau bangsa seperti tentang asal-usulnya mahupun contohnya tentang sejarah individu-individu terdahulu yang besar kesan pengaruhnya kerana berkaitan dengan kepercayaan (seperti para-para Nabi dan lain-lain) akan meninggalkan suatu kesan yang amat besar untuk generasi kemudiannya berpandukan dari apa yang disampaikan.

Contohnya, sehingga kehari ini, terdapat insan-insan yang dianggap bertaraf Tuhan oleh sesetengah kepercayaan kesan dari sejarah yang dimanipulasikan oleh sesuatu perkara atau sesuatu kepentingan. Masakan insan yang sebegitu lemah dan dhaif bila contohnya dibandingkan dengan luasnya alam menjangkau segala cakrawala boleh diberi taraf sebegitu, namun atas kesan dari kesilapan sesuatu sejarah atau kesan dari sejarah yang diubah-ubah oleh sesuatu pihak, ia menjadi suatu kepercayaan yang dianuti oleh berbillion-billion insan diseluruh dunia.

Kesilapan penyampaian sejarah tentang kehadiran insan-insan (seperti para Nabi) yang sejarah aslinya mereka ini berusaha merubah kepercayaan insan sekelian untuk mengenal Pencipta alam yang sebenar agar berada dilandasan kebenaran, terubah kepada sejarah dusta yang memperkatakan bahawa insan-insan itu sendiri (seperti para Nabi) adalah bertaraf Tuhan ini membawa kepada kerugian sebenar-benarnya didunia dan diakhirat buat insan-insan yang mempercayainya. Dan seterusnya, ini amatlah malang untuk ditanggung oleh generasi-generasi kemudian akibat kesilapan ini.

No comments:

Btn_brn_77x28

Tajuk

Abbasiyah (1) altruisme - ikram (3) Aqidah (1) art video (20) Austronesia (10) Bahasa dan penampilan (5) Bangsa Melayu (7) batas sempadan (9) Berita (15) Besi (1) Biography solihin (1) Budaya dan pengertiannya (16) catitan (2) cerdik/bodoh dan antaranya (6) cetusan minda (8) cinta dan syahwat (3) Doha - Qatar (2) Eid Mubarak (5) falsafah (2) Fantasia falasi (3) Fibonacci (1) Filem (2) fitrah (1) Fungsi seni (1) gangsa (1) hukum (6) huruf (2) hutang (1) ijtima (1) Iklan (2) imitasi dan memori (1) infiniti (5) jalan2 (2) kebangsaan/nationalisme (2) kebebasan bersuara (1) Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia. (1) Kembali sebentar tentang erti seni (Islam) (1) kerja otak (1) Kesenian dunia Islam (1) komunikasi (1) konsep kendiri (3) konspirasi (1) Lagu (1) Lentok tangan (1) Malaysia (3) Masa (10) Maslahah atau mafsadah (1) Maya (ilusi) (4) Melaka (1) Melayu (2) Melayu dan Islam (9) minda (2) musik (2) nukilan rasa (1) Pantang dalam berkarya (1) Pause (6) Pembetulan sejarah (3) Pengajian dan pengertian budaya (1) Perasaan dan pemikiran (5) Persepsi / Tanggapan (6) pointillism (2) populasi dunia (9) Produk sejarah (11) Program dan hayat (2) prosa (4) ramadan (2) realiti - kenyataan (7) Sajak (22) Sangkaan (2) sebab dan akibat (18) sejarah (14) sejarah Islam Nusantara (1) sejarah Melayu (4) Sejarah mengubah/terubah (5) Sejarah seni dalam kehidupan insan (1) Sejarah video (1) Seni Bahasa (2) Seni dalam imiginasi (1) seni kata (1) Seni logam (3) Seni textil (budaya berpakaian) (2) Seni-seni mempertahankan diri (1) sound (1) Srivijaya (3) Sunda (6) Tahap kesederhanaan (1) Tahap-tahap kehidupan (14) tenung bintang (1) Terkesan dengan suasana (2) Tradisional dalam makna (1) Ukuran dan kayu pengukurnya (2) updated (1) Usia manusia (3) vision (1) wang (7) Wujudkah kosong? (2) zarzh slide (12)

Catitan lalu

Insuran & Road Tax Online

tetangga