Tuesday, September 14, 2010
Sembang budaya - 1
Budaya atau kultur adalah suatu perkataan yang telah sebati dalam kehidupan seharian seseorang insan mahupun sesuatu masyarakat kerana kehidupan insan itu sendiri adalah berpaut pada sesuatu ciri-ciri kebudayaan yang dihidupkan atau yang ada dipersekitaran samaada dari sesuatu ciri yang telah lama wujud atau pun sesuatu yang baharu.
Selama insan itu hidup, selama itulah adanya budaya yang dihidupkan kerana kaitan budaya dengan insan adalah seperti kaitan bernyawa dengan bergerak, bernafas, berjalan dan lain-lain. Hatta seseorang insan yang cuba melarikan diri dari segala bentuk budaya kehidupan atau segala aktiviti kehidupan seperti kehidupan bermasyarakat dan lain-lain juga tanpa disedarinya, ia telah menghidupkan suatu budaya kehidupan menyendiri atau budaya isolasi diri dari dunia luar.
Ini kerana budaya bukan hanya berkaitan tentang kehidupan bermasyarakat atau berkomunikasi tetapi lebih dari itu, ia adalah berkaitan dengan setiap insan kerana kehadiran sesuatu budaya itu sendiri adalah dari kehidupan yang dilalui insan samada dari sudut aktiviti yang dilakukan, dari pemikiran, dari perasaan, kepercayaan yang dianuti, keadaan alam yang dipenghunikan, persekitaran yang wujud, tekanan-tekanan kehidupan, arus kehidupan yang dilalui, kesenian yang dihasilkan dan seterusnya.
Hanya dari itu, untuk budaya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat atau sejumlah kelompok samaada yang kecil atau besar jumlahnya, ia amat penting kerana kesan berterusan darinya seperti dari suatu generasi kegenerasi atau suatu kehidupan kepada kehidupan lainnya dalam penghasilan perilaku, cara pertuturan, cara berpakaian, cara berfikir, cara berkarya-seni, cara-cara menghasilkan peralatan kehidupan, cara menyusun struktur kehidupan, cara berorganisasi, cara bertindak dalam menyelesaikan masaalah kehidupan dan seterusnya hatta kepada suatu kehidupan yang membawa kepada kedamaian atau pergolakan yang berpanjangan.
Ini kerana, perkataan budaya atau kultur itu sendiri terkandung didalamnya suatu pengertian yang amat luas, kepelbagaian mahupun kompleks dimana unsur-unsurnya meliputi dari segala kegiatan atau aktiviti kehidupan sekelian insan.
Sebagaimana misalnya dari kewujudan sesuatu kebudayaan kehidupan, maka lahir berbagai-bagai pengertian akan ciri-ciri khasnya seperti bila diperkatakan berkaitan tentang kepercayaan maka adanya kebudayaan Islam, kebudayaan Hindu, kebudayaan Kristien dan lain-lain manakala tentang sesuatu kehidupan masyarakat atau bangsa maka adanya kebudayaan Barat, kebudayaan Timur, kebudayaan warisan, kebudayaan modern, kebudayaan Melayu, kebudayaan Cina, kebudayaan India dan lain-lain.
Juga dari perkataan budaya atau kultur dalam kehidupan bermasyarakat atau berbagai-bagai bangsa ini, maka wujudnya istilah-istilah mengikut proses masing-masing seperti multi-kultur (Multiculture), inter-kultur (Intercultural), imperialism-kultur (Cultural Imperialism), trans-kultur (Transculturation), sub-kultur (Subculture), akulturasi (acculturation) dan seterusnya.
Contohnya dari kepelbagaian budaya, wujudkan perkataan multi-kultur iaitu dalam sesuatu masyarakat, terhasilnya kehidupan budaya yang beraneka jenis dengan ciri-ciri khas masing-masing yang berbeza antara satu sama lain tetapi semua wujud bersama didalam suatu masyarakat (Negara atau bangsa iaitu suatu jumlah yang besar) atau kepelbagaian budaya yang ciri-ciri khas masing-masing disatukan atau diadukan dalam sesuatu masyarakat yang digelar "melting-pot", manakala sub-kultur pula adalah bentuk-bentuk budaya yang kecil serta tersendiri cirinya tetapi wujud disamping ciri-ciri kebudayaan dominan sesuatu masyarakat.
Dari kepelbagaian bentuk budaya, adalah juga diperkatakan tentang asimilasi (asimilasi adalah kemasukan sesuatu budaya kepada budaya yang lain sehingga menghilangkan ciri-ciri khasnya dengan mengambil ciri-ciri budaya lain atau membentuk suatu kebudayaan yang baru), integrasi (integrasi adalah kemasukan suatu budaya kepada budaya lain tanpa menghilangkan ciri-ciri khas masing-masing) dan serta kesan-kesan dari kepelbagaian budaya iaitu samaada yang berbentuk positif atau negatif, mahupun toleransi atau batas antara budaya-budaya tersebut.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk
Abbasiyah
(1)
altruisme - ikram
(3)
Aqidah
(1)
art video
(20)
Austronesia
(10)
Bahasa dan penampilan
(5)
Bangsa Melayu
(7)
batas sempadan
(9)
Berita
(15)
Besi
(1)
Biography solihin
(1)
Budaya dan pengertiannya
(16)
catitan
(2)
cerdik/bodoh dan antaranya
(6)
cetusan minda
(8)
cinta dan syahwat
(3)
Doha - Qatar
(2)
Eid Mubarak
(5)
falsafah
(2)
Fantasia falasi
(3)
Fibonacci
(1)
Filem
(2)
fitrah
(1)
Fungsi seni
(1)
gangsa
(1)
hukum
(6)
huruf
(2)
hutang
(1)
ijtima
(1)
Iklan
(2)
imitasi dan memori
(1)
infiniti
(5)
jalan2
(2)
kebangsaan/nationalisme
(2)
kebebasan bersuara
(1)
Kelahiran kesenian yang mengubah warna dunia.
(1)
Kembali sebentar tentang erti seni (Islam)
(1)
kerja otak
(1)
Kesenian dunia Islam
(1)
komunikasi
(1)
konsep kendiri
(3)
konspirasi
(1)
Lagu
(1)
Lentok tangan
(1)
Malaysia
(3)
Masa
(10)
Maslahah atau mafsadah
(1)
Maya (ilusi)
(4)
Melaka
(1)
Melayu
(2)
Melayu dan Islam
(9)
minda
(2)
musik
(2)
nukilan rasa
(1)
Pantang dalam berkarya
(1)
Pause
(6)
Pembetulan sejarah
(3)
Pengajian dan pengertian budaya
(1)
Perasaan dan pemikiran
(5)
Persepsi / Tanggapan
(6)
pointillism
(2)
populasi dunia
(9)
Produk sejarah
(11)
Program dan hayat
(2)
prosa
(4)
ramadan
(2)
realiti - kenyataan
(7)
Sajak
(22)
Sangkaan
(2)
sebab dan akibat
(18)
sejarah
(14)
sejarah Islam Nusantara
(1)
sejarah Melayu
(4)
Sejarah mengubah/terubah
(5)
Sejarah seni dalam kehidupan insan
(1)
Sejarah video
(1)
Seni Bahasa
(2)
Seni dalam imiginasi
(1)
seni kata
(1)
Seni logam
(3)
Seni textil (budaya berpakaian)
(2)
Seni-seni mempertahankan diri
(1)
sound
(1)
Srivijaya
(3)
Sunda
(6)
Tahap kesederhanaan
(1)
Tahap-tahap kehidupan
(14)
tenung bintang
(1)
Terkesan dengan suasana
(2)
Tradisional dalam makna
(1)
Ukuran dan kayu pengukurnya
(2)
updated
(1)
Usia manusia
(3)
vision
(1)
wang
(7)
Wujudkah kosong?
(2)
zarzh slide
(12)
Catitan lalu
Paut-paut
- Cillah mind blog
- Chill garage blog
- Zar art mind
- Mind zikir
- zarzh scribd
- Fukaahah - joke
- dzar-ardh web
- Zar homepage mind
- Cengkerik Web
- zarq-biru web
- zar4freesurf web
- The Salam blog
- Made from words
- Salaam.co.uk art
- Azhar 313 blog
- Ismadi-Fade to black
- Kepaknyamuk blog
- Dj Irwan blog
- Ziarah76 blog
- Ben Krenmaut blog
- Hamka k.mayat blog
- Fakir Fikir blog
- 2121 Studio blog
- Abdullah Jones blog
- Rayau menyasau blog
- Payabesarpedas blog
- Jiwarasa blog
- Gayour Blog
- Dunia penyair
- Risalah proseni.blog
- Pyanhabib blog
- Rajawali art gallery
- Sketsa Azlan Adam
- akhi zubair blog
- Zar Travel Mind
- Zanas wordpress
- Line clear.com
- Oweis art
- Jamil Art
- Muslim Directory
4 comments:
Salam, menarik. Apakah yang Tuan lakukan di luar negara. Berkerja, berniaga atau belajar?
.salam FakirFikir, saya ni perantau dan sudah 21 tahun duduk diluar Malaysia. Jadi bila ditempat orang, maka kita dapat melihat dengan jelas atau cuba memahami apa erti budaya.
Misalnya apakah perlu diri dan keluarga diasimilasikan kepada budaya tempatan iaitu mengikut cara hidup Barat disini sehingga hilang ciri budaya sendiri atau hidup dengan cara sub-culture iaitu sekelompok kecil mengekalkan budaya kehidupannya dalam budaya kelompok dominan.
Seperti masyarakat Islam yang tinggal diEropa mengekalkan kebudayaan Islam (cthnya menghidupkan sunnah-sunnah Nabi dll)dalam masyarakat dominan yang bukan Islam tanpa menganggu atau tanpa cuba menguasai masyarakat dominan tersebut.
Dalam mana masyarakat dominan tersebut wajarlah menghormati hak setiap individu untuk mengekalkan kebudayaan dan jati diri mereka agar diri serta generasi kemudian tidak keliru dan hidup dalam keadaan huru-hara kerana tiada pegangan hidup.
Bagusnya, masih boleh terus menulis bahasa Melayu dengan baik. Nanti kalau ada masa terlepas ke sebelah Eropah, bolehlah kita jumpa. Insyaallah.
Ahlan-ahlan, selamat datang kepondok saya. Insyaallah kalau singgah kesini, emailkan pada saya bila tarikhnya. (z.ghuraba@gmail.com)
Tulisan saya ni pun hanyalah berkongsi nukilan-nukilan fikir harian disamping saya dapat menambahkan pengetahuan/pengalaman serta juga memantapkan bahasa Melayu saya. Disini pun, harian guna bahasa asing tambahan orang rumah pun bukan orang melayu. Kalau ada apa-apa kesilapan, harap-harap dapatlah diperbetulkan.
Post a Comment